Anda di halaman 1dari 3

a.

bacaan indeks kandungan gas sulfur dioksida dalam atmosfera semakin meningkat
pada setiap tahun. Hal ini telah mengakibatkan pencemaran udara. Kandungan gas
sulfur dioksida dalam atmosfera semakin meningkat pada setiap tahun disebabkan
aktiviti manusia.

- Aktiviti pembangunan dan perindustrian

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan


barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah
menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur
dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida ke udara telah membawa kesan sampingan
kepada kehidupan alam sekitar.

- Kenderaan motor

Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta dan motosikal merupakan salah satu
dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana setiap
kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya.
Tahap pencemaran akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah
penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan
mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai
menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan
kenderaan di jalan raya.

- Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal
di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta
pembakaran di hutan simpan. Gas seperti sulfur dioksida dibebaskan ke udara.
i. mengurang penggunaan kenderaan bermotor dan menggalakkan penggunaan
kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter. Bagi mereka yang dekat dengan
tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia juga
dapat menyihatkan tubuh badan. Digalakkan menggunakan kenderaan yang tidak
mengeluarkan asap seperti basikal.

ii. pihak kerajaan harus memperkenalkan undang-undang alam sekitar. Pihak kerajaan


yang bertindak sebagai agen pentadbir negara mestilah mengubalkan pelbagai undang-
undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil
diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan.

- individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib dikenakan kompaun atau penjara
atau kedua-duanya sekali. Dengan undang-undang tersebut, orang ramai akan lebih
peka dan akan lebih berwaspada terhadap isu pencemaran alam.

iii. pelaksanaan program kempen alam sekitar juga dapat meningkatkan kesedaran


ramai terhadap kesan pencemaran udara. Kempen kesedaran ini mengajak rakyat
meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan
menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka.
Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab
masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara.
Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan pelbagai cara seperti
program sukarelawan, ceramah mahupun edaran risalah disetiap rumah.

iv. Program penanaman semula bertujuan untuk mengimbangkan ekosistem. Seperti


sedia maklum, tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar yang nyaman. Ini
kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon
dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan penting
kepada manusia agar dapat bernafas dengan segar.

V. Kitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan


seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses
yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar
pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai