Anda di halaman 1dari 19

NAMA PENSYARAH : USTAZ SAIFUL SYAHRUL

BIN MOHD HANAFI

NAMA AHLI KUMPULAN


NUR ARINA SOFIA BINTI KAMARUDDIN
SALAH FAHAM (BGJ206110156)
RAJA DURANI BAHIAH BINTI RAJA SHAMSUL
KAMAR (BGJ206110965)

TERHADAP SYAIDATUL SOFIYYA BINTI ROSMAN


(BGJ206110155)
FA1.01

ISLAM
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 2-3

2.0 ISU DAN CABARAN


2.1 ISU AJARAN SESAT 4-5
2.2 SERANGAN IDEOLOGI BARAT 5-8
2.3 ISU MISTISISME DAN KHURAFAT 8

3.0 CADANGAN PENYELESAIAN 9-11

4.0 KESIMPULAN 12

5.0 RUJUKAN 13

6.0 LAMPIRAN 14-16

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

1.0 PENDAHULUAN
Di era modenisasi dan perkembangan teknologi kini yang giat berkembang pesat pada
masa kini, umat Islam amnya sedang mendepani satu gelombang yang amat mencabar

1
dalam menegakkan syiar Islam yang saban hari diuji daripada pelbagai sudut. Jika diimbas
semula perkembangan dakwah Islamiah pada zaman Rasulullah S.A.W, Rasulullah
bersama sahabat baginda ditentang dengan sangat hebat secara fizikal dan mental.
Peperangan sering berlaku antara umat Islam bersama orang kafir bagi mempertahankan
maruah dan ajaran Allah Taala. Namun, kini umat Islam sekali lagi diuji dengan serangan-
serangan ideologi dan propaganda yang sangat halus menerusi penyebaran info-info
songsang di media sosial mahupun media cetakan. Terdapat juga segelintir individu yang
cuba untuk mendapatkan publisiti dan keuntungan peribadi melalui ajaran-ajaran sesat dan
bid’ah yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebelum merungkai dengan lebih lanjut berhubung isu-isu dan cabaran yang sedang
dihadapi oleh umat Islam pada masa kini, perhatian perlu diberikan terlebih dahulu terhadap
sejarah kedatangan Islam sebagai cara kehidupan umat manusia sejak kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah Taala sebagai Rasul. Secara ringkasnya,
setelah Rasulullah S.A.W telah berjaya menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat Arab
khususnya beserta dengan penurunan wahyu Allah melalui Al-Quran, dapat dilihat bahawa
agama Islam sudah mula berkembang dan tersebar ke serata dunia. Setelah kewafatan
baginda, para sahabat baginda tetap teguh meneruskan perjuangan dalam menyebarkan
dakwah islamiyyah ke serata tanah arab. Setelah itu, terbinanya empayar Uthmaniyyah
yang amat dihormati dan menjadi ikutan oleh negara-negara barat dan seluruh dunia, dan
sehingga kini wujudnya empat mazhab utama (Syafie, Maliki, Hanbali, dan Hanafi) serta Ahli
Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi ikutan dan amalan oleh rakyat Malaysia khususnya
(Mas’od, 2013).

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya mengamalkan ajaran Islam yang


berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini demikian kerana, mereka adalah golongan
yang memahami dan berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW menerusi para
sahabat, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in yang setia bersama mereka dalam prinsip-prinsip aqidah,
syariah dan akhlak1. Hal ini dikuatkan dengan firman-firman Allah S.W.T:

1
Cawangan Akidah (2011), “Definisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah”, (Kertas Mesyuarat Panel Kajian Akidah kali
ke-42, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

2
3
2.0 ISU DAN CABARAN

2.1 Isu Ajaran Sesat

Ajaran sesat boleh ditakrifkan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang
dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran
atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam,
sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan
daripada ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta juga
bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah 2. Istilah "ajaran sesat"
adalah satu istilah yang bersifat relatif kerana terdapat banyak takrifan dan
definisi yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus Dewan,
ajaran ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk,
teori dan mazhab. Manakala " sesat" pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti
jalan yang betuI, tersalah (tersilap) jalan, terkeliru (perbuatan, kepercayaan
dan lain-lain) dan menyimpang daripada jalan yang benar 3.

Secara zahirnya pengamal ajaran sesat telah memenuhi ciri-ciri murtad.


Persoalannya adakah ia boleh dihukumkan murtad? Hukum bagi menentukan
status keislaman sesebuah ajaran sesat adalah bergantung kepada tahap
atau jenis kesesatan yang dilakukan oleh pengamalnya. Menurut para ulama,
jenis kesesatan boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama; kesesatan
yang mengkafirkan (bid‘ah mukaffirah). Kedua; kesesatan yang tidak
mengkafirkan (bid‘ah ghair mukaffirah atau bid‘ah mufassiqah). Takrifannya
adalah seperti berikut:

a) Kesesatan yang mengkafirkan (bid‘ah mukaffirah) iaitu mengingkari


sesuatu hukum syarak yang telah disepakati (ijmak), telah mutawatir
(khabarnya) serta sewajibnya dimaklumi dalam agama (ma ‘ulima min al-
din bi al-dharurah) atau orang yang meyakini sebaliknya.

b) Kesesatan yang tidak mengkafirkan (bid‘ah ghair mukaffirah atau bid‘ah


mufassiqah) iaitu kesesatan yang tidak menyebabkan kekafiran tetapi ia
dihukumkan sebagai fasiq atau pelaku dosa. Kesesatan jenis ini tidak

2
Definisi berdasarkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
3
Kamus Dewan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka

4
sampai merosakkan pokok-pokok keimanan (usul al-iman), tidak
membatalkan sesuatu hukum yang mutawatir dan sesuatu hukum yang
sewajibnya dimaklumi dalam agama (ma ‘ulima min al-din bi al-dharurah).
Akan tetapi ajaran atau amalan ini tetap dikategorikan sebagai sesat dan
menyimpang daripada kebenaran (al-haq) (Mas’od, 2013).

Cabarannya kini, masih terdapat ramai umat Islam yang masih terpedaya
dengan ajaran-ajaran tersebut seperti Syiah, Al-Arqam, Ajaran Azhar Wahab,
Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah, Pemuda Kahfi, Tarekat Naqsyabandiah
Kadirun Yahya, dan sebagainya oleh kerana lemahnya iman dan kurangnya
ilmu pengetahuan tentang Islam (Alwi, 2010).

2.2 Serangan Ideologi Barat

Serangan pemikiran atau ideologi juga dikenali sebagai al-ghazwu al-fikri di


dalam bahasa Arab. Ia adalah satu istilah kontemporari yang amat popular di
kalangan umat Islam. Sebagai serangan yang bukan berbentuk fizik, ia
mempunyai karakteristik yang hampir sama dengan brain washing atau
dengan istilah lain thought control atau ideological reform. Setiap ideologi
atau ajaran akan mendakwa mempunyai autoriti kebenaran dan berusaha
meyakinkan pihak luar dengan pelbagai cara. Penerimaan kebenaran pada
pemikiran seseorang memerlukan pembersihan terhadap kepercayaan lama
orang tersebut tentang makna kebenaran 4.

Di samping itu, serangan pemikiran terhadap dunia Islam bermula dengan


usaha westernisasi yang dilakukan oleh pihak Barat. Westernisasi berasal
dari perkataan Inggeris Westernization yang membawa erti proses
membaratkan sebuah Negara (Alwi,2012). Manakala menurut Hafiz
Muhammad al-Ja`bari, westernisasi membawa maksud gerakan yang
menyeru kepada kebangkitan atas dasar konsepsi Barat sehingga
mengakibatkan terjadinya proses urbanisasi, modernisasi dan perindustrian
ke dalam sistem budaya dan berdirinya tidak berpaksi pada Islam yang
murni5.

4
Rifyal Ka’bah (1994), Islam dan Serangan Pemikiran, Jakarta : Granada Nadia
5
Ja`bari, Hafiz Muhammad al-(1996), Gerakan Kebangkitan Islam, Solo : Duta Rahman

5
Cabarannya kini, idealogi-idealogi barat ini lebih mudah dan cepat disebarkan
dengan adanya perkembangan tekonologi yang semakin membangun
dimana segala maklumat dapat disebarkan dengan cepat dan pantas
merentasi segenap dunia. Setiap lapisan umur menggunakan kelebihan
teknologi ini dan ini menyebabkan para idealogis barat menggunakan
peluang ini untuk meracuni fikiran umat Islam tanpa kita sedari.

Oleh itu, berikut disenaraikan berserta penerangan beberapa jenis ideologi-


ideologi barat yang kini sedang berleluasa terutamanya di negara-negara
Eropah:
No
Ideologi Penerangan
.

- Sekular boleh menerima agama sebagai anutan


umat semata-mata dan tidak lebih daripada itu.
Oleh itu, sekular tetap menolak Islam kerana
syariah dan akidah Islam dijadikan sebagai asas
dalam kehidupan ini. Ini adalah satu kongkongan
dan batasan bagi mereka.
- Islam hanya diterima sebagai ibadat dan upacara
sahaja manakala pengamalannya bergantung
1. Sekularisme kepada individu. Akhlak dan adab Islam diterima
tetapi bukan bermaksud mereka terikat
dengannya. Semua perkara halal dan haram
bergantung kepada individu atau masyarakat,
bukannya agama.
- Sekular hanya akan mengambil perkara tertentu
daripada Islam sekiranya is menepati dan
bersesuaian dengan kehendak mereka. Oleh itu,
dalam kebanyakan perkara, sekular telah
mengisytiharkan perang terhadap Islam6.
2. Kapitalisme
- Kapitalisme ialah suatu sistem ekonomi
berdasarkan hak milik peribadi atas semua jenis
harta benda dan kebebasan mutlak ke atas
individu untuk mengadakan persetujuan dengan

6
Qaradawi, Yusuf al-1992, al-Islam wa al-WmaniyyahWajhan li Wajhin, Beirut :Mu'assasah al-Risalah,

6
orang lain dan mengikat dirinya dalam kegiatan-
kegiatan ekonomi mengikut pilihannya demi
keuntungan dan kesejahteraan dirinya7.
- Bermakna sistem kapitalis berasaskan bahawa
individu adalah menjadi pemilik mutlak terhadap
apa yang dihasilkannya, sedang orang lain tidak
mempunyai apa-apa hak ke atasnya. Individu
berhak memonopoli semua alat produksi yang
dapat dicapai dengan usahanya dan berhak untuk
tidak mengeluarkannya, kecuali pada jalan yang
memberi keuntungan kepadanya.

- Istilah humanisme sebagaimana yang difahami


pada hari ini adalah merujuk kepada satu sistem
pemikiran atau isme yang memberi penekanan
terhadap nilai kemanusiaan dan kebajikannya.
Fahaman ini juga telah menafikan
3. Humanisme
kebergantungan manusia kepada unsur agama
dan agama dilihat sebagai suatu yang
menyusahkan hidup manusia8. Oleh kerana itu,
kebanyakan undang-undang antarabangsa pada
masa kini adalah berdasarkan kepada hak asasi
manusia semata-mata.
4. Hedonisme
- Mengikut istilah hedonisme bererti pegangan atau
pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup.Menurut
Lorens Bagus pula hedonisme ialah konsep moral
yang menyamakan kebaikan dengan
kesenangan9. Manakala Mustafa Kamil Ayub
menyatakan bahawa hedonisme ialah satu sistem
nilai Barat yang menilai kebaikan hanyalah
semata-mata keseronokan (pleasure) yang sama
dengan nilai moral mereka iaitu kesenangan dan
keberuntungan. Objektif utamanya ialah

7
A.Abdurrachman, 1982, Ensiklopedia Ekonomi Kewangan Perdagangan, Jakarta: Pustaka PradyaParamita
8
Lawrence C. Becker, 2001, Encyclopedia of Ethics, New York :Routledge, j1d.2,
9
Lorens Bagus, 2000, Kamus Filsafat, Jakarta : PT Gramedia Pustaka Utama,

7
keseronokan10.

2.3 Isu Mistisisme dan Khurafat


Ajaran sesat juga dapat dikesan melalui kepercayaan dan amalan tradisi
yang merupakan amalan kepada kepercayaan karut, khurafat, bid'ah dan
syirik. Ini merupakan safu ajaran yang sememangnya sudah lumrah dan
berakar umbi di dalam masyarakat Islam yang diwarisi secara turun temurun
daripada satu generasi ke satu generasi. Dengan kata lain, sesuatu rekaan
atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang belum diketahui kesahihannya dan menyimpang pula
daripada ajaran Islam termasuk dalam pengertian khurafat. Ia banyak terhasil
daripada pengaruh agama lain seperti Hindu, Buddha, animisme dan
dinamisme. Di Malaysia, amalan dan kepercayaan ini dicampuraduk dengan
ajaran Islam seperti yang berlaku dalam amalan perbomohan, pemujaan dan
kesaktian. Beberapa contoh amalan khurafat dalam masyarakat Islam di
Malaysia ialah kebal dalam amalan silat, amalan perdukunan dan mengurut
melalui penggunaan jampi serapah dan juga adat istiadat yang terdapat
dalam masyarakat Islam Malaysia juga tidak terlepas dari amalan-amalan
yang sesat (Alwi, 2010).

Cabarannya kini, sesetengah umat Islam masih mempunyai pemikiran tidak


terbuka dengan mempercayai dan bergantung harap pada perkara karut
seperti ini. Selain itu, mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di
televisyen.Cabarannya kini juga adalah untuk menanam keyakinan terhadap
qada’ dan qadar Allah dalam diri individu pada tahap maksima.

3.0 CADANGAN PENYELESAIAN

10
Mustafa Kamil Ayub, 1994, Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah. Petaling
Jaya : Budaya Imu Sdn. Bhd

8
Kelemahan penguatkuasaan yang berkaitan ajaran sesat di bawah Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah seperti proses penguatkuasaan tidaklah terlalu bersifat
rasmi dan terikat dengan peraturan am pentadbiran dan prosedur jabatan. Tenaga
penguatkuasaan yang tidak cukup mengakibatkan jentera pentadbiran dan
penguatkuasaan tidak berjalan dengan berkesan di samping mempertingkatkan
kebolehan, profesionalisme dan kualiti pegawai penguatkuasaan berada pada tahap
kurang memuaskan. Oleh itu, kursus dan latihan berterusan amat perlu diadakan
yang akan memberikan mereka pendedahan, maklumat dan kualiti kerja yang lebih
produktif.

Di samping itu, peruntukan undang-undang yang telah digubal tidak dikuatkuasakan


dengan sepenuhnya, sedangkan akta dan peruntukan yang sedia ada memadai
untuk menghapuskan permasalahan ajaran sesat, dan sebagainya. Antara
peruntukan undang-undang sivil dan lain-lain di mana berkaitan seperti perkara 149
Perlembagaan Persekutuan, perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, Kanun
Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 sepatutnya menjadi rujukan dalam kes ajaran
sesat.

Pusat Pemulihan Akidah tidak wujud di setiap negeri di seluruh Malaysia. Sedangkan
kewujudan pusat tersebut amat relevan dengan situasi yang meruncing ini di
samping pusat pemulihan ini hendaklah disediakan dengan-kurikulum yang sesuai
dan lengkap dengan disiplin ilmu akidah. Pusat tersebut hendaklah mempunyai
"hubungan secara langsung dengan institusi pengajian tinggi yang terdapat dalam
negara ini dari sudut tenaga pengajar yang berkewibawaan, dan tempat yang sesuai
untuk dijalankan aktiviti pemulihan tersebut. Ini kerana perundangan Islam mengajar
bahawa hukuman mati mesti dijalankan terhadap orang yang murtad akibat ajaran
sesat, tetapi dalam masa yang sama pemulihan akidah untuk orang yang murtad
perlu dilaksanakan juga bagi membantu mereka.

Gerakan dakwah dan pemurnian akidah tidak dipraktikkan secara meluas melalui
pelbagai institusi dan agensi pendidikan di dalam negara. Gerakan pemurnian dan
pengukuhan akidah ini amat wajar dilaksanakan secara bersepadu melalui
pendidikan di semua peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi di samping
menyediakan kurikulum yang sesuai dengan perkembangan semasa berhubung
persoalan akidah. Gerakan pemurnian akidah ini juga perlu diperluaskan melalui
mimbar masjid dan surau di seluruh negara. Para ulama dan cendekiawan dalam

9
bidang agama seharusnya memperbanyakkan penulisan, penyelidikan dan
penerbitan bahan berkaitan akidah Islam dan ajaran sesat sebagai sumber maklumat
yang bermanfaat kepada masyarakat Islam, terutamanya akhbar dan majalah arus
perdana yang merupakan medium sebaran maklumat yang paling berkesan dan
mudah diperolehi oleh orang ramai. Para ulama juga hendaklah membuat kajian
yang berterusan mengenai perkara yang berkaitan memerangi penyelewengan
akidah, ajaran sesat dan strategi dakwah.

Media massa sama ada media elektronik, media cetak dan teknologi maklumat tidak
dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai medium dakwah Islam yang berkesan dalam
usaha pemantapan akidah Islam di samping tugas mendedahkan gejala ajaran
sesat. Ini kerana saluran media massa merupakan saluran sebaran umum yang
mudah dicapai oleh orang ramai, maka amat wajar saluran tersebut dimanfaatkan
oleh pihak berwajib sebagai wadah penyebaran nilai-nilai Islam. pihak berkuasa
agama dengan kerjasama pihak Kementerian Dalam Negeri hendaklah
memperketatkan pengawasan, penapisan dan pengharaman terhadap sebarang
usaha pengedaran bahan bacaan atau siaran yang berunsurkan tahyul, khurafat dan
ajaran sesat yang boleh memudaratkan akidah masyarakat Islam. Menggunakan
saluran peruntukan Enakmen Undang-undang Jenayah Islam yang sedia ada bagi
menghukum pihak yang disabitkan bersalah menghina kesucian Islam.

Kurangnya kerjasama antara masyarakat Islam dengan pihak berkuasa agama.


Justeru, pihak berkuasa hendaklah menggemblengkan tenaga untuk
mempertingkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan memelihara
kesucian Islam serta mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam gerakan
pemurnian dan pengukuhan akidah mengikut cara dan kemampuan masing-masing.
Dalam hal ini, setiap anggota masyarakat Islam sewajarnya berusaha menyeru ahli
kariahnya mengimarahkan dan memanfaatkan institusi masjid dan surau. Dari satu
segi, pihak jawatankuasa masjid, jawatankuasa kampung dan ibu bapa hendaklah
melatih golongan muda-mudi untuk mendekati institusi masjid dan surau sebagai
pusat pendidikan Islam bagi memantapkan akidah, di samping melatih mereka
menghadiri upacara keagamaan yang diadakan di kawasan mereka.

Akhirnya, usaha pemantapan akidah adalah tugas dan tanggungjawab seluruh


masyarakat Islam. Ia bukan diletakkan pada bahu pihak yang tertentu sahaja, malah
ia melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat, orang perseorangan hinggalah

10
kepada pihak yang berkuasa perlulah sedar dan memikul amanah dalam menyusun
strategi pengukuhan akidah di kalangan masyarakat Islam (Alwi,2010).

11
4.0 KESIMPULAN
Harus diambil perhatian bahawa hakikatnya umat Islam pada masa kini berada
dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan daripada pelbagai sudut.
Hal ini kerana, pembangunan teknologi dan siber yang amat pesat telah
memudahkan maklumat seperti ideologi dan propaganda barat (Mas’od, 2012), serta
ajaran sesat dapat disebarkan secara meluas tanpa sempadan. Oleh itu, didikan
awal kanak-kanak merupakan salah satu kaedah bagi menyediakan mereka sebelum
memasuki alam dewasa serta mendepani kekangan-kekangan tersebut. Manakala
bagi orang dewasa pula, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk sentiasa
menghadiri majlis ilmu serta merujuk kepada ahlinya sebelum mempercayai sesuatu
perkara yang baharu. Di samping itu, setiap individu juga seharusnya bijak dalam
mendepani anasir-anasir yang boleh menyeleweng akidah dan tauhid terhadap Allah
Taala. Oleh itu, sudah tentunya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh sahaja
mampu membantu umat Islam dalam menyaggah dan menentang segala hasutan
jahat Iblis dan syaitan (Mas’od, 2012). Sepertimana dalam firman Allah Taala:

ِ ‫ف ٱلْ َءا ٰ َي‬


‫ت لِ َق ْو ٍم‬ ٰ
َ ‫ج إِاَّل َنكِدًا ۚ َك َذلِ َك ُن‬
ُ ‫ص ِّر‬ ُ ‫ج َن َبا ُت ُهۥ بِإِ ْذ ِن َر ِّبهِۦ ۖ َوٱلَّذِى َخ ُب َث اَل َي ْخ ُر‬
ُ ‫ب َي ْخ ُر‬ َّ ‫َوٱ ْل َبلَ ُد‬
ُ ‫ٱلط ِّي‬
َ‫ش ُك ُرون‬ ْ ‫َي‬
Tafsir Quran Surat Al-A’raf Ayat 58: Tanah yang baik akan menumbuhkan
tanamannya secara baik dan sempurna dengan izin Allah. Begitu pula orang yang
beriman akan mendengarkan nasihat dan mendapatkan manfaat darinya, kemudian
menghasilkan amal perbuatan yang baik. Sedangkan tanah yang gersang dan
tandus tidak akan menumbuhkan tanamannya kecuali dengan susah payah dan
tidak baik. Begitu juga orang yang kafir tidak akan mendapatkan manfaat dari nasihat
yang diterimanya, sehingga tidak menghasilkan amal perbuatan yang baik dan
bermanfaat. Sebagaimana contoh-contoh yang beragam dan indah itu Kami
memberikan bukti-bukti dan argumen-argumen yang beragam untuk membuktikan
kebenaran bagi orang-orang yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, sehingga mereka
tidak mengingkarinya dan senantiasa patuh kepada Rabb mereka11.

11
Hamka, Haji Abdul Malik Karim Amrullah (1984), Tafsir al-Azhar, j.8, Jakarta : Yayasan Nur Islam, h.
314-315.

12
5.0 RUJUKAN

A.Abdurrachman (1982), Ensiklopedia Ekonomi Kewangan Perdagangan, Jakarta:


Pustaka Pradya Paramita

E.A, Alwi (2010), Ajaran Sesat di Malaysia, Universiti Malaya.

Hamka (1984), Tafsi AL-Azhar, Jld 8, Jakarta, Yayasan Nur Islam.

Ja`bari (1996), Gerakan Kebangkitan Islam, Solo : Duta Rahman

Lawrence C. Becker (2001), Encyclopedia of Ethics, New York :Routledge, Jld.2,

Lorens Bagus (2000), Kamus Filsafat, Jakarta : PT Gramedia Pustaka Utama,

M.A, Mas’od (2012), Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam dan
Implikasinya Kepada Iman, Jurnal Penyelidikan Islam Bil. 25/2012

M.A, Mas’od (2013), Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.

Mustafa Kamil Ayub (1994), Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan


Tamadun Ummah. Petaling Jaya : Budaya Imu Sdn. Bhd

Qaradawi, al-Yusuf (1992), al-Islam wa al-WmaniyyahWajhan li Wajhin, Beirut :


Mu'assasah al-Risalah.

Rifyal Ka’bah (1994), Islam dan Serangan Pemikiran, Jakarta : Granada Nadia

5.0 LAMPIRAN

13
PENDAHULUAN
Iman diumpamakan oleh al-Quran dalam surah al-A'raf ayat 58 sebagai tanah yang subur.
Sedangkan kekufuran dan kesyirikan adalah tanah yang gersang. Di atas tanah yang subur
inilah lahimya tamadun yang kukuh dan teguh bagi mencapai kebahagian di dunia dan di
akhirat dengan syarat ia dibina atas keimanan, ketakwaan dan amal soleh'. Hakikatnya
kejayaan, keruntuhan, kemajuan dan kemunduran sesuatu tamadun itu bergantung kepada
faktor keimanan. Semakin utuh keimanan sesuatu bangsa itu, maka sesuatu tamadun itu
akan semakin maju menuju kegemilangan di dunia dan akhirat. Sebaliknya sesuatu
tamadun itu akan menuju lembah kehancuran apabila keimanan sesuatu bangsa itu
semakin luntur akibat diliputi oleh kemaksiatan dan kekufuran. Dengan iman yang
merupakan sebesar-besar nikmat ini jua, umat Islam menjadi mangsa kepada musuh-
musuhnya yang sentiasa berdengki dan berniat jahat untuk meruntuhkan agama Allah
SWT.Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan untuk mematahkan kemaraan agama Islam
yang pada suatu ketika dahulu pernah memerintah sepertiga dunia. Terbukti bahawa umat
Islam sukar untuk ditewaskan dengan senjata dan peperangan fizikal, justeru kaedah paling
berkesan untuk menundukkan umat Islam adalah menerusi serangan terhadap faktor utama
kekuatan umat Islam iaitu serangan ke atas iman mereka. Ini kerana, dengan melemahkan
keimanan mereka, kepercayaan akan menjadi goyah, amal ibadah akan bertambah lemah
manakala syariah akan mula diabaikan satu persatu. Akhirnya, umat Islam hanya tinggal
nama dan sejarah kegemilangannya akan menjadi sejarah buat selama-lamanya.

DEFINISI SERANGAN IDEOLOGI


Serangan pemikiran atau ideologi juga dikenali sebagai al-ghazwu di dalam bahasa Arab. Ia
adalah satu istilah kontemporari yang amat popular di kalangan umat Islam. Sebagai
serangan yang bukan berbentuk fizik, ia mempunyai karakteristik yang hampir sama dengan
brain washing atau dengan istilah lain thought control atau ideological reform. Setiap
ideologi atau ajaran akan mendakwa mempunyai autoriti kebenaran dan berusaha
meyakinkan pihak luar dengan pelbagai cara. Penerimaan kebenaran pada pemikiran
seseorang memerlukan pembersihan terhadap kepercayaan lama orang tersebut tentang
makna kebenaran. Serangan pemikiran ini apabila dilihat dari susunan katanya sudah jelas
bahawa yang dimaksud dengan serangan itu bukanlah secara fizik seperti menggunakan
senjata atau apapun yang berhubungan dengan gerakan fizik seperti kekerasan, tapi lebih
merupakan serangan yang sepintas lalu tidak kelihatan atau tidak disedari tetapi mampu
menembus akal dimana akal seseoranglah yang menentukan gerak tubuh dan perilaku
seseorang tersebut. Penggunaan istilah al-ghazwu al-fikridi kalangan umat Islam, bererti
maksud sebenarnya adalah ghazwu al-fikri al Islamiatau serangan yang ditujukan kepada
pemikiran Islam oleh lawan pemikiran itu sendiri. Serangan ini biasanya difahami berasal

14
dari dunia Barat atau doktrin bukan Islam yang mempunyai kepentingan tertentu terhadap
agama dan umat Islam'. Serangan pemikiran terhadap dunia Islam bermula dengan usaha
westernisasi yang dilakukan oleh pihak Barat. Westernisasi berasal dari perkataan Inggeris
Westernization yang membawa erti proses membaratkan sebuah negara4. Manakala
menurut Hafiz Muhammad al-Ja` bari, westernisasi membawa maksud gerakan yang
menyeru kepada kebangkitan atas dasar konsepsi Barat sehingga mengakibatkan terjadinya
proses urbanisasi, modernisasi dan perindustrian ke dalam sistem budaya dan berdirinya
tidak berpaksi pada Islam yang murni5. Anwar al-Jundi menjelaskan bahawa gerakan
westernisasi adalah misi lengkap dengan segala sistem, sasaran dan para pendakwahnya.
Gerakan ini didukung oleh pelbagai macam lembaga, yang terpenting adalah orientalisme
dan Kristianisasi. Gerakan ini menjalankan serangan pemikiran melalui dua jalan;
pendidikan dan media massa. Para tokoh gerakan ini mengatakan bahawa umat Islam dan
umat Arab memiliki nilai dan tauladan esensial khusus yang mencegah mereka untuk tidak
lebur dalam masyarakat bangsa-bangsa lain. Nilai dan tauladan itu menciptakan kekuatan
yang hebat bagi mereka untuk menentang campurtangan asing dan serbuan golongan
perampas yang ingin menguasai mereka. Oleh itu, tiada jalan lain untuk memenangi
pertentangan ini kecuali dengan cara meleburkan kaum Muslimin dengan corak pemikiran
Barat dan mengeluarkan mereka daripada nilai-nilai Islam6. Malah antara dua matlamat
gerakan westernisasi atau pembaratan adalah memaksakan falsafah-falsafah materialisme
yang mengandungi kedengkian, hawa nafsu, angan-angan ateis dan pengingkaran terhadap
segala sesuatu yang tidak terjangkau oleh penglihatan (empirik) dan tuntutan-tuntutan
metodologi dalam kajian. Kedua, mengingkari agama dan menganggapnya sebagai tahap
perkembangan yang terkebelakang daripada tahap-tahap kemajuan sosial, memisahkan
Islam daripada politik dan akhlak masyarakat serta menyerang akidah dan Berasaskan
matlamat ini, pelbagai ideologi dan pemikiran baru yang datang dan Barat dibawa masuk ke
dunia Islam seumpama sekularisme, kapitalisme, sosialisme, nasionalisme, hedonisme,
feminisme dan lain-lain. Ia ditambah pula dengan proses globalisasi yang sedang berlaku di
seluruh dunia, maka is telah menghasilkan suatu perubahan yang agak drastik terhadap
pegangan akidah dan pemikiran umat Islam. Dalam konteks kajian ini, serangan pemikiran
Barat telah memberi kesan yang mendalam terhadap kepentingan amal perbuatan terhadap
kedudukan iman. Bagi melanjutkan perbahasan ini, penulis bentangkan beberapa ideologi
utama Barat yang dilihat boleh mengancam dan menjejaskan kedudukan amal perbuatan di
sisi iman.

SEKULARISME

15
David Marten menyatakan istilah sekularisme berasal dari bahasa Latin saeculum iaitu
secular yang mempunyai banyak dan luas pengertiannya seperti juga perkataan religion'.
Manakala Michael Hill pula menyatakan bahawa sekularisme ini adalah merujuk kepada
masa dan tempat9. Syed Muhammad Naguib al-Attas menghuraikan maksud masa ialah
masa sekarang yang bersifat kekinian dan tempat pula ialah dunia yang bersifat
keduniaan10. Prof. Dr. H.M. Rashidi menyatakan sekularisme adalah sistem etika dan
falsafah yang bertujuan memberi interpretasi atau pengaturan kepada kehidupan manusia
tanpa kepercayaan kepada Tuhan dan Kitab Suci atau kehidupan di kemudian harill. Shiner
dalam jurnalnya, The Concept of Secularization in Empirical Research menghuraikan
pengertian sekularisme ini kepada enam. Iaitu kemerosotan agama, pemindahan orientasi
perhatian manusia dari dunia lain kepada dunia ini, kerenggangan masyarakat daripada
agama, peralihan kepercayaan dan aktiviti suci kepada sekular semata-mata, dunia secara
beransur-ansur akan hilang ciri-ciri sakralnya di mana akhirnya manusia tidak percaya
kepada kekuasaan Tuhan (Humanisme) dan pembaharuan masyarakat kudus kepada
masyarakat sekular. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan sekular ini
diertikan sebagai du n'awi". Manakala kamus Oxford pula ialah keduniaan dan kebendaan
tanpa keagamaan dan kerohaniani. Sebagai kesimpulannya, sekularisme adalah fahaman
yang mengasingkan urusan keduniaan seperti pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya
daripada bercampur dengan urusan keagamaan atau ketuhanan. Atau ringkasnya, fahaman
yang ingin membebaskan din daripada cengkaman atau peraturan agama dalam kehidupan.

16
17
18

Anda mungkin juga menyukai