Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Punca utama dalam berlakunya pencemaran ini adalah sikap tidak bertanggungjawab individu
mahupun sesebuah organisasi dalam pencemaran. Sebagai contoh, aktiviti ekonomi seperti
pembukaan kawasan perumahan dan perindustrian yang baru diperlukan tetapi, ekosistem
sesebuah kawasan tersebut perlu dipelihara. Penebangan hutan dan penarahan bukit tanpa ada
tindakan pemuliharaan seperti penanaman semula pokok telah menyebabkan flora dan fauna
kehilangan habitat mereka. Hal ini menyebabkan berlaku bencana seperti tanah runtuh dan
banjir kilat kerana ketiadaan pokok-pokok yang selama ini menjadi tunjang utama kekuatan
tanah di kawasan tersebut. Justeru, kekayaan yang kian mengaburi mata-mata orang yang
tidak prihatin akan alam semula jadi ini harus dibukakan mata dan ditunjukkan kesan dan
akibat sekiranya pencemaran ini berlaku dan meniggalkan kesan terhadap diri mereka sendiri
Dalam pada itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga antara punca berlakunya
pencemaran yang semakin menjadi-jadi hari ini. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin
kurang dan pemantauan yang tidak konsisten menyebabkan ramai individu yang tidak
pihak berkuasa perlu dipersoalkan lantaran kes-kes penerimaan rasuah yang dikaitkan dengan
penjawat-penjawat awam. Hal ini berlaku kerana tekanan ekonomi dan sikap tidak
bertanggungjawab individu yang menawarkan wang haram tersebut hanya kerana ingin
melepaskan diri daripada tindakan undang-undang. Pihak kerajaan sewajarnya lebih
Selain itu, punca pencemaran alam sekitar adalah penggunaan sumber tenaga yang
mencemarkan alam seperti diesel dan bahan bakar yang lain. Faktor perindustrian dan
pengangkutan yang bergantung pada bahan bakar petrol dan diesel menyumbang kepada
pencemaran udara dan bunyi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke udara oleh
kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara berlebihan telah
menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen
dewasa ini. Kita boleh melihat contoh di negara Norway yang menggalakkan penggunaan
kenderaan elektrik ataupun yang berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui. Mereka
memberi pengecualian cukai dan kemudahan parkir untuk pengguna kenderaan tersebut
sumber tenaga yang berpotensi untuk masa hadapan. Maka, pendekatan teknologi dan sistem
yang mesra alam perlulah digalakkan agar kita dapat bersama-sama mencegah pencemaran
Penutup Konklusinya, pelbagai punca yang dapat dirangkum dalam punca pencemaran ini
terjadi. Masyarakat dengan kerjasama media massa harus meningkatkan tahap kesedaran
sivik orang-orang sekeliling kita tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Jika setiap
pihak mengambil langkah yang proaktif persis mutiara kata, ke bukit sama di daki, ke lurah
sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi dengan berkesan. Setiap individu
demi kelangsungan generasi akan datang. Semoga mereka dapat merasai keindahan alam
semula jadi secara langsung dan tidak hanya melihat video atau bentuk digital keunikan flora
Jenis pencemaran
Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan
telinga.
Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling
besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena
pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi
kita.
Pencemaran Air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di negara-
negara membangun atau negara sedang membangun , masalah pencemaran air masih berlaku.
Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari
segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap
Contoh syarahan
Yang saya hormati Saudari Peneraju Agenda, Yang berusaha Tuan Pengetua, barisan
Penolong Kanan, panel hakim yang arif dengan panji keadilannya serta rakan-rakan
seperjuangan yang saya hormati. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pada
pagi yang nyaman lagi barakah ini, tampilnya saya, Arfa Qistina di atas pentas baldu ini adalah
untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Pencemaran Alam Sekitar.”
Hadirin sekalian,
Dalam mengecapi kemajuan di persada global, pelbagai masalah timbul di negara kita
terutamanya masalah yang berkait rapat dengan alam semula jadi. Pada hari ini, kita dapat
lihat sendiri dengan pancaindera kita bahawa pencemaran seringkali berlaku. Pencemaran ini
merupakan pencemaran alam sekitar. Definisi pencemaran alam sekitar ialah keadaan
sekeliling yang mengalami perubahan sifat fizikal daripada sesuatu yang indah menjadi sesuatu
yang kotor, berdebu, berlumpur dan tidak terurus.
Punca-punca berlakunya pencemaran ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan rakus
manusia sendiri. Antaranya ialah penggunaan racun serangga dalam sektor pertanian,
penebangan hutan secara berleluasa, pelepasan asap kilang yang tidak ditapis, pertanian
pindah dan lain-lain lagi. Bagi manusia yang tinggal di kawasan perbandaran, penggunaan gas
klorofluorokarbon dalam aktiviti seharian seperti penggunaan pendingin hawa juga
menyumbang pada pencemaran alam sekitar.
Pelbagai prakarsa telah diambil bagi mengatasi pencemaran-pencemaran yang berlaku.
Antaranya, menapis asap kilang dan berkongsi kenderaan ke tempat kerja supaya dapat
mengurangkan pencemaran udara manakala mengawal penggunaan racun serangga dan aktiviti
pembuangan sampah secara sistematik dapat mengurangkan kadar air yang tercemar.
Seterusnya, mengehadkan jumlah balak yang ditebang oleh seorang pembalak, menguatkuasa
undang-undang dan mengawal aktiviti pembangunan agar dapat mengurangkan kadar
terjadinya tanah runtuh dan secara tidak langsung mensifarkan bilangan mangsa yang akan
terkorban.
Tuntasnya, jaga dan hargailah alam sekitar untuk kepentingan sejagat. Selain itu,
adalah untuk memperlihat alam yang serba hijau dan menawan ini kepada generasi yang akan
datang agar mereka dapat mengenali flora dan fauna yang wujud ini. Sebelum saya menutup
bicara, saya menyeru kepada warga dewan sekalian agar berfikirlah secara rasional dan
laksanakanlah peranan masing-masing terhadap alam ciptaan ini.
Sekian terima kasih.