Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sukan kokurikulum
Universiti Sains Malaysia kerana telah memberikan kami peluang untuk menyertai sukan
permainan tenis WCS116 bagi sesi semester 2019/2020.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu
kokurikulum kami Encik Thangarajoo A/L Manickam dari Pusat kokurikulum. Encik
Thangarajoo telah memberikan banyak nasihat dan didikan kepada kami semasa kami
menjalankan aktiviti ini. Dengan ini kami dapat memahami lebih mendalam mengenai cara-
cara dan teknik bermain tenis dengan betul.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan dan ahli kumpulan
yang bekerjasama dalam menyiapkan laporan ini serta bekerjasama dalam mempelajari
teknik permainan ini bersama terutama ketika sesi pembelajaran dijalankan. Kami juga
mampu melaksanakan laporan ini dengan efektif dan berjaya sekali. Melalui aktiviti
kokurikulum ini, secara tidak langsung mampu memupuk minat dan semangat kesukanan
yang tinggi dalam kalangan pelajar.

1|Page
2.0 SEJARAH PERMAINAN TENIS

Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh
sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis
di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding
sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah,
permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika
itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgan’s pula di dalam bukunya yang
bertajuk “Tennis, The Development of The European Ball Game”, menyatakan bahawa
permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan.

Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada
pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan
benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis
dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini berkembang apabila rahib-
rahib tersebut mengembara dari satu biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan
banyak peraturan. Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para rahib tidak
mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia telah berkembang dari kawasan gereja
sehingga ke istana dan turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke-13 dan ia
telah mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke negara-
negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya menggunakan
tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung tangan (glove), dan
kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami perkembangan apabila
mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan berpemegang. Ia merupakan raket
bertali yang mula diperkenalkan sekitar abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang profesor
berbangsa Itali. Beliau menamakan permainan ini sebagai 'tenis padang' (lawn tennis).
Manakala, di dalam buku Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam
tahun 1801 pula, ia disebut sebagai ‘tenis panjang’.

Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara
ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami
revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan
berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton
Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang
tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan.

Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan
di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan
ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika
itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Ada pendapat mengatakan bahawa
gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang
dibina di Versailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada
sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga

2|Page
gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37
tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre.
Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu, gelanggang
tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan 1882.
Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif terhadap permainan tenis
ini.

Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan di Perancis oleh J.B. Perera,
Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu,
tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis pertama
kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu,
All England Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868. Pada tahun 1970, barulah
pejabatnya dibuka di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini bersedia
memberikan dana untuk permainan tenis dan badminton. Peraturan permainan
tenis padang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab tenis yang pertama
di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang pesat dalam sukan tenis dan
berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia. Kejuaraan tenis yang
pertama telah bermula pada tahun 1877. Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah
mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi
pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan
tenis ini juga telah melahirkan ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy
Connors, John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff,
Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu
permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.

2.1 PERKEMBANGAN TENIS DI MALAYSIA

Di Malaysia, permainan tenis telah mula diperkenalkan pada abad ke 20. Persatuan
Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921, dan pertandingan pertama yang
dijalankan ialah pertandingan merebut Piala Chua dan diikuti pertandingan merebut Piala
Guillemard untuk kategori lelaki dan Piala McCabe Peay untuk kategori wanita. Hari ini,
tenis semakin popular di Malaysia. Permainan ini bukan lagi asing kepada rakyat Malaysia.
Malaysia hari ini telah menjadi tuan rumah kejohanan tenis bertaraf dunia seperti Davis Cup,
jelajah ATP (Malaysia Open 250), WTA dan kejohanan-kejohanan lain.

Malaysia juga telah melahirkan jaguh tenis yang pernah bertanding diperingkat
antarabangsa seperti Adam Malik, Selvam dan S.Selvarajoo. Selari dengan perkembangan
sukan tenis hari ini banyak kejohanan besar yang dianjurkan di seluruh dunia seperti
Kejohanan Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Terbuka Wimbledon, dan Terbuka Amerika
Syarikat yang dikenali dengan kejohanan “Grand Slam” menawarkan hadiah wang tunai
dalam jumlah yang besar. Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga
jenis gelanggang iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga
siri jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis

3|Page
pula ialah kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan
bola sepak. Kesemua kejohanan ini telah menarik berjuta peminat dan penonton serta penaja
yang membuktikan bahawa sukan ini adalah antara sukan yang paling menarik di dunia.

Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis
gelanggangiaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga siri
jelajah ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis pula
ialah kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan bola
sepak.

3.0 PERALATAN

Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar
mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur,
lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama
yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu,
peralatan pemain juga harus disediakan.

1. Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh
dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay.
Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki)
lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau
tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

2. Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan
digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah
jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik
tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang
tegang semasa permainan.

3. Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang
bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga
adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9
gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain
harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

4|Page
4. Bola

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga
58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga
dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

5. Pegawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi
bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas
disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang
permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan
permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang
terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil
servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan
yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

4.0 GELANGGANG TENIS DAN UKURAN

Gelanggang tenis indoor dan outdoor

 Permukaannya perlulah rata dan bebas daripada sebarang gangguan.


 Ia dalam bentuk gelanggang rumput yang diperbuat daripada kayu atau simen
 Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang dan 8.23 m (27 kaki) lebar untuk
perseorangan dan 10.97 m bagi keseluruhan gelanggang.
 Gelanggang tenis dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian tengah gelanggang
dan terdapat satu jaring.
 Setiap bahagian di bahagi lagi kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian berbentuk
empat segi di hadapan dan satu bahagian empat segi di belakang,
 Semua bahagian tersebut dipisahkan dengan garisan yang jelas dan sebaik-baiknya
ditanda menggunakan garisan putih.
 Bola yang dipukul dari luar gelanggang hendaklah tidak menyentuh garisan kerana ia
hanya akan membawa mata kepada pihak lawan.

5|Page
5.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS TENIS

Kemahiran asas tenis termasuklah cara memegang raket tenis dan cara melakukan pukulan.
Berikut merupakan beberapa cara memegang raket tenis yang biasa dilakukan oleh pemain
tenis.
1. Forehand Continental Grip
2. Forehand Western Grip
3. Forehand Semi-Western Grip
4. Forehand Eastern Grip

1. Forehand Continental Grip

Pegangan ini merupakan pegangan klasik dimana tangan berada tepat di atas
gagang raket dan pangkal telunjuk berada di sudut 1 (untuk pemain tangan kanan) atau sudut
4 (untuk pemain kidal).

Pegangan ini sangat baik digunakan di permukaan lapangan rumput, dan digunakan
oleh pemain untuk melakukan ‘Service Volley’. Namun, ini tidak banyak yang menggunakan
cara pegangan continental kerana tempo permainan yang semakin cepat dengan bola yang
semakin berputar (spin). Cara pegangan ini adalah hanya boleh dipakai untuk pukulan
mendatar (flat) dan mengiris (slice).

6|Page
Pemain yang menggunakan pegangan ini juga agak sukar menghadapi bola-bola top
spinyang bersifat agak melambung parabolik. Akan tetapi, cara ini merupakan cara standard
untuk melakukan service, volley serta overhead kerana tangan kuat mencengkam gagang
raket.Pemain pro modern yang tercatat masih menggunakan cara ini adalah Stefan
Edberg dan sebelumnya adalah John McEnroe.

2. Forehand Western Grip

Cara pegangan ini merupakan pegangan yang ekstrim digunakan terutama untuk
melakukan pukulan topspin. Pemain spesialis lapangan tanah liat (clay) umumnya
menggunakan pegangan jenis ini, juga banyak pemain modern saat ini. Caranya adalah anda
menempatkan posisi pangkal telunjuk pada sisi bawah dari gagang raket. Atau anda dapat
memulai dari posisi semi-westernkemudian bergeser satu sudut ke sisi bawah gagang raket.

Grip ini sangat baik digunakan bagi pemain yang ingin memukul bola dengan top
spin yang ekstrim. Arah bola dari hasil pukulan ini dapat melambung di atas net dan turun
menurut garis parabolik yang ekstrim. Grip ini juga sangat nyaman digunakan
untuk mengantisipasi bola-bola tinggi yang biasanya terjadi di lapangan tanah liat. Akan
tetapi, minus dari grip jenis ini adalah tidak bisa dipakai untuk melakukan pukulan flat serta
slice dan juga sangat sulit untuk mengantisipasi bola-bola slice yang jatuh rendah di lapangan
cepat seperti rumput (grass) atau semen (hard coat).

Pemain pro yang mengadopsi jenis grip ini umumnya merupakan pemain spesialis
tanah liat seperti Rafael Nadal, Carlos Moya atau sebelumnya adalah Sergi Bruguer.

3. Forehand Semi-Western Grip

Grip jenis ini adalah grip yang paling banyak dipakai oleh pemain tenis modern,
terutama yang memiliki tipe permainan baseliner.Anda dapat mencoba grip ini dengan
menempatkan pangkal jari telunjuk anda di sudut 2 (untuk pemain tangan kanan) atau 3
(untuk pemain kidal). Atau bisa juga berawal dari grip eastern kemudian tangan anda diputar
searah jarum jam satu sudut ke sudut 2 atau 3.

Keunggulan dari grip ini adalah anda dapat memukul spin dengan baik sehingga
kemungkinan bola untuk melewati net lebih besar karena sifatnya yang parabolik. Grip ini
juga dapat dipakai untuk memukul flat tetapi tidak direkomendasikan untuk memukul slice.
Minus dari grip ini adalah sulit untuk mengantisipasi bola-bola rendah yang dihasilkan dari
pukulan flat atau slice terutama di lapangan cepat. Beberapa contoh pemain pro yang
menggunakan grip ini adalah : Andre Agassi, Roger Federer, Marat Safin.

7|Page
4. Forehand Eastern

Eastern merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan petenis pemula. Grip ini
seringkali disebut sebagai ‘pegangan berjabat tangan’. Anda dapat mencobanya dengan
memulai pegangan dari leher raket, seperti menjabat tangan, lalu turun ke ujung gagang raket.
Posisi dari pangkal telunjuk cenderung berada pada sisi kanan (untuk pemain tangan kanan)
atau sisi kiri (untuk pemain kidal). Pegangan jenis ini dapat memberikan variasi pukulan yang
lengkap, baik itu flat, slice, maupun spin. Pilihan grip ini cocok sekali bagi pemain yang
sering mengandalkan permainan volley ke depan net karena anda dapat dengan mudah dan
cepat menyesuaikan grip untuk pukulan volley ke depan net. Namun minus pegangan ini
sekali lagi agak susah untuk menghadapi bola-bola topspin yang bersifat parabolik.

Salah satu pemain pro yang merajai tenis di tahun 90′an, iaitu Pete
Sampras, memakai grip ini sebagai pilihannya karena dia merupakan tipikal pemain Service
Volley yang sangat nyaman memakai grip ini.

Dengan cara memegang raket tenis di atas, pemain akan lebih selesa melakukan sebarang
jenis pukulan. Antara pukulan yang terdapat dalam tenis ialah seperti berikut;
1. Forehand
2. Backhand
3. Servis
4. Voli

Teknik Pukulan Backhand

Backhand, Pukulan dasar kedua dalam bermain tennis. Backhand adalah pukulan
yang dilakukan dengan mengayun tangan dari tepi badan menuju depan atau menggunakan
bahagian belakang raket untuk memukul bola dan telapak tangan anda membelakangi bola.
Pada zaman sekarang, pukulan ini terdapat dalam dua jenis pukulan iaitu: backhand
menggunakan satu tangan dan backhand menggunakan dua tangan. Masing-masing pukulan
memiliki kelebihan dan kekurangan. Namun, pukulan backhand dua tangan lebih banyak
dipakai oleh pemain pro kerana efektivitinya.

Backhand satu tangan

Terdapat beberapa kelebihan dalam memakai backhand satu tangan. Pertama,


jangkauannya yang panjang sehingga bola-bola yang dapat ditangani dengan lebih mudah.
Kedua, lebih mudah untuk melakukan voli berbanding satu tangan dan umumnya pemain
yang memiliki backhand satu tangan lebih baik dalam memukul voli daripada pemain yang
memiliki backhand dua tangan. Terdapat 2 jenis grip yang biasa digunakan dalam melakukan
backhand dua tangan, iaitu eastern dan full-eastern (western) grip. Tahap-tahap gerakan
backhand satu tangan adalah sbb:

8|Page
 Dari posisi bersiap, anda bergerak ke arah bola datang dan telah menentukan jenis
pukulan serta cara gengaman raket yang akan anda pakai. Pukulan backhand satu
tangan yang baik adalah agak di depan badan anda.

 Raket diayunkan ke belakang beserta bahu dan punggung anda. Stance yang dipakai
dalam backhand satu tangan umumnya adalah closed stance dimana posisi badan
tegak lurus terhadap net atau garis baseline.

 Raket diayunkan ke depan menuju titik kontak dengan bola dan usahakan kontak
berada pada sweetspot dari raket. Ingat, titik kontak sebaiknya berada agak di depan
badan dan bukan di samping. Kemudian ayunan diteruskan untuk melakukan tahap
followthrough kira-kira ke arah jam 2 badan anda.

Backhand dua tangan

Backhand ini merupakan yang paling populer digunakan oleh pemain tenis saat ini.
Keuntungan dari grip ini adalah ayunannya yang efisien dan tenaga ekstra yang dihasilkannya
karena menggunakan dua tangan. Namun, kekurangannya terutama dalam menghadapi bola-
bola yang melebar dikarenakan tumpuan ayunan yang menggunakan 2 bahu.
Grip yang dipakai dalam melakukan pukulan ini adalah tangan kanan berada pada
ujung. Gagang raket dengan grip continental dan tangan kiri berada di atasnya dengan grip
semi-western. Untuk selengkapnya dapat anda baca di sini. Tahapan untuk melakukan
backhand dua tangan adalah sbb:

 Dari posisi bersiap, anda bergerak ke arah bola datang dan telah menentukan zona
pukulan serta grip yang akan anda pakai. Zona pukulan untuk pukulan backhand dua
tangan yang baik adalah di samping badan anda di sekitar daerah pinggang.
 Raket diayunkan ke belakang pada posisi kira-kira sejajar pinggang anda. Stance yang
dipakai dalam backhand dua tangan umumnya closed stance, namun dapat pula
dilakukan dengan open stance.
 Raket diayunkan ke depan menuju titik kontak dengan bola dan usahakan kontak
berada pada sweetspot dari raket. Dalam ayunan ke depan ini, tangan kiri memegang
peran yang dominan sedangkan tangan kanan sebagai penyeimbang dan pengarah
bola. Kemudian ayunan diteruskan ke samping badan anda hingga raket ke arah
punggung untuk melakukan tahap followthrough.

Pukulan ini menggunakan tangan yang non dominan sebagai utamanya sedangkan
tangan dominan sebagai penyeimbang dan pengarah bola. Untuk melatihnya anda bisa
mencoba berlatih memukul forehand memakai tangan non-dominan anda. Apabila anda telah
dapat memukul dengan baik dan konsisten, barulah mencoba untuk memukul dengan 2
tangan.

9|Page
Teknik Pukulan Forehand

Forehand, pukulan yang paling utama dan paling mudah diajarkan dalam permainan
tenis. Forehand sendiri adalah pukulan yang ayunannya dari belakang badan menuju depan
dan bahagian depan raket atau telapak tangan kita berhadapan dengan bola.

 Gerakan dimulai dari pergerakan badan menuju arah bola dan kita telah menentukan
tepatnya kawasan bola akan dipukul. Zona yang baik untuk memukul tenis dengan
grip continental atau eastern adalah pada daerah di depan badan anda, di daerah
sekitar bawah perut.

 Kemudian raket anda ayunkan ke belakang bersamaan dengan rotasi bahu tangan
anda yang tidak memegang raket ke depan. Kaki kiri maju ke depan dan badan tegak
lurus terhadap garis baseline atau net untuk melakukan closed stance.

 Ketika bola telah masuk pada zona pukulan yang anda kehendaki, raket anda ayunkan
ke depan menuju titik kontak antara bola dengan raket.

 Raket kontak dengan bola tenis dan usahakan bola harus berada pada sweetspot dari
raket untuk kesempurnaan dari pukulan tersebut.
 Setelah terjadi kontak maka kita melakukan follow through dengan cara raket tetap
diayunkan hingga melintasi badan kita ke arah kira-kira jam 11.

Teknik Pukulan Servis

Servis merupakan pukulan pembuka permainan. Sebenarnya terdapat beberapa teknik


servis. Namun yang akan saya paparkan di sini hanya dasarnya saja dan tentunya disertai oleh
ilustrasi agar mudah untuk dimengerti.

Pertama kali yang harus dilatih adalah koordinasi tangan ketika akan melemparkan
bola untuk memulai serve. Anda harus dapat melempar bola (toss) secara konsisten pada satu
tempat yang sama. Toss yang baik untuk servis adalah agak di depan kepala anda dan
lemparkan bola lurus ke atas. Anda dapat melatihnya dengan menggambarkan lingkaran di
lantai dan melakukan toss hingga tempat jatuhnya bola selalu berada pada tempat yang sama.
Adapun tahap untuk melakukan servis adalah:

Berdirilah di belakang garis baseline dan pusatkan pikiran anda untuk mengarahkan
bola pada daerah servis lawan. Posisi kaki kiri di depan dan kaki kanan di belakang dengan
arah kaki paralel dengan garis baseline. Grip yang dipakai untuk melakukan servis dalam hal
ini adalah grip continental.

10 | P a g e
Lemparkan bola ke atas kira-kira agak di depan kepala anda setinggi kurang lebih 20-
30 cm. Kunci toss yang baik adalah tangan anda yang melempar bola harus lurus ke atas
sehingga trayek bola pun lurus. Pada saat ini transfer berat badan anda ke kaki belakang
Bola telah melambung dan anda mulai mengayunkan raket ke belakang. Selalu fokuskan
mata anda pada bola dan gunakanlah tangan yang melempar sebagai patokan dalam memukul
bola.

Pada saat bola sudah sampai pada titik kontaknya, raket diayunkan ke depan. Pada
saat ini buang berat badan anda dari kaki belakang ke kaki depan untuk memberikan tenaga
pada pukulan servis anda.

Setelah kontak dengan bola lakukan followthrough dan bersiap kembali pada posisi
untuk melakukan pukulan berikutnya. Untuk melakukan servis yang konsisten dan terarah
memang agak sulit bagi pemula. Namun, dengan latihan dan pengalaman anda akan terbiasa
melakukan pukulan servis. Di dunia tenis profesional, pemegang servis merupakan sebuah
keuntungan karena pemain tersebut dapat mengontrol permainan melalui servis yang keras
dan akurat. Untuk level pemain rekreasional seringkali kita jumpai servis malah merupakan
kerugian dan seringkali poin terbuang percuma karena dua kali membuat kesalahan ( double
fault ). Karena itu berlatihlah yang baik untuk pukulan yang satu ini.

Teknik Pukulan Voli

Pada tulisan kali ini, saya akan mengangkat topik mengenai bagaimana cara
melakukan pukulan voli. Pukulan ini merupakan pukulan yang paling sulit untuk dikuasai
khususnya bagi pemula karena untuk dapat menguasainya memerlukan konsentrasi ekstra dan
reaksi yang cepat. Anda juga akan lebih agresif dan menutup sudut-sudut lapangan dengan
memberikan tekanan kepada lawan. Untuk pemain rekreasional yang umumnya sering
bermain ganda, maka pukulan inilah yang wajib dan kudu dikuasai.

Posisikan badan anda pada posisi bersiap dengan cara:


 Peganglah raket pada grip untuk pukulan voli yaitu kontinental.
 Rentangkan kaki anda hingga kira-kira sejajar bahu dan agak ditekuk sehingga
anda berada pada titik keseimbangan yang baik.
 Gerakanlah badan anda secara dinamis layaknya seorang penjaga gawang yang
akan menghadang bola. Lakukan gerakan menjinjit.
 Posisikan siku anda di depan badan dan pegang raket ke atas setidaknya berada di
atas pergelangan anda.
 Tangan yang pasif (tidak memegang raket) berfungsi sebagai penyeimbang,
biasakan untuk menempatkannya pada posisi memegang leher raket.

Saat bola datang, posisikan kepala dan tangan anda menuju bola layaknya seorang
penerjun yang akan loncat dari pesawat. Rasakan bahwa badan anda menjemput bola dan
biasanya kaki mengikuti.

11 | P a g e
Cara memukul voli adalah dengan ayunan yang pendek. Bola yang datang dipukul
saat berada di depan badan anda sehingga terjadi perpindahan berat badan ke depan.
Anggaplah seperti pukulan jab pada tinju yang memakai ayunan tangan pendek namun
menghasilkan momentum yang besar.

Gunakanlah pergelangan anda dalam memukul dan posisikan raket agak terbuka.
Ayunan pendek dengan cepat dari atas ke bawah seperti gerakan membacok agar
memberikan sedikit efek spin pada bola.

Bagi pemula yang baru belajar bermain tenis, untuk tahap awal gunakanlah pukulan
voli yang sifatnya hanya memblok laju bola. Apabila telah mencapai tahap konsistensi, maka
anda dapat memberikan sedikit ayunan agar bola lebih menekan.
Gerakan voli yang baik adalah gerakan yang memukul dalam keadaan bergerak dan bukan
statis. Artinya usahakan anda menjemput bola dengan bergerak ke depan atau diagonal.
Lakukan followthrough ke arah yang anda inginkan untuk bola dipukul lalu kembali ke posisi
tengah untuk bersiap menghadapi pukulan berikutnya.

6.0 UNDANG-UNDANG TENIS

Setiap permainan pasti akan ada peraturannya. Begitu juga dengan permainan tenis. Tujuan
sesuatu peraturan itu adalah untuk memastikan keadilan kualiti permainan. Di samping itu,
peraturan juga bertujuan mendisiplinkan pemain. Disiplin adalah sangat penting bukan sahaja
dalam permainan bahkan dalam kehidupan harian.

Dalam permainan tenis, peraturannya merangkumi smua aspek iaitu peralatan


permainan, sahsiah pemain dan banyak lagi. Di samping melahirkan pemain handalan,
permainan ini juga melahirkan pemain yang berdisiplin iaitu yang boleh menjadi idola positip
kepada masyarakat. Berikut merurakan antara aspek yang ditetapkan peraturannya dalam
permainan ini.

Peraturan tenis merangkumi banyak aspek terutamanya aspek alat permainan separti
bola, gelanggang, jaring, gelanggang dan sebagainya.

a) Tempoh permainan

Sesuatu permianan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set
diambil kira sebagai pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan
kemenangan dua set dikira pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan
mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan
bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu
daripada pihal lawan akan dinobatkan sebagai pemenang. Masa 10 minit diperuntukan
kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi
wanita.

12 | P a g e
b) Cara mendapat mata
Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam
satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-
kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana
pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang
dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata
seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan
kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.
Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini
memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan
dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu mendahului
lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat
servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang
diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk
emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan
diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam
sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan.
Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila
dia mendahului tiga set daripada lawannya.

c) Memulakan permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana
yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai
permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Permulaan servis akan
berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan
disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan
gekanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke
kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini,
pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola
daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B).
Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke
kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang
pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata
kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir
sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

d) Dalam permainan dan tamat permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati.
Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas
persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola
kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan.
Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan

13 | P a g e
ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki
pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan
dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama
sendiri dan dengan pengadil.

e) Bola

Bola tenis mestilah berwarna hijau kekuningan. Ia diperbuat daripada gentian sentetik
dan dibaluti wool. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram.
Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan
baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering. Ini kerana kestabilan pergerakan bola
dipengaruhi oleh keadaan bola tersebut. Oleh itu, pastikan bola kering sebelum
digunakan. Bola tenis boleh didapatkan di kedai-kedai peralatan sukan dengan pelbagai
pilihan dan harga yang berbeza-beza mengikut kualiti pembuatan bola tersebut.

f) Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia
boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau
parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter
(27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meteruntuk keseluruhan gelanggang.
Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan
putih. Gelanggang tenis mempunyai beberapa garisan iaitu garis tepi bergu, garis tepi
perseorangan,tanda tengah, garis belakang dan banyak lagi termasuklah garis servis dan
garis petak servis.

14 | P a g e
g) Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang
bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga
adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga
396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382
gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan
pengangannya. Raket tenis terdapat dalam pelbagai warna. Oleh itu, pilih dan gunalah
raket yang bersesuaian dgn citarasa anda agar anda lebih selesa untuk bermain.

h) Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal
dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian
bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi

15 | P a g e
pada titik tengahnya dan1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Fungsi utama
jaring ialah sebagai garis sempadan kawasan pemain. Di mana garis tersebutlah yang
menentukan sama ada mata diperolehi oleh pihak pemain atau pihak lawan. Jaring
hendaklah dipasang tegang semasa permainan bagi membolehkan bola tenis dapat
melintasi jaring tersebut tanpa terhenti di bahagian tengah gelanggang.

i) Pakaian pemain

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian
tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu
permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan
perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara
perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau
seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk
pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya peralatan ini
berwarna putih.

16 | P a g e
7.0 RUJUKAN

https://pemboronglapangan.wordpress.com/2016/10/01/gambar-dan-ukuran-lapangan-tenis-
standar-internasional/

http://gsport-gsport.blogspot.com/2011/06/sejarah-permainan-tenis.html

http://infopjkform4.blogspot.com/2012/05/undang-undang-permainan-tenis.html

http://infopjkform4.blogspot.com/2012/05/kemahiran-asas-dan-undang-undang.html

http://kakeysukan.blogspot.com/p/ukuran-size-gelanggang.html

https://aqilahqistina298.blogspot.com/p/peralatan-dan-pakaian.html

17 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai