Anda di halaman 1dari 7

Peranan guru adalah penting dalam mendidik anak didiknya.

Di dalam kelas guru berperanan sebagai


pendidik, pemudahcara atau fasilitator. Guru yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar
memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, manakala guru yang tidak pandai mendidik
atau mengajar akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep atau sesuatu
kemahiran, malah ianya akan menyebabkan pengajaran guru akan membosankan, pelajar pelajar
tidak memberi tumpuan dalam pelajarannya atau pelajarpelajar tidak mahu masuk ke kelas. Oleh itu
amalan pengajaran-pembelajaran guru yang berkualiti bermakna pengajaran guru tersebut di
anggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat
bantu mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak di ajar. Selain itu, guru juga perlu
mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya
belajar bersungguhsungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut
kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain
pengajaran– pembelajaran yang berkualiti merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar
dengan baik dan berkesan dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik (Marzuki, 2005).

Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran atau konsep atau
kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar, mudah diingat dan menyeronokkan pelajar. Oleh itu,
guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan sistematik (Kallison, 1986);
menggunakan bahasa yang jelas dan mudah (Land, 1987), penerangannya yang jelas, dan memberi
contoh-contoh yang berkaitan (Mayer & Gallini, 1994); penekanan kepada isi-isi penting dan
pelajaran itu cuba di kaitkan pula dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lalu dan yang
sedia ada (King & Menke, 1992); dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) bagi membantu
menerangkan sesuatu konsep (Hiebert, Wearne & Taber, 1991; Kozma 1991). Selain itu, objektif
pelajaran hendaklah jelas dan khusus, isi kandungan adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu
pelajaran, guru perlu mengadakan penilaian atau peperiksaan.

Selain itu,Kualiti pengajaran guru adalah teras kepada aktiviti penyaluran ilmu pengetahuan

dan kemahiran serta penerapan nilai-nilai murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah (Azariah, 2014).Tambahannya, Kecemerlangan murid amat berkait rapat

dengan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru serta keberkesanan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran guru (Ayob, 2004).Di samping itu, Pensyarah juga memainkan peranan

yang penting dalam membantu proses pembelajaran pelajar (Ishak, 2009). Lebih penting lagi

Mutu pengajaran dan pembelajaran guru dapat ditingkatkan melalui penyusunan strategi yang

berkesan hasil daripada maklum balas pencerapan yang dilakukan (Empi, 2005).
Seterusnya, dalam pengurusan kurikulum, penyeliaan adalah penting dalam memantau

keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Alimuddin (2016) penyeliaan oleh guru besar

dapat membantu guru-guru mempertingkatkan mutu pengajaran mereka supaya menjadi

bertambah berkesan.Penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah amat perlu dalam memastikan

kecemerlangan kerja guru secara berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu guru

menyelaraskan aktiviti pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang

cemerlang serta dapat memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan

sekiranya ada. Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu guru

meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya lagi,

dengan penyeliaan, guru besar dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang sebenarnya

berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan yang baik

dapat dikukuhkan.Dengan amalan penyeliaan yang berterusan,secara tidak langsung kualiti

pengajaran guru juga akan turut meningkat. Selain itu, penyelia boleh memberi input yang

membina untuk membantu guru meningkatkan keperibadian dan ikhtisan keguruan (Mohd

Nizam, Nur Fatihah & Zakiah, 2017).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan ‘Surat Pekeliling Ikhtisas

(SPI) Bil. 3/1987 yang bertajuk Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Kelas oleh

Guru besar dan Guru Besar’ (KPM, 1987). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 merupakan

arahan pelaksanaan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah oleh guru

besar sekolah dan diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran di bilik darjah adalah satu

tugasan yang penting. Surat ini memberi panduan pada aspek-aspek dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang patut diselia.


Surat Pekeliling ini menekankan bahawa pencerapan terhadap pengajaran dan pembelajaran

guru adalah tanggungjawab guru besar sepenuhnya. Namun, beban tugas guru besar yang

semakin berat ditambah pula kepelbagaian tugas guru besar turut menimbulkan kekangan

masa untuk melakukan tugas pencerapan maka tugas penyeliaan boleh diwakilkan kepada

penolong-penolong kanan, penyelia petang, ketua jabatan atau ketua bidang. Namun

demikian, tidak dinafikan bahawa penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah merupakan

agenda utama dalam pengurusan dan penyeliaan kurikulum sekolah,yang masih lagi perlu

dittikberatkan kerana isu kualiti pengajaran guru masih menjadi persoalan dalam pendidikan.
Pernyataan masalah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 (KPM, 1987) menekankan guru besar atau guru besar

bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah dan keberkesanan

pelaksanaan kurikulum memerlukan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru yang rapi

dan sistematik dari pihak guru besar atau guru besar. Namun guru besar atau guru besar

selaku peneraju pelaksanaan pencerapan dibebani dengan tugasan pentadbiran dan

pengurusan yang terlalu banyak (Holland, 2004). Penyeliaan yang berkesan memenuhi

standard piawai yang telah ditetapkan perlu demi melahirkan bakal-bakal guru yang bertaraf

dunia minda kelas pertama. Begitu juga halnya mengenai tahap kesediaanmengajar guru

dalam hubungannya dengan penyeliaan pengajaran oleh pensyarah pembimbing (Mohd

Nizam, Nur Fatihah & Zakiah, 2017).

Bagi mengeruhkan lagi keadaan kebanyakan penyeliaan dijalankan sekadar untuk memenuhi

keperluan pihak atasan. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa penyeliaan pengajaran

yang dilakukan oleh guru besar di sekolah hanya sekadar memenuhi tuntutan birokrasi seperti

dokumentasi dan melengkapkan sistem fail sekolah sahaja (Ayob, 2004). Tambahan pula, isu

ini menjadi semakin besar apabila sesetengah guru mengatakan bahawa penyeliaan jarang

dijalankan. Penyeliaan hanya dijalankan sekali atau dua kali setahun. Setiap sesi penyeliaan

hanya mengambil masa selama setengah jam. Ini bermakna guru besar memperuntukkan

masa yang singkat untuk penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah (Tang, 2007). Isu ini

sekiranya berlarutan akan memberi kesan yang negatif terhadap kualiti pengajaran guru.

Guru besar atau guru besar yang berperanan sebagai penyelia sebenarnya tidak memahami

proses atau prosedur yang perlu dilaksanakan. Mereka lebih cenderung untuk mengumpul
data atau markah untuk menyampaikan maklumat kepada pihak atasan. Hal ini menyebabkan

tujuan sebenar penyeliaan pengajaran tidak mencapai objektif iaitu memperbaiki proses

pengajaran dan pembelajaran (Yunos, 2011). Amalan penyeliaan kurang dilaksanakan oleh

pengetua atau pentadbir, maka masalah berkaitan dengan kualiti pengajaran tidak dapat

ditangani dengan sebaiknya (Ling & Norasmah, 2018). Selain itu, penyeliaan memberi kesan

dan amat mempengaruhi pengajaran guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka

kerana ianya mempunyai objektif yang tersendiri untuk memastikan kaedah yang terbaik dan

menarik dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, sebagai

pengetua, mereka hendaklah sedar bahawa penyeliaan merupakan satu tugas penting bagi

pengetua kerana ianya merupakan satu kaedah yang dapat digunakan untuk meningkatkan

tahap kualiti dalam pengajaran guru di bilik darjah. Penyeliaan yang berkesan juga akan

melahirkan guru yang profesional dalam membina modal insan yang cemerlang (Chang &

Daud, 2018). Guru juga mendakwa bahawa tidak terasa kesan penyeliaan secara mutlak dan

akhirnya perkara yang sama akan terus berulang (Yunos, 2011). Maka, penyeliaan pengajaran

yang tidak berkesan dan sistematik gagal membantu guru dalam meningkatkan

kecemerlangan pengajaran guru.

Pernyataan kelemahan pengajaran guru dinyatakan oleh Rosmizana Yahya (2015), iaitu

kebanyakan guru tidak menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan. Guru

lebih suka mengajar cara tradisional iaitu berpandukan buku teks dan penulisan di papan

hitam tanpa adanya bahan bantu mengajar yang menarik. Murid-murid lebih kepada

berpusatkan guru daripada mereka melontarkan idea dan pandangan. Di dalam era

kemodenan seharusnya guru haruslah bijak mempelbagaikan kaedah dan stategi pengajaran

berkesan.Guru yang berkualiti pula ialah guru yang bersikap profesional, mahir dalam hal-hal

perguruan dan peka terhadap perkembangan pendidikan. Oleh itu kesedaran di kalangan
penyelia adalah penting kerana penyeliaan adalah satu kaedah yang dapat digunakan untuk

meningkatkan kualiti pengajaran guru di sekolah (Chang & Daud, 2018).

Tambahan pula, Laporan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM (2013) mendapati

bahawa keseluruhan pengajaran dan pembelajaran guru berada pada tahap memuaskan (guru

yang memenuhi keperluan minimum) dan hampir 5% lemah (guru yang mempunyai sedikit

kekuatan tetapi terdapat banyak kelemahan). Hasil dapatan laporan tersebut juga mendapati

bahawa kelemahan yang dikenal pasti berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan murid

secara ‘hands-on’ yang kurang dipraktikkan. Guru juga didapati kurang menggunakan

sumber pendidikan (BBM) yang melibatkan interaksi murid dengan BBM semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kertas Manjong adalah BBM yang sesuai tetapi

kurang berkesan. Ini kerana murid kurang berinteraksi dengan BBM yang digunakan. Maka,

bimbingan langsung diperlukan untuk mendedahkan guru tentang pembelajaran berpusatkan

murid dan penggunaan BBM yang menarik agar mengambil kira kepelbagaian kecerdasan

dan deria murid selain meningkatkan minat murid dalam pembelajaran di dalam kelas.

Masalah ini mungkin akan berkurangan sekiranya guru besar mengambil langkah pro aktif

dalam memberikan penyeliaan yang berterusan.Oleh itu,Kajian ini akan mengkaji lebih

mendalam tentang amalan penyeliaan dan hubungannya terhadap kecekapan guru dalam

memberikan pengajaran yang berkualiti.

Laporan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM (2013) juga mendapati bahawa teknik
penyoalan guru di dalam bilik darjah adalah berbentuk soalan aras rendah dan kurang
mencabar pemikiran kreatif dan kritis murid. Hal ini kerana kebanyakan soalan yang diajukan
belum mencakupi pelbagai aras kognitif dan kurang mencabar minda murid untuk berfikir
secara kritis dan kreatif serta merangsang murid yang bermotivasi rendah untuk
menjawabnya. Teknik penyoalaan aras tinggi ini juga perlu dikaji kerana ianya meningkatkan
kemahiran dan kualiti pengajaran guru di sekolah rendah. Masalah lain yang dihadapi oleh
guru adalah terdapat juga penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) yang tidak mematuhi kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999
(KPM, 1999). Penyediaan RPT tidak merangkumi sepanjang tahun persekolahan selama 42
minggu dan penulisan objektif dalam RPH tidak mengambil kira keupayaan semua murid
serta tidak dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur pada akhir pengajaran guru.
Tambahan pula, penulisan impak dalam buku rekod mengajar juga tidak lengkap dan tidak
konsisten (Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM, 2013). Maka, jelas
menunjukkan sekiranya amalan penyeliaan kurang dilaksanakan oleh guru besar atau
pentadbir, maka masalah berkaitan dengan kualiti pengajaran tidak dapat ditangani dengan
sebaiknya. (Nurahimah ,2010) oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara
amalan penyeliaan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru di Sekolah Kebangsaan
daerah Kota Setar

Anda mungkin juga menyukai