Anda di halaman 1dari 5

Apa Itu Tanah Runtuh?

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah
dan boleh menyebabkan kematian.
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan
tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran.
Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh,
terdapat faktor tambahan lain:
hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh
(lihat pencairan (liquefaction)
letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan
keruntuhan cerun lemah.
berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau
bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan
kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain

tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil


pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada
batu asas.
Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran
lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan
kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang
laluannya.
Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu,
tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga
yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.
Kejadian Tanah Runtuh Di Kuala Lumpur Berulang Lagi
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) Menyaksikan pasukan penyelamat menggali
timbunan tanah cuba mencari mangsa yang mungkin terselamat dalam runtuhan tanah
yang menimbus sekurang-kurangnya 14 banglo di Bukit Antarabangsa di sini sama
seperti melihat tayangan semula tragedi Highlands Tower berdekatan hampir genap 15
tahun lalu.
Jentera pengorek terpaksa bergerak perlahan dan hati-hati kerana khuatirkan berlaku lagi
tanah runtuh ketika jentera itu mengorek timbunan tanah dari satu lagi tragedi runtuhan,
juga pada kawasan lereng bukit di pinggir ibu kota.

Pada 11 Dis 1993, seperti hari ini yang juga Sabtu, satu blok kondominium di projek
Highlands Tower tumbang seperti susunan kad, menimbusi 48 orang hidup-hidup.
Tragedi itu adalah satu ingatan tegas dan pembuka mata tentang bahaya pembangunan
perumahan di lereng bukit di sekitar Lembah Klang, kawasan kediaman paling sesak, dan
tempat kediaman golongan kaya dan terkenal.
Banyak risalah dihasilkan yang selalunya menuding jari kepada pihak mana harus
dipersalahkan, tetapi apa yang jelas tidak ada orang yang belajar dari tragedi seumpama
itu.
Setakat ini, hanya empat mayat telah dapat dikeluarkan dari timbunan dengan kira-kira
93 orang dilaporkan terselamat.
Belumpun memori Highlands Tower lenyap dari ingatan kita, satu lagi kejadian tanah
runtuh awal pagi di Taman Hillview juga berhampirakan tempat tragedi hari ini,
menimbusi rumah bekas Panglima Angkatan Tentera Jen. (B) Tan Sri Ismail Omar pada
21 Nov 2002, mengorbankan enam anggota keluarga termasuk isterinya dan dua
pembantu rumah Indonesia.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan pelbagai jenis garis panduan dan undang-undang
mengenai pembangunan lereng bukit tetapi jelas kita masih jauh dari melihat yang
terakhir, terutama di Selangor di mana bukit-bukit yang indah satu ketika dulu, ditarah
dan digondolkan, kadangkala bebas dari menghadapi sebarang hukuman.
Walaupun pembangunan lereng bukit pada tahap kecuraman tertentu dibenarkan,
persoalannya siapa yang akan menguatkuasakan ini, dan jikapun dikuatkuasakan sejauh
mana ia berkesan?

Tanah Runtuh

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena


bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.
Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:

di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru


atau lama

di kaki atau permukaan atas cerun

di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama

di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak


Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :

di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada


pergerakan pada masa lampau

di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai


Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :

Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang


tidak pernah terdapat atau terjadi

Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima

Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan

Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget /


bergerak daripada struktur utama rumah

Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit

Kepecahan serta kebocoran pada paip air

Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan


atau pagar

Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok

Pemendapan ketara permukaan jalan

Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat


seperti biasa

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena


bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.
Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:

di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru


atau lama

di kaki atau permukaan atas cerun

di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama

di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :

di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada


pergerakan pada masa lampau

di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai


Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :

Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang


tidak pernah terdapat atau terjadi

Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima

Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan

Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget /


bergerak daripada struktur utama rumah

Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit

Kepecahan serta kebocoran pada paip air

Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan


atau pagar

Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok

Pemendapan ketara permukaan jalan

Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat


seperti biasa

Anda mungkin juga menyukai