Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Tenis

Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan pada zaman ini dan tenis merupakan permainan yang sangat diminati ramai. Menurut beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu Jen de Paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kalinya di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan. Permainan ini kemudiannya diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.

Gambaran awal sukan tenis zaman dahulu

Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk Itali. Majalah Inggeris Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games and Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801, menyebutnya sebagai tenis panjang. Tenis pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai peramainan luar.

Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan oleh J.B.Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawan raket. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 1868.

Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula telah menubuhkan kelab tenis pertamanya di Pulau Staten. Bermula dari situlah, Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa. Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.

Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.

Persatuan Tenis Malaysia (LTAM)

Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graft, Monica Sles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya.

Anda mungkin juga menyukai