Anda di halaman 1dari 7

Menulis satu penulisan ilmiah yang kritis dan kreatif berkaitan dengan model yang dipilih

Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi kebanyakan kegiatan luar. Pada zaman dahulu,
berkhemah merupakan cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat. Tetapi
kini aktiviti perkhemahan telah menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati ramai terutama
golongan muda di serata dunia. Perkhemahan merupakan cara hidup sementara seseorang di
persekitaran luar rumah yang memerlukan seseorang melakukan aktiviti kehidupan harian
dengan menggunakan peralatan dan bekalan makanan terhad.
Salah satu item yang penting dalam perkhemahan adalah gajet. Menurut Kamus
Komprehensif Bahasa Melayu gadget bermaksud alat atau mesin yang kecil. Gajet merupakan
binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum atau
diperkukuhkan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak
perkhemahan. Tujuan penyediaan gajet semasa perkhemahan adalah untuk melindungi
makanan daripada tercemar, mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
di samping tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan
maklumat di tapak perkhemahan. Selain itu, gajet juga digunakan untuk memudahkan kita
merujuk atau mendapat maklumat, memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang
makanan serta mencantikkan pemandangan kawasan perkhemahan.
Terdapat pelbagai jenis gajet yang boleh kita gunakan semasa melakukan perkhemahan
mengikut keperluan dan kesesuaian gajet tersebut. Antaranya adalah gajet tempat kasut, gajet
ampaian pakaian, gajet pintu gerbang dan jambatan, gajet tiang bendera, gajet papan
kenyataan, gajet makanan, gajet penyangkut periuk dan cerek untuk memasak. Bukan itu
sahaja, terdapat juga gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap dan cuka,
gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar dan tukul serta gajet pagar.
Penyediaan gajet perlu dilakukan dengan mempertimbangkan keperluan dan juga peralatan.
Kami telah ditugaskan untuk menghasilkan model tapak perkhemahan berserta dengan
gajet yang sepatutnya disediakan semasa melakukan aktiviti perkhemahan berlangsung. Kami
telah menyediakan lima jenis gajet yang dianggap wajib disediakan semasa perkhemahan iaitu
gajet rak kasut, gajet meja makan, gajet menara kawalan, gajet ampaian pakaian dan gajet
tempat letak barang. Penyediaan gajet ini mempunyai rasionalnya tersendiri pada para peserta
perkhemahan bagi menyesuaikan diri semasa perkhemahan.

Rajah 1 : Gajet menara kawalan


Gajet menara kawalan merupakan salah satu
gajet yang perlu disediakan oleh para peserta
perkhemahan
mempunyai

kerana

gajet

fungsinya

menara

tersendiri

iaitu

kawalan
dengan

menggunakan gajet menara kawalan ketua dapat


menyampaikan arahan dengan lebih mudah. Hal ini
demikian kerana, melalui gajet menara kawalan
ketua

dapat

menaikinya

untuk

menyampaikan

sebarang maklumat serta semua peserta dapat


melihat ketua kerana gajet menara kawalan dibina
tinggi. Para peserta perkhemahan dapat bertindak
mengikut

arahan

ketua

kumpulan

tanpa

ada

sebarang kesulitan. Oleh itu, gajet menara kawalan


perlu dibina semasa aktiviti perkhemahan agar ketua
dapat melakukan tugasannya dengan lebih baik.
Bukan itu sahaja, fungsi gajet menara kawalan adalah dapat mengawasi tempat
perkhemahan dengan lebih mudah khususnya pada waktu malam. Peserta yang ditugaskan
untuk sentri pada waktu malam dapat mengawasi keadaan tapak perkhemahan dengan
menggunakan gajet menara kawalan. Oleh itu, petugas sentri dapat menjimatkan masa tanpa
berjalan seluruh tapak perkhemahan malah dapat menjalankan tugasan dengan menggunakan
menara kawalan. Peserta sentri juga dapat melihat keadaan tapak perkhemahan dengan lebih
jelas dan teliti. Jelaslah, gajet menara kawalan merupakan salah satu gajet yang perlu
dihasilkan semasa aktiviti perkhemahan.

Rajah 2 : Gajet tempat letak barang

Gajet tempat letak barang merupakan salah satu gajet yang dibina dalam semua aktiviti
perkhemahan. Hal ini demikian kerana, gajet tempat letak barang mempunyai pelbagai fungsi
iaitu tempat letak beg, barang dapur, alat-alat tajam dan sebagainya. Oleh itu, semua jurulatih
perkhemahan akan menasihatkan peserta perkhemahan untuk membina gajet tempat letak
barang. Para peserta perkhemahan dapat meletakkan beg atas gajet tempat letak barang dan
juga barang-barang lain. Melalui gajet tempat letak barang, peserta dapat menjaga beg daripada
serangga masuk ke dalam beg. Keselamatan peserta terjamin

melalui menggunakan gajet

tempat letak beg. peserta perkhemahan dapat menjaga beg dan barang mereka daripada air
semasa cuaca hujan.

Rajah 3 : Gajet ampaian pakaian

Gajet ampaian pakaian dibina khususnya untuk menyidai baju yang basuh agar dapat
kering dengan cepat. Gajet ampaian pakaian merupakan antara gajet yang seharusnya dibina
semasa aktiviti perkhemahan. Selalunya, jurulatih akan menasihatkan peserta untuk
menyediakan gajet ampaian pakaian kerana kegunaannya amat penting kepada para peserta
perkhemahan. Tempat perkhemahan para peserta lebih kemas dan teratur jika menyidai baju
dengan menggunakan gajet ampaian pakaian. Hal ini demikian kerana, para peserta akan
menyidai baju dengan menggunakan gajet ampaian pakaian tanpa meletakkan baju di tempat
yang tidak berkaitan. Oleh itu, kekemasan tapak perkhemahan akan terjamin dengan adanya
gajet ampaian pakaian.
Para peserta juga perlu memilih tempat yang sesuai untuk membina gajet ampaian
pakaian kerana mereka lebih mudah untuk menyidai baju. Lebih-lebih lagi, mereka perlu memilih
tempat yang boleh terkena sinaran matahari. Hal ini demikian kerana, para peserta dapat
menggunakan baju pada hari seterusnya. Oleh itu, peserta dapat mengurangkan bekalan baju
ke tapak perkhemahan. Jelaslah, menyediakan gajet ampaian pakaian mempunyai kekuatan
yang lebih baik.

Rajah 4 : Gajet rak kasut

Selain itu, para peserta perkhemahan selalunya akan membina gajet rak kasut untuk
menyimpan kasut dengan lebih kemas dan rapi. Dengan adanya, gajet rak kasut para peserta
akan menyimpan kasut atas gajet ini. Oleh itu, kelihatan tapak perkhemahan akan lebih kemas
dan cantik. Kumpulan yang membina gajet rak kasut sudah pasti akan mendapat markah yang
lebih tinggi berbanding dengan kumpulan lain kerana mereka menyimpan kasut atas gajet rak
kasut. Melalui cara ini, keadaan tapak perkhemahan akan menjadi lebih menarik dan perhatian
jurulatih akan memindah kepada para peserta kumpulan tersebut. Hal ini sudah pasti dapat
memperoleh mata kepada kumpulan yang membina gajet rak kasut dan menyimpan kasut
dengan kemas dan rapi.

Rajah 5 : Gajet meja makan

Seterusnya, gajet meja makan mempunyai fungsi yang pelbagai mengikut aktiviti yang
dijalankan semasa perkhemahan. Pertamanya, gajet meja makan digunakan oleh para peserta
semasa menjamu selera selepas melakukan pelbagai aktiviti semasa perkhemahan. Pembinaan
gajet meja makan akan menjadikan mereka lebih selesa untuk makan dengan ahli kumpulan
masing-masing. Pada masa yang sama, mereka dapat meletakkan makanan yang disediakan
atas meja yang luas dan berkongsi makanan. Pembinaan gajet meja makan merupakan satu
langkah yang sistematik di mana peserta perkhemahan perlu dilaksanakan untuk keselesaan
semua pihak.
Fungsi kedua gajet meja makan adalah ahli kumpulan dapat berbincang perkaraperkara yang penting dengan menggunakan gajet meja makan. Hal ini demikian kerana, para
peserta perkhemahan berasa selesa dan kondusif jika menggunakan gajet meja makan untuk
berbincang. Semua ahli kumpulan dapat memandang ahli-ahli lain semasa sesi perbincangan

berlangsung. Dengan itu, kerjasama dan persefahaman antara ahli kumpulan dapat diwujudkan
semasa aktiviti perkhemahan.
Kesimpulannya, gajet merupakan salah satu item yang perlu dilaksanakan semasa
aktiviti perkhemahan. Peserta perkhemahan akan memperoleh pelbagai manfaat melalui
pembinaan gajet bukan sahaja semasa perkhemahan malah pada masa akan datang. Aktiviti
perkhemahan akan memberi pengalaman yang sebenar kepada semua pihak. Oleh itu, mereka
dapat menimba pengetahuan dan pengalaman pembinaan gajet dalam kehidupan realiti. Model
tapak perkhemahan yang kami bina dapat menjadi rujukan kepada guru pelatih akan datang
kerana mereka boleh merujuk model ini sebelum melalukan aktiviti perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai