Anda di halaman 1dari 7

JURNAL REFLEKSI

Minggu 2 (07 Februari 2011 11 Februari 2011)


Masalah:
Setelah mendaftar dan melapor diri di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit,
Beseri, Perlis. Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab oleh Guru
Penolong Kanan 1 iaitu Puan Sharifah Naziran binti Syed Taha dan guru
pembimbing iaitu Puan Normah binti Yusoff untuk mengajar Pendidikan Agama
Islam Tahun 3 dan Tahun 4. Hasil perbincangan dengan mereka, maka saya
menerimanya dan bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya
mendapati masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah
keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan
menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran.
Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1
(1998), salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran
murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil
berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal.
Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan
kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam
bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum
memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru
perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk
mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap
yang amat rendah.
Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang
dalam diri setiap murid.
Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga
kebersihan kelas.
Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

Cadangan:

Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah


meja dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa.
Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas
dan bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.
Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan
dalam Islam.
Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan
membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan
mereka sekiranya boleh dan bersesuaian.

Tempoh Masa:
14 Februari 2011 25 Februari 2011 (2 Minggu)
Tindakan Susulan:
Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan
datang.
Penilaian Kejayaan:
Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas setiap seminggu projek ini bermula.
Iaitu pada 18 Februari 2011 dan 25 Februari 2011.

Oleh:
Mohd Fikri bin Marzuki

JURNAL REFLEKSI MINGGU PERTAMA


JURNAL REFLEKSI
MINGGU PERTAMA (31 Januari 2011 04 Februari 2011)
Alhamdulillah, kini saya telah mula mengorak langkah ke permulaan alam
pendidikan. Praktikum ini adalah sebahagian daripada alam pendidikan yang
sebenar. Saya mula mengenali dan menjiwai dunia pendidikan walaupun hanya
12 minggu sahaja. Saya sudah mula membiasakan dan menjinakkan-jinakkandiri
menjadi seperti yang dikehendaki oleh para pensyarah dan guru pembimbing,
namun ianya hanya secara menyeluruh. Jika diteliti kembali, masih terdapat
banyak lompang-lompang dan kekurangan yang terhasil dari kelemahan dan
kekurangan diri saya.
Bermula pada minggu pertama, segalanya masih lagi kekok dan takut.
Saya agak sedikit gementar kerana ditempatkan di sekolah yang baru. Namun
berbekalkan segala nasihat pensyarah pembimbing, Ustaz Mohd Najib bin
Sulaiman dan guru pembimbing dari sekolah ini, Ustazah Normah binti Yusoff.
Selain itu, tidak lupakan, pentadbiir, guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang
Melangit, warga sekolah, pensyarah-pensyarah IPG Kampus Perlis dan rakanrakan, saya kuatkan azam dan tekad diri untuk terus menjadi yang terbaik.
Pada minggu ini, sekolah hanya bersekolah dua hari sahaja. Tiga hari
selebihnya, kami bercuti untuk cuti sempena Tahun Baru Cina. Pada hari Isnin,
iaitu 31 Januari 2011, saya mula mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan
padang Melangit, Beseri, Perlis. Selain saya dan rakan dari opsyen Pengajian
Agama Islam, terdapat dua lagi rakan saya daripada opsyen Pendidikan Seni
Visual yang juga ditempatkan di sekolah yang sama.
Pada hari Isnin tersebut, selepas perhimpunan rasmi sekolah, saya telah
berjumpa dengan Guru Besar sekolah. Beliau telah menceritakan serba sedikit
tentang keadaan di sekolah tersebut. Saya sebagai bakal guru, menerima segala
nasihat dan tunjuk ajar dari beliau untuk bekalan pada masa akan dating.
Semasa sesi bersama Guru Besar, beliau telah menerangkan struktur sekolah,
jumlah guru dan jumlah murid di sekolah tersebut.

Selesai sahaja perjumpaan dengan Guru Besar sekolah tersebut, saya


telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah untuk urusan
jadual waktu. Semasa bersama beliau, kami telah diperkenalkan dengan guru
pembimbing masing-masing. Guru pembimbing kami bernama Ustazah Normah
binti Yusoff. Hasil perbincangan bersama mereka, saya telah diamanahkan untuk
mengajar tahun tiga dan tahun empat. Saya menerimanya dengan hati yang
terbuka dan gembira.
Pada 1 Februari 2011, saya telah melihat proses pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan oleh guru pembimbing di kelas 4 Kamil. Ketika
itu, beliau sedang mengajar bidang jawi. Dapatlah serba sedikit ilmu pengajaran
yang boleh saya ambil daripada pemerhatian yang dilakukan.
Pada hari yang sama juga telah berlangsung Perasmian Program Intan
Terpilih di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Padang Melangit. Perasmian
telah dilakukan oleh Puan Rokiah binti Karim, Pensyarah di Institut Pendidikan
Guru Kampus Perlis.
Pemerhatian

saya

pada

peringkat

awal

bagi

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dalam minggu ini berpusatkan pada cara pengurusan dan


pengendalian kelas atau boleh kita simpulkan kepada kawalan kelas itu sendiri.
Seorang guru seharusnya memiliki perawakan yang mesra namun ketegasan
tidak boleh diabaikan dan semestinya sifat itu mesti ada sepanjang bergelar
sebagai seorang guru sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Hal ini
terlebih penting semasa pertama kali guru berhadapan dengan murid. Ini adalah
untuk memberikan pandangan pertama bagi setiap murid bahawa guru
seharusnya dihormati dan dijadikan sebagi role model. Sehubungan itu, guru
seharusnya menjaga penampilan dan identitinya sebagai seorang guru.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan teratur pada minggu
pertama saya di sekolah. Saya secara perlahan-lahan mula membiasakan diri
dengan suasana perguruan yang sebenar. Saya masih belajar dalam
membiasakan diri dalam bidang perguruan ini. Sem

JURNAL REFLEKSI
MINGGU 3 (14 FEBRUARI 2011 - 18 FEBRUARI 2011)
Masalah :
Pada minggu ini, telah masuk minggu yang ketiga saya berada dan
menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Beseri, Perlis.
Saya menghadapi sedikit masalah semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) selepas berada tiga minggu di sini. Masalah yang saya
hadapi ialah kesukaran bagi diri saya untuk mengingat nama-nama murid. Hal ini
sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri saya dan menyebabkan saya
sukar untuk menyebarkan soalan kepada murid-murid dalam usaha untuk
melibatkan penglibatan secara aktif murid-murid di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Analisis :
Saya berpandangan dan merasakan bahawa masalah ini timbul
disebabkan oleh :
1)

Saya tidak mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam
masa yang singkat.

2)

Saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasan
kelas dan juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar.

3)

Saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja
berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, besar kemungkinan
saya sukar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
keadaan yang lebih teratur dan sistematik dalam mewujudkan suasana bilik
darjah yang mesra budaya.
Cadangan :

1)

Saya akan berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid


dengan cara kaedah penulisan. Saya akan menyalin nama murid-murid di dalam

buku Rekod Persediaan Mengajar pada bahagian belakang dalam usaha untuk
mengingati nama-nama murid.
2)

Saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta
sikap murid-murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.

3)

Saya akan merangka pelan kedudukan murid di dalam kelas dengan dilabelkan
nama murid-murid beradasarkan kedudukan mereka.

4)

Saya akan menampal pelan kedudukan murid di dalam buku Rekod Persediaan
Mengajar pada bahagian belakang.
Tempoh Masa :
21 Februari 2011 25 Februari 2011 (1 Minggu).
Tindakan Susulan :
Sekiranya tempoh masa selama seminggu yang telah diambil masih tidak
mampu untuk saya mengatasi masalah mengingati nama murid-murid, maka
saya akan berusaha dan mencuba untuk mencari suatu masa yang berkualiti
untuk menghafal nam murid-murid berserta gambaran kedudukan dan wajah
mereka.
Saya berharap, saya mampu untuk melakukan yang terbaik bagi
menjalankan porses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang boleh
diterima oleh kedua-dua pihak dalam keadaan yang menarik iaitu pihak guru
(saya sendiri) dan juga pihak pelajar (murid-murid tahun 3 Kamil dan 4 Kamil).

KERTAS KERJA CADANGAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.0


PENDAHULUAN
Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan
paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik, Hal ini bertujuan agar produk yang kita hasilkan
(murid) adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru, keberhasilan sebuah proses
pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauhmana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh
itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen
pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut
keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan
inovasi guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah. Sejajar dengan masalah yang berlaku
terhadap guru pelatih ketika pemantauan dijalankan pada minggu ke-10, guru mendapati bahawa murid
perlukan sesuatu kelainan ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. Oleh itu, kertas
kerja ini dibuat sebagai satu cadangan kepada pihak sekolah dengan tujuan untuk mendisiplinkan murid
dari sudut pengawalan kelas agar murid dapat memberikan perhatian terhadap pembelajaran.
2.0 RASIONAL
Sekolah sebagai medium untuk menterjemahkan hasrat kepimpinan nasional bagi melahirkan modal
insan yang berkualiti dan berketrampilan. Justeru, guru yang menjadi penggerak kelancaran segala
program sekolah, perlu menjadi agen pembaharuan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan
mendorong proses pendidikan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan.
4.0 MATLAMAT
Cadangan pembangunan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini diharapkan agar dapat
memberikan impak yang positif kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
You're reading a free preview.
Pages 2 to 4 are not shown in this preview.
Read the full version

Anda mungkin juga menyukai