Anda di halaman 1dari 16

HFF 225 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK: KUPASAN TERHADAP WABAK PANDEMIK


COVID19

KUMPULAN 22

(PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM)

NAMA NO. MATRIK

MUHAMMAD NURAIMAN BIN MOHD YUSRINO 163386

NUR SYAHIRAH ZULAIKHA BINTI SAAD 161093

MOHAMED FAISAL IBRAHIM 160654

NUR ATHIRAH BINTI MAKHTAR 163306

NURUL AFIQAH BINTI RUSHDI AMIR 163967

PENYELIA : DR ROSNANI BINTI ALKARIMIAH


SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


1 SENARAI KANDUNGAN 2

2 PENDAHULUAN 3

3 ISI
2.0 AGAMA 5
3.0 PENDIDIKAN 8
4.0 EMOSI 10
5.0 NEGARA 12

4 KESIMPULAN 14

5 RUJUKAN 15

2
PENDAHULUAN

Dua tahun yang lalu hari ini, kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia. Berita itu
mendedahkan bahawa virus berbahaya yang membunuh ratusan orang di bandar Wuhan di
China mula merebak di negara ini.Penularan wabak ini telah melanda di kebanyakan
negara-negara di dunia sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan
wabak ini sebagai pandemik.Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan
langsung terhadap ekonomi dan sosial akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Tidak dinafikan juga dunia telah berubah yang memberikan impak secara mendadak sejak
Januari 2020.Bencana yang jarang berlaku ,pandemik Covid-19 telah mengakibatkan
sejumlah besar nyawa manusia hilang secara tragis di peringkat global.Ketika kebanyakan
negara menerapkan kaedah kuarintin dan mempraktikkan penjarakan sosial yang diperlukan
untuk memutuskan rantaian Covid-19 ,dunia juga pada masa yang sama telah dimasukkan
ke dalam suatu tempoh yang dinamakan sebagai Penyekatan Besar-besaran(The Great
Lockdown) . Hal demikian menyebabkan berlakunya pembatutan dalam kebanyakan aktiviti
manusia dalam skala yang besar dan drastik seperti hari ini tidak pernah dialami dalam
sejarah peradaban manusia .Tambahan pula krisis Great Lockdown yang melanda dunia
ketika ini merupakan suatu krisis yang terburuk dan memberikan kesan berantai pada
terutamanya dalam sektor kesihatan , ekonomi, sosial, serta politik.

Dalam dunia berusaha memerangi wabak ini daripada bertambah teruk, pendekatan yang
dilaksanakan perlu mengangkat prinsip-prinsip dan sudut pandangan Islam dalam
berhadapan wabak tersebut secara komprehensif. Pemikiran dan tingkah laku manusia
terutama umat Islam perlu berubah dengan berpandukan prinsip-prinsip alQuran dan
sunnah Rasulullah SAW demi menjaga keseimbangan dan kelestarian alam sekitar.
Transformasi ini seharusnya diubah dan diamalkan bukan disebabkan pandemik Covid-19
semata-mata tetapi juga termasuk cabaran krisis perubahan iklim dan isu-isu pencemaran
yang berlaku pada hari ini. Selain itu, penyelesaian yang diambil bukan tertumpu untuk
jangka pendek sahaja tetapi solusi jangka panjang juga perlu diambil kira. Seperti mana
kenyataan Dr Renard Siew iaitu Penasihat Perubahan Iklim dan Kelestarian, Pusat
Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS), menyatakan penyelesaian pandemik ini
bukan dilihat dari sudut penjagaan kesihatan semata-mata tetapi perlu mengorak langkah
merangka naratif Covid-19 sebagai darurat kesihatan planet yang melibatkan alam sekitar.

Pada masa kini, seluruh dunia turut bertungkus-lumus memerangi Covid-19 selain
menjalankan ujian saringan secara besar-besaran beserta amalan penjarakan sosial (social
distancing) turut ditetapkan. Ancaman penularan Covid-19 telah memaksa seluruh dunia
melaksanakan perintah berkurung (lockdown) atau Perintah Kawalan
Tambahan pula sejajar dengan penularan wabak ini di negara Malaysia perintah kawalan
pergerakan (PKP)telah dijalankan yang bertujuan bagi memutuskan rantaian pandemik ini.
Kehadiran pandemik coronavirus ini telah mengubah segala-galanya sejak dikesan pada
bulan Disember 2019 di Wuhan, China dan ia sekaligus mencetuskan kebiasaan baharu
dalam budaya kehidupan seharian masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk di Malaysia.
Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, kebiasaan baharu (new normal)

3
mudah difahami kini adalah norma baharu ini membawa maksud tingkah laku yang baharu
atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan biasa disebabkan oleh sesuatu perkara atau
wabak seperti Covid-19.

Pada masa yang sama, pelaksanaan perintah berkurung ekoran wabak Covid-19 turut
menyumbang kebaikan terhadap alam sekitar. Apatah lagi memberi nafas baharu terhadap
planet bumi ketika mana aktiviti manusia yang merangkumi pengangkutan, pelancongan dan
perindustrian dihentikan sementara. Perkara ini juga termasuk dari segi penurunan kadar
pencemaran udara dan pelepasan gas rumah kaca (GHG), tahap kualiti sungai yang lebih
baik, pantai yang bersih selain tahap kebisingan persekitaran terutama di kawasan bandar
dan perindustrian yang berkurangan. Kewajiban memakai penutup mulut dan hidung
merupakan salah satu norma baharu yang dapat dilihat sehingga kini yang menyebabkan
masyarakat kini sudah lali untuk memakainya .Ia bukan bertujuan untuk hiasan tetapi
perlindungan sepanjang masa kerana wabak ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi
dapat merebak melalui sentuhan,batuk serta bersin.

4
2.0 AGAMA

Umum mengetahui bahawa telah hampir dua tahun pandemik COVID-19 melanda seluruh
dunia. Pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat sepanjang tempoh
pandemik ini terutamanya dalam sektor ekonomi yang terjejas teruk disebabkan oleh
tindakan pencegahan yang dijalankan. Tidak terkecuali juga bagi sektor sosial yang terjejas
disebabkan oleh norma baharu yang mengamalkan penjarakan fizikal. Bagi masyarakat
Islam, antara aktiviti sosial yang terjejas ketika fasa awal penularan pandemik COVID-19
adalah aktiviti di masjid dan surau terutamanya amalan ibadah wajib seperti solat fardu dan
solat jemaah. Masyarakat Islam tidak dapat mengimarahkan masjid dan surau seperti
sebelumnya kerana larangan berkumpul di tempat-tempat tertentu. Walaubagaimanapun,
pelaksanaan amalan ibadah dan aktiviti di masjid dan surau dibenarkan untuk dijalankan
secara berperingkat bergantung kepada fasa tindakan pencegahan dan perlu melakukan
pematuhan sepenuhnya kepada SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN).

Ibadah adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan setiap Muslim. Ibadah yang
diwajibkan ke atas setiap Muslim adalah solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji. Ibadah adalah suatu amalan untuk
mengukuhkan keimanan kepada Allah s.w.t dan merupakan satu simbol pengabdian dan
kepatuhan seorang hamba terhadap Penciptanya. Dalam menghadapi pandemik COVID-19
yang semakin hari semakin bertambah kes baharu yang mana pada 26 Ogos 2021 Malaysia
mencatatkan sebanyak 24,599 kes harian dan jumlah kes keseluruhan sudah mencecah
angka 1,640,843 serta jumlah kes kematian yang dilaporkan adalah 15,211 kes, masyarakat
Islam seharusnya mengambil iktibar di atas setiap kejadian yang berlaku, reda, dan terus
bersabar dalam menghadapi ujian. Menambahkan amalan ibadah terhadap Allah s.w.t
adalah salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta kepada-Nya. Antara amalan ibadah
yang dapat dilakukan oleh masyarakat Islam ketika menghadapi COVID-19 adalah
mempelajari ilmu agama, menjaga dan memperbaiki ibadah wajib seperti solat fardhu,
puasa, menambahkan amalan ibadah sunat seperti solat sunat, puasa sunat,
memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran, berzikir serta bersedekah.

Amalan ibadah yang terkesan antaranya adalah aktiviti di masjid dan surau seperti solat
fardu dan solat berjemaah, majlis ilmu seperti ceramah dan tazkirah, aktiviti di bulan
Ramadan, dan bulan perayaan iaitu di bulan Syawal dan Zulkaedah. Aktiviti di masjid dan
surau pada tahun 2020 adalah tidak dibenarkan sama sekali pada fasa awal tindakan
pencegahan dijalankan iaitu PKP. Semua masjid dan surau diarahkan untuk ditutup dan
semua aktiviti keagamaan ditangguhkan. Arahan ini diteruskan sehingga PKPB dijalankan.
Manakala, semua aktiviti keagamaan dijalankan semula secara berperingkat dengan
pematuhan sepenuhnya kepada SOP ketika PKPP kecuali di kawasan yang diisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

5
Antara cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam ketika pandemik COVID-19 iaitu
kekangan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Dalam tempoh PKP 1.0 dan PKP
3.0, kerajaan tidak membenarkan solat jemaah dilaksanakan di masjid dan aktiviti solat
dihadkan kepada AJK masjid dan surau sahaja. Ianya tidak dapat diteruskan disebabkan
oleh norma baharu yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu penjarakan fizikal (physical
distancing). Walaubagaimanapun, ianya tidak dapat menghalang masyarakat Islam untuk
solat berjemaah kerana setiap Muslim seharusnya menggunakan peluang ini dengan
sebaiknya dan menunaikan solat berjemaah bersama keluarga di rumah masing-masing. Di
samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Seterusnya, arahan untuk solat Zohor di rumah bagi menggantikan solat Jumaat di masjid
ketika pandemik COVID-19 memberi kesan langsung. Yang mana bukan semua orang
menerimanya, bahkan ada yang masih berdegil lagi untuk pergi ke masjid bagi menunaikan
solat Jumaat. Menurut Zulkifli Muhamad Al-Bakri (2020) mengatakan bahawa solat Jumaat
tidak boleh dibatalkan, melainkan di tempat-tempat di mana virus tersebut telah menjadi
satu epidemik yang tersebar secara meluas. Jadi selepas COVID-19 telah merebak luas,
maka merujuk kepada fatwa dan keputusan mufti-mufti serta ulama seluruh dunia, meskipun
hukumnya adalah wajib bagi mereka yang memenuhi tujuh syarat, iaitu beragama Islam,
baligh, berakal, merdeka (bebas) sepenuhnya, lelaki dan sihat tubuh badan, namun
berdasarkan keadaan semasa penularan wabak COVID-19 hukumnya bertukar kepada tidak
wajib.

Selain itu, ibadah umrah dan haji tidak dapat dijalankan disebabkan oleh pandemik
COVID-19 dan ibadah umrah sudah digantung sejak Mac 2020. Manakala, masyarakat
Islam di Malaysia dan juga di negara lain tidak dapat menunaikan ibadah haji pada tahun
2020 kerana kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan jemaah dalam kalangan rakyat Arab
Saudi dan warganegara luar yang sudah berada di negara tersebut sahaja dengan jumlah
yang terhad. Ianya diputuskan bagi memastikan ibadah haji yang bermula pada bulan Julai
2020 itu dilakukan dengan selamat ketika pandemik COVID-19. Kirakira 1,000 jemaah
dibenarkan menunaikan ibadah haji dengan SOP yang ketat antaranya mengamalkan
penjarakan fizikal selain menempatkan pasukan perubatan di lokasi berkenaan. Musim haji
yang biasanya menyaksikan lebih daripada 2.5 juta umat Islam melakukan perjalanan ke
Mekah dikurangkan untuk pertama kalinya dalam sejarah moden kerana pandemik
COVID-19. Di samping itu, ibadah haji pada tahun 2021 pula masih lagi dihadkan kepada
warganegara dan rakyat asing yang berada di negara itu serta seramai 60,000 orang dalam
lingkungan usia 18-65 tahun berpeluang untuk mengerjakan haji, dengan syarat mereka
telah menerima vaksin COVID-19 dan bebas penyakit berjangkit. Pendaftaran Haji musim
2021 dibuka secara dalam talian dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melakukan
proses pemilihan berdasarkan syarat yang telah ditetapkan .

6
Pengkaji telah mengeluarkan beberapa garis panduan solat berjemaah di masjid semasa
pandemik COVID-19 bagi langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh KKM dan kerajaan
negeri masing-masing. Antaranya ialah perlu kerap mencuci tangan menggunakan air dan
sabun atau hand sanitizer ketika pergi dan pulang dari masjid atau surau. Selain itu, Semua
ahli Jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk dan membawa sejadah
masing-masing sebelum hadir ke masjid. Seterusnya, mengadakan kaunter di pintu masuk
yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, hand sanitizer tangan serta rekod
kehadiran jemaah. Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat dikehendaki untuk
menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi COVID-19 yang
menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.Semua aktiviti
yang dijalankan di masjid dan surau perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan. Garis
panduan ini bukan sahaja terhad bagi penjarakan fizikal dan kebersihan semata mata,
malah ia meliputi pelaksanaan solat Jemaah dan Jumaat iaitu sebelum, semasa dan
selepas bagi memendekkan waktu pelaksanaannya. Jelas sekali garis panduan ini tidaklah
melanggar syariah malah wajib dilakukannya untuk mencegah jangkitan COVID-19 ini yang
boleh membawa maut.

Natijahnya, setiap kejadian yang Allah s.w.t ciptakan di alam semesta ini mempunyai tujuan
dan hikmah yang tersendiri. Ianya terpulang kepada setiap hamba-Nya untuk merenung
kebesaran Allah Yang Maha Besar dan mencari hikmah di sebalik setiap kejadian. Bencana
alam dan wabak penyakit bukanlah suatu halangan untuk manusia sebagai khalifah untuk
terus maju dan ianya juga bukanlah suatu alasan yang menyebabkan manusia tidak dapat
melangkah ke hadapan dan terus mundur. Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan
sebaik-baik kejadian sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai
dengan keadaannya).” (Al-Tin: 4) Justeru itu, setiap Muslim hendaklah mencari hikmah dan
mengambil pengajaran di sebalik semua kejadian yang terjadi di atas muka bumi. Keadaan
norma baharu yang diamalkan ketika ini perlulah dimanfaatkan oleh setiap Muslim dalam
berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik seperti menggunakan waktu-waktu yang
terluang di rumah dengan menambahkan pahala beribadah kepada Allah s.w.t. Di samping
memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t., rakyat Malaysia perlu berusaha untuk menjaga
SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya pendekatan yang diambil oleh kerajaan
dapat mencapai objektif untuk menyekat penularan wabak pandemik COVID-19 seterusnya
keadaan akan pulih seperti sediakala.

7
3.0 PENDIDIKAN

Berikutan berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020 banyak perkara yang dilakukan
dalam jangkaan terbatas termasuk dalam sektor pendidikan di Malaysia.Kerajaan Malaysia
pada waktu itu dibawah pimpinan parti Perikatan Nasional telah menjalankan satu langkah
yang drastik iaitu mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Antara kesannya
dapat dilihat melalui sistem pendidikan di negara iaitu semua institusi pendidkan telah
ditutup ,termasuklah Institusi Pendidikan seperti universiti awam dan swasta , Sekolah
Agama rendah atau menengah ,Institusi Tahfiz dan Pondok juga terjejas termasuklah
Kelas-Kelas Al quran dan Fardu Ain (KAFA).Demi memastikan proses Pdp dapat dijalankan
secara efektif bagi mengelakkan para pelajar tidak ketinggalan untuk mendapat pendidikan ,
maka Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pula diwujudkan. PdPR merupakan
suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat
komuniti yang mempunyai lokasi yang sesuai untuk para pelajar sendiri selesa untuk
mereka menuntut ilmu.

Pelbagai alat bantu belajar juga dikenalkan pada waktu tersebut. Yang menjadi tumpuan
pada masa itu adalah gajet.Jadi diperkenalkan pendidikan secara dalam talian yang
merupakan satu konsep yang sama dengan PdPR. Pendidikan secara dalam talian dapat
membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang lebih mudah serta interaktif
buat para pelajar. Berbeza dengan pembelajaran secara bersemuka atau fizikal , pendidikan
maya memerlukan guru dan pelajar berinteraksi melalui tablet, komputer atau telefon
bimbit. Guru-guru perlu menyediakan bahan pembelajaran secara video dan
mengajar melalui webinar atau panggilan video kepada anak muridnya. Kita akui,
cara ini kurang memberikan kepada pelajar khususnya kanak-kanak yang
memerlukan pembelajaran secara bersemuka. Tetapi, guru boleh menggunakan video
interaktif yang terdapat secara percuma di Internet .Para pelajar juga boleh mencari sumber
pembelajaran yang lebih lebih banyak daripada bergantung kepada buku teks.
Malah,terdapat banyak aplikasi seperti kuiz yang dapat memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran secara dalam talian untuk guru dan pelajar. Bak kata pepatah Melayu,
“laut yang ditimba tidak akan kering”.

Selagi kita ada kemahuan untuk mencari dan menyampaikan ilmu, pasti ada jalan
yang terbaik untuk kita mengecapi niat murni itu. Dari sudut pandang yang lain, pendidikan
secara maya dapat memberi keselesaan atau suasana yang kondusif kepada pelajar dan
guru. Jika di sekolah, pelajar perlu memakai pakaian seragam yang baik untuk
mendisiplinkan mereka tetapi apabila di rumah, pelajar tidak perlu untuk berpakaian
seragam dan hanya memakai pakaian mengikut keselesaan mereka. Selain itu, pendidikan
secara maya di rumah membolehkan pelajar untuk fokus dengan lebih baik kerana kurang
gangguan daripada pelajar atau rakan sekelas. Tapi realitinya, masih ramai pelajar di luar
bandar yang sukar untuk mengikuti pendidikan secara maya. Oleh itu, pihak berkuasa
khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia telah melakukan suatu tindakan untuk meningkatkan infrastruktur Internet di
seluruh negara agar pendidikan secara maya ini dapat dinikmati oleh segenap penduduk di
Malaysia. Dapat diberikan contoh adalah dengan pemberian Laptop ,tablet (Peranti siswa)
yang mampu memudahkan para pelajar untuk mengakses semua kemudahan dalam
pembelajaran.

8
Tidak dapat dinafikan juga pendidikan secara maya atau PdPR adalah ia dapat
meningkatkan kemahiran teknologi dalam kalangan guru dan juga pelajar. Umum diketahui
bahawa, pendidikan secara maya memerlukan kemahiran teknologi pelajar untuk akses
masuk ke dalam aplikasi pembelajaran iaitu Google Meet ataupun Zoom dalam talian.
Pelajar perlu mendapatkan talian Internet yang stabil untuk melalui proses pendidikan maya
secara lancar. Pada waktu negara kita menghadapi pandemik COVID-19, kita dapat
menyaksikan guru-guru menggunakan pelbagai kaedah khususnya penggunaan teknologi
untuk menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Situasi ini telah membuatkan warga
pendidik untuk berfikir di luar kotak dan menghasilkan bahan pengajaran yang terbaik
menggunakan teknologi yang ada. Intihannya, pendidikan secara maya dapat meningkatkan
kemahiran teknologi dalam kalangan guru serta pelajar secara langsung atau tidak
langsung.

Intihan dalam melaksanakan pendidikan secara maya ini juga merupakan suatu cabaran
yang besar dan amat berat kepada mereka yang bergelar pendidik ,pelajar dan ibu bapa.
Tidak dapat dijangka bahawa semua cabaran itu timbul tanpa diduga oleh manusia dan tidak
pernah oleh kita masyarakat majmuk di Malaysia.Maka sudah tentu pelbagai kesulitan dan
dugaan terpaksa dihadapi oleh semua pihak dalam proses peperiksaan yang pertama kali
bagi mereka secara maya, pembelajaran secara maya serta mesyuarat membuatkan
pelbagai permaslahatan tetapi dapat dikawal melalui pelbagai bantuan.

Pandemik bukan penyebab untuk para pelajar dan pendidik untuk berputus asa kerana
pendidikan merupakan suatu aktiviti berterusan.Oleh itu aktiviti pembelajaran bukanlah
suatu perkara yang mudah untuk diteruskan dalam keadaan pandemik ini melanda di
seluruh dunia.Tambahan pula kita dapat lihat bahawa para pelajar perlu belajar dari rumah
dan perlu menyediakan segala peralatan elektronik seperti laptop, telefon pintar ,wifi atau
mudah dikenali sebagai rangkaian internet yang laju yang mampu meneruskan
pembelajaran secara dalam talian. Bagi mereka yang mampu bukanlah menjadi masalah
namun tidak bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan menghadapi masalah
kewangan yang mendesakkan maka dapat dilihat pihak kerajaan menyelesaikan masalah
tersebut dengan pelbagai bantuan untuk membantu mereka dalam masalah
pendidikan.Pada awalnya dapat dilihat banyak kesan seperti pelajar tidak mendapat
pendidikan yang sewajarnya seperti mereka yang lain yang mampu belajar secara selesa
tetapi setelha diteliti apabila bantuan tersebut muncul ia memberi kesan impak yang positif
kepada mereka daripada keciciran.

9
4.0 EMOSI

Penularan COVID-19 di Malaysia bukan sahaja mendedahkan kita kepada norma baharu
seperti penjarakan sosial, pengasingan, kuarantin dan pematuhan terhadap pelbagai
operasi piawai (SOP) tetapi tanpa disedari ianya juga berjaya membangkitkan tekanan
terhadap psikologi seperti perasaan atau emosi yang berkaitan dengan kesedihan,
kemarahan, ketakutan, kekecewaan, rasa bersalah, putus asa, rasa bersendirian, kerisauan,
kerinduan, pengabaian dan kecelaruan.

Hal ini menyebabkan berlakunya sesuatu yang dipanggil sebagai tekanan psikologikal
(psychological distress) yang mana secara umumnya ianya boleh digambarkan sebagai satu
perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Ianya akan mula mempengaruhi cara
pemikiran, tingkahlaku, aktiviti harian dan fungsi hidup seseorang individu. Tekanan
psikologikal boleh mengakibatkan seseorang individu itu mempunyai pandangan negatif
terhadap diri sendiri, orang lain atau pun persekitaran mereka. Kemurungan, kegelisahan,
kegagalan memberikan tumpuan, kesukaran untuk tidur tidak selera makan, tidak berminat
untuk melakukan aktiviti biasa yang sering dilakukan (dikenali sebagai anhedonia) dan
dalam keadaan yang paling ekstrem sekali ialah keinginan membunuh diri adalah
merupakan antara akibat dari tekanan psikologikal.(Profesor Madya Ts.Dr.Nor Haslina
Hashim,2020)

Antara perkara yang menimbulkan tekanan terhadap perasaan dan emosi penduduk di
Malaysia adalah seperti kehilangan pekerjaan akibat dari penutupan dan pengecilan
beberapa sektor seperti perniagaan, pelancongan, perhotelan dan sektor-sektor lain di
Malaysia. Sehingga Jun, lebih dari 600 ribu rakyat Malaysia telah hilang pekerjaan akibat
daripada kesan COVID19. Manakala sebanyak 79 peratus kehilangan pekerjaan berlaku di
lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang. Selain itu,
peningkatan kes keganasan rumah tangga telah dicatatkan sebanyak 44 hingga 57 %
seperti yang telah diadukan kepada Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita
Keluarga dan Masyarakat berikutan mangsa dan pelaku mempunyai lebih banyak masa
berada di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seterusnya, pesakit
COVID-19 pula mengalami kebimbangan terhadap ketidaktentuan penyembuhan, perasaan
bersalah kerana beranggapan bahawa diri mereka berkemungkinan menjadi punca penyakit
ini tersebar kepada orang lain dan dikuarantin jauh dari keluarga dalam jangkamasa yang
tidak diketahui. Tekanan psikologikal juga boleh berlaku terhadap ahli keluarga terdekat
pesakit yang meninggal dunia akibat COVID19 dan juga yang menjadi penjaga mereka.
Bagi pesakit yang mengalami posttraumatic stress disorder (PTSD) akibat peristiwa lampau
seperti kehilangan orang tersayang, peperangan, bencana alam yang teruk, kemalangan
dan serangan peribadi atau perkara-perkara yang lain mungkin merasakan tempoh PKP
memberi lebih banyak masa untuk mereka mengingati perkara-perkara yang lepas.
Manakala bagi pesakit obsessive compulsive disorder (OCD) akan menimbulkan simptom
yang lebih ketara waktu ini. Mereka amat mudah untuk merasa ketakutan terhadap
jangkitan, mudah menjadi bimbang dan was-was dengan kesempurnaan mereka
membersihkan diri, seperti membasuh tangan berulang kali kerana tidak yakin dengan tahap
kebersihan basuhan terdahulu. Mereka juga mula memikirkan bahawa kemungkinan
merekalah yang menjadi pembawa COVID19 yang boleh menjangkiti orang lain. Kekeliruan
antara ketakutan mengatasi COVID19 dan kecelaruan akibat OCD mungkin boleh
menimbulkan tekanan yang lebih dalam jiwa mereka dan petugas-petugas barisan hadapan

10
di hospital dan juga perkhidmatan di tempat-tempat lain pula bertungkus lumus memerangi
COVID serta membantu orang awam yang masih mempunyai rasa takut, risau, mengalami
insomnia di samping mempunyai rasa bersalah terhadap keluarga kerana pengabaian
seketika mereka terhadap keluarga akibat tugas.

Bagi menghindari tekanan psikologikal dan mengelakkan ianya dari terus berpanjangan
sehingga cenderung mendapat kecelaruan mental dan pastinya akan mengambil masa yang
lama untuk dirawat dan pulih, beberapa langkah harus dilakukan dengan segera. Antaranya
adalah dengan meneruskan amalan menjaga kebersihan diri, ikuti prosedur piawai (SOP)
sepanjang masa, beri sokongan terhadap mangsa COVID-19 dan mereka yang terdekat
yang dikesan sedang mengalami tekanan emosi dan perasaan, dapatkan
informasi-informasi yang sahih dan terkini, teruskan merapatkan hubungan kekeluargaan
dan persahabatan yang baik, amalkan gaya hidup sihat dan menghargai orang disekeliling.
Bagi mereka yang sering merasa kebimbangan yang melampau, ianya dapat diatasi dengan
mengurangkan menonton, membaca atau mendengar sesuatu berkenaan COVID-19 yang
boleh menambahkan lagi kebimbangan dan ketakutan dalam diri. Di Malaysia, pelbagai
platform telah diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan emosi, psikologi dan
kaunseling sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Peningkatan panggilan
kepada kesemua agensi berkaitan menunjukkan bahawa gangguan terhadap emosi dan
perasaan bukanlah sesuatu yang asing di waktu pandemik ini berlaku. Jika semuanya sudah
dipenuhi maka selebihnya perlu diserahkan kepada tuhan. Semoga dengan usaha bagi
membendung penularan COVID-19 beserta dengan doa dan konsep tawakkal, tekanan
psikologikal ini dapat dihindari dari diri seseorang individu.

11
5.0 NEGARA

Covid-19 juga telah memberi kesan dalam urusan luar dan dalam negara kita. Sejak
Covid-19 dikenal pasti di negara kita , pihak kerajaan tidak putus-putus mencari jalan untuk
mengurangkan penularan virus ini. Antara urusan Malaysia yang terjejas disebabkan
Covid-19 ini ialah ekonomi Malaysia. Hal ini terjadi apabila perdana menteri Malaysia ketika
itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP) kepada seluruh Malaysia untuk mengurangkan penularan wabak ini. Oleh
itu segala urusan pelancongan dan perkilangan perlu dibatalkan . Selain itu, sempadan
negara juga terpaksa ditutup oleh kerana peningkatan wabak Covid-19 di luar negara.
Kesannya Malaysia menghadapi masalah perdagangan domestik dan menjejaskan ekonomi
global. Maka krisis wabak yang perlu dibendung sudah bertukar menjadi krisis ekonomi
yang perlu dikawal. Selain itu, sektor perkilangan yang terjejas dengan penutupan operasi,
menyumbang kepada pemberhentian pekerja dan penawaran barangan yang terhad di
pasaran. Namun begitu, terdapat sektor tertentu yang mendapat kesan ‘positif’ di sebalik
kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan ini, antaranya portal pembelian atas talian seperti
Lazada dan Shopee serta penghantaran makanan seperti Foodpanda dan Grabfood,
menunjukkan potensi yang amat besar terhadap masa depan ekonomi digital (gig-economy)
di negara kita. Malah kerajaan juga menyarankan rakyat Malaysia untuk membeli barangan
buatan Malaysia sebagai cara untuk membaiki semula krisis ekonomi Malaysia sepanjang
wabak Covid-19.

Seterusnya Malaysia juga berhadapan dengan masalah segelintir rakyat yang tidak patuh
akan PKP yang dilaksanakan. Pada awal PKP dilaksanakan ramai rakyat masih alpa dan
tidak mengambil serius tentang arahan tersebut. Rakyat seperti ambik mudah terhadap
arahan tersebut sehingga mereka tidak mengamalkan `Prosedure Operasi Standard’ SOP
yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kebanyakan mereka tidak memakai pilitup muka
dan tidak menjaga jarak sejauh 1 meter daripada orang ramai terutamanya di dalam
kawasan tertutup seperti pasar raya. Mereka juga berkeliaran dan tidak kekal di rumah
seperti diarahkan dalam PKP. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah meminta bantuan
pertahanan Malaysia seperti Angkatan Pertahan Malaysia(ATM) serta Polis Diraja
Malaysia(PDRM) untuk mengawal pergerakan rakyat terutamanya di kawasan taman dan
perkampungan. ATM dan PDRM telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menangani
masalah ini. Antaranya pihak ini telah melakukan rondaan dari semasa ke semasa di
kawasan pedalaman serta melakukan sekatan jalan raya di bandar-bandar untuk
mengelakkan rakyat berkeliaran tanpa sebab yang tertentu. Selain itu, kerajaan telah
melaksanakan kompoun PKP untuk memastikan semua rakyat mematuhi arahan pihak
berkuasa dan lebih berdisiplin.

12
Seterusnya Malaysia juga berhadapan dengan masalah rakyat yang tidak harmoni kerana
Malaysia telah mencatat sebanyak 66,440 kes cerai yang membabitkan pasangan bergama
Islam sepanjang tempoh pandemik Covid - 19 bermula Mac 2020 hingga Ogos 2021. Hal ini
amat membimbangkan dari pelbagai pihak kerana penceraian ibu bapa boleh menjejaskan
kehidupan anak-anak dari segi mental dan sebagainya. Menurut rekod tinjauan yang dibuat
oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), hampir 80 peratus
ibu bapa menyatakan kehidupan mereka mulai terkesan dari segi ekonomi dan kesihatan
mental apabila bermulanya gelombang ketiga dan perlaksanaan PKP 2.0. Terdapat 84.1
peratus ibu bapa mengalami tekanan emosi seperti cemas,gugup dan gelisah. Antara faktor
utama ibu bapa mengalamai masalah emosi ini ialah pendidikan anak-anak serta
pembabitan aktiviti luar yang terhad seperti tepaksa berkurung atas arahan pihak
berkuasa,malah mereka juga menyatakan tertekan disebabkan tempoh PKP yang tidak
dapat dipastikan(ismail Sabri,2021) Jelaslah bahawa pandemik ini memberi kesan amat
mendalam dalam keluarga secara tidak langsung memberi impak kepada generasi muda
yang tinggal dalam hubungan kekeluargaan yang retak.

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menangani virus ini. Namun masalah
ini dapat ditangani dengan kerjasama rakyat dan pihak berkuasa. Kerajaan Malaysia telah
menyalurkan sejumlah RM850 bilion untuk meringankan beban rakyat dan memacu
pemulihan ekonomi negara. Antara kategori yang diberi perhatian ialah isi rumah yang
kehilangan pendapatan akibat kehilangan kerja disebabkan oleh COVID-19 serta peniaga
kecil. Kewujudan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) bukan sahaja membantu kerajaan,
tetapi lebih utamanya adalah menjadi tulang belakang golongan memerlukan dan
menyokong mereka khususnya ketika tempoh sukar pandemik Covid-19. Sebagai contoh,
NGO, Laskar Siber Malaysia yang telah menggerakkan 50 sukarelawannya untuk
menyantuni keluarga miskin bagi menyerahkan bantuan bernilai keseluruhan RM70,000.
Kesannya ,usaha membantu rakyat oleh NGO menerima pujian warganet malah, ada
antaranya terdorong untuk menghulur bantuan meskipun sekadar menjadi tempat meluah
nasib. Jelaslah bahawa rakyat Malaysia dapat Bersatu padu menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan semasa kemuncak pandemik ini.Akhir sekali, Malaysia telah mengambil
inisiatif untuk melakukan Program Imunisasi COVID-19. Oleh itu , Malaysia telah membeli
sejumlah 312,390 dos vaksin dengan harapan dapat menangani wabak ini di bumi Malaysia.
Pada 21 Februari 2021, kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech telah mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA). Dengan ketibaan vaksin itu Malaysia
akan dapat memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi
terbesar yang pernah dilakukan di negara ini. Sehingga kini Malaysia masih bergantung
kepada vaksin dalam menangani wabak COVID-19 daripada berleluasa.

13
KESIMPULAN

Secara konklusinya dapat kita lihat bersama bahawa wabak pandemik ini banyak
memberi kesan kepada semua manusia di pelusuk dunia .Ia bukan satu perkara yang
mudah untuk dikawal bagi negara Malaysia baru sahaja ingin menggapai kejayaan tetapi
syukur wujudnya dan lahirnya pelbagai pakar professional .Seperti sedia maklum bahawa
wabak ini bukan sahaja meragut cinta di kalangan keluarga ,bangsa dan negara namun ia
merupakan satu wabak yang tidak mengenal erti siapa kita dengan meragut nyawa yang
begitu ramai dalam sekelip mata.Dapat kita lihat juga bahawa wabak covid-19 ini wujud
atau mudah kita fahami muncul pada 2019 ini telah membuka mata kepada kita semua
bahawa sebagai umat islam hanya Allah SWT sahaja untuk kita bergantung dan tempat
memohon pertolongan.

Virus ini seperti kita maklum ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi ia mampu
menghuru hara kan umat manusia dalam sekelip mata.Namun kita sebagai manusia dan
umat islam perlu percaya bahawa segala yang berlaku terdapatnya hikmah yang
disembunyikan tidak dapat dirungkaikan pada masa kini.Hanya usaha dan tawakal sahaja
yang boleh dibuat pada masa kini agar wabak ini dapat dileraikan dari muka bumi ini dengan
izin-Nya.

Cabaran yang bertali arus dari wabak Covid-19 ini akan menjadi asas yang kukuh kepada
pembentukan kekuatan diri yang mantap ,daya tahan yang diuji serta ketabahan untuk
menempuh pada arus perubahan sekiranya aspek pemikiran dan emosi positif seperti
bahagia dan tenang itu dapat memacu kesejahteraan kendiri digapai.Dapat dikupaskan
bahawa setiap individu perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku
sepanjang kewujudan wabak ini maka sebagai umat manusia perlu mengambil iktibar dan
berusaha menghayati serta memastikan aspek emosi, pemikiran ,tindak balas serta segala
spiritual dan cara hidup keseluruhannya berada dalam kondisi yang bagus bagi melalui fasa
yang sukar untuk wabak ini dengan jayanya .Hal ini kerana dapat menjadikan seseorang
insan itu sendiri memiliki jati diri yang kental ,ketahanan dalam kehidupan,sama ada
dalaman mahupun luaran yang kukuh ,elemen adaptasi serta dinamik dengan pelbagai
perubahan agar tidak mudah terkesan dengan apa jua keadaan atau musibah yang berlaku .

14
RUJUKAN

1.
Haslina, H. N. (2022). Tekanan Psikologikal sewaktu covid-19: Emosi, Usaha Membendung
Dan Konsep Tawakal. Berita UTHM. Retrieved December 7, 2022,
https://news.uthm.edu.my/ms/2020/06/tekanan-psikologikal-sewaktu-covid-19-emosi-usaha-
membendung-dan-konsep-tawakal/?utm_campaign=shareaholic&utm_medium=telegra
m&utm_source=bookmark

2.
Adnan, S. (2020) Implikasi Covid-19 Kepada Ekonomi Negara, Malaysiakini.
https://www.malaysiakini.com/news/531780

3.
Vaksin covid-19 Pertama Untuk Malaysia Tiba Pagi Ini | Berita Harian (no date).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/788421/vaksin-covid-19-pertama-untuk
-malaysia-tiba-pagi-ini .

4.
Facebook.com/akuhanyaumar (2020) Impak ekonomi covid-19, HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/20/impak-ekonomi-covid-19/

5.
Nor Suzana Binti Yusuf,Felow Kluster Alam Sekitar,Sumber Asli &Asas tani,
Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Alam sekitar, 16 Julai 2020,

6.
Mental Health Psychosocial Support Services (MHPSS). 2021. Kesihatan Mental Dan
Sokongan Psikososial Ketika Pandemik Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia.
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/mhpsskesihatan-mental-dan-sokon

7.
Sinar Harian Oline. 2021. Tiada lebih penting dari nyawa.
https://www.sinarharian.com.my/article/142591/KHAS/Pendapat/Tiadalebih-penting-daripada
-nyawa.

8.
UPM. 2020. Apa itu COVID-19.
https://sgs.upm.edu.my/artikel/covid_19_apa_itu_covid_19-58177

9.
Farush, F. (2021). COVID-19 Beri Impak Pada Amalan Keagamaan Manusia Pakar
Pendidikan.Getaran.
https://www.getaran.my/artikel/semasa/7877/covid-19-beri-impak-pada-amalan-keagamaan-
manusia-pakar-pendidikan.[14 July 2021]

15
10.
Yusoff, S. S. M., Ja’afar, N., Saleh, M. H., Abdullah, I., & Azmi, A. S. (2021). Cabaran
Masyarakat Islam Dalam Melaksanakan Amalan Ibadah Ketika Pandemik Covid-19.
Available from:
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/14290/1/CABARAN%20MASYARAKA
T%20ISLAM%20DALAM%20MELAKSANAKAN%20AMALAN%20IBADAH%20KETIKA%20
PANDEMIK%20COVID-19.pdf.

11.
Nordin, M. N. (2021). IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP AMALAN SOLAT
BERJEMAAH DI MASJID DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI SIMPANG
RENGGAM, JOHOR. Jurnal Maw'izah, 4(1), 106-120. Available from:
http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JMAW/article/viewFile/1044/851.

12.
Parzi,M.N. (2021). 66,440 pasangan Islam daftar cerai sejak Mac 2020.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/864296/66440-pasangan-islam-daft
ar-cerai-sejak-mac-2020

16

Anda mungkin juga menyukai