Anda di halaman 1dari 4

Sejarah tennis

Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan
permainan yang paling diminati ramai. Menurut beberapa cacatan sejarah, permainan
menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir
dan Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang
menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah
kawasan di Perancis. Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu,
manakala pemukulnya hanyalah tangan.
Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia
mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat
tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu
perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.
Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da
Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi
semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris Sporting
Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of
Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis
panjang.

Tenis, pada mulanya

merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di


zaman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya
sebagai permainan luar.
Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang
telah diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan
Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota
atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan
di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All
England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 1868. Dua tahun selepas
itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875,
kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk
permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang
permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula telah
menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah,
Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia

telah berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada
tenis antarabangsa.
Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877.
Seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah
muncul sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.
Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke
20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada
tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua.
Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah
Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk
lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai
pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga
turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan
Piala Asia.
Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara
permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai
jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile
Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles,
Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi
satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi
nilainya. Antara pertandingan tenis antarabangsa ialah wembledon, perancis
terbuka, us terbuka dan Australia terbuka.

PERTANDINGAN WIMBLEDON
Wimbledon adalah sebuah pertandingan tenis terkemuka yang dilangsungkan selama
sekitar dua minggu pada bulan Jun atau Julai setiap tahun. Pertandingan ini
diadakan di atas lapangan rumput dan merupakan salah satu dari empat
pertandingan Grand Slam.
Dilaksanakan bermula pada tahun 1877 oleh All England Lawn Tennis and
Croquet Club di Wimbledon, London. Pada mulanya, hanya perlawanan
perseorangan lelaki dipertandingkan. Namun pada tahun 1884, perlawanan
perseorangan lelaki dan wanita mulai dipertandingkan seperti pertandingan Grand
Slam yang lain. Wimbledon hanya disertai pemain-pemain handalan hingga era
"terbuka" dimulakan pada tahun 1968.

Lapangan utamanya, Centre Court dibuka pada tahun 1922 dan mempunyai
kapasiti seramai 14.000 penonton. Lapangan utama lainnya ketika ini, Court No. 1,
dibuat pada tahun 1997 untuk menggantikan Court No. 1 yang lama. Kapasitinya
adalah 11.000 orang. Kedua lapangan ini hanya digunakan selama dua minggu iaitu
ketika pertandingan ini dilangsungkan setiap tahun. Lapangan terbesar ketiga, Court
No. 2, dianggap sebagai "lapangan angker" kerana telah ramai pemain handalan yang
kalah di awal perlawanan di lapangan ini. Kapasitinya adalah 3.000 kerusi.

PERTANDINGAN AUSTRALIA OPEN


Australia Terbuka adalah salah satu dari empat kejuaraan Grand Slam dalam dunia
tenis. Kejuaraan ini diadakan di Melbourne, Australia pada bulan Januari setiap
tahunnya. Dimulai sejak tahun 1905, Australia Terbuka adalah kejuaraan yang
termuda dibandingkan dengan kejuaraan Grand Slam lainnya.
Awalnya bernama Australian championships, namanya berganti seperti
sekarang ini sejak tahun 1968 apabila kejuaraan terbuka dimulakan Australia Terbuka
dilangsungkan di Melbourne Park sejak tahun 1988. Sebelumnya, kejuaraan ini
diadakan di Kooyong, yang terletak di sebelah tenggara Melbourne. Kooyong
sendiri kini menjadi tempat diadakannya kejuaraan invitasi (Kooyong Classic) yang
berlangsung tepat sebelum Australia Terbuka.

PERTANDINGAN PERANCIS TERBUKA


Perancis Terbuka adalah sebuah pertandingan tenis yang berlangsung selama dua
minggu dari pertengahan Mei hingga awal Jun di Paris, Perancis setiap tahun.
Pada tahun 1891 pertandingan ini menjadi pertandingan antarabangsa. Pada
tahun 1925 Perancis Terbuka dibuka kepada peserta antarabangsa dan diadakan di
lapangan rumput di Racing Club de France dan Stade Franais. Untuk Piala Davis
challenge tahun 1928, sebuah stadium tenis baru dibina di Porte d'Auteuil dan
dinamakan berdasarkan pahlawan Perang Dunia I, Stadion Roland Garros, dan
Court Philippe Chatrier yang baru dibangun dengan permukaan tanah liat.
Tanah liat melambatkan pergerakan bola dan menyebabkan bola memantul
sangat tinggi jika dibandingkan dengan permukaan rumput atau permukaan keras.
Sejak lapangan tanah liat diperkenalkan, ramai pemain tenis handalan menghadapi
kesukaran. Contohnya, Pete Sampras yang memenangi empat belas pertandingan
perseorangan lelaki pertandingan Grand Slam, tidak pernah memenangi Perancis
Terbuka. Sehingga tahun 2006, enam orang pemenang perseorangan lelaki

pertandingan Perancis Terbuka dimenangi oleh orang yang tidak pernah memenangi
pertandingan Grand Slam lain. Manakala, permainan perseorangan wanita Perancis
terbuka menyebabkan pemain tenis seperti Lindsay Davenport dan Martina Hingis
tidak mendapatkan Grand Slam.
Pada tahun 1968, pertandingan ini menjadi pertandingan Grand Slam pertama
yang menjadi "terbuka," sehingga baik pemain handalan maupun profesional dapat
turut serta.
Pada tahun 2007, diumumkan bahwa Perancis Terbuka akan memberikan
hadiah wang yang sama baik bagi lelaki maupun wanita di semua perlawanan.

PERTANDINGAN AS TERBUKA
AS Terbuka adalah salah satu pertandingan Grand Slam dalam dunia tenis.
Perlawanan ini diadakan pada bulan ogos atau September setiap tahun.
AS Terbuka bermula dengan dua pertandingan terpisah iaitu perlawanan lelaki
dan perlawanan wanita bermula pada tahun 1881. Pertandingan ketika itu bernama
U.S. National Singles Championship dan hanya mempertandingkan perlawanan
kategori wanita enam tahun kemudian. Pada tahun 1968, ketika era "terbuka"
dimulakan, lima perlawanan yang terpisah iaitu perseorangan lelaki, perseorangan
wanita, bergu lelaki, bergu wanita, dan bergu campuran dijadikan satu dan diberi
nama "AS Terbuka". Pertandingan tahun tersebut juga merupakan yang pertama dan
yang memperbolehkan penyertaan pemain profesional. Sejak tahun 1978,
pertandingan ini dilangsungkan di Flushing Meadows di New York.
Lapangan utamanya terletak di Stadium Arthur Ashe yang berkapasiti
seramai 23.000 penonton. Lapangan keduanya adalah Stadium Louis Armstrong.
Keduanya adalah lapangan keras (hardcourt), sehingga permainan pun berlangsung
dalam kecepatan tinggi.

Anda mungkin juga menyukai