Anda di halaman 1dari 28

TEMURAMAH BERSAMA ORANG SUMBER

Saya

Pn.Nura

Saya




Pn. Nura

Saya

Pn. Nura




Saya




Pn. Nura









Saya

Pn. Nura







Saya

Pn. Nura







Saya

: Assalamualaikum puan. Selamat pagi.

: Waalaikumussalam, selamat pagi. Jemputlah duduk.

: Terima kasih puan. Boleh saya bertanya kepada puan beberapa soalan

berkenaan dengan Nura Food Industries?

: Ya silakan.

: Bilakah Nura Food Industries ini mula beroperasi?

: Nura Food Industries ini yang nama asalnya ialah Perusahaan As-Nura ini

telah mula beroperasi sejak daripada Januari 1998.

: Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengawal mutu produk-produk

yang dibuat oleh perusahaan puan?

: Bagi memastikan produk kami sentiasa bermutu tinggi, antara langkah yang

kami ambil adalah dengan menggunakan bahan yang sama jenama, santan

yang segar, menimbang ikut sukatan dan menggunakan cara pembekuan yang

teliti.

: Bagaimanakah puan meluaskan lagi rangkaian pemasaran produk puan?

: Produk-produk kami kebanyakannya dipasarkan di kedai-kedia runcit, Mydin

dan di outlet-outlet Tesco. Bukan itu sahaja, tetapi banyak lagi tempat dimana

anda boleh menjumpai produk kami ini.

: Bagaimanakah sambutan yang diterima daripada pelanggan-pelanggan puan?

: Setakat ini, semua pelanggan memberikan komen yang baik. Mereka

mengatakan yang semua produk kami mempunyai mutu dan kualiti yang

tinggi. Sambutan yang kami terima daripada pelanggan amat menggalakkan.

: Sehingga kini, apakah kemajuan yang telah tercapai dalam perusahaan puan?







Pn. Nura












Saya

Pn. Nura









Saya




Pn Nura




Saya

Pn. Nura







: Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, keuntungan yang kami dapat sentiasa

meningkat setiap tahun. Untung yang kami dapat itu dimanfaatkan untuk

mengembangkan lagi perusahaan kami dengan membeli mesin-mesin baru dan

sebagainya. Dengan adanya mesin-mesin ini, penghasilan kuih akan

bertambah banyak dan masa akan dapat dijimatkan.

: Apakah perancangan puan pada masa hadapan?

: Saya merancang untuk memperbesarkan lagi syarikat ini dan

mengembangkan lagi rangkaian pemasaran produk kami pada masa akan

datang. Saya juga mengharapkan agar suatu hari nanti kami akan dapat

menghasilkan lebih daripada 1000 kuih dalam masa sehari.

: Baiklah puan. Terima kasih kerana sudi bersama saya pada hari ini. Saya

harap agar semua hasrat puan akan tercapai dalam masa yang terdekat ini.

: Sama-sama. Saya mendoakan kamu agar bejaya dalam PMR yang akan

datang ini. Insyaallah, dengan usaha yang kuat kamu pasti akan berjaya.

: Terima kasih puan.

: Sama-sama.









BUKU
















INTERNET



























































http://www.nurafood.com.my/nurafood-web/









MAJALAH
















Bil. Isi Kandungan Halaman
1 Tajuk Kajian i
2 Senarai Kandungan ii
3 Penghargaan 1
4 Objektif Kajian 2
5 Kaedah Kajian 3
6 Hasil Kajian 4
6.1 Maklumat Asas Produk Tempatan 4
6.2 Latar Belakang 5
6.3 Kaedah/Cara Penghasilan 6
6.4 Perkembangan Produk 7
7 Rumusan 8
8 Lampiran 9
9 Rujukan 15








SENARAI KANDUNGAN







PENGHARGAAN










OBJEKTIF KAJIAN










KAEDAH KAJIAN



Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian

dalam proses untuk mendapatkan maklumat. Antaranya adalah temu ramah. Saya telah

mengadakan sesi temu ramah bersama pengurus syarikat Nura Food Industries iaitu Puan

Nura bagi mendapatkan maklumat tentang produk yang diusahakan olehnya.


Selain itu, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian dengan melawat kilang Nura

Food Industries yang terletak di Kawasan Perindustrian Sri Haneco, Semenyih. Banyak

maklumat yang diperoleh dengan kaedah ini.


Di samping itu, saya telah menggunakan kaedah pandang dengar untuk mencari

maklumat penting yang berkaitan dengan tajuk ini dengan menggunakan Internet.Kaedah ini

adalah antara kaedah yang paling cepat dan mudah untuk digunakan.


Segala fakta dan maklumat yang diperoleh akan diumpul, ditafsir dan dianalisis

terlelebih dahulu sebelum dijadikan folio sejarah yang lengkap dan sempurna.







HASIL KAJIAN

MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN


Antara produk yang dihasilkan oleh Nura Food Enterprice ialah Kuih Bakar Aneka,

Karipap dan Bahulu Aneka Rasa. Selain daripada produk-produk yang dinyatakan tadi,

banyak lagi produk berkualiti yang dihasilkan oleh Nura Food Industries.


Nura Food Industries tergolong dalam kategori industri makanan. Saya memilih untuk

mengambil industri makanan kerana di kawasan ini terdapat banyak industri-industri

makanan yang kecil.


Nama pengusaha bagi Nura Food Industries ini ialah Nura Binti Mardi. Beliau kini

berumur 50 tahun dan sudah lama terlibat dalam industri makanan ini. Beliau juga

mempunyai status hak milik penuh bagi syarikat ini.


Lokasi bagi tempat proses induk bagi industri ini adalah di Kg. Pasir Baru, 43500

Semenyih, Selangor Darul Ehsan manakala kedainya pula terletak di Jalan Sg. Lalang, 43500

Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Kedua-dua lokasi ini adalah lokasi yang stratergik untuk

perniagaan ini.







LATAR BELAKANG


Perusahaan Makanan As-Nura ataupun dikenali sebagai Nura Food Industries

merupakan syarikat milikan individu kepada Nura Binti Mardi yang membuat kuih-muih

tradisional dan aneka kerepek berasaskan tepung. Perniagaan ini mula beroperasi pada

Januari 1998 dan didaftarkan pada 23 April 2010. Perniagaan ini telah mendapat Sijil Halal

JAKIM.


Perniagaan ini pada mulanya dibuat secara kecil-kecilan kini sudah berubah menjadi

sebuah industri yang maju. Sebagai permulaaan, Puan Nura menggunakan wang sendiri

untuk memulakan perniagaan ini. Atas usahanya yang gigih, pihak RISDA dan Jabatan

Pertanian Daerah Hulu Langat telah memberikannya bantuan wang untuk

memperkembangkan industrinya. Kemudian, beliau mendapatkan pinjaman wang daripada

Agrobank untuk membeli sebuah lori bagi kegunaan menghantar pesanan.


Tujuan utama kenapa Puan Nura memulakan perniagaan ini adalah untuk mencari

rezeki bagi meneruskan hidup. Selain itu, tujuan lain industri ini diperkenalkan adalah untuk

memajukan industri makanan di negara kita ini. Penubuhan industri juga dapat memberi

perkerjaan kepada ahli-ahli PWPK, dalam usaha menambah pendapatan keluarka pekebun

kecil.


Produk-produk makanan yang dijual di Nura Food Enterprise ini mempunyai

keunikannya yang tersendiri. Contohnya, Kuih Bahulu yang dijual mempunyai pelbagai

perasa seperti oren, pandan, coklat, kismis dan bahulu asli. Produk ini dibungkus dalam kotak

yang menarik dan dijual dengan harga yang berpatutan.







KAEDAH/CARA PENGHASILAN


Bagi memastikan yang proses penghasilan kuih sentiasa berjalan dengan lancar,

bilangan pekerja yang cukup diperlukan. Kini, Nura Food Industries mempunyai 6 orang

pekerja. Kesemua 6 orang pekerja ini tekun menjalankan kerja mereka membuat kuih. Pada

musim perayaan, bilangan pekerja ditambah kepada 20 orang kerana permintaan untuk kuih-

kuih meningkat dengan mendadak.


Untuk menghasilkan kuih-kuih ini, banyak bahan yang diperlukan. Antara bahan-

bahannya ialah gula, telur, santan, air, garam, pandan, keladi, jagung dan akhir sekali, tepung

gandum. Kesemua bahan yang digunakan adalah bahan-bahan yang berkualiti bagi

memastikan produk yang dihasilkan bermutu tinggi.


Nura Food Industries mempunyai beberapa peralatan untuk membantu dalam

penghasilan kuih dan menjimatkan masa. Antara peralatan yang ada adalah seperti ketuhar

eletrik, mesin pembancuh, pemotong ubi/pisang, pemotong roti dan penggoreng. Kesemua

alatan ini digunakan dengan baik agar dapat digunakan untuk tempoh yang lama.


Terdapat beberapa proses untuk menghasilkan kuih bakar. Bagi menghasilkannya,

bahan-bahan dibahagikan kepada tiga, bahan A, bahan B dan bahan C. Bahan A iaitu gula

dan telur, Bahan B iaitu santan, air dan garam yang dicampur dan akhir sekali bahan C iaitu

pandan, keladi dan jagung. Tepung gandum dicampurkan dengan bahan A dan B dan bahan

campuran jangung atau keladi. Campuran ini dimasukkan dalam acuan dan dihiaskan dengan

taburan bijan dan dibakar.







PERKEMBANGAN PRODUK


Nura Food Industries memperkembangkan industrinya dengan cara meluaskan lagi

rangkaian pemasarannya. Rangkaian yang dipilih untuk menjual produk-produk makanan ini

adalah seperti Tesco dan Mydin. Produk keluaran Nura Food Indusrties juga turut dihantar ke

Hotel manakala Pusat Latihan Khidmat Negara dibekalkan kuih segar.


Produk-produk Nura Food Industries mendapat sambutan yang menggalakkan

daripada para pelanggan. Puan Nura banyak menerima pengiktirafan daripada pihak lain

kerana beliau banyak menghadiri kursus-kursus keusahawanan. Antaranya adalah daripada

Jabatan Kebajikan Masyarakat, RISDA, Jabatan Pertanian dan MARDI.


Banyak kemajuan yang berjaya dicapai oleh Nura Food Industries sejak dari hari

pertama perniagaan ini mula dibuka. Banyak mesin baru dibeli bagi mempermudahkan lagi

kerja membuat kuih. Dengan adanya mesin-mesin baru ini, jumlah kuih yang dapat dibuat

dalam satu tempoh masa akan meningkat. Pada masa yang sama, keuntungan juga akan

bertambah banyak.


Banyak rancangan yang telah dirancang oleh Puan Nura untuk masa hadapan. Beliau

merancang untuk memperluaskan lagi cawangan Nura Food Industries ke seluruh Malaysia.

Selain itu, Puan Nura juga merancang untuk menambahkan lagi jenis kuih-kuih yang baru

untuk dijual. Harapan beliau adalah untuk melihat industrinya ini akan berkembang dan

menjadi jenama yang ternama di Malaysia pada suatu hari nanti.







RUMUSAN



Bersyukur kepada Illahi kerana akhirnya Folio Sejarah ini dapat disiapkan juga.

Banyak cabaran yang telah saya tempuhi demi untuk menyiapkan kerja khusus ini tetapi saya

tetap tabah menghadapinya dengan tekun dan sabar. Dengan menyiapkan folio ini, saya dapat

mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk tempatan di negara kita.


Saya sedar yang sikap kerjasama dan tolong menolong amat penting dalam proses

menyiapkan folio ini. Tanpa bantuan daripada rakan-rakan, guru-guru dan kedua ibu bapa

saya, masa yang diperlukan untuk menyiapkan folio ini akan bertambah dan mengambil masa

yang lebih panjang.


Saya juga belajar tentang kepentingan untuk terus berusaha sehingga berjaya tanpa

berputus asa. Kita sebagai insan yang berbangga berbangga menjadi rakyat Malaysia haruslah

sentiasa bersama-sama berusaha membangunkan negara kita yang maju, aman dan damai ini

untuk kebaikan kita bersama.











LAMPIRAN



















































Petunjuk:

Nura food Industries




Peta kawasan kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan




































































Kad perniagaan Nura Food Industries



































































Pelan untuk ke Nura Food Industries







































































Pelan bangunan (bengkel memproses)




































PENGURUS
NURA BT. MARDI




TIMBALAN
PENGARAH
DZULKARNAIN B.
MOHD JASMI TAN



PENGURUS
PEMASARAN
MOHD JASMI TAN B.
ABDULLAH



PENGURUS
PENTADBIRAN
MASILAH BT. MOHD
MUSTAPHA




PENGURUS OPERASI
AZIZUL AIMAN B.
MOHD JASMI TAN











Carta organisasi Nura Food Industries.










































Gambar kilang memproses makanan.





























Gambar produk kuih bakar untuk dijual.







RUJUKAN



Buku


Noorshawati Binti Che Razali, 1976, Kompilasi Talam, Karangkraf Sdn. Bhd.


Majalah


Norlis Binti Salusi, (2010, Julai), Keluarga. Karangkraf Sdn. Bhd.


Orang Sumber


Nura Binti Mardi, 1962, No.28, Block B, Rumah Awam Kos Rendah, Jalan Sg Lalang, 43500

Semenyih, Selangor Darul Ehsan.


Internet


http://www.nurafood.com.my











BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA



Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan aman damai. Industri-industri di

negara ini juga maju dan sentiasa berkembang. Negara kita mempunyai banyak industri

seperti industri makanan, industri pakaian, industri kraf tangan dan industri pertukangan. Kita

sebagai rakyat Malaysia seharusnya membeli barangan buatan Malaysia.


Dengan membeli barangan buatan Malaysia, kita akan menunjukkan rasa cinta akan

bangsa dan negara . Negara kita Malaysia mempunyai penduduk yang ramai. Sekiranya

semua penduduk mempunyai sifat ini, nama negara kita akan dipandang tinggi di mata dunia.


Seterusnya, kita sepatutnya bersyukur menjadi warganegara Malayisa . Kita boleh

menunjukkan rasa syukur ini dengan cara membeli barangan buatan Malaysia. Kita patut

bersyukur kerana negara kita mempunyai banyak industri-industri tempatan.


Kita sebagai rakyat Malaysia patut menjadi rakyat yang bertanggungjawab kepada

bangsa dan negara . Tanggungjawab ini dapat dilaksanakan apabila kita menoykong dan

membeli barangan Malaysia.


Selain itu, kita akan dapat menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

negara . Dengan melibatkan diri dalam usaha ini, kita akan membantu membangunkan dan

memajukan lagi industri-industri yang ada dalam negara kita ini.


Akhir kata, kita sepatutnya membeli barangan buatan Malaysia dan bukannya

barangan yang di import dari negara lain. Bukan sahaja kita mempunyai harga yang murah,

kualitinya juga setanding dengan barang-barang lain. Tidak rugi untuk membeli barangan

buatan tanah air kita yang tercinta ini.membeli barangan buatan tanah air kita yang tercinta

ini.membeli barangan buatan tanah air kita yang tercinta ini.

Anda mungkin juga menyukai