Anda di halaman 1dari 7

PERANAN KEPIMPINAN GURU MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH DALAM IKLIM BILIK DARJAH Kamarol Baharen

Mohd Rom Johan @ Eddy Luaran (Ph.D) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA ABSTRAK Berteraskan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang dinamik serta drastik dalam menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus berkuatkuasa tahun 2013, adalah merupakan satu pengiktirafan kepada warisan dan khazanah Negara dalam mengekalkan fakta dan maklumat sahih kepada generasi Negara di masa hadapan. Subjek sejarah mengupas ketemadunan sesebuah negara bangsa dan fakta warisan budaya negara yang perlu dipelihara sebagai peninggalan wasiat warisan bangsa yang berdaulat. Generasi hari ini adalah pemangkin pewaris masa depan yang akan mendokong prinsip serta hala tuju negara. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, memahami kepentingan mempelajari subjek sejarah sebagai tunggak jati diri dan sejarah ketemadunan negara adalah menjadi keutamaan dalam usaha menerap ilmu dan memperkasa semangat kenegaraan yang dipupuk melalui pembelajaran yang berterusan di sekolah. Di tinjau dari aspek peranan kepimpinan guru dalam menerapkan ilmu sejarah secara bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru, yang memartabatkan profesion keguruan ke arah guru mendokong pekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin, menggalas peranan Guru sebagai agen perubahan dan kepimpinan dalam pendidikan yang bermula dari dalam bilik darjah melalui proses pendidikan formal atau informal seterusnya diperluaskan di sekolah, masyarakat dan negara. Justeru fokus perbincangan kertas kerja ini adalah mengenai peranan kepimpinan guru mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam iklim bilik darjah yang menjurus kepada Persepsi guru mengenai peranan kepimpinan guru, Kepimpinan Pengajaran, Peranan kepimpinan guru dan Peranan kepimpinan guru Berkesan. Seterusnya perbincangan memberikan penekanan mengenai aspek Faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah, Membentuk Agenda Bilik Darjah, Kaedah Pelaksanaan Bilik Darjah yang Efektif: Iklim yang Sesuai untuk Pembelajaran Sejarah, serta halangan dan cabaran guru dalam mengimplikasikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN Dalam perkembangan isu peranan kepimpinan dalam pendidikan, didapati banyak kajian dilakukan terhadap kepimpinan pengetua (Crowther, 1997; Sashkin & Sashkin, 1993) berbanding peranan kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy (1991) systemic change adalah segala perubahan yang berlaku pada sesuatu bahagian dalam sistem organisasi yang mempengaruhi keseluruhan organisasi dan seterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut. Apabila systemic change ini dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru, pengertian peranan kepimpinan guru adalah satu unit yang akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah. Perbezaan dalam pencapaian murid-murid dalam sekolah turut dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut.

Persepsi Guru mengenai Peranan Kepimpinan Guru Secara sinonim guru mempunyai persepsi bahawa peranan kepimpinan guru terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah. Menurut Blase dan Blase (1998) asas kejayaan sebuah sekolah bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitu pengetua atau guru besar sahaja tetapi adalah didorong oleh kordinasi dan kolaborasi para guru selaku pemimpin pengajaran manakala pengetua adalah sebagai penyelaras atau pentadbir. Guru beranggapan bahawa peranan mereka hanya mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran yang disediakan dan secara teknikalnya bagi memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukkan perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003) berpendapat bahawa guru adalah agen-agen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan.

Definisi Peranan Kepimpinan Guru Cubaan (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai usaha atau tindakan mempengaruhi pihak lain dengan secara informal atau tidak formal bagi bertujuan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak yang dipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002) mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Southworth (2002), mendefinisikan peranan kepimpinan guru adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan murid. De Bevoise (1984), pula menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun perkembangan murid itu sendiri. Berdasarkan beberapa definisi di atas, kepimpinan adalah sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka yang mana keterlibatan mereka adalah secara suka rela dan berusaha ke arah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi. Sungguhpun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektif pendidikan, seringkali kepimpinan dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru di sekolah dan bilik darjah. Matlamat umum peranan kepimpinan guru ialah untuk menambah nilai (value added) atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan suasana pembelajaran murid. Kemahiran dan kecekapan peranan kepimpinan guru yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu ada istilah perkongsian bersama atau didelegasi kepada guru-guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program-program pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi penilaian guru dan murid, iklim sekolah, kurikulum dan kokurikulum, sumber dan peralatan mengajar (ABM), kakitangan, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi antara pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran yang sewajarnya. Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan guru sebagai peranan kepimpinan guru memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan tidak statik dan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks; peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru; pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran; harapan komuniti dan ibu bapa; dan perubahan kurikulum. Ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan baru yang perlu diambil kira dalam merealisasikan peranan kepimpinan guru. Hook dan Vass (2000) mendefinisikan peranan kepimpinan guru bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan gaya kepimpinan untuk ketrampilan dirinya dan berkomunikasi dengan yang lain. Selain dari itu, kemahiran ini adalah satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru untuk

menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat menyakinkan serta mempengaruhi mereka. Peranan kepimpinan guru wujud dalam keadaan dimana murid-murid memperolehi sesuatu maklumat atau input yang mereka tidak jangka dapat capai di dalam setiap bilik darjah, atau setiap kali apabila terdapat perkembangan yang positif yang secara langsung akan mempengaruhi personaliti mereka atau apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap; atau setiap kali muridmurid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru. Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan guru yang berkesan memerlukan guru yang memiliki kemahiran-kemahiran yang merangkumi, boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi; mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan; memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya; memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat. Bagi menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998) menyarankan tiga pendekatan iaitu Pendekatan Eksekutif; Pendekatan Empati; dan Pendekatan Liberal. Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di dalam bilik darjah yang mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru berperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti peranan kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi murid untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan terserlah dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama murid-murid ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Peranan kepimpinan guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai matlamat. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan berupaya mengubah penakulan tingkah laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah pencapaian matlamat.

Ciri-ciri peranan kepimpinan guru Menurut Shippen dan Shippen (2004), seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan iaitu boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah Buhler (1995), mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel serta keterbukaan (Zenger & Folkman, 2004), berkebolehan untuk memimpin dan menjadi contoh serta teladan role model kepada murid-muridnya, bijak dan cekap membuat keputusan yang memberikan kebaikan kepada muridnya dengan tidak menjejaskan kepentingan organisasinya (Chek Mat, 2003), mengikis sifat mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid-muridnya (Shippen & Shippen, 2004) walaupun kadangkala mendatangkan kesulitan kepada dirinya sendiri, membuat pertimbangan yang seimbang dan rasional bertujuan mengelak perasaan ketidakpuasan hati dalam kalangan muridnya, bersifat jujur dan merendah diri bagi tujuan membina jalinan hubungan yang positif antara guru dan murid secara telus (Zenger & Folkman, 2004), dan berusaha mengamalkan pembelajaran secara berterusan untuk tujuan mempertingkatkan serta menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Menurut Kane (2001), ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh guru secara pembelajaran berterusan akan meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Impaknya, situasi pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah menjadi lebih realistik, sistematik dan terkawal. Lashway (2002), telah membincangkan peranan kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran daripada program Leading Learning Communities yang dibangunkan oleh National Association of Elementary School Principals (NAESP). NAESP telah merumuskan peranan kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu; dengan mendorong murid-murid supaya mengutamakan usaha belajar; menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi; menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran ke arah piawaian yang standard; menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; dan mengaktifkan sokongan komuniti atau pihak yang berkepentingan stake holder untuk kejayaan sekolah.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah Hook dan Vass (2000), telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah iaitu; mencari keseimbangan antara dorongan dengan teguran, membangunkan rapport bersama murid; melibatkan murid dengan aspirasi dan harapan; mengekalkan hubungan kerja yang sempurna, mengamalkan cara membuat pilihan yang bererti; memberi jaminan faktor keselamatan dan keyakinan; meletakkan diri murid sebagai sebahagian daripada bilik darjah; fokus kepada perkara baik yang dilakukan; dan ketrampilan guru.

Menjadi Pemimpin Pengajaran yang Berkesan Glickman (1990) menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru akan dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya pemimpin tersebut mempunyai tiga kategori utama iaitu keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang luas; tugasan dan tanggungjawab; dan keperluan mempraktik kemahiran dan kepakaran. Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah wajib menguasai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar. Apabila murid mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperIuan ingin tahu murid yang mana keyakinan diri murid dapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada murid, guru harus menekankan pada matlamat setiap tugasan dan murid pula patut memahami prosedur menimba ilmu dangan penemuan diri. Peranan kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumi dua aspek iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta kemahiran teknikal. Kemahiran intrapersonal dan interpersonal merupakan upaya meneka mood, tujuan, motivasi dan perasaan murid sewaktu berdepan dengan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengguna dan menguasai kemahiran ini akan berjaya menguasai murid serta suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang berada di dalam bilik darjah harus sensitif pada air muka, suara dan pergerakan anggota badan murid. Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat murid di dalam kelas membolehkannya memupuk budaya murid minat untuk belajar dan meneroka khususnya subjek Sejarah yang menekankan fakta dan peringatan serta hafalan. Disamping itu, Guru Sejarah perlu menguasai kemahiran ICT dan teknikal termasuk pengurusan alat bantu mengajar seperti komputer, projektor LCD, Video, carta dan sebagainya bagi memperlihatkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berintraktif dan kepelbagaian. Dalam masa yang sama guru boleh menggunakan borang, bahan edaran serta keratan akhbar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dan mencabar. Menurut kajian Porter dan Brophy (1988) terhadap pengajaran, terdapat tujuh penentu utama guru yang berkesan iaitu; dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi, mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam, penerangan yang jelas dan terperinci; menjadi model dan melatih murid untuk memproses maklumat; membetulkan salah faham permahaman fakta atau content dalam kalangan murid; memperkembangkan pengalaman murid dan mendambarkan diri sebagai seorang guru yang reflektif.

Membentuk Agenda Bilik Darjah Agenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan peranan kepimpinan guru. lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan sosial murid-murid. Menurut Hook dan Vass (2000) ada empat kunci utama dalam agenda bilik darjah iaitu hak, tanggungjawab, peraturan dan rutin. Ketika mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan satu respon yang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas tingkah laku murid. la merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh murid pada situasi tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan pertimbangan atas had yang telah dipersetujui dan dipatuhi dari segi empat hak asasi murid iaitu; hak murid untuk belajar; hak guru untuk mengajar; hak

setiap individu untuk aspek keselamatan dari segi fizikal dan psikologi; dan hak setiap individu untuk taraf penghormatan dan kemuliaan. Berdasarkan hak asasi tersebut, pengurusan tingkahlaku dalam kelas adalah hak mutlak guru dalam mengatasi kekeliruan yang timbul di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, guru dapat memenuhi tanggungjawab profesionalisme kerana berkuasa atas perlindungan hak individu dalam aspek keselamatan. Murid mesti berasa kondusif dan selamat sebelum menjalani proses pembelajaran yang berkesan. Hak dan tanggungjawab adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanggungjawab peranan kepimpinan guru berfokus pada tingkah laku murid untuk membuat keputusan atau pemilihan secara positif. Sebagai seorang guru, usaha mendorong murid untuk memilih tingkah laku yang bertanggungjawab ke arah peranan kepimpinan guru yang berkesan adalah rumit. Guru harus mendorong murid supaya bertanggungjawab ke atas perlakuan dan usaha diri demi mencapai kejayaan yang diingini. Di sekolah, kita sentiasa menekankan kepentingan peraturan dan undang-undang sekolah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kita perlu menekankan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajran berjalan seperti yang dirancangkan. Guru mesti membezakan antara peraturan dan rutin. Peraturan pertama, memastikan guru dapat mengajar dan murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Disini tanggungjawab peranan kepimpinan guru akan memberikan taklimat tentang peraturan dalam pertemuan pertama dengan murid murid yang menyentuh perkara-perkara mengenai; peraturan bercakap/berbisik, respons kepada soalan, guru keluar kelas, agihan buku dan bahan mengajar, permulaan pelajaran dan akhir pelajaran, bagi memastikan mereka akur dan patuh pada pra-peraturan yang diberikan. Kedua, menetapkan bahawa akan jaminan keselamatan fizikal dan psikologikal harta sekolah. Ketiga, untuk menjaga hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga peraturan adalah satu panduan untuk guru bagi memastikan murid memahami serta mematuhi kehendak peraturan yang telah diwartakan oleh sekolah. Rutin berbeza dengan peraturan kerana rutin mengutamakan aspek pentadbiran dan prosedur yang diperlukan supaya suasana bilik darjah terurus dengan baik. Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu dilaksanakan untuk membantu kejayaan murid. Selain itu, rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menanda jadual kedatangan murid, menyemak keadaan fizikal bilik darjah atau makmal, mengedar alat bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan dan sebagainya.

Kemahiran-kemahiran yang diperlukan Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat memastikan wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, pengarapan misi kelas dan murid harus jelas dan mudah difahami. Guru-guru perlu mempunyai peranan sebagai membantu mempromosi bilik darjah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik, selain melaksanakan perkara- perkara berikut: Penekanan kepada Pengajaran Asas; Jangkaan guru bahawa semua murid berkebolehan mencapai kecemerlangan berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara; Kewujudan satu sistem objektif pengajaran yang jelas untuk mengawasi Prestasi Murid; dan mengimplimentasikan pelaksanaan pengajaran Sejarah secara berkesan, bersistematik dan mempunyai keunikan apabila mempelajarinya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah guru harus bertindak membuat refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi pengajaran. Sebelum sesi pengajaran, guru hendaklah membuat refleksi untuk merancang dan bersedia untuk memulakan pengajaran. Semasa proses pengajaran guru harus bertindak untuk memaksimakan segala ilmu dan kaedah penyampaian berkesan dalam menguasai mood, suasana serta interaktif dua hala bersama murid. Selepas pengajaran, guru refleks apa yang telah dilakukannya, dipertuturkan dan direncana di dalam bilik darjah. Guru subjek sejarah digalakkan menulis diari atas refleks diri untuk rujukan masa hadapan serta membaiki kesilapannya. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru boleh mengamalkan pembelajaran

kolaboratif. lni bermaksud murid dalam keadaan positif dan berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan bergaul mesra dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik. Seterusnya, murid berfikir untuk penyelesaian masalah yang ditujukan kepadanya. Guru pula perIu menentukan objektif pengajaran yang sesuai dan menentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan yang bercorak-heterogen membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha mencari penyelesaian masalah, murid perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan sesi eksperimen serta mencari rujukan samada daripada medium guru, buku atau internet. Dalam konteks ini, guru sebagai pemerhati dan fasilitator menilai proses pembelajaran murid serta hasil tugasan mereka. Dengan kaedah pendekatan ini, murid berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan dan keyakinan diri khususnya dalam penerokaan pencarian fakta atau urutan sejarah dari setiap penemuan dan aktiviti yang dilakukan. Di akhir sesi, guru harus memberi pujian dan sokongan serta ganjaran ke atas usaha yang ditunjukkan oleh murid dalam penglibatan mereka dalam proses pembelajaran yang aktif dan memanipulasi ruang bilik darjah sebagai sumber berinteraksi yang berkesan.

RUMUSAN Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Penagajian Tinggi Malaysia menghadapi kesukaran untuk membekalkan unjuran pengambilan guru Sejarah secara konsisten berdasarkan kepada keperluan semasa dan pergerakan guru sejarah yang mengajar tidak mengikut opsyen atas permintaan pentadbir sekolah. Permasalahan wujud apabila terdapat permintaan dan kekurangan guru; guru-guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran tertentu; saiz kelas yang besar; calon temuduga opsyen Sejarah yang tidak layak dan sebagainya. Kekurangan ini merupakan kekangan kepada pengetua sekolah untuk melaksanakan peranan sebagai peranan kepimpinan guru. Masalah ini telah menyebabkan mereka terkeliru mengenai cara yang sesuai untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai peranan kepimpinan guru yang berkesan. lmplikasinya, ada kalangan pengetua tidak dapat memotivasikan guru-gurunya ke arah kecemerlangan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri dalam aspek peranan kepimpinan guru disamping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada teori, tanggungjawab guru terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran, dan membimbing para murid supaya kecekapan mereka dalam pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru termasuk juga memberi penegasan terhadap pencapaian rnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerja dengan guru lain supaya matlamat tercapai. Kajian Hallinger et al. (1983) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah sekolah sebenarnya memberi kesan yang mendalam perlu diambil kira dalam membentuk model peranan kepimpinan guru yang berjaya. Peranan kepimpinan guru yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah menwujudkan peranan kepimpinan guru yang berkesan.

RUJUKAN Banathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the future. EnglewoodCliffs, NJ: Educational Technology. Blase, J., & Blase, J. (1998). Handbook of instructional leadership. How really good principals promote teaching and learning. Thousand Oaks, CA: Corwin. Buhler, P. (1995). Leaders vs managers. Supervision, 56(5), 24-26. Chek Mat (2003). Kemahiran memimpin: Kuala Lumpur: Utusan. Crowther, F. (1997). The William Walker Oration, 1996: Unsung heroes: The leader in our classroom. Journal of Educational Administration, 35(1), 5-17. Cuban, L. (1984). Transforming the frog into a prince: Effective school research, policy and practice at the district level. Harvard Education Review, 54(2), 129- 151.De Bevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional leader.Educational Leadership, 41, 14-20. Fenstermacher, G., & Soltis, J. (1998). Approaches to teaching (3rded.). New York: College. Field, R. (2004). Leadership in classrooms. Dimuat turun September 15,2005, daripada: www.bus.ualberta.calrfield. Hallinger, P., Murphy, J., Well, M., Mesa, R. P., & Mitman, A. (1983). School effectiveness:Identifying the specific practices, behaviors for principals. NASSP Bulletin,67(463),83-91. Hook, P., & Vass, A., (2000). Confident peranan kepimpinan guru. London: Fulton. Kane, M. (2001). Leadership requirements and leadership development. Dimuat Turun September 15,2005, daripada: www.execuiteveevolution.com. Lambert, L. (2003). Leadership refined: An evocative context for teacher leadership. School Leadership and Management, 23(4),421-430. Lashway, L. (2002, July). Developing instructional leaders. ERIC Digest, 160. University of Oregon, Clearinghouse on Educational Management. Dimuat turun September 21, 2005, daripada: www.vtaide.com/png/ERIC/DevoIOPing- Instructional-Leaders. Htm Sashkin, M., & Sashkin, M. G. (1993). Leadership and culture building in schools.Dim. Shippen, M. E., & Shippen, S. J. (2004). Seven characteristics of affective leaders. Classroom Ledership, 7, 1-3. Smith, W., & Andrews, R. (1990). Instructional leadership: How principals make a difference. Alexandria, VA: ASCM. Southworth, G. (2002). Instructional leadership in schools: Reflections and empirical evidence. School Leadership and Management, 22(1), 73-92. Sparks, D. (2003), Interview with Fullan: Change agent. Journal of Staff Development, 24(1). [Atas talian] http://www.nsdc.org/library /publications/jsd/fullan241.cfm Wilcox, S. (2005). Leadership in the classroom. Dimuat turun September 18,2005, daripada: www.queensu.ca/idc/trainerslhandlleaderlhtml YukI,G.A. (2002). Leadership in organizations (5thed.). Upper Saddle River.Nr: Prentice. Zenger, J. H., & Folkman, J. (2004). The handbook for leaders: 24 lessons forExtraordinary leadership. New York: McGraw-Hill.