Anda di halaman 1dari 14

MODEL

PENGAJARAN
RASULULLAH
SAW
MODEL PENGAJARAN RASULULLAH SAW
 Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan
kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat
mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid

 Rasulullah s.a.w. bertindak sebagai penyampai ilmu (Muallim),


berperanan sebagai pembimbing (Murabbi) dan menggunakan
pendekatan modeling sebagai metode dalam mentarbiyyah jiwa-jiwa
manusia (Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri, 2012)

 Rasulullah s.a.w. sebagi pendidik unggul telah mengimplementasikan


kemahiran pedagogi dalam dakwah dan pengajaran Baginda s.a.w.
kepada para sahabat r.a.
METODOLOGI PENGAJARAN
RASULULLAH SAW

Kaedah Role Kaedah Kaedah Kedah Kedah


Model Bercerita Penyelidikan Perbincangan Permainan

1 3 5 7 9

2 4 6 8

Kaedah Kaedah Kedah Kedah


Kuliah Soal Jawab Lakaran Demonstrasi
Kaedah Role Model
Mendapat pengiktirafan dari Allah s.w.t. sebagai khair al-ummah sepertimana
firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran, 110 “Kamu adalah umat yang
01 terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Suruhlah kepada kebaikan dan
cegahlah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t”

Dari sudut pendidikan, Rasulullah bertindak sebagai penyampai ilmu (Muallim),


berperanan sebagai pembimbing (Murabbi) dan menggunakan pendekatan
modeling sebagai metode dalam mentarbiyyah jiwa-jiwa manusia (Noornajihan 02
Jaafar & Ab. Halim Tamuri, 2012)

Rasulullah s.a.w. sebagi pendidik unggul telah mengimplementasikan


03 kemahiran pedagogi dalam dakwah dan pengajaran Baginda s.a.w. kepada
para sahabat r.a.
Kaedah Kuliah/Syarahan
Menurut Atan Long
(seperti yang dinyatakan
dalam Noornajihan Jaafar
Rasulullah diarahkan
& Ab. Halim Tamuri, Kuliah/Syarahan
oleh Allah untuk
2012) Kaedah kuliah atau
berdakwah secara
syarahan merupakan
terang-terangan.
salah satu corak
Rasuluklah meminta
penyampaian yang
kaum Quraish untuk
berbentuk penerangan se Contoh
berkumpul di Bukit Safa
suatu isi pengajaran secar
setersunya berdakwah
a lisan oleh guru dalam k
dalam bentuk kuliah
umpulan yang ramai
yang ringkas
Kaedah Bercerita

Merupakan salah satu daripada


Sebagai contoh Rasulullah s.a.w
cara menyampaikan kandungan
telah menceritakan kepada para
pengajaran
sahabat r.a. tentang seorang
yang bertujuan memberi i’tibar
penzina wanita yang telah
dan melibatkan intonasi suara,
diampunkan Allah s.w.t. kerana
mimik muka, gaya tubuh,
perbuatannya memberi air kepada
imaginasi dan peralatan
anjing yang sedang kehausan
tambahan (shahabuddin hashim
et al. 2003).
Kaedah Soal Jawab

Rasulullah s.a.w. pernah bersoal jawab sebagaimana hadis yang


diriwayatkan al-Bukhari (1987, no hadis 1554) bahawa Rasulullah s.a.w
telah bertanya kepada para sabhabat satu soalan bagi membuka
minda mereka yang bermaksud : apakah pandangan kalian sekiranya
terdapat sebatang anak sungai di depan pintu rumah kamu dan kamu
mandi di sungai tersebut lima kali sehari, akan adakan kekotoran pada
badan kamu? Sahabat menjawab: tidak akan ada kekotoran sedikit
pun. Nabi s.a.w. membalas begitulah dengan solat lima waktu, akan
terhapus segala dosa kalian.
Kaedah Menjalankan Aktiviti

Penyelidikan
Demonstrasi
1 5

Aktiviti..
2
Perbincangan 4
Permainan
3

Lakaran
Aktiviti
Penyelidikan
Antara aktiviti yang dilakukan Nabi s.a.w.dalam menyampaikan
pengajaran dan ilmu kepada para sahabat r.a. ialah
menggalakkan sahabat r.a. melakukan penyelidikan. Hadis Nabi
s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis12697)
menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan
kepada para sahabat r.a. seorang pemuda ahli syurga tanpa
menjelaskan ciri-ciri ahli syurga. Sahabat r.a. yang tertanya- tanya
lalu menyelidik sendiri perihal pemuda tersebut dan mendapati
bahawa pemuda tersebut tidak pernah berbohong dan berhasad
dengki dengan orang lain.
Aktiviti
Perbincangan
Rasulullah s.a.w. juga mengadakan aktiviti perbincangan dan perdebatan dengan para
sahabat r.a. bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkara. Hal
ini seperti yang digambarkan dalam dialog Nabi s.a.w. bersama para wanita, seperti yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari (1987, no. hadis 298) yang bermaksud: Wahai wanita!
Hendaklah kalian bersedekah, kerana Aku telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa
golongan wanita adalah teramai di neraka. Para wanita bertanya: Mengapakah wahai
Rasulullah s.a.w.? Jawab Baginda s.a.w.: kalian banyak melaknat dan mengingkari suami.
Nabi bersabda lagi: Aku tidak pernah melihat kaum wanita yang kurang akal dan
agamanya yang mampu menewaskan golongan lelaki yang bijak di kalangan kamu.
Mereka bertanya lagi: apakah kurang agama dan akal kami wahai Rasulullah s.a.w.?
Sabda Baginda s.a.w.: bukankah penyaksian perempuan itu cuma menyamai setengah
penyaksian seorang lelaki? Mereka menjawab: benar! Itulah bukti kurangnya akal
mereka, jelas Baginda s.a.w
Aktiviti
Lakaran

Nabi s.a.w. melakukan teknik lakaran ataupun lukisan bagi memberikan


kefahaman kepada sahabat r.a. Ini seperti yang dijelaskan dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 2668) yang bermaksud:
Rasulullah membuat empat garisan di atas tanah dan Baginda s.a.w.
bertanya: Adakah kalian tahu mengapa aku melakarkan empat garisan
ini? Sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang mengetahui.
Lalu Baginda s.a.w. pun bersabda: Semulia-mulia wanita dalam syurga
kelak ada empat orang: iaitu Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid,
Sayyidah Fatimah binti Muhammad, Sayyidah Maryam binti Imran dan
Sayyidah Asiah binti Muhazzim isteri Firaun.
Aktiviti
Permainan
Rasulullah s.a.w. juga kadang kala melakukan aktiviti permainan yang
diselitkan pengajaran di dalamnya. Rasulullah s.a.w. bermain teka teki
dengan para sahabat bagi menyampaikan maksud pengajaran yang
tersirat. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (1987, no.
hadis 1735) bahawa Rasulluh s.a.w. telah memberikan satu teka teki
kepada para sahabat dan meminta para sahabat berfikir akan
jawapannya. Hadis tersebut yang bermaksud: Bagitahu daku apakah
pokok yang bewarna hijau dan mempunyai keberkatan seperti seorang
muslim, daunnya tidak gugur dan tidak bertaburan dan ia
mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah s.w.t..
Aktiviti
Demonstrasi

Rasulullah s.aw. juga menyampaikan pengajaran


dalam bentuk aktiviti demonstrasi. Ini seperti yang
telah diriwayatkan oleh Abu Daud (1980, no. hadis
109) bahwa Sayyina Uthman bin Affan r.a. telah
menunjukkan cara berwuduk kepada para sahabat
r.a. yang lain dan memberitahu bahawa begitulah
cara Rasulullah s.a.w. berwuduk
Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri. (2012). Pedagogi
Rasulullah S.A.W. Dalam Pengajaran. Universiti
Kebangsaan Malaysia
RUJUKAN
Shahabuddin Hashim, Rohizan Yaakob, & Mohd Zohir
Ahmad. (2003). Pedagogi: Strategi danTeknik Mengajar
dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication &
Distributors Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai