Anda di halaman 1dari 12

Kaedah Role Model

Rasulullah s.a.w. juga berperanan sebagai murabbi atau pembimbing yang menggunakan pendekatan modeling sebagai metode dalam mentarbiyyah jiwa-jiwa manusia amnya dan bangsa Arab jahiliyyah ketika zaman itu khususnya

Kaedah Kuliah

Kaedah kuliah atau syarahan merupakan salah satu corak penyampaian yang berbentuk penerangan sesuatu isi pengajaran secara lisan oleh guru dalam kumpulan yang ramai Rasulullah s.a.w. juga menggunakan kaedah ini ketika mana Baginda s.a.w. diarahkan oleh Allah s.w.t. untuk berdakwah secara terangterangan. Rasulullah s.a.w. telah meminta kaum Quraish untuk berkumpul di Bukit Safa dan di situlah Rasulullah s.a.w. berdakwah dalam bentuk kuliah yang ringkas. Begitu juga ketika Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbahnya yang terakhir di

Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita merupakan salah satu daripada cara menyampaikan kandungan pengajaran yang bertujuan memberi itibar dan melibatkan intonasi suara, mimik muka, gaya tubuh, imaginasi dan peralatan tambahan

Contoh

Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada para sahabat r.a. tentang seorang penzina wanita yang telah diampunkan Allah s.w.t. kerana perbuatannya memberikan air kepada anjing yang sedang kehausan.

Kaedah Soal Jawab

Kaedah bersoal jawab juga pernah digunakan pakai oleh Rasulullah s.a.w. ketika menyampaikan ilmu kepada para sahabat r.a. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari(1987, no. hadis 1554) bahawa Rasulluh s.a.w. telah bertanya kepada para sahabat r.a. satu soalan bagi membuka minda mereka, yang bermaksud: Apakah pandangan kalian sekiranya terdapat sebatang anak sungai di depan pintu rumah kamu dan kamu mandi di sungai tersebut lima kali sehari, Akan adakah kekotoran pada badan kamu? Sahabat menjawab: tidak akan ada kekotoran sedikit pun. Nabi s.a.w. membalas: begitulah dengan solat lima waktu, akan terhapus segala dosa kalian.

Kaedah Penyilidikan

Hadis-hadis Nabi s.a.w. menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan aktiviti dalam pengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a. Antara aktiviti yang dilakukan Nabi s.a.w. dalam menyampaikan pengajaran dan ilmu kepada para sahabat r.a. ialah menggalakkan sahabat r.a. melakukan penyelidikan. Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 12697) menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada para sahabat r.a. seorang pemuda ahli syurga tanpa menjelaskan ciri-ciri ahli syurga. Sahabat r.a. yang tertanya-tanya lalu menyelidik sendiri perihal pemuda tersebut dan mendapati bahawa pemuda tersebut tidak pernah berbohong dan berhasad dengki dengan orang lain.

Kaedah Lakaran

Nabi s.a.w. melakukan teknik lakaran ataupun lukisan bagi memberikan kefahaman kepada sahabat r.a. Ini seperti yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 2668) yang bermaksud:Rasulullah membuat empat garisan di atas tanah dan Baginda s.a.w. bertanya: Adakah kalian tahu mengapa aku melakarkan empat garisan ini? Sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang mengetahui. Lalu Baginda s.a.w. pun bersabda: Semulia-mulia wanita dalam syurga kelak ada empat orang: iaitu Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fatimah binti Muhammad, Sayyidah Maryam binti Imran dan Sayyidah Asiah binti Muhazzim isteri Firaun

Kaedah Perbincangan

Rasulullah s.a.w. juga mengadakan aktiviti perbincangan dan perdebatan dengan para sahabat r.a. bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkara. Hal ini seperti yang digambarkan dalam dialog Nabi s.a.w. bersama para wanita, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1987, no. hadis 298) yang bermaksud: Wahai wanita! Hendaklah kalian bersedekah, kerana Aku telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa golongan wanita adalah teramai di neraka. Para wanita bertanya: Mengapakah wahai Rasulullah s.a.w.? Jawab Baginda s.a.w.: kalian banyak melaknat dan mengingkari suami. Nabi bersabda lagi: Aku tidak pernah melihat kaum wanita yang kurang akal dan agamanya yang mampu menewaskan golongan lelaki yang bijak di kalangan kamu. Mereka bertanya lagi: apakah kurang agama dan akal kami wahai Rasulullah s.a.w.? Sabda Baginda s.a.w.: bukankah penyaksian perempuan itu cuma menyamai setengah penyaksian seorang lelaki? Mereka menjawab: benar! Itulah bukti kurangnya akal mereka, jelas Baginda s.a.w.

Kaedah Demonstrasi

aktiviti lain yang dilakukan Rasulullah s.aw. dalam menyampaikan pengajaran iailah aktiviti demonstrasi. Ini seperti yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud (1980, no. hadis 109 ) bahwa Sayyidina Uthman bin Affan r.a. telah menunjukkan cara berwuduk kepada para sahabat r.a. yang lain dan memberitahu bahawa begitulah cara Rasulullah s.a.w. berwuduk.

Kaedah Permainan

Rasulullah s.a.w. juga kadangkala melakukan aktiviti permainan yang diselitkan pengajaran di dalamnya. Rasulullah s.a.w. bermain teka teki dengan para sahabat bagi menyampaikan maksud pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 1735) bahawa Rasulluh s.a.w. telah memberikan satu teka teki kepada para sahabat dan meminta para sahabat berfikir akan jawapannya. Hadis tersebut yang bermaksud: Bagitahu daku apakah pokok yang bewarna hijau dan mempunyai keberkatan seperti seorang muslim, daunnya tidak gugur dan tidak bertaburan dan ia mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai