Anda di halaman 1dari 21

SENARAI KANDUNGAN

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tajuk kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil kajian 7. 8. 9. Maklumat Asas Latar Belakang Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat Prospek 5 7 9 11 13 15 24 Perkara Halaman i ii 1 2 3

Rumusan Lampiran Rujukan

TAJUK KAJIAN KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL DI MALAYSIA KUIH BANGKIT

PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Allah kerana limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah pada kali ini. Pertama sekali,setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada

pengetua SMK Sultanah Asma, Puan Hajah Kartini binti Zakaria kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan tugasan ini diluar kawasan sekolah. Selain itu,jutaan penghargaan saya tujukan kepada guru Sejarah saya, Puan Rozita binti Abdul Aziz yang telah banyak membantu dan membimbing saya sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursu Sejarah ini. Di samping itu,tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang tercinta,Encik Abd. Rahim bin Abdullah dan Puan Hasana binti Dali yang telah memberikan bantuan dari segi kewangan,buah fikiran dan dorongan kepada saya apabilah saya memerlukan mereka. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di kelas 3 Sultanah yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan folio ini seperti yang telah ditetapkan. Akhir sekali,saya mengucapakan terima kasih kepada kedua-dua orang sumber saya iaitu Encik Arshad bin Hassan dan Puan Naemah binti Dali yang telah memberikan kerjasama dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, tidak dapatlah saya menyempurnakan tugasan yang diberikan ini.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Kajian ini dilaksanakan bagi mendalami ilmu pengetahuan berkaitan kajian saya iaitu salah satu produk makanan tradisioanal di negara kita iaitu kuih bangkit yang berpotensi sebagai produk yang boleh mendatangkan hasil lumayan kepada penduduk tempatan.

2. Selain itu, kajian ini juga dapat memberikan pengalaman secara langsung kepada saya untuk melihat sendiri proses penghasilkan kuih bangkit. Saya dapat mengetahui dan belajar dengan lebih mendalam penghasilan proses-proses produk makanan ini.

3. Kajian ini dapat menyemai dalam hati generasi muda tentang perasaan cinta dan bangga akan negara dan serta mengiktraf produk Malaysia yang setanding dengan produk di negara lain seperti negara barat.

Kaedah Kajian
Sepanjang kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan sistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan beberapa empat kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan : 1. Kaedah temu bual Saya telah menemu bual orang sumber saya iaitu Encik Arshad bin Hassan yang telah mengusahakan produk makanan tradisional kuih bangkit ini untuk mendapatkan lebih maklumat tentang makanan tradisional ini di negara kita.

2. Kaedah lawatan dan pemerhatian Saya telah melawat tempat kajian pada 10 Mac 2013 pada pukul 11. 00 pagi di Km 5, Jalan Putra,Kuala Sungai, 05100 Alor Setar,Kedah yang hanya beberapa kilometre dari rumah kediamannya.

3. Kaedah penyelidikan perpustakaan Saya juga turut mengunjungi perpustakaan Awam Negeri Kedah di Alor Setar untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

4. Kaedah melayari internet Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaitan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .Banyak laman web telah saya layari tetapi hanya beberapa laman web saja yang mempunyai maklumat yang sah. Laman web tersebut saya muatkan dalam rujukan. Laman sesawang yang saya gunakan ialah http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bangkit.

HASIL KAJIAN
1. Maklumat Asas

a) Nama/jenis kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi tradisional yang saya kaji ialah kuih bangkit. Kajian saya meliputi bidang pekerjaan seorang pengusaha kuih bangkit di negeri Kedah iaitu Encik Arshad bin Hassan.

b) Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi Kuih bangkit merupakan kuih tradisional bagi masyarakat melayu di Malaysia. Di kawasan utara Semenanjung Malaysia terutamanya Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ianya dikenali sebagai kuih bakar. Kuih bangkit ini diperbuat daripada tepung gandum dan santan kelapa. Kuih bangkit atau kuih bakar ini sangat popular dikalangan masyarakat kampung pada masa dahulu kerana ianya dijadikan sebagai santapan ketika majlis keramaian atau perkahwinan.

c) Lokasi tempat kajian Lokasi tempat proses penghasilan kuih bangkit yang diusahakan oleh Encik Arshad bin Hassan terletak di Km 5, Jalan Putra,Kuala Sungai, 05100 Alor Setar,Kedah yang hanya beberapa kilometre dari rumah kediamannya.

d) Pihak yang Mengusahakan Kegiatan Ekonomi Tradisioanal Pihak yang mengusahakan produk makanan tradisioanal kuih bangkit ialah seorang usahawan yang dikenali sebagai Encik Arshad. Encik Arshad berumur 53 tahun. Beliau dibantu oleh isterinya iaitu Puan Naemah. Disebabkan permintaan yang terlalu banyak, beliau telah mengupah beberapa orang pekerja untuk meringankan dan mempercepatkan proses penghasilan kuih bangkit.

2. Latar Belakang

a) Tujuan dijalankan Kegiatan produk makanan tradisional kuih bangkit yang diusahakan oleh usahawan bernama Encik Arshad adalah untuk meneruskan warisan ibu mertua beliau yang juga membuat jualan kuih bangkit ini. Selain itu, tujuan beliau menubuhkan syarikat ini juga adalah untuk menambah pendapatan keluarga. Encik Arshad bin Hassan dibantu oleh isterinya, Puan Naemah binti Dali.

b) Proses/cara pelakasanaan Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih bangkit ialah tepung gadung, tepung ubi, tepung sagu, telur, gula, garam, santan sebanyak 18 karton dan sedikit serbuk penaik.Proses pelaksanaan dimulakan dengan tepung ubi dan tepung sagu di ayak bersama dengan serbuk penaik, kemudian gaulkan sehingga sebati. Masukkan santan, telur dan gula dan dipukul sehingga kembang. Masukkan tepung kedalam adunan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Terapkan dengan acuan. Bakar dengan suhu yang sederhana sehingga masak. Sejukkan 2 minit diatas dulang dan dipindahkan biskut diatas rak dawai. Biarkan biskut sejuk sepenuhnya dan disimpan dalam bekas bersih selepas sejuk.

c) Peralatan/kaedah yang digunakan Usahawan yang bernama Encik Arshad bin Hassan mengunakan kaedah moden semasa membuat kuih bangkit. Hal ini kerana kaedah moden lebih cepat, berkesan dan menjimatkan masa. Contohnya, ketuhar ,mesin kuih dan mesin adunan.

Mesin adunan

Ketuhar

Mesin kuih

d) Tempat/kawasan Proses membuat kuih bangkit yang Encik Arshad bin Hassan usahakan terletak di Km 5, Jalan Putra,Kuala Sungai, 05100 Alor Setar,Kedah yang hanya beberapa kilometre dari rumah kediamannya.

3. Sumbangan/pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

a) Sumber pendapatan Kegiatan produk makanan tradisioanal kuih bangkit yang diusahakan oleh Encik Arshad bin Hassan selama 13 tahun telah menambah sumber pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar 100 bekas sebulan. Setiap bekas beliau menjualnya dengan harga RM 13. Jadi pendapatan kasar daripada jualan kuih bangkit ini ialah sebanyak RM 1300 sebulan .

b) Penerusan tradisi keluarga Kegiatan makanan tradisional kuih bangkit yang diusahakan oleh Encik Arshad bin Hassan telah diwarisi daripada ibu mentuanya iaitu Puan Tempawan binti Husin. Beliau telah mengusahakan makanan tradisional ini sehingga sekarang. Beliau dibantu oleh isterinya, Puan Naemah bagi membantunya dalam cara-cara yang dilakukan oleh ibu isterinya dalam proses membuat kuih bangkit. Beliau juga dibantu oleh anak perempuannya, Cik Nurul Awatif bagi meruskan tradisi keluarga. Cik Nurul Awatif sentiasa menolong kedua-dua ibu bapanya dalam penghasilan kuih tradisional ini.

c) Memenuhi permintaan Encik Arshad bin Hassan juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempahan dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan kuih bangkit untuk majlis diatas ialah sekitar 500 ke 700 bekas.

d) Peluang pekerjaan Kegiatan makanan tradisional kuih bangkit ini telah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Encik Arshad memerlukan beberapa orang pekerja untuk membantunya dalam proses penghasilan kuih bangkit bagi mendapatkan kuih yang sedap dan enak dimakan oleh pelanggan. Contohnya, menyusun kuih bangkit ke dalam bekas bersih , memasukkan kuih bangkit ke dalam ketuhar, meletakkan acuan ke dalam mesin kuih dan menggaul adunan.

Memasukkan kuih bangkit ke dalam ketuhar

Menggaul adunan

Meletakkan acuan ke dalam mesin kuih

Menyusun kuih bangkit ke dalam bekas bersih.

4. Prospek

1) Cabaran/kekangan yang dihadapi Antara cabaran yang dihadapi ketika mengusakan kuih tradisional kuih bangkit ini ialah banyaknya pesaing pada masa ini. Hal ini telah menjejaskan sedikit perniagaan beliau. Di samping itu, menambah peralatan pemprosesan untuk meningkatkan pengeluaran haruslah dibeli. Keadaan ini menyebabkan penggunaan wang yang lebih banyak. Beliau juga menghadapi masalah bekalan telur itik yang tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan permintaan pelanggan akan tertangguh. Tepung sagu yang naik harga ketika musim perayaan juga menjadi salah satu cabaran yang dihadapi oleh beliau.

2) Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta Pihak kerajaan memberi bantuan kepada Encik Arshad dalam bentuk subsidi, kewangan dan sebagainya. Selain itu, Encik Arshad juga diberi kursus dan mendapat khidmat nasihat daripada MADA dan Lembaga Pertubuhan Peladang .Kursus ini telah membantu beliau meningkatkan hasil pengeluaran kuih bangkit dan dapat membantu beliau menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

3) Reaksi/penerimaan masyarakat Penerimaan masyarakat terhadap kegiatan makanan tradisional amat menggalakkan terutamanya semasa musim perayaan, kenduri kedara dan majlis kahwin. Hal ini menunjukkan makanan tradisional masih tidak dilupakan oleh masyarakat dan menjadi makanan yang penting ketika mengadakan jamuan tertentu. Selain itu, kegiatan ini juga

telah memberi peluang pekerjaaan kepada ramai penduduk di Kuala Sungai sebagai sumber pendapatan untuk menyara diri mereka dan keluarga.

4) Saranan dan harapan Encik Arshad bin Hassan berharap dapat terus mengusahakan produk makanan tradisional kuih bangkit ini agar anak-anak beliau dapat meneruskan warisan keluarga. Mereka berharap makanan tradisional kuih bangkit ini dapat diluaskan sehingga ke antarabangsa. Namun begitu perkara ini masih belum dilaksanakan kerana beliau tidak dapat menjangkakan sambutan daripada masyarakat buat masa ini.Selain itu, Encik Arshad juga berharap dapat menubuhkan kilang sendiri bagi menghasilkan produkproduknya sendiri.

Rumusan
Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada pengusaha dan juga para pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.

Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .

Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

Proses/cara pelaksanaan

Memasukkan tepung ubi,tepung sagu dan serbuk penaik dalam mesin adunan selepas diayak

Selepas siap, kuih bangkit tadi dimasukkan ke dalam ketuhar.

Menunggu untuk beberapa minit bagi adunan itu sebati

Dibiarkan sejuk untuk beberapa minit.

Selepas itu, acuan tadi diletakkan di mesin penghasilan kuih bangkit

Selepas sejuk, kuih bangkit disusun didalam bekas yang bersih.

Kuih bangkit yang siap dipaket.

RUJUKAN
1) Akhbar Kosmo! , 28 Mac 2013, halaman 26 2) Orang sumber Encik Arshad bin Hassan, 53 tahun, A-157 Taman Wira Mergong, Jalan Puyu 1, 05350, Alor Setar, Kedah. 3) Melawat tempat kajian Km 5, Jalan Putra,Kuala Sungai, 05100 Alor Setar,Kedah. 4) Internet
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Varia &pg=va_01.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bangkit http://kuihbangkit.com.my/index.php/78-kuih-bangkit/71-sejarah-kuih-bangkit

TUGASAN 2 Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada ekonomi sara diri. Sebagai contohnya, keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah secukup hidup iaitu untuk menyara keluarga sendiri. Kerajaan telah lama membantu dan mengalakkan rakyat dalam mengusahakan ekonomi tradisional. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, pengusaha akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan, kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu, pengusaha perlu berdikari dan tabah menghadapi cabaran tersebut.

Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil.

Sebagai contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka.

Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara.

Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian. Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia.

Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai