Anda di halaman 1dari 22

Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia (Penternakan Itik)

SENARAI KANDUNGAN
Bil. 1 2 3 4 5 6 Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian 6.1 Maklumat asas 6.2 Latar belakang 6.3 Sumbangan/ pengaruh kepada keluarga atau masyarakat 6.4 Prospek 7 8 9 Rumusan Lampiran Rujukan Perkara Bilangan muka surat

PENGHARGAAN
Allhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio Kerja Kursus Sejarah yang bertajuk Kegiatan Ekonomi Tradisional (Penternakan Itik) ini dengan jayanya pada tarikh yang ditetapkan. Saya, Anis Iwana binti Rohesan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak . Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik Baharuddin bin Md Ali kerana memberi keizinan kepada saya dan rakan-rakan menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Kartini binti Ali, guru Sejarah Tingkatan 3 Sidiq, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar, Sepang, Selangor kerana banyak membimbing dan mendorong saya sepanjang menjalankan kerja kursus ini . Terima kasih juga kepada ayah saya, Rohesan bin Muhamad dan ibu saya, Maimun binti Wook yang telah memberikan galakan dan kritikan yang berguna. Seterusnya , jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya, Nurain Izzati binti Imran , Nur Aqilah Zafirah binti Shaifuzi, Siti Solehah binti Syaiful Azri dan Siti Khadijah binti Suhaizad kerana telah bekerjasama dan membantu saya dalam menyiapkan folio ini. Terima kasih tidak terhingga ingin saya ucapkan kepada Puan Rosnah binti Harun yang sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan mengenai penternakan itik yang diusahakannya.

OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif kajian yang diperolehi daripada hasil kajian saya iaitu untuk mengetahui tentang kegiatan ekonomi di Malaysia. Saya dapat mengetahui cara-cara memilih baka yang sesui untuk itik, pengurusan itik, perumah dan sebagainya. Selain itu, saya jiga dapat menanam semangat patriotism dalam diri dan juga untuk generasi muda agar dapat membangunkan dan memajukan Negara dalam sector ekonomi. Saya juga dapat mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menjalankan kerja kursus : Temubual Saya telah menemubual penternak dan pengusaha itik, Puan Rosnah binti Barun, untuk mengetahui dan mendalami mengenai penternakan itik. Rujukan Saya telah mengumpul maklumat daripada hasil melayari internet. Saya telah mendapatkan maklumat daripada laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Itik. Melawat tempat kajian Saya telah melawat ke reban penternakan itik yang bertempat di No 118 Jalan Haji Yahya, Kg Desa Putra, Kajang, Selangor.

HASIL KAJIAN
6.1 Maklumat Asas 6.1.1 Nama/jenis kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penternakanan itik yang diusahakan oleh Puan Rosnah binti Barun. 6.1.2 Sejarah/ asal usul kegiatan ekonomi Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dan kelas burung. Itik kebiasaannya ialah burung akuatik, lebih kecil daripada saudaranya iaitu joyinah dan angsa, dan boleh ditemui di air tawar dan laut.Itik dipelihara untuk daging atau telurnya. Di Malaysia, negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Kebanyakan itik mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, ambifia kecil, cacing gan mulusko kecil. 6.1.3 Lokasi/ tempat kajian Kegiatan ini telah dijalankan ialah di No 118 Jalan Haji Yahya, Kg Desa Putra, Kajang Selangor.

6.1.4 Pihak yang mengusahakan/ individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan

Penternakan itik ini juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan Kg Desa Putra ini kira-kira 1 kilometer dari rumah ini. Tujuan saya memilih Puan Rosnah binti Barun ialah kerana beliau antara penternak yang telah menceburi bidang ini, yang juga dibantu oleh adiknya, Encik Johari bin Barun. Selain itu, rumahnya berdekatan dengan rumah saya, ini memudahkan saya untuk menjalankan kerja kursus ini. 6.2 Latar Belakang 6.2.1 Tujuan dijalankan Penternakan itik ini dijalankan oleh Puan Rosnah sebagai pendapatan sampingan .

Perusahan penternakan ini merupakan warisan dari ayah Puan Rosnah sendiri . Puan Rosnah menyambung perusahan penternakan ini demi memenuhi wasiat ayahnya yang ingin penternakan ini dijalankan . Itik ini juga mempunyai permintaan yang tinggi lebih- lebih lagi apabila menjelmanya raya Aidilfitri mahupun Aidiladha . Walaupun permintaannya tinggi , harga seekor itik hendaklah diseimbangkan dengan kos-kos pengendalian itik tersebut untuk mengembalikan modal yang telah ditetapkan harga bagi seekor itik dewasa bernilai antara RM30 hingga RM40 . 6.2.2Proses/ cara pelaksaan Anak itik dibeli dengan harga RM 3.00 seekor dan dibeli dengan kuantiti yang banyak untuk pembiakan yang lebih dan untuk mencari baka-baka yang baru. Setelah itu , itik-itik

tersebut akan diasingkan mengikut saiz dan jenisnya sendiri . Dalam tempoh 3 bulan telur yang dihasilkan lebih daripada 100 hingga 200 biji dan ada bahagiannya diambil untuk dibuat telur masin dan sebahagiannya dibiarkan untuk ibu mengeram. 6.2.4 Produk yang dihasilkan 1. Masakan

Itik mendapat permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi apabila menjelangnya hari raya Aidilfitri untuk dimasak dan dijadikan juadah utama kebiasaannya. 2. Telur masin Dalam masa 3 bulan , sebanyak 100 hingga 200 biji telur dihasilkan dan sebahagiannya diambil untuk membuat telur masin dan seterusnya dijual kepada pelanggan. 6.2.5 Kos pengendalian Baka yang besar , harganya boleh mencecah sehingga sehingga RM 40 ke atas dan secara tidak langsung dapat mengembalikan semula modal yang telah diambil daripada perniagaan runcit tadi. Kos daripada jualan itik dalam masa hanya sebulan boleh mencapai sehingga RM300 ke atas.

6.3 Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

6.3.1Sumber pendapatan Penternakan itik ini dapat menjadi sumber pendapatan sampingan bagi Punan Rosnah. Pendapatan Puan Rosnah di dalam pengusaha pertenakan ini boleh dianggarkan antara RM 100 hingga RM 200 sebulan.

6.3.2 Memenuhi permintaan

Telur masin yang kini jarang dijual di luar menyebabkan permintaan yang tinggi kerana susah untuk mendapatkannnya.

6.3.3 Penerusan tradisi keluarga Penternakan itik ini diteruskan oleh saudaranya yang terdekat yang kini masih lagi bersekolah . Ini menjadikan penternakan itik ini tidak akan akan ditinggalkan dek arus kemodenan yang terus maju ke hadapan. 6.4 Prospek

6.4.1Cabaran/kekangan yang dihadapi Puan Rosnah binti Barun menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah apabila tiba musim hujan . Air hujan akan memenuhi kolam-kolam itik. Masalah yang lain ialah kos makanan itik yang semakin meningkat.

6.4.2 Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta Puan Rosnah telah mempromosikan itik-itik ke penduduk setempat tentang betapa enaknya daging itik-itik tersebut jika dimasak , Ramai penduduk yang tertarik untuk mencuba sesuatu yang baru kerana mereka tidak pernah memasak daging itik ini . 6.4.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat Puan Rosnah juga menawarkan itiknya yang sudah siap dan hanya tinggal dimasak sahaja Kerja-kerja di dapur lebih mudah kerana tidak perlu bersusah payah mencabut bulunya ,dan menyianginya. Puan Rosnah sering mendapat pujian di atas kesegaran daging itik-itiknya kerana dijaga dengan rapi.

RUMUSAN
Setelah menyempurnakan kerja kursus sejarah ini, saya mendapati bahawa dengan penyelidikan dan kajian ini, saya dapat mendidik diri saya supaya menghargai dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghargai kegiatan ekonomi tradisional yang mungkin akan pupus dek arus kemodenan . Selain itu, saya dapat memupuk perasaan cinta akan Negara dalam diri saya. Hal ini demikian kerana, kajian ini menuntut saya supaya mengkaji bagaimana susah payah dan perit getir penternak-penternak untuk membangunkan perusahaannya dan untuk kemajuan Negara. Seterusnya, kajian ini juga mendidik saya supaya mengenali dan menghargai erti kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana, saya dan rakan-rakan banyak meluangkan masa bersama-sama untuk menyiapkan kajian ini pada waktu yang telah ditetapkan.

LAMPIRAN

RUJUKAN
Buku Ilmiah Nur Iman, Siri Sumber Penternakan, Pustaka Ilham Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Itik Orang Sumber Puan Rosnah binti Barun, 58 tahun, No 118 Jalan Haji Yahya, Kg Desa Putra, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Melawat Tempat Kajian No 118 Jalan Haji Yahya, Kg Desa Putra, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

ELEMEN 3

GAMBAR

Foto 1: Anak Itik

Foto 2: Telur Itik

Foto 3: Reban Itik

Foto 4: Dedak Itik

Soalan : Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia . Berikan pendapat anda . Pada pendapat saya , kegiatan penternakan itik yang dijalankan di Desa Putra merupakan salah satu punca pendapatan sejak zaman berzaman di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Hal ini kerana, kegiatan ekonomi tradisional ini mesti diteruskan dan diamalkan kerana bukan sahaja boleh menjana ekonomi keluarga tetapi juga merupakan amalan warisan tradisi dan buyasa bangsa terutamanya di kalangan orang Melayu yang tinggal di luar bandar. Ini menunjukkan salah satu identiti bangsa Melayu di Malaysia. Selain itu, kita sepatutnya bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana di negara ini mempunyai banyak sumber ekonomi dan peluang pekerjaan, sehinggakan negara kita menjadi tumpuan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi. Kita sebagai warganegara Malaysia mesti merebut peluang ini dan jangan membiarkan kekayaan negara kita dikaut oleh orang asing. Bagi menjayakan kegiatan ekonomi tradisional seperti penternakan itik ini, semangat berkerjasama dan tolong menolong amat dituntut dari pelbagai pihak. Para jiran dan penduduk tempatan boleh menolong dengan cara menjadi pelanggan atau pembeli kepada penternak itik tersebut. Pihak penternak pula sepatutnya berkerjasama dengan kerajaan dengan cara mematuhi pelbagai undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti

menjaga kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, pengusaha-pengusaha perlulah bersifat amanah dan jujur dalam menjalankan perniagaan. Pengusaha tidak perlulah menipu dengan menaikkan harga barang memuji-muji barang dagangan sendiri sedangkan tidak seperti yang diucapkan, memburukburukkan barang dagangan orang lain dan sebagainya untuk menjamin sumber pendapatannya. Ini kerana sifat jujur dan amanah juga merupakan modal utama dalam segala apa
jua urusan pekerjaan, kerana dengan memiliki sifat sedemikian akan mencapai kemajuan dan kejayaan.

Akhir sekali , kita haruslah menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara. Perniagaan bukan sahaja menjadi sumber pendapatan
membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai dalam pelbagai bidang. tetapi telah

ELEMEN 1

DIALOG Iwana : Assalamualaikum.

Pn. Rosnah : Waalaikumussalam. Iwana : Bolehkah saya ingin bertanya serba sedikit mengenai perternakan itik yang yang diusahakan oleh Pn.Rosnah binti Barun di Desa Putra. Pn. Rosnah: Boleh ,silalah. Iwana : Bagaimanakah Pn. Rosnah dapat menceburi bidang ini ?

Pn. Rosnah: Ini ialah hasil penerusan tradisi daripada ayah beliau dan ia juga menjadi hasil sampingan buat beliau dan keluarganya. Iwana : Berapakah modal yang diperlukan untuk seekor itik dewasa ?

Pn. Rosnah : Kos seekor itik dewasa boleh mencecah RM 30 ke RM 40. Iwana : Bagaimana pula dengan reaksi masyarakat setempat ?

Pn. Rosnah : Masyarakat berasa teruja kerana dapat merasa dan mencuba sesuatu yang baru. Iwana : Terima kasih kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Pn. Rosnah : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai