Anda di halaman 1dari 2

1.

REFLEKSI AMALAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah mengajar Jawi selama Sembilan tahun. Selama itu jugalah saya menghadapi dua masalah utama iaitu pelajar begitu mengambil masa untuk menguasai Jawi. Sudahlah peruntukan masa untuk bidang ini cuma setengah jam sahaja. Bagi saya, mengajar Jawi ini sama sahaja seperti mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Cuma tulisannya sahaja yang berbeza. Jadi peruntukan waktu selama setengah jam memang tidak memadai. Ketidakmampuan murid menguasai Jawi memberi implikasi negatif kepada mereka, iaitu tidak minat dengan mata pelajaran jawi. Situasi yang sama berlaku di semua kelas yang saya ajar termasuk di kelas 2 Optimis. Perkara ini amat membimbangkan saya. Saya tidak boleh membiarkan situasi ini terus berlarutan. Saya harus mulakan usaha saya untuk memperbaiki situasi ini. Saya perlu mendekati murid untuk mendalami masalah mereka dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi. 10 orang murid di kelas 2 optimis menjadi sasaran pertama saya kerana saya dapati mereka menghadapi masalah yang kritikal untuk menulis Jawi. Walaupun kadang-kadang mereka kelihatannya berminat, tetapi mereka menghadapi masalah yang sama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Banyak soalan yang saya terima daripada murid, antaranya Ustazah, huruf alif boleh disambungkan dengan huruf dal tak?, Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan dengan huruf ya? dan sebagainya. Bila terlalu kerap memberi jawapan yang sama, saya terfikir mesti ada sesuatu yang saya boleh lakukan bagi memperbaiki amalan pengajaran saya supaya menjadi lebih berkesan. Saya terfikir tentu ada kelemahan dalam amalan pengajaran yang telah dijalankan menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Selain cara pengajaran saya yang mungkin tidak berkesan, murid juga agaknya tidak mendapat tunjuk ajar atau bantuan ibu bapa dalam mengulangkaji mata pelajaran Jawi di rumah. Saya dapat memahami masalah tersebut kerana mungkin latar belakang ibu bapa mereka juga tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan mata pelajaran Jawi. Mereka juga mungkin merasakan Jawi tidak penting kerana tidak dinilai dalam UPSR. Hakikat sebenarnya, walaupun bidang jawi yang menjadi sub mata pelajaran Pendidikan Islam ini tidak dinilai dalam peperiksaan UPSR namun penilaian akan tetap dilakukan dalam peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah nanti. Ini bermakna mahir atau tidak mahir seseorang murid itu menulis dan membaca Jawi, adalah bertitik tolak di sekolah rendah lagi. Dengan segala masalah yang saya hadapi, saya yakin saya harus melakukan sesuatu. Saya perlu memperbaiki amalan pengajaran saya dengan kaedah dan teknik yang dapat menarik minat murid. Saya akan membuat kajian untuk kaedah ejaan Jawi terkini serta mencari pendekatan terbaik untuk mencipta satu formula yang paling mudah untuk murid menulis Jawi dan meningkatkan kemahiran mengenal huruf Jawi tunggal yang boleh serta yang tidak boleh

disambung kerana saya rasa sekiranya masalah ini dapat diatasi, maka murid-murid saya akan dapat menguasai kemahiran menulis Jawi dengan sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai