Anda di halaman 1dari 2

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya.

Kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri。

Bahan 1
Masalah pencemaran alam sekitar sentiasa menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat di negara
ini. Pencemaran udara boleh menjejaskan imej negara di mata dunia contohnya jika negara dilanda
jerebu yang teruk sehingga menjejaskan pandangan. Sekiranya udara di negara kita tercemar akibat
pembakaran terbuka di negara jiran, maka media asing akan mendedahkan hal ini mengikut kefahaman
masing-masing tanpa mengetahui punca sebenar dengan lebih lanjut.

Selain itu, pencemaran udara dapat menyebabkan kesihatan rakyat terancam. Dengan perkataan lain,
masyarakat mudah diserang pelbagai penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Hal ini dikatakan
demikian kerana udara yang tercemar mengandungi karbon monoksida yang berlebihan dan molekul
tercemar. Antara penyakit yang berlaku akibat pencemaran udara termasuklah asma dan kanser paru-
paru.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Kesan Pencemaran Udara”
oleh Tan Yi Jing,
Dewan Siswa, bil. 3 2015
  Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 2

Bahan 2
Sejak kebelakangan ini, rekod kualiti alam sekitar di negara ini menunjukkan kemerosotan sama ada
kualiti udara, air, bunyi atau tanah sehingga menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup masyarakat.
Pencemaran udara menjejaskan kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit,
khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Keadaan ini menyebabkan sistem pernafasan
akan menyerap pelbagai bahan pencemar sehingga menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem
pengaliran darah mengalami masalah, sekali gus mengakibatkan pelbagai penyakit.

Kesan pencemaran alam sekitar turut memudaratkan kualiti tanah. Sisa-sisa industri dan hasil
tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang
kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam oleh manusia tidak
hidup dengan sempurnanya dan tidak subur. Selain itu, penggunaan racun serangga atau rumpai turut
mengurangkan kualiti tanah.
Sumber: Internet

1. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memudaratkan kualiti. (2 markah)


2. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kesan pencemaran alam sekitar
terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup masyarakat. (3 markah)
3. Masalah pencemaran alam sekitar sering menjadi buah mulut dan seolah-olah menjadi isu dominan yang
sentiasa menghiasi dada akhbar tempatan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca pencemaran alam sekitar terus berlaku dan sukar untuk
dibendung? (3 markah)
4. Anda terpilih sebagai seorang daripada peserta perkhemahan anjuran pasukan badan beruniform
peringkat sekolah yang akan diadakan di sebuah hutan lipur di daerah anda.
Sekiranya anda dilantik sebagai ketua kumpulan bagi pasukan unit beruniform itu, cadangkan langkah-
langkah yang akan anda ambil untuk memastikan aktiviti perkhemahan tersebut tidak menyebabkan
pencemaran alam sekitar di kawasan hutan lipur itu. (4 markah)
JAWAPAN:
1. Berdasarkan bahan 2, rangkai kata memudaratkan kualiti bermaksud menjejaskan mutu.
2. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan kesan pencemaran alam sekitar terhadap kesihatan dan
kesejahteraan hidup masyarakat ialah masyarakat mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu,
perbezaan kesan yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut ialah imej negara akan terjejas di mata
dunia dan memudaratkan kualiti tanah.
3. Pada pendapat saya, punca pencemaran alam sekitar terus berlaku dan sukar untuk dibendung ialah:
- Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab seperti suka membuang di merata-rata tempat.
- Pelepasan asap kenderaan bermotor dan asap dari industri kilang yang sukar dikawal turut menjadi
punca masalah itu.
- Pembakaran hutan secara terbuka serta penguatkuasan undang-undang yang kurang tegas
4. Sekiranya saya dilantik sebagai ketua kumpulan bagi pasukan unit beruniform itu, saya akan:
- Memastikan semua ahli kumpulan mematuhi peraturan dengan tidak membuang sampah di merata-
rata tempat.
- Meminta semua ahli kumpulan agar menggunakan bahan mesra alam seperti penggunaan pinggan
dan gelas kaca bagi mengelakkan penggunaan plastik dan polistirena.
- Memastikan mereka tidak melakukan pembakaran secara terbuka di hutan.
- Memastikan ahli kumpulan tidak menebang pokok atau memetik tumbuh-tumbuhan yang terdapat di
hutan

Anda mungkin juga menyukai