Anda di halaman 1dari 4

i) KANDUNGAN (a)

Pendidikan Kewarganegaraan Global memberikan pelajar peluang dan kecekapan


untuk menyedari hak dan tanggungjawab mereka untuk membangunkan global yang
sangat baik pada masa akan datang.
Selain itu, ia juga menekankan pembelajaran yang transformatif seperti hak asasi
manusia, kefahaman antara-bangsa dan antara budaya, pembangunan lestari dan juga
pendidikan untuk keharmonian. Pendidikan Kewarganegaraa Global ini membuat
pelajar untuk berfikir, berkongsi dan bertindak demi global yang lebih adil, aman,
terangkum dan lestari.
Seterusnya, ia memupuk rasa hormat antara warga global, membangunkan rasa
kepunyaan sesama manusia dan menolong pelajar menjadi warganegara global yang
bertanggungjawab dan sangat aktif serta menjadi penyumbang yang proaktif demi
mencapai dunia yang lebih adil, aman, bertoleransi, terangkum, selamat dan lestari.
Kita sebagai warga global harus peka terhadap interaksi antara pelbagai komponen
biotik dan abiotik dalam persekitaran dan perlu menyedari potensi risiko bagi sesetengah
isu alam sekitar yana akan memberi kesan yang amat buruk.
Isu alam sekitar yang saya pilih bagi tugasan ini ialah pencemaran udara. Pencemaran
udara bermakna satu situasi yang melibatkan jirim zarahan, bahan biologi atau bahan kimia yang
boleh menyebabkan kesan kepada alam sekitar.
Salah satu punca pencemaran udara ialah pelepasan gas nitrogen,sulfur
dioksida,hidrokarbon,karbon dioksida dan asap kotor oleh kilang ke udara. Kenderaan motor
juga merupakan penyumbang pencemaran udara.
Selain itu, pembakaran terbuka di tempat pelupusan dan pembakaran hutan juga
menyumbang kepada pencemaran udara. Seterusnya, penggunaan tenaga untuk mesin dan
perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara juga mencemarkan udara dengan
melepaskan klorofluoroarbon ( CFC ) ke udara.
Salah satu kesan pencemaran udara adalah kemerosotan sistem pernafasan manusia. Gas
karbon monoksida meracuni sistem pernafsan manusia. Selain itu, pencemaran udara juga
menyebabkan tumbuhan keguguran daun, pertukaran warna daun dan pertumbuhan terbantut.
Seterusnya,binatang akan terancam atau mati kerana udara yang tercemar memasuki ke dalam
paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan.
Tambahan lagi, penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi adalah
antara kesan-kesan pencemaran udara. Lapisan ozon juga sangat penting kerana melindungi
tumbuhan dan haiwan daripada sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit,
katarak, merosakkan tahap daya ketahanan dan juga boleh mengubah DNA tumbuhan dan
haiwan (Johansen, 2000).
3 dimensi konsep utama Pendidikan Kewarganegaaan Global memberikan banyak faedah
kepada masyarakat dan menyelesaikan isu alam sekitar. Ia juga memberikan faedah yang amat
bagi isu alam sekitar yang saya bincangkan iaitu pencemaran udara.
Salah satu faedah yang kita dapat melalui Pendidikan Kewarganegaaan Global ialah
memperoleh pengetahuan tentang isu-isu global.Ini adalah seiring dengan salah satu dimensi
konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global iaitu kognitif. Melalui komunikasi
digital seperti penggunaan watsapp dan facebook, warga gobal tempatan boleh berkomunikasi
dengan warga global negara lain dengan pantas tentang pencemaran udara yang berlaku di global
ini. Warga global juga memperoleh pengetahuan, pemahaman dan pemikiran yang kritis tentang
isu pencemaran udara dan warga global berkongsi idea untuk menyelesaikan masalah
pencemaran udara. Menurut George Santayana : “ kaki seseorang perlu berada di negaranya
sendiri namun, matanya perlu meninjau apa yang terjadi di dunia luar ”
( https://www.brainquote.com/quotes/george_santayana_125570 ).
Selain itu, masyarakat juga berfaedah dengaan mendapat ilmu tentangi 17 matlamat
pembangunan lestari melalui Pendidikan Kewarganegaaan Global. Ini kerana ada beberapa
matlamat pembangunan lestari menyentuh tentang alam sekitar. Contohnya, Kehidupan sihat dan
sejahtera, Tindakan kepada perubahan iklim, hidupan air , hidupan darat dan air yang bersi dan
sanitasi untuk semua.
Seterusnya, Pendidikan Kewarganegaraan Global menitikberatkan sosio-emosi. Iaitu
salah satu dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global. Sosio-emosi
adalah untuk memiliki rasa kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai dan tanggungjawab,
empati, solidarity dan menghormati perbezaan dan kepelbagaian.Maka warga global tempatan
yang berkerjaya profesional seperti doktor,pensyarah dan saintis dapat membantu negara lain
yang mengalami pencemaran udara. Melalui bertolongan sebegini kita dapat menghormati antara
satu sama lain tanpa mengira apa-apa prbezaan.

ii) KANDUNGAN (b)


Ada pelbagai cara untuk menyelesaikan isu pencemaran udara. Antaranya ialah
memasang alat penapis asap dan meninggikan cerobong asap. Pihak berkuasa mesti mewajibkan
pihak kilang industri meninggikan cerobong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, alat penapis
perlu dipasang di cerebong bagi melepaskan asap yang bersih yang telah dirawat dan tidak
mencemarkan udara. Contohnya, di negara China meletakkan pembersih udara bersaiz cerobong
asap industri di tengah bandar. Peranti itu berupaya membersihkan antara lima juta dan 18 juta
isi padu udara setiap hari, bergantung kepada cuaca, musim dan tahap pencemaran.
(https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/04/413985/china-letak-pembersih-udara-gergasi-
atasi-pencemaran )
Selain daripada ini, menghijaukan kawasan juga salah satu cara untuk menyelesaikan
masalah pencemaran udara. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan, bunga-bungaan di
persekitaran kawasan perumahan dapat menggurangkan kandungan karbon dioksida dalam udara
dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya lalu mengurangkan
masalah peningkatan suhu.
Seterusnya, pencemaran udara juga dapat dikurangkan dengan mengadakan kempen.
Kempen pencemaran alam sekitar dan mencintai alam sekitar yang disiarkan menerusi TV,radio
dan youtube hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Nilai tanggungjawab perlu
diselitkan dalam diri setiap individu agar alam sekitar selamat dan bersih untuk generasi akan
datang. Setiap warga global harus mengetahui bahaya pencemaran udara kepada manusia.
Kanak-kanak merupakan golongan yang sangat mudah terdedah kepada bahaya bahan pencemar
udara yang boleh menjejaskan kesihatan respiratori mereka berbanding golongan dewasa
(American Academy of Pediatrics 2004).
Disamping itu, penggunaan petrol tanpa plumbum dan penggunaan teknologi juga cara
untuk menyelesaikan masalah pencemaran udara. Petrol yang tiada plumbum dapat
mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap dari kenderaan. Ini dapat
mengurangkan masalah jerebu yang kerap kali berlaku di waktu pagi dan juga dapat menghalang
masalah kesihatan seperti batuk dan selsema.
Dengan penampalan ozon masalah pencemaran udara dapat diselesaikan pada jangka
masa yang pendek. Bahagian ozon yang telah berlubang ditampal dengan mengionkan gas
oksigen di atmosfera menggunakan belon helium. Penamapalan ozon juga dilakukan dengan
menembak peluru ozon menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon.
Masalah pencemaran udara dapat diselesaikan dengan menguatkuasakan undang-undang.
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara perlu mengubal undang-undang
bagi mengawal pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara.Pihak kerajaan mengawasi
mana-mana kilang di negara masing-masing. Contohnya, industri kilang diwajibkan menapis
asap yang dikeluarkan. Jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk
di sekitarnya boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan selanjutnya.
Akhirnya, program kitar semula merupakan satu lagi cara menyelesaikan pencemaran
udara. Mengitar semula memberi maksud proses atau penggunaan semula bahan buangan seperti
plastik, tin aluminium, kertas dan sebagainya. Kaedah ini merupakan satu prose yang selamat
kepada alam sekitar. Penduduk kawasan perumahan menjual barang-barang tersebut kepada
peniaga barang terpakai tanpa membakar secara terbuka .

Anda mungkin juga menyukai