Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS

Nama Calon Tingkatan Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran Nama dan Alamat Sekolah Tajuk Kerja Kursus

: : : : : :

Norsyuhailin Herdawati binti Mohamad Ghazali 3 KAA 971226-08-5556

SMK Tengku Menteri, 34850 Changkat Jering Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita : Makanan Tradisional Bahulu dan Rempeyek

Nama Guru Skor:-

Puan Noriah binti Basherudin

Elemen Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah Elemen 2 Merekod fakta sejarah Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme Jumlah Markah

Markah

Kod

Tahap Pencapaian

......................................................... ( Tandatangan Guru)

ELEMEN 1

Tajuk

Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita : Makanan Tradisional Bahulu dan Rempeyek

Senarai Semak

Bil. i ii iii iv v vi vii viii ix x xi Buku ilmiah Jurnal Akhbar Majalah Orang Sumber

Sumber

Tindakan ( / )

Melawat tempat kajian Internet Televisyen Radio VCD / DVD Sumber lain Markah

......................................................... ( Tandatangan Guru)

ELEMEN 2

Tajuk

Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita : Makanan Tradisional Bahulu dan Rempeyek

Senarai Semak

Bil. i ii iii iv v vi vii viii ix Tajuk Kajian

Perkara

Tindakan ( / )

Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan Markah

......................................................... ( Tandatangan Guru)

ELEMEN 3

Tajuk

Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita : Makanan Tradisional Bahulu dan Rempeyek

Senarai Semak

Unsur Patriotisme 1 2 3 4 5 Markah

Tindakan ( / )

......................................................... ( Tandatangan Guru)

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fuziah binti Tak selaku Pengetua SMK Tengku Menteri yang telah banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya. Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Noriah binti Basherudin selaku guru Sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat Papa dan Mama saya , En.Mohamad Ghazali bin Shuib dan Puan Azizah bt Abd Razak , kerana tanpa tunjuk ajar , bantuan dan sokongan moral yang begitu jitu dan padu daripada mereka , mana mungkin saya akan dapat menghasilkan Kerjas Kursus Sejarah sebaik ini. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga diucapkan kepada Puan Saripah binti Abdul Rahman dan kakitangannya yang telah memberikan kerjasama semasa saya mengadakan lawatan ke bengkel mereka di Batu Kurau tempoh hari. Akhir sekali, kepada semua rakan-rakan dan individu-individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini, terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hambaNya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini. Amin.

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini , saya dapat:

1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar dan memberikan pengalaman secara langsung dalam membuat satu kajian sejarah yang bersifat ilmiah.

2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini , saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.

3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, masyarakat akan lebih menghargai produk-produk tempatan dan tradisional hasil usaha serta sumbangan penduduk setempat dalam mengekalkan warisan nenek moyang mereka.

KAEDAH KAJIAN

Dalam usaha menyiapkan tugasan kajian ini agar dapat memenuhi keperluan dalam setiap elemen , saya telah menggunakan beberapa kaedah iaitu: 1. KAEDAH TEMUBUAL Melalui kaedah temubual,saya telah berjaya mengumpul maklumat dengan lebih terperinci terutamanya daripada pengusaha bengkel makanan tradisional dan 2 orang pekerja nya.

2. KAEDAH MELAWAT TEMPAT KAJIAN Saya juga telah melawat bengkel makanan tradisional di Kg Changkat Madrasah, Batu Kurau untuk mendapatkan maklumat. Lawatan ini di buat pada 15 Mac 2012 secara berkumpulan iaitu bersama 3 orang rakan sekelas. Saya telah mengambil beberapa keping gambar disamping menemubual pengusaha dan pekerja nya.

3. KAEDAH MELAYARI INTERNET Saya juga telah melayari internet untuk memperolehi maklumat tugasan . Segala maklumat yang diperolehi itu dikumpul dan di muat turun di dalam pendrive untuk ditafsir dan dikelaskan.

HASIL KAJIAN

Tajuk

Produk Tempatan Yang Terdapat Di Negara Kita : Makanan Tradisional Bahulu dan Rempeyek

PENGENALAN

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang berasal dari pelbagai negeri. Antara makanan tradisional yang terkenal di Malaysia ialah bahulu dan rempeyek. Makanan ini turut mendapat sambutan di luar negara. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengkomersilkan makanan tersebut bukan sahaja di dalam malah ke luar negara. Bahulu adalah kuih tradisional kaum Melayu di Malaysia. Ia juga sudah menjadi makanan kegemaran bangsa lain seperti masyarakat Cina dan India. Terutamanya semasa musim perayaan. Kuih ini dipercayai berasal dari suatu tempat bernama Bangkahulu, Sumatera Selatan, Indonesia dan dibawa masuk ke Malaya oleh orang-orang Jawa. Pada asalnya, kuih ini berbentuk bulat dan leper, sama seperti pizza kerana ia dibakar atas tudung periuk. Satu lagi kemungkinan nama kuih itu begitu adalah kerana ia dicipta oleh orang di hulu sungai. Apabila berziarah, seringkalinya kuih ini akan dibawa mereka sebagai buah tangan. Lama kelamaan,orang menyebutnya sebagai buah tangan dari hulu sehingga ia dikenali sebagai bahulu. Begitulah asal usul nama kuih itu. Kuih ini diusahakan menerusi dua cara, iaitu cara tradisional dan menggunakan pendekatan moden. Tetapi disebabkan cara moden lebih pantas dan mudah melalui penggunaan mesin pengisar dan ketuhar, maka sukar bagi kami mencari sumber perusahaan cara asli. Pendekatan moden juga membolehkan bahulu terhasil dalam pelbagai perisa. Malahan terdapat bahulu berperisa strawberi dan cappuccino.

Rempeyek ialah sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti kacang, ikan bilis, dan sebagainya. Rempeyek biasanya digoreng tipis-tipis di dalam minyak yang panas, dengan bentuknya mirip sekali dengan keropok. Makanan ringan ini dapat ditemukan di gerai makan, pasar, ataupun pasar raya. Rempeyek biasanya dihidangkan semasa perayaan .

MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN ( i ) Nama produk Produk utama yang dikeluarkan oleh pengusaha ini ialah bahulu dan rempeyek. Selain daripada itu, pengusaha ini juga mengeluarkan produk - produk makanan sampingan seperti kerepek pisang, kerepek ubi, dodol,kerepek pegaga, kuih bakar, kuih loyang dan minyak kelapa dara (VCO).

( ii )

Kategori

Produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan tradisional iaitu bahulu dan rempeyek. Semua produk ini dipasarkan atas jenama Sri Melati.

( iii ) Nama pengusaha / syarikat / status hakmilik Produk bahulu dan rempeyek ini telah diusahakan oleh Puan Sarifah binti Abd. Rahman. Beliau telah menubuhkan Syarikat KPW Enterprise mulai tahun 1993 hingga sekarang. Puan Sarifah adalah merupakan pemilik tunggal perusahaan makanan tradisional ini.

( iv )

Lokasi

Kajian ini telah dilakukan di Kg Changkat Madrasah, Batu Kurau . Ianya terletak lebihkurang 20 kilometer dari bandar Taiping. Lokasi tempat kajian ini berada di kawasan luar bandar. Rujuk peta dilampiran.

Anda mungkin juga menyukai