Anda di halaman 1dari 10

Pencemaran alam sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan


mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam
sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu
pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara
langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia
termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran
air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah
dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah
pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang
tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri
mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka
akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa
menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu
adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan
di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna
yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor
dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang
yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam
penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil
langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut
dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini
akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran
udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak
bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari
pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.
Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik.
Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan
sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesankesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan
bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata
kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan.
Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan
menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera
berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat
daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran
air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan
untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam
sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan

kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang
seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal,


lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada
berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan
pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap
kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan
taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap
pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah
penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju
berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan
menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem
pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang
terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan
perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan
daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan
kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran
alam sekitar.

antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah


pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran
pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman
semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat
baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh
sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna
disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi
menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas.
Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan
yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus
turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga
menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada
masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap
pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira
masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan

tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup


masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu
mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada
pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah
organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan
kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang
menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin
membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini


harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran
air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi
ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya
membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna
untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari
pencemaran alam sekitar.

Pencemaran Alam Sekitar - Ancaman Kesihatan Anak Anda!

Perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi telah menyaksikan kecanggihan


ciptaan dan penemuan baru manusia dalam pelbagai bidang seperti pembangunan,
pertanian dan perindustrian. Begitu juga dengan penyakit-penyakit yang tidak
pernah terlintas di fikiran kita 50 tahun yang lalu. Hari ini pelbagai jenis penyakit
akut dan kronik dilaporkan berlaku di kalangan kanak-kanak dan ia dikatakan akibat
dedahan kepada agen-agen toksik di sekeliling mereka. Agen-agen toksik terdiri
dari bahan kimia, biologikal dan partikel kecil (jadual 1).

Jadual 1 Agen-agen toksik

Dalam Rumah

Asap rokok
Allergen (habuk, bulu, lipas)
Kimia organik meruap (pewangi udara, kosmetik)
Formaldehid
Nitrogen oksida
Karbon monoksida (dapur gas)
Radon
Plumbum
Racun makhluk perosak
Asbestos

Luar Rumah
Ozon
Partikel/habuk
Karbon monoksida
Plumbum
Nitrogen oksida
Sulfur dioksida
Pencemar organik kekal
Racun makhluk perosak

Pendedahan agen toksik boleh memberi kesan teruk dan berkekalan pada kesihatan
kanak-kanak dan berlaku di semua peringkat kehidupan mereka. Lebih
membimbangkan lagi, ada di antara pendedahan tersebut berlaku semenjak
mereka di dalam rahim ibu lagi. Kesan keracunannya juga ada yang dapat dilihat
semenjak mereka dilahirkan dan juga setelah meningkat remaja.

Antara kesan keracunan terhadap kanak-kanak adalah seperti kesukaran untuk


belajar, masalah perlakuan, penyakit pada sistem pernafasan, kanser dan penyakitpenyakit berkaitan kerosakan sistem saraf.

Pada 25 Januari lalu Menteri Kesihatan telah memaklumkan bahawa 340,000 kanakkanak di negara ini, telah menghidap penyakit asma yang dipercayai berpunca
daripada pendedahan terhadap agen toksik pada alam sekitar.

Dalam sidang akhbar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pad 3/3/2002, di


konferens antarabangsa mengenai ancaman alam sekitar pada kesihatan kanakkanak di Bangkok memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 3 juta kanak-kanak
di bawah umur 5 tahun mati setiap tahun akibat pendedahan terhadap agen
pencemaran dari alam sekitar.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) pula telah menganggarkan


sejumlah 150,000 - 300,000 kes jangkitan paru-paru setiap tahun di kalangan bayi
dan kanak-kanak sehingga berumur 18 bulan adalah disebabkan terhidu asap rokok.

Kanak-kanak mudah terdedah kepada bahaya agen toksik, berbanding dengan


orang dewasa. Ini kerana tubuh dan sistem tubuh mereka yang belum cukup
sempurna untuk menghalang dan mengeluarkan bahan toksik dari badan.
Tambahan pula kanak-kanak pula gemar untuk mengutip dan memasukkan sesuatu
ke dalam mulut. Mereka juga lebih banyak meng-habiskan masa di luar rumah
dengan aktiviti lasak mereka. Kanak-kanak juga tidak mempunyai penguasaan
bahasa yang baik dan tidak mampu memberi penjelasan tentang keracunan yang
dialaminya. Dengan sikap dan kekurangan begini mereka lebih mudah diracuni
dengan bahan-bahan yang terdapat di atas lantai, permaidani, tanah dan udara
sekitar.

Kebanyakan kanak-kanak kini tidak mendapat perlindungan yang sewajarnya. Tiada


sebarang polisi digunakan dalam menangani pendedahan bahan berbahaya kepada
kanak-kanak dan juga ketiadaan paras dedahan kimia yang selamat dan dibenarkan
pada kanak-kanak walaupun mereka merupakan populasi yang 'terlemah'. Pada
tahun 2000 sahaja sejumlah 5.5 juta hari dalam setahun negara kehilangan muridmurid dari sekolah kerana penyakit asma . Maka langkah-langkah yang berterusan
dalam melindungi alam sekitar mereka perlu dilakukan segera agar kesihatan anakanak kita lebih terjamin. Kanak-kanak adalah penyambung zuriat dan aset masa

depan negara. Pendedahan agen toksik alam sekitar perlu dicegah melalui program
pendidikan dan kesedaran orang ramai, ketelusan dan komitmen syarikat
pengeluar, serta penguatkuasaan undang-undang.

Ingatlah bahawa untuk menyayangi anak-anak bukan setakat memberi kasih


sayang kepada mereka sahaja tetapi kepada alam sekitar mereka.N

Jenis-jenis Kimia Alam Sekitar yang Membahayakan Kesihatan

Bahan Kimia
Punca
Simptom/keracunan
Karbon monoksida
Asap rokok, pembakaran bahan bakar seperti kerosin, kayu dan gas, dandang, alat
pemanas air, alat pemanggang, asap kenderaan dan kilang, penapisan atau can gali
petrolium.

Loya, keletihan, pening, pucat dan mengantuk. Pada paras yang tinggi boleh
menyebabkan tidak sedar diri, koma dan kematian pada masa yang singkat.

Asap tembakau
Asap dari rokok, paip dan cerut mengandungi lebih dari 4000 jenis kimia,
diantaranya ialah kimia berbahaya seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida,
hidrogen sulfida, formaldehid, amonia, benzena, tar, benzo(a)pyrena dan nikotin.

Kanak-kanak mudah terkena jangkitan pada paru-paru dan telinga.la merangsang


asma dan alahan menyebabkan keradangan mata, hidung, batukdan lelah.Dedahan
jangkamasa panjang menyebabkan penyakitjantung dan kanser paru-paru.
Asbestos
Asbestos adalah gentian semulajadi dan di guna dalam penebatan elektrikal dan
bahan binaan seperti lantai, dinding dan bumbung.

Asbestos hanya menyebabkan kesan jangka panjang atau kronik seperti


keradangan dan luka pada tisu paru-paru dan seterusnya menyebabkan kanser atau
dipanggil asbestosis.
Alergen
Alergen boleh terdiri dari kimia kegunaan rumah, atau agen biologikal seperti
habuk, lipas, kulat, bakteria dan virus.

Boleh menyebabkan kesan alahan dan menambahkan lag! simptom asma, selsema
dan pneumonia, la juga menyebabkan keradangan pada mata, hidung dan tekak
termasuklah kesukaran bernafas, keletihan dan demam.

Kimia organik meruap


Boleh berpunca dari bahan pencuci, perekat, cat, cecair pencuci kering, pengawet
kayu, pewangi, semburan rambut, kerosin, asap tembakau, pengecat kuku dan
pelarut cat. Bahan kimia ini biasanya terdiri dari trikloroetilina, benzena, toluene,
etil keton, alkohol, metakrilat, akrolein, polisiklik aromatik hidrokarbon (PAH) dan
racun makhluk perosak.

Menyebabkan loya, muntah, pening, letih, keradangan pada mata, kulit, saluran
pernafasan dan hidung tersumbat.
Formaldehid
Boleh dibebaskan dari papan lapis, kayu gentian, perekat dan gam, bahan tekstil,
asap tembakau, cat dan kosmetik.

Menyebabkan tindakbalas alahan ke atas kulit, mata, paru-paru dan saluran


pernafasan.
Nitrogen oksida
Terbebas sebagai gas dari pemanasan kerosin, kimpalan, disel, relau dan asap
tembakau.

Menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan, asma dan lain-lain penyakit


berkaitan pernafasan.

Radon*
Bahagian rekahan bangunan di dalam tanah, air bawah tanah.

Pancaran mengion semulajadi ini boleh menyebabkan kanser paru-paru dan


kematian. la adalah penyebab kedua kematian yang disebabkan oleh penyakit paruparu di Amerika
Plumbum
Cat, saluran paip, alat rmainan, perabot, industri kimpalan, seramik, kaca dan
bateri.

Pendedahan kecil boleh menyebabkan kerosakan pada sistem saraf, buah pinggang,
kesukaran belajar, memberi perhatian dan IQ yang rendah. Pendedahan yang besar
menyebabkan sawan, tidak sedarkan diri dan kematian.
Racun makhluk perosak

Racun serangga, racun makhluk perosak, racun kulat dan racun lalang dalam
aktiviti pertanian atau kegunaan rumah.

Simptom keracunan adalah seperti sakit kepala, pening, otot memulas, lemah dan
loya.
Ozon
Kimia organik meruap yang dihasilkan dari asap kenderaan, penggunaan dan
penghasilan minyak mentah, gas asli, perlupusan sampah, logi pembersihan air dan
jerebu
Penyakit berkaitan kanser kulit, katarak, pengurangan sistem badan melawan
penyakit dan masalah pernafasan di samping toksik kepada tumbuhan.

Ketidaksuburan dan kecacatan bayi:


Bahaya bahan plastik

Dunia sekarang di ancam pencemaran daripada pembuangan bahan plastik.


Bahan plastik diperbuat daripada pelbagai bahan kimia yang mana apabila terbakar
akan membebaskan asap toksik yang merbahaya.

Menghidu asap toksik ini juga boleh mengakibatkan sperma menjadi tidak normal
dan ketidaksuburan akan berlaku. Ahli-ahli bomba lebih terdedah kepada bahaya
tersebut kerana bidang tugas mereka yang mendedahkan mereka kepada terhidu
asap toksik dari kebakaran seperti permaidani, perabot, cat dan lain-lain bahan
terutama produk atau pembinaan yang berasaskan klorin.

Keseimbangan hormon estrogen dalam tubuh adalah perlu bagi memastikan


pembiakan berlaku. Plastik polivinil klorida (PVC) boleh bertindak seolah-olah
seperti hormon asli estrogen dan menyebabkan ketidaksuburan dengan
menganggu sistem hormon badan.

PVC juga boleh menyebabkan kerosakan kromosom dan dikaitkan dengan kelahiran
anak-anak yang cacat. Selain itu PVC juga menyumbang kepada pembentukan
dioksin pada alam
sekitar apabila dibakar.

Pekerja-pekerja wanita dalam industri getah, plastik dan tekstil seringkali terbabit
dengan kejadian bayi mati dalam kandungan dan saiz bayi yang kecil. Kajian ke atas
2,096 orang ibu dan 3,170 orang bapa menunjuk-kan 80% wanita menghadapi
bahaya kematian anak dalam kandungan jika bekerja di industri getah dan plastik
dan 90% wanita yang suaminya bekerja di industri tekstil yang terdedah kepada
pewarna tekstil, plastik dan formaldehid.

Sementara itu Butylated hydroxyanisole (BHA) yang digunakan sebagai anti-oksidan


dalam industri plastik dan getah juga merupakan bahan karsinogen dan berupaya
menyebabkan
ketidaksuburan sepertimana PVC.

Di(2-ethylhexyl)adipate atau lebih dikenali sebagai DEHA pula merupakan bahan


pelembut yang terdapat dalam plastik pembungkus makanan. Pada tahun 1998,
Pertubuhan Pengguna di Amerika Syarikat mendapati terdapat bahan kimia DEHA di
dalam keju yang dibungkus dalam plastik pembungkus yang diperbuat daripada
PVC. Kandungan DEHA yang dikenal pasti itu didapati berada pada kepekatan yang
tinggi, iaitu lebih kurang 300,000 kali ganda had yang ditetapkan oleh Pentadbiran
Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat.

Namun sehingga kini kesannya kepada pengguna masih belum dapat dipastikan.
Tetapi daripada data kajian yang dijalankan terhadap haiwan, DEHA berupaya
merosakkan sistem peranakan dan menghasilkan janin yang cacat.N

Anda mungkin juga menyukai