Anda di halaman 1dari 1

Rumusan Contoh

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Pelbagai jenis biskut seperti biskut makmur, kuih bangkit, suji, tat bunga, kuih siput dan gunting, baulu
lapis, agar-agar kering dan halwa maskat merupakan kuih raya yang kian luput daripada lidah masyarakat
Melayu. Inilah antara hidangan yang menjadi sinomin setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Aidiladha suatu ketika dahulu, iaitu ketika zaman nenek moyang kita.

Dari semasa ke semasa, kuih-kuih ini tidak kedapatan lagi pada setiap kali musim perayaan. Menurut
pemerhatian, kuih tradisional semakin terpinggir kerana generasi sekarang kurang meminatinya. Ini ditambah
pula dengan kecetekan ilmu generasi sekarang membuat kuih-kuih tradisional yang suatu masa dahulu sangat
popular. Kalau ada pun boleh dikira dengan jari kerana generasi sekarang lebih meminati kuih-kuih moden
dalam setiap perayaan. Oleh itu, sikap berbangga dengan makanan dari luar menyebabkan hidangan tradisional
ini semakin pupus. Sifat bakhil individu yang berkemahiran menghasilkan menu tradisional untuk dikongsikan
kepada orang lain turut menyumbang kepada kepupusan makanan warisan ini. Rekod atau dokumen tentang kuih
dan biskut raya tradisional sangat jarang didokumentasikan walaupun penganjuran pertandingan berkaitannya
sering diadakan. Kuih raya memerlukan adunan dan ukur timbang yang tepat bagi menghasilkan kuih yang
sempurna. Atas faktor ini, masyarakat kita melihat kuih tradisional ini agak rumit untuk disediakan.

Pengusaha industri kuih tradisional haruslah bijak mencari peluang dan platform dalam usaha
mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka. Generasi lama mestilah mewariskan cara-cara
menyediakan kuih-kuih tradisional ini kepada anak cucu mereka. Pihak-pihak tertentu juga mesti mengambil
inisiatif mempopularkannya dengan cara mengadakan bengkel atau kursus kepada generasi baharu. Sajian dan
resipi kuih tradisional ini boleh didokumentasikan untuk menjadi rujukan. Sesetengah kuih tradisional yang ada
pada masa ini tentu akan dilupakan begitu sahaja jika usaha untuk mengekalkannya tidak dilakukan dari
sekarang.

Dipetik dan diubah suai daripada’Sajian Tradisi Kian Dilupakan’ my Metro, 5 Jun 2019.

Bahan 2

Anda mungkin juga menyukai