Anda di halaman 1dari 12

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pedagogi merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat


seni dan sains dalam penyampaian isi kandungan. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku adalah melalui interaksi antara guru dan murid, isi
kandungan serta objektif pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran juga
memerlukan guru mengaplikaskan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti sebagai
medium bertujuan untuk memudahkan murid-murid menerima dan memahami isi
pelajaran yang disampaikan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2015). Kejayaan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah dipengaruhi oleh kualiti yang
terdapat dalam individu guru. Shulman dan Grossman (1987) menggariskan bahawa
pengetahuan yang ada pada seseorang guru berserta kaedah penyampaian mereka
merupakan integrasi dominan dalam memastikan murid-murid menerima
pembelajaran yang dinamik dan responsif.

Para pendidik perlu membuat anjakan paradigma terhadap kaedah penyampian


mereka di bilik darjah. Kemahiran pembelajaran adalah kemahiran pembelajaran
yang diperlukan oleh murid untuk berdaya saing pada alaf baru. Pengajaran dan
pembelajaran juga menuntut agar guru lebih komited dan kompeten dalam
pelaksanaan kurikulum di sekolah.

Antara komitmen dan kompetensi yang perlu ada pada seseorang guru perlu
menguasai isi kandungan, iaitu berpengetahuan, berkemahiran, dan berpengalaman
mengintegrasi serta membina satu pengajaran yang mantap dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan. Seterusnya guru mengesan perkembangan
murid iaitu berkemahiran merancang program bagi menyokong dan membantu

1
perkembangan murid melalui strategi sharply focused, deep dive, analisis data,
mempelbagai kaedah dan aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar bilik darjah.
Akhir sekali guru harus menguasai kemahiran psikologi pembelajaran iaitu dengan
berkemahiran memahami bertingkah laku setiap murid bagi memahami ciri-ciri
pertumbuhan dan perkembangan murid-murid seperti meramal tingkah laku,
memberi motivasi serta menghubungkaitkan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.

Bagi mencapai matlamat Falsafah pendidikan kebangsaan, pihak-pihak yang


berkaitan khususnya Kementerian Pelajaran hendaklah melahirkan guru-guru yang
mempunyai bakat serta penguasaan dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran
pedagogi serta memupuk nilai-nilai keguruan bagi menyediakan guru permulaan
yang berkualiti dan cemerlang (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

Guru yang baik dan berkualiti adalah satu-satunya faktor penting yang
mempengaruhi pembelajaran murid berbanding dengan faktor-faktor lain seperti saiz
kelas dan kewangan. Norasyikin Osman and Mohd Isa Hamzah (2016), juga
mengatakan lagi, guru yang bersemangat dan berdisiplin sertan melalui latihan
keguruan yang professional dapat membantu guru berkualiti bagi menarik minat
murid dalam pembelajaran.

Bagai mencapai kualiti Pendidikan para guru haruslah mempunyai


pengetahuan dan kemahiran yang cukup. Supaya guru mampu memberikan perhatian
kepada pengajaran yang secukupnya supaya dapat mejalankan tugas di sekolah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Fungsi dan tugas utama seorang guru, adalah berusaha untuk memotivasi
murid untuk belajar. Hal ini kerana, guru mampu membuat murid itu memberi
sepenuh perhatian, bertingkah laku baik dan berdisiplin semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran anda. Adalah satu tanggungjawab guru dalam mencari jalan untuk

2
mencapai matlamat ini. Ada sesetengah sekolah mengurus dan mengawal tingkah
laku muridnya adalah satu cabaran hebat yang perlu guru harungi bagi menjadikan
pembelajaran dan pengajaran lebih kondusif di bilik darjah. Kemahiran mengajar
yang dipilih adalah kemahiran mengajar yang penting dan untuk melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (Mohd Hasani Dali dan Mohamad
Johdi Salleh, 2009).

Dalam usaha melaksanakan kemahiran pedagogi, para pendidik disaran untuk


memastikan murid-muridnya tidak hanya menguasai pengetahuan dan kemahiran
asas sahaja tetapi lebih berusaha agar mereka menguasai pelbagai kemahiran lain
seperti Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, Kemahiran berkomunikasi secara
berkesan, Kemahiran menikmati keindahan cipraan dan seni, Kemahiran membuat
pilihan dan menbuat keputusan, Kemahiran mencari, menginterpretasi, dan
mengaplikasikan maklumat, Kemahiran bersosial dan bekerjasama dengan orang lain
dan Kemahiran kepimpinan dan pengurusan (Tieng & Lian, 2014).

Walaubagaimanapun, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan


guru-guru yang cemerlang dalam pengajaran dan dapat memikul tugas sebagai
seorang pendidik yang baik, guru-guru haruslah menguasai aspek kemahiran
Pedagogi. Kebanyakan guru-guru masih kurang dalam menguasai menguasai
pelbagai bidang seperti bidang yang di ajar, menyediakan perancangan hari dan
tahunan guru dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan objektif yang telah
ditetapkan (Mohd Fauzi, Abdul Razak, dan Mohamad Iskandar Shah 2016).

Manakala terdapat kelemahan semasa pelaksanaan pengajaran dan


pembelajaran yang dapat dilihat dalam kemahiran pedagogi pengajaran adalah
seperti gaya dan pertuturan yang terlalu cepat dan kurang jelas. Ada juga guru
bercakap dengan papan tulis dan tidak mengadap murid semasa mengajar. Intonasi
suara juga kadang-kadang senada sahaja. Menurut beliau juga sebahagian guru tidak
menggunakan teknik menyoal yang berkesan serta kurang kreatif semasa
menyampaikan isi pelajaran (Siti Salwa, 2014).

3
Dalam proses keadah dan teknik pengajran, semasa pembelajaran berlaku guru
haruslah mewujudnya interaksi anatara guru dengan murid untuk menguasai isi
pelajaran sehingga mencapai sesuatu objektif yang ditentukan dari aspek kognitif.
Dapat mempengaruhi perubahan sikap dari aspek afektif dan berketerampilan dari
aspek psikomotor. Pembelajaran yang bermakna adalah bergantung kepada minat dan
motivasi murid yang tinggi terhadap pengajaran guru. Hasil pembelajaran dapat
diukur melalui proses belajar dengan mudah (Siti Salwa, 2014).

Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab besar untuk mengawal


bilik darjah supaya lebih yakin yakin semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini guru perlu memainkan peranan penting
dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas menjadi lebih
seronok dan selesa. Oleh sebab itu guru haruslah menguasai cara mengawal murid
serta menguruskan persekitaran pembelajaran lebih ceria dan selesa (Mohd Fauzi,
Abdul Razak, dan Mohamad Iskandar Shah 2016).

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, sebahagian guru masih lagi


kurang melakukan petaksiran terhadap pencapaian pelajar dan melakukan penilaian
terhadap proses pengajaran guru di bilik darjah. Mereka beranggapan pernilaian
boleh dijalankan semasa peperiksaan dijalankan. Hal ini menerangkan bahawa guru
harus mempunyai pelbagai kaedah mengajar dan kemahiran yang dipelajari sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan (Sulaiman E., 2004).

Manakala menurut Fullan (1993), penulisan refleksi adalah penting guru


selepas setiap kali pengajarn dijalankan. Terdapat sebahagian guru masih lagi tidak
menulis refleksi mereka selepas habis sesi pengajaran. Hal ini akan menyebabkan
guru tidak dapat melihat kelemahan pengajaran yang telah mereka dijalankan kerana
penulisan refleksi selepas habis sesi pengajaran sebanyak telah berjaya membantu
guru di dalam meningkatkan pelbagai kemahiran dan melihat kelemaharan sendiri
(Taras, 2005).

4
1.3 Penyataan Masalah

Bagi menguasai kemahiran pedagogi, penguasaan kemahiran pedagogi adalah


antara perkara penting yang perlu dikuasai oleh setiap guru. Menrurt Ab. Wahab
(2006) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, setiap guru perlulah mengetahu
bagaimana cara membuat persediaan, penyampaian dan menunjukkan ciri-ciri
sahsiah yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar sejurus mencapai objektif pengajaran
seperti yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, perancangan persediaan harian, mingguan dan tahunan


juga merupakan elemen yang penting untuk difahami dengan sebaik mungkin oleh
setiap guru supaya matlamat pengajaran tercapai sepenuhnya. Dalam mencapai
matlamat tersebut, guru perlu berusaha serta berfikir mencari cara yang paling sesuai
dan berkesan agar segala objektif dan matlamat pengajaran tersebut tercapai (Nur
Zawani Mohamad Din, Harun Baharuddin, Maimun Aqsha Lubis, Nur Syafiqah
Kamar, 2015)

Guru juga perlu mahir dalam aspek pelaksaan pengajaran dan pembelajaran
dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agar dapat
meningkatkan kefahaman murid. Bermula dari set induksi pengajaran, diikuti dengan
bagaimanakah murid dapat disediakan untuk memulakan pembelajaran, bahan bantu
mengajar yang digunakan, set induksi yang mengarah ke arah membina pengetahuan
sedia ada murid berkaitan dengan topik yang disampaikan serta perkara-perkara lain
yang perlu diambil kira sebelum melakukan proses pengajaran dan pembelajaran
(Siti Salwa, 2014).

Guru harus menguasai kepakaran dari kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran bagi setiap bidang subjek yang diajar, menguasai kaedah pengajaran
dan pengurusan disiplin murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan seronok (Nurseto, 2011). Siti Salwa,
(2014) menerangkan bahawa seseorang guru haruslah menguasai kemahiran dan
kepakaran dalam penguasaan matapelajaran tertentu.

5
Untuk menjadi seorang guru yang baik dan berperanan sebagai pengurus dalam
bilik darjah, seorang guru itu perlu menyiapkan diri dengan tahap pengetahuan yang
baik dalam banyak perkara terutamanya hal yang berkaitan dengan selok belok
pengajaran dan pengurusan. Dua perkara ini merupakan isu utama yang perlu
ditangani dengan bijaksana oleh setiap guru bagi mencapai keberkesanan dalam
pengajaran. Perkara ini melibatkan banyak proses seperti merancang, mengoperasi,
memimpin, menyelaras, menganalisis dan semua bentuk perancangan keseluruhan
proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini juga melibatkan guru sebagai
pengurus bilik darjah yang memerlukan kepada tujuh perkara iaitu objektif, bahan
dan sumber, strategi/pendekatan/teknik, pemeringkatan isi, aktiviti, kemudahan dan
susunan fizikal, dan penilaian (Shahabuddin et al., 2007).

Di dalam dalam bilik darjah, guru harus melakukan petaksiran terhadap


pencapaian pelajar dan melakukan penilaian terhadap proses pengajaran guru di bilik
darjah. Pengajaran guru hanya berpusatkan murid. Tetapi pada masa kini menurut
beliau, pendekatan mengajaran lebih kepada berpusatkan murid dan bahan. Hal ini
menerangkan bahawa guru harus mempunyai pelbagai kaedah mengajar dan
kemahiran yang dipelajari sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
(Sulaiman E., 2004).

Dalam tahap pengujian, guru masih mempunyai kemahiran asas untuk


menentukan sama ada muridnya telah mencapai objektif dan keberkesanan
pengajaran atau tidak. Oleh itu, terdapat dua perkara yang amat berkait rapat iaitu
penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan oleh guru. Kedua-dua terminologi
sebenarnya hampir sama, iaitu masing-masing melibatkan pengukuran atau
pengujian dan juga proses penghakiman (judgement). Perbezaan utama penaksiran
dan penilaian ialah mengenai perkara yang dihakimi atau dipertimbangkan.
Penaksiran dirujuk sebagai proses menghakimi hasil kerja muridmanakala penilaian
dirujuk sebagai proses menghakimi terhadap program atau pengendalian kursus
Pendidikan (Taras, 2005).

Kemahiran pedagogi akan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan
proses tersebut akan disampaikan dengan lebih berkeyakinan agar murid mudah

6
memahami pengajaran yang disampaikan. Seseorang guru atau pensyarah perlu
memupuk keyakinan diri supaya dapat mengajar dengan lebih berkesan. Guru atau
pensyarah yang baru dan bawah tiga tahun bertugas dalam bidang ini akan
mengalami masalah keyakinan, ini disebabkan kekurangan pengalaman mengajar
atau kemahiran yang khusus dalam bidang tersebut (Ngasiman, 2014).

Guru perlu mengamal menulis refleksi. Menurut Fullan (1993), dalam


kemahiran pedagogi penulisan refleksi adalah penting kepada guru kerana guru
mampu menihat kelemahan pengajaran yang telah dijalankan. Keyataan ini di sokong
oleh Taras (2005) kerana ia sedikit sebanyak telah berjaya membantu guru di dalam
meningkatkan pelbagai kemahiran dan melihat kelemaharan sendiri. Pengalaman
mengendali dan mengikuti kemahiran pedagogi dilihat telah membantu di dalam
memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Jadi kajian ini memfokuskan kepada penguasaan kemahiran pedagogi yang


dilihat lebih penting kepada guru dalam membentuk diri untuk menjadi guru yang
cemerlang. Oleh yang demikian, pengkaji ingin membuat kajian untuk mencari tahap
kemahiran pedagogi guru sekolah menengah daerah Johor Bahru.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah dijalankan seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap kemahiran pedagogi (perancangan persediaan mengajar,


pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengujian dan penilaian, kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, dan amalan
refleksi) guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

ii. Menentukan sama ada wujud perbezaan statistik yang signifikan antara
kemahiran pedagogi guru berdasarkan 4 faktor demografi (pengalaman
mengajar, kelayakan ikhtisas, jantina dan kategori sekolah) terpilih bagi guru
sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

7
1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab persoalan seperti berikut:

i. Apakah terdapat tahap kemahiran pedagogi (perancangan persediaan


mengajar, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengujian dan
penilaian, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik
darjah, dan amalan refleksi) guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru?

ii. Adakah terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara kemahiran


pedagogi guru dengan 4 faktor demografi (pengalaman mengajar, kelayakan
ikhtisas, jantina dan kategori sekolah) terpilih bagi guru sekolah menengah
di daerah Johor Bahru?

1.6 Hipotesis Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab hipotesis seperti berikut:

i. Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara kemahiran pedagogi


guru dengan 4 faktor demografi (pengalaman mengajar, kelayakan ikhtisas,
jantina dan kategori sekolah) terpilih bagi guru sekolah menengah di daerah
Johor Bahru?

1.7 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep adalah unutk menerangkan secara grafik mengenai kajian


yang akan dilaksanakan. Kerangka konsep dalam kajian ini adalah seperti yang
paparkan dalam Rajah 1.1

8
Tahap Kemahiran Pedagogi Guru
1. Aspek Perancangan Persediaan
Mengajar guru sekolah menengah
Factor Demogafi 2. Aspek Pelaksanaan Pengajaran
1. Pengajaman dan Pembelajaran guru sekolah
mengajar.
2. Kelayakan menengah
ikhtisas 3. Aspek kaedah dan teknik
3. Jantina
4. Kaategori pengajaran dan pembelajaran
sekolah guru sekolah menengah
4. Aspek tahap pengurusan bilik
darjah guru sekolah menengah.
5. Aspek tahap pengujian dan
penilaian guru sekolah menengah.
6. Aspek pasti tahap amalan refleksi
guru sekolah menengah.

Rajah 1.1: kerangka konsep Tahap kemahiran pedagogi guru


Sumber: Ubah suai dari Model of Teacher Knowledge: (Grossman, 1990)

Secara keseluruhannya, rajah 1.1 menjelaskan keseluruhan kajian yang akan


dilakukan terhadap responden yang telah ditetapkan. Kerangka konseptual kajian ini
diharap dapat menggambarkan keseluruhan kajian dan mempu menjawab soalan
kajian yang telah ditetapkan.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat tahap kemahiran pedagogi guru.
Sumbangan daripada dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan dalam meningkatan
kemahiran pedagogi keguruan bagi responden, guru-guru sekolah menegah daerah
Johor Bahru, individu bakal guru untuk melibat sejauhmana tahap kemahiran
pedagogi dalam kalangan guru sekolah menagah daerah Johor Bahru.

9
Di pihak sekolah dapatan ini dianggap bermakna dan berguna kerana amalan
ini dapat memperkaya kaedah pengajaran. Dapatan ini boleh diperbincangkan
dengan lebih luas di kalangan ketua bidang dan ahli panitia bagi memanfaatkan
kaedah pengajaran yang di aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
memperluaskan kefahaman strategi proses pengajaran dan pembelajaran dalam
interaksi dan pertemuan bicara ilmu dan latihan pembangunan staf atau dalam kursus
dalaman peningkatan kompetensi guru.

Di peringkat institusi, universiti awam atau Institusi Pendidikan Guru (IPG)


yang terlibat secara langsung melahirkan para tenaga pengajar di Malaysia,
maklumat yang diperoleh daripada kajian ini amat penting bagi pihak yang
bertanggungjawab dalam merangka kandungan program yang komprehensif dan
relevan untuk diterapkan dalam kalangan guru pelatih. Penerapan unsur kemahiran
pedagogi merupakan usaha untuk memenuhi keperluan semasa pelajar dan sekolah
yang sentiasa dinamik dan mencabar.

Kajian ini boleh menjadi rujukan bagi kajian-kajian akan datang yang mengkaji
tentang kemahiran pedagogi. Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan asas kepada
kajian-kajian lanjutan pada masa hadapan. Rumusannya, hasil kajian ini diharap
dapat memberikan nilai tambah kepada warga pendidik dalam memantapkan amalan
keguruan yang baik

1.9 Skop Dan Batasan Kajian

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada tahap kemahiran pedagogi guru
sekolah menengah daerah johor bahru dengan enam aspek kemahiran pedagogi iaitu
perancangan persediaan mengajar, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran,
pengujian dan penilaian, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, dan amalan refleksi. Kajian ini juga melihat sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran pedagogi guru dan factor
demorafi.

10
Batasan kajian adalah seperti kajian ini hanya melibatkan guru sekolah
menengah daerah Johor Bahru sahaja. Oleh itu, hasil dapatan kajian tidak boleh
digeneralisasikan kepada guru sekolah menengah daerah lain. Selain itu, kajian ini
juga terbatas kepada metadologi pengambilan data secara langsung daripada guru-
guru daerah Johor bahru sahaja.

1.10 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah dan terminologi yang digunakan dalam penulisan


kajian ini. Bagi menerangkan dengan lebih terperinci tentang kajian yang dijalankan
istilah penting yang penting dijelaskan. Definisi tersebut mempunyai makna dan
definisi yang perlu difahami seperti berikut:

i Guru

Guru dikenali sebagai sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh


merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen
(kelas bimbingan). Dalam kajian ini guru dalah guru-guru sekolah menengah daerah
Johor Bahru.

ii Kemahiran Pedagogi

Kemahiran Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran


dalam pendidikan formal. Kemahiran pedagogi dalam kajian ini merujuk kepada
pengetahuan guru yang mendalam tentang proses pengajaran dan pembelajaran,
pengetahuan tentang murid dan pembelajaran, pengurusan kelas, penilaian dan
refleksi (Esah, 2003). Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan model yang
telah diubah suai dari Model of Teacher Knowledge: (Grossman, 1990). Kemahiran
pedagogi kajian ini adalah berdasar enam aspek kemahiran ialah kesediaan mengajar,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajran, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran, pengujian dan pernilaian dan amalan refleksi.

11
1.11 Kesimpulan

Secara keseluruhannya bab ini membincangkan latar belakang, penyataan


masalah, tujuan, objektif, persoalan, model, kepentingan, batasan dan definisi
operasional kajian. Perbincangan ini memberi gambaran awal tentang aspek penting
yang perlu diberi perhatian dan penekanan agar fokus kajian tersusun serta dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pengajaran yang berkesan dan efektif sering
kali ditegaskan di dalam melahirkan seorang guru yang berkualiti. Guru perlu
menguasai pelbagai kemahiran bagi memastikan mereka mampu.

12

Anda mungkin juga menyukai