Anda di halaman 1dari 9

DAKWAH DI KALANGAN REMAJA: SUATU KAJIAN TERHADAP METODE

DAKWAH KOMTEMPORARI

Oleh:
Nooraziz Bin Mudakir
Pendahuluan:
Remaja

adalah

insan

yang

sedang

melalui

tahap

transformasi

perubahan di antara kanak-kanak dan dewasa. Perubahan ini melangkaui


kepada segenap aspek kehidupan mereka samada perubahan dari sudut
kelakuan, kematangan mental mahu pun fizikal. Kebiasaannya pada tahap
ini, remaja sentiasa tercari-cari hala tuju hidup mereka yang sebenar.
Kekadangnya mereka keliru dalam membezakan di antara yang hak dan
yang batil serta jalan yang lurus dan jalan yang bengkok. Fenomena ini
membuatkan mereka lebih cenderung memilih suatu jalan yang dilihat lebih
mudah dan menggembirakan tanpa melihat risiko di sebalik jalan tersebut.
Justeru itu kita seringkali melihat ramai di kalangan remaja hanyut dalam
pergelutan mereka mencari kebahagiaan dunia, ditambah lagi dengan
keinginan mereka yang mahu bebas dari kongkongan orang tua dan
peraturan-peraturan

(sekolah

dan

sebagainya)

yang

dirasakan

amat

menyesakkan.
Seringkali juga kita melihat dan mendengar isu-isu semasa serta gejala
sosial dan negatif yang melibatkan para remaja. Perkara ini sebenarnya
bersangkutan dengan tahap pentarbiahan yang mereka perolehi semasa
kecil lagi. Pun begitu, masih belum lagi terlambat untuk para remaja ini
diperbaiki samada dari sudut akhlak, kelakuan, sikap, prinsip hidup mahu
pun tahap keintelektualan mereka dalam bidang pendidikan dan sebagainya.
Nooraziz Mudakir merupakan penuntut Sarjana di Jabatan al-Quran dan al-Hadith
yang sedang menuntut dalam semester pertama.

Namun proses mengubah remaja ini bukanlah suatu perkara yang boleh
dipandang enteng, bahkan memerlukan kaedah-kaedah tersendiri yang
sepatutnya dipratikkan oleh segenap peringkat dalam masyarakat bagi
memastikan golongan remaja tidak tersasar daripada jalan yang sebenar.
Kaedah-kaedah ini haruslah kena pada situasi keadaan, tempat dan waktu
yang sesuai agar proses pentarbiahan dan dakwah yang dilaksanakan ke
atas mereka berjaya mencapai objektif yang diidamkan.

Definisi
Dakwah ( )di dalam bahasa bermaksud menyeru dan menjemput 1.
Dakwah menurut Kamus Dewan pula dikenali sebagai kegiatan menyeru dan
meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan 2. Dari segi
istilahnya, dakwah di jalan Allah ( ) bermaksud seruan agar
mentaati Allah serta mentaati Rasul-Nya s.a.w dalam segenap aspek (ajaran)
yang ia (Rasulullah s.a.w) bawa3. Remaja di dalam bahasa Arab bermaksud
al-Murhiq ( )atau pun al-Syabb (). Menurut istilah, remaja
bermaksud golongan yang mulai dewasa, sudah akil baligh serta cukup umur
untuk berkahwin4. Ini bermaksud, dakwah di kalangan remaja ialah suatu
usaha untuk menyeru manusia khususnya remaja agar mentaati Allah dan
Rasulullah s.a.w dalam setiap ajaran yang beliau bawa.

1 Jamaah min Kibar al-Lughawiyyin al-Arab (1999), al-Mujam al-Arabi al-Asasi.


Kaherah: Larus, h. 452.
2 Noresah Bt. Baharom (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
bahasa dan Pustaka, h. 305.
3 Ali Abd al-Halim Mahmud, Dr. (1994), Fiqh al-Dawah al-Fardiyyah. al-Mansurah: Dar alWafa, c. 3, h. 20.
4 Noresah Bt. Baharom (2007), op.cit., h. 1308.

Definisi kalimah metode pula, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd Zin menukilkan di
dalam bukunya Metodologi Dakwah sebagai cara melakukan sesuatu atau
sistem5. Kontemporari pula bermaksud semasa atau masa kini 6. Justeru,
Metode Dakwah Kontemporari bermaksud suatu sistem dakwah yang khusus
dan terkini serta bersesuaian pula dengan situasi semasa.

Metode Dakwah Menurut Kacamata al-Quran Dan al-Hadith


Di dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat-ayat yang mengajarkan tentang
metode dakwah yang berkesan yang seharusnya diamalkan oleh para dai.
Antaranya yang disebutkan di dalam surah al-Nahl:


Maksudnya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang
berhikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah pula dengan mereka juga
dengan jalan yang terbaik.7
Ayat di atas mengingatkan kita agar memilih jalan dakwah dengan
cara yang berhikmah, samada melalui jalan nasihat atau pun perdebatan
yang juga berhikmah (tidak melampaui batas). Ibn Kathir di dalam kitabnya
Tafsir al-Quran al-Aim menyatakan bahawa apabila seseorang pendakwah
terpaksa menggunakan pendekatan berdebat dalam dakwahnya, maka
wajiblah

ia

memastikan

bahawa

pendekatannya

tersebut

(berdebat)

hendaklah dengan cara yang baik, lembah lembut serta dengan pertuturan

5 Ab. Aziz Mohd Zin, Prof. Dr. (2001), Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, h. 1.
6 Noresah Bt. Baharom (2007), op.cit., h. 818.
7 Surah al-Nahl (16): 125.

yang juga baik (bersopan)8. Justeru dengan pendedahan di atas dapatlah


difahami bahawa dalam berdakwah perlulah ada ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan uslub serta tatacara yang khusus buat para pendai. Tujuannya
adalah memastikan bahawa dakwah yang dilaksanakan tidak

hanya

bertepuk sebelah tangan, namun mampu menghasilkan pulangan yang


lumayan dan berkesan. Perlu dingatkan bahawa setiap pendakwah haruslah
memasang

strategi

bagi

menyesuaikan

dakwah

yang

dilaksanakan

bertepatan dengan kaedah semasa dan terkini, selagi mana ia tidak


melanggar batasan syarak. Strategi ini kekadangnya dilihat begitu kontoversi
oleh sesetengah pihak, namun sebenarnya impak yang terhasil daripada
strategi ini sangat besar dan bermanfaat, contohnya penggunaan muzik
dalam berdakwah. Sesetengah pihak menganggapnya sebagai haram dan
sesetengahnya pula mengatakan harus. Syeikh Ali al-Jumuah di dalam
kitabnya

Fatw

Asriyyah

berkata

bahawa

nyanyian-nyanyian

yang

mengandungi makna yang baik, yang menyeru kepada akhlak mulia serta
tidak melalaikan seseorang daripada melaksanakan kewajipannya maka
hukumnya adalah harus9. Justeru, selagi mana perkara tersebut tidak haram,
maka penggunaannya sebagai medium dakwah sangat diperlukan bagi
menghasilkan

natijah

dakwah

yang

berkesan.

Berkenaan

dengan

penggunaan strategi yang sistematik ini, Allah s.w.t di dalam surah al-Saf
ada menyatakan di dalam firman-Nya:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah s.w.t mencintai orang-orang yang


berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, yang mana mereka
seakan-akan suatu bangunan yang tersusun kukuh.10

8 Al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir (2005), Tafsir al-Quran al-Azhim. Mansoura: Dar alGhadd al-Jadid, j. 1, h. 557.
9 Ali al-Jumuah (2005), Fatw Asriyyah. Kaherah: Dar al-Salam, h. 452.

Ini bermaksud Allah s.w.t mencintai orang-orang yang berperang di


jalan Allah dengan cara yang teratur, berstrategi serta bersistematik 11.
Justeru mereka yang berjihad di jalan Allah s.w.t bukanlah sahaja terbatas
kepada mereka yang berperang dengan menggunakan senjata pada jalanNya, tetapi juga merangkumi mereka yang berdakwah mengajak manusia ke
jalan Allah s.w.t.
Di dalam hadith Nabi s.a.w pula terdapat banyak contoh-contoh yang
menunjukkan bahawa Nabi menyeru agar berdakwah dengan menggunakan
uslub serta metode yang sesuai. Antaranya sabda Nabi s.a.w:



"


"



Maksudnya: Permudahkanlah dan jangan mempersukarkan, serta berilah
berita yang menggembirakan dan jangan berikan berita yang membuatkan
orang lari.12
Ini bermakna, seseorang pendakwah itu mestilah sentiasa mencari jalan
untuk mempermudahkan mad serta tidak mempersukarkannya. Begitu
juga, seorang pendakwah mestilah pandai mengatakan hal-hal yang boleh
mendatangkan kegembiraan kepada para mad seperti menceritakan
fadilat-fadilat atau sebagainya, bukan melakukan sesuatu yang boleh
membuatkan mad lari dari usaha dakwah yang dijalankan ke atasnya.
Terdapat suatu hadith yang menceritakan berkenaan metode dakwah
baginda s.a.w, iaitu tatkala seorang lelaki bertanya kepada beliau mengenai
cara berwuduk, maka beliau s.a.w menunjukkan cara berwuduk dengan
melaksanakan

wuduk

tersebut

ke

atas

dirinya.

Bermula

dengan

10 Surah al-Saf (61): 4.


11 Al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir (2005), Tafsir al-Quran al-Azhim, j. 5. Mansoura: Dar
al-Ghadd al-Jadid, h. 329.
12 Al-Bukhari (1422H), Sahih al-Bukhari, j. 1. Beirut: Dar Tauq al-Najah, h. 25. Hadith Sahih.

membersihkan kedua tapak tangan dengan air, baginda kemudiannya


mengusap kedua mukanya sebanyak 3 kali sehinggalah yang terakhir
baginda s.a.w mengakhirinya dengan membasuh kedua kakinya sebanyak 3
kali13. Ini menunjukkan bahawa Nabi s.a.w melaksanakan misi dakwahnya
dengan menggunakan metode mengikut kepada kepelbagaian jenis manusia.
Nabi s.a.w tidak hanya tertumpu kepada satu metode sahaja untuk
berdakwah, bahkan Nabi s.a.w berdakwah dengan bermacam-macam
metode mengikut kesesuaian kepada jenis mad, tempat dan masa.

Peranan Masjid Dan Surau Sebagai Nadi Penggerak Dakwah


Masjid dan surau merupakan suatu institusi yang amat penting dalam
sesebuah masyarakat dalam menjalankan peranannya sebagai nadi bagi
menggerakkan suatu usaha dakwah. Nabi s.a.w tatkala mana sampai di bumi
Yathrib (Madinah) dalam sirah penghijrahannya ke sana, perkara pertama
yang dilakukan oleh baginda s.a.w ialah mendirikan masjid. Nabi s.a.w
mendirikan masjid baginda sebelum mana proses menjalinkan hubungan
persaudaraan

di

antara

kaum

Muhajirin

dan

Ansar

berjalan 14.

Ini

menunjukkan bahawa pembinaan suatu institusi Islam (masjid/surau) amat


penting dalam merangka strategi serta menggerakkan usaha dakwah. Suka
juga untuk penulis menyatakan di sini bahawa pemilihan tapak masjid yang
sesuai dan strategik adalah sangat penting bagi memastikan masyarakat
tidak merasa payah untuk pergi ke masjid. Ia sendiri dilakukan oleh Nabi
s.a.w tatkala beliau dengan rela hati ingin membeli tanah yang dimiliki oleh
kaum Bani al-Najjar bagi tujuan pembinaan masjid di atas tanah mereka

13 Abu Dawud al-Sajastni (1420H), Sunan Abi Dawud, Hadith ke-135, j. 1. Riyadh: Bait
al-Afkar al-Dauliyyah, h. 51. Hadith Hasan Sahih menurut Albani.
14 Tarikuddin Bin Haji Hassan (2005), Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi
Muhammad S.A.W. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, h. 419-426.

walau pun ketika itu ramai para sahabat dari kalangan Ansar yang ingin
menginfakkan tanah masing-masing15.
Walaupun masjid di zaman Nabi s.a.w tidak mempunyai peralatan
canggih dan sempurna seperti mana di zaman kita sekarang ini, namun yang
paling penting ialah fungsinya dalam menyatukan masyarakat agar sepakat
dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kesepakatan ini akan menghasilkan
kekuatan yang akan memudahkan lagi usaha dakwah dilaksanakan.
Justeru itu Allah s.w.t sangat menitikberatkan pengimarahan masjid dan
menyifatkan orang-orang yang mengunjungi serta mengimarahkan masjidNya dengan sifat-sifat keimanan yang sempurna melalui firman-Nya:




Maksudnya: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah
hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta
(tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada yang
lain) selain Allah. Mudah-mudahan merekalah termasuk orang-orang yang
mendapat petunjuk.16
Begitu juga, Nabi s.a.w dalam menggalakkan orang ramai dan masyarakat
datang ke masjid, baginda banyak mengatakan mengenai kelebihankelebihan hadir ke masjid. Antaranya ialah seperti mana sabdanya:











"


"





15 Ibid.
16 Surah al-Taubah (9): 18.

Maksudnya: Barangsiapa yang pergi ke masjid pada sebelah pagi atau


petang, Allah s.w.t akan menyediakan untuknya sebuah hidangan17 di dalam
syurga setiap kali ia melangkah ke masjid pada waktu pagi dan petang 18
Jika diimbas dari sudut sejarah dakwah di alam Melayu, Wali Songo yang
merupakan perintis gerakan dakwah di Tanah Jawa memulakan usaha
dakwah mereka dengan mendirikan masjid. Justeru, masjid dijadikan sebagai
pusat utama kepada kegiatan dakwah mereka. Dengan adanya pusat
dakwah ini, maka proses bagi mengundang dan mengaumpulkan para mad
(sasaran dakwah) akan menjadi bertambah mudah19. Perlu ditegaskan di sini,
walaupun masjid adalah merupakan institusi yang paling sesuai untuk
dijadikan pusat dakwah, namun perlaksanaan dakwah itu tidaklah hanya
terbatas di masjid sahaja. Para dai seharusnya dilatih untuk menyesuaikan
diri dalam berdakwah ke serata tempat dan ceruk. Proses penyesuaian ini
mungkin memakan masa untuk dilaksanakan, namun usaha ini harus
diteruskan memandangkan sasaran dakwah bukanlah hanya tertumpu
kepada mereka yang hadir ke masjid-masjid sahaja, tetapi juga menyeluruh
termasuk kepada mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid.
Pernah juga diadakan suatu usaha dakwah di beberapa tempat maksiat
termasuk pusat hiburan dan pub. Walau pun tempat tersebut menyediakan
arak untuk para hadirin yang hadir, namun pendekatan dakwah dengan
menyanyikan lagu yang memuatkan unsur Islam dan dakwah yang dilakukan
oleh para dai yang berani sedikit sebanyak memberikan kesan di hati orang
yang mendengarnya20. Bahkan Imam Hasan al-Banna pada peringkat

17 ( )bermaksud hidangan yang disediakan untuk para tetamu sewaktu kehadirannya.


18 Al-Imam al-Nawawi (2009), Riad al-Salihin. Najib kailani An (terj), j. 2. Kuala Lumpur: AlHidayah Publication, h. 145. Hadith Sahih Muttafaq Alaih.
19 Ab. Aziz Mohd Zin, Prof. Dr. (2001), Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, h. 74.

permulaan usaha dakwahnya juga pernah melazimkan dirinya mengunjungi


kasino, bar dan pusat-pusat hiburan untuk berdakwah.21
Oleh kerana masjid merupakan pusat kegiatan dakwah yang utama, maka
dicadangkan kepada masjid-masjid dan surau-surau agar mewujudkan suatu
unit khas yang bertujuan mendakwah serta membimbing remaja ke arah
Islam seperti Kelab Remaja Masjid, Lajnah Remaja Surau dan sebagainya.
Dengan penubuhan unit-unit khas bagi remaja di setiap masjid dan surau ini
akan memantapkan lagi usaha dakwah yang diatur dan dirancang,
khususnya yang berkaitan dengan muda-mudi dan remaja.

20 http://youtube.biskra7.info/video/yfMmCgqFUtA/Nadamurni-Zainal-Abidin-di-kelabmalam.html, 26 November 2010.


21 Harakah Daily, http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=23597:-berdakwah-di-pusat-hiburanmenepati-sasaran-dakwah&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136, 26 November
2010.

Anda mungkin juga menyukai