Anda di halaman 1dari 15

KERJA KURSUS SEJARAH 21/2

Nama Penuh : No. Kad Pengenalan : Tingkatan : Nama & Alamat Sekolah :

Nur Siti Hajar Binti Morzuki. 970422-13-5114. 3 Terbilang (2012). Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Taman Matang Jaya, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

Tajuk Kerja Kursus : Nama Guru Subjek :

Produk Tempatan Makanan. Puan Jennie Yeo

Tandatangan Pelajar.

Tandatangan Pemeriksa.

SENARAI KANDUNGAN Bil.


Tajuk Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Maklumat Asas Produk Tempatan. Latar Belakang. Kaedah/Cara Penghasilan.

Muka Surat

Perkembangan Produk. Rumusan Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya, Nur Siti Hajar Binti Morzuki yang berada di tingkatan 3 Terbilang dari SMK Matang Jaya, Kuching, Sarawak ingin merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi sokongan kepada saya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Saptuyah Binti Tukimman dan Morzuki Bin Morshidi kerana telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk kajian ini. Kedua, terima kasih diucapkan kepada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu Puan Jennie Yeo yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja kursus Sejarah sehingga berakhirnya proses kajian ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan di kelas 3 Terbilang iaitu Nurul Farahana Binti Mohammad, Nasha Bennya Anak Ramsay dan Najwa Natasha Binti Ramzi dan para pekerja Mira Cake House kerana telah memberi bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini dilaksana dan disiapkan.

OBJEKTIF KAJIAN Tujuan penghasilan kerja kursus Sejarah PMR 2012 ini ialah untuk mencari, menganalisis, merekod, mencatat dan mengumpul maklumat atau fakta mengenai salah satu produk makanan tempatan di negara kita iaitu kek lapis Sarawak berpotensi sebagai produk yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk tempatan. Selain itu, saya juga dapat

mengetahui dan belajar dengan lebih mendalam proses-proses penghasilan produk makanan ini. Disamping dapat mengkaji lebih mendalam mengenai potensi produk makanan ini sebagai tarikan kepada para pelancong asing, produk makanan tempatan ini juga saya dapati untuk memastikan generasi yang akan datang tidak lupa akan asal-usul makanan tempatan ini. Yang penting, kita dapat menyemai dalam hati gererasi baru perasaan cinta serta mengiktiraf produk Malaysia yang juga setanding dengan produk di negara lain seperti negara Barat

HASIL KAJIAN Maklumat Asas Produk Makanan Tempatan. Nama produk makanan yang saya pilih ialah kek lapis iaitu dari syarikat Mira Cake House. Pengusahan Mira Cake House ini bernama Puan Maznah Sahni. Lokasi Mira Cake House yang

saya telah lawati ialah di Kiosk 15, Tebingan BGS, Kampung Gersik, 93050 yang merupakan lokasi pertama Mira Cake House di Sarawak ini.

Latar Belakang. Mira Cake House ini telah diusahakan oleh Puan Maznah Sahni pada tahun 2007 di Kiosk 15, Tebingan Bgs, Kampung Gersik, 95030. Perniagaan ini berdaftar dan memiliki lesen berdaftar. Tujuan perniagaan ini diwujudkan ialah untuk memperkenalkan kek lapis kepada seluruh dunia bahawa masyarakat Melayu Sarawak mempunyai makanan tradisi iaitu kek lapis. Kek lapis ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikkannya. Kek lapis Sarawak Mira Cake House lembut dan tidak kering dan menggunakan butter sebagai lemak. Selain itu, kek lapis mereka mempunyai pelbagai rasa dan corak unik yang memenuhi cita rasa pelanggan. Yang paling penting, Mira Cake House tidak menggunakan bahan pengawet.

Kaedah/Cara Penghasilan. Setakat ini, Mira Cake House memiliki tenaga kerja sebanyak 40 orang pekerja. Bahanbahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk makanan tempatan ini ialah seperti tepung, telur, lemak iaitu butter, susu pekat gula, bahan pewarna dan bahan perisa yang dibenarkan. Bagi senarai peralatan pula, mereka menggunakan alat pengimbang, alat pengadun kek, pengukus, alatalat pemotong, pengukusan kek dan tempat menyimpan sejuk beku untuk menyimpan stok-stok kek. Para pekerja Mira Cake House membuat kek lapis ini selama 2 jam untuk mencampur aduan dan mengukus selama 2-4 jam. Selain itu, membakar dan menapis kek lapis pula mengambil masa 40 minit dan bila kek lapis sejuk barulah siap dijual.

Perkembangan Produk.

Produk ini telah mendapat sambutan pengguna yang memberangsangkan terutamanya bila tiba hari sesuatu perayaan. Mira Cake House mempromosikan produknya menggunakan laman sosial seperti Facebook, brosur, menyiarkan iklan dalam akhbar dan juga menerima pesanan secara online. Namun begitu, pelbagai cabaran perlu dihadapi seperti saingan daripada pengusaha kek lapis yang lain. Di samping itu, Mira Cake House juga terpisah antara sungai dan darat. Oleh itu, ia akan merumitkan sesetengah pelanggan untuk berkunjung ke kedai mereka. Pengusaha Mira Cake House ketika ditemu ramah berharap agar perusahaan kek lapis Sarawak ini boleh berkembang maju keperingkat yang lebih tinggi dan terkenal pada suatu masa nanti.

KAEDAH KAJIAN Untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai salah satu produk tempatan di negara kita iaitu Kuih Lapis Sarawak, saya menggunakan kaedah temu bual dan telah menemubual salah

seorang daripada pekerja yang bekerja di Mira Cake House. Beberapa soalan telah saya ajukan kepada beliau untuk mendapatkan maklumat mengenai kuih lapis Sarawak.

Kaedah Temu Bual : Saya : Assalammualaikum. Pekerja : Waalaikummusalam. Saya : Bolehkah saya menemuramah cik untuk kajian saya? Pekerja : Sudah tentu. Saya akan memberi kerjasama jika maklumat ini dapat membantu anda. Saya : Terima kasih cik. Pekerja : Sama-sama. Saya : Soalan saya yang pertama, siapakah pengusaha Mira Cake House ini? Pekerja : Pengusahanya bernama Puan Maznah Sahni. Saya : Bilakah perusahaan ini mula dijalankan dan dimanakah lokasi pertama Mira Cake House? Pekerja : Perusahaan mula dijalankan pada tahun 2007 dan bertempat di Kiosk 15, Tebingan BGS,Kampung Gersik, 93050. Saya : Oh. Adakah perniagaan ini berdaftar dan memiliki lesen? Pekerja : Sudah tentu.

Saya : Mengapakah kek lapis Sarawak ini dijadikan pilihan perniagaan?

Pekerja : Kek lapis Sarawak merupakan tradisi masyarakat Melayu Sarawak dan kami ingin memperkenalkannya dimata antarabangsa. Saya : Begitu rupanya. Apakah keistimewaan, keunikan dan kelebihan yang dimiliki oleh produk Mira Cake House ini? Pekerja : Sudah tentunya banyak kelebihannya. Kek lapis kami lembut dan basah. Selain itu, kami menggunakan butter dan kek lapis kami mempunyai pelbagai rasa dan corak unik yang memenuhi cita rasa pelanggan. Namun begitu, kami tidak menggunakan bahan pengawet.

Saya : Wah, menarik sungguh! Berapakah jumlah kesemua pekerja Mira Cake House? Pekerja : Kami mempunyai 40 orang pekerja setakat ini. Saya : Boleh saya mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kek lapis ini? Pekerja : Mengapa tidak? Sudah tentu boleh. Bahan utamanya mestilah tepung, telur, lemak iaitu butter, susu pekat gula, bahan pewarna dan bahan perisa yang dibenarkan. Saya : Bagaimana pula dengan sambutan pengguna terhadap produk keluaran Mira Cake House? Pekerja : Sambutannya agak memberangsangkan. Saya : Adakah permintaan produk ini semakin meningkat dan penghasilan produk juga semakin meningkat kerana permintaan tersebut? Pekerja : Alhamdullilah, ya. Semakin hari, semakin meningkat penghasilan kami kerana

permintaan produk ini semakin mendapat sambutan yang mengalakan daripada orang ramai. Saya : Bilakah produk ini mendapat sambutan yang tinggi? Pekerja : Sudah pasti bila tiba hari perayaan. Saya : Bagaimanakah cara untuk mempromosikan produk kek lapis ini? Pekerja : Kami mempromosikan menggunakan Facebook, brosur, menyiarkan dalam akhbar dan mengambil pesanan secara online.

Saya : Apakah cabaran yang perlu dihadapi dalam menjayakan produk ini? Pekerja : Cabaran yang perlu dihadapi adalah seperti saingan daripada pengusaha kek lapis yang lain. Disamping itu, kedai kami juga terpisah antara sungai dan darat. Oleh itu, ia akan merumitkan sesetengah pelanggan untuk berkunjung ke kedai kami. Saya : Adakah pengusaha Mira Cake House pernah menerima sebarang teguran atau aduan daripada pengguna? Pekerja : Setakat ini, Alhamdullilah, belum ada lagi.

Saya : Adakah anda berasa kemungkinan perusahaan ini berpotensi untuk berkembang ke peringkat yang lebih tinggi? Pekerja : Semestinya, ya. Saya berharap agar perusahaan kek lapis Sarawak ini boleh berkembang maju ke peringkat yang lebih tinggi dan terkenal pada suatu masa nanti. Saya : Insya-Allah. Apakah kek lapis yang paling popular keluaran Mira Cake House? Pekerja : Kek lapis yang popular pada masa ini ialah kek lapis Awan Nano. Saya : Soalan terakhir, pada jam berapakah perusahaan Mira Cake House beroperasi? Pekerja : Perusahaan Mira Cake House beroperasi dari jam 9.00 pagi hinga 12.00 tengah malam manakala di cawangan Jalan Haji Taha, kami mula beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Saya : Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan memberi kerjasama kepada saya untuk melakukan kerja kursus ini. Moga dengan adanya maklumat ini, saya harap saya dapat melakukan kerja kursus ini dengan sempurnanya. Selain itu, saya berharap perusahaan Mira Cake House semakin maju ke peringkat dunia. Pekerja : Sama-sama juga ingin saya ucapkan kerana sudi menjadikan Mira Cake House sebagai kajian buat anda. Amin. Saya : Saya mengundur diri dulu. Terima kasih sekali lagi. Assalammualaikum. Pekerja : Sama-sama kembali. Waalaikummusalam. RUMUSAN Setelah bertungkus lumus sekian lamanya, akhirnya kajian ini dapat saya siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Banyak yang dapat saya pelajari dari kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, saya amat berbangga menjadi sebahagian penduduk Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan agama tinggal bersama dan hidup dalam aman damai. Peranan

produk makanan tempatan ini sangat penting bagi memastikan generasi akan datang tidak lupa asal-usul mereka. Hal ini juga bersangkut-paut dengan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah kek lapis Sarawak serta dapat menanam rasa cinta dan bangga dengan identiti negeri Bumi Kenyalang ini. Seterusnya saya juga menyedari bahawa mengekalkan potensi kek lapis Sarawak sebagai produk yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk tempatan merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Selain itu, produk makanan tempatan ini juga berpotensi sebagai daya tarikan para pelancong asing untuk melancong ke negeri Sarawak. Sepatutnya kita bersyukur dan memanfaatkan segala peluang yang disediakan sebaik mungkin dan membentuk generasi yang sentiasa berusaha untuk membangunkan bangsa dan negara.

LAMPIRAN TEMU RAMAH Saya telah menemu ramah dengan seorang responden iaitu pekerja Mira Cake House. Responden ini merupakan pekerja yang telah lama bekerja di Mira Cake House ini. Saya menemu ramah Beliau untuk mengetahui serba sedikit tentang latar belakang kek lapis Sarawak dari segi tarikh

penubuhan dan pandangan tentang potensi kek lapis Sarawak sebagai produk tempatan yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk Sarawak.

RUJUKAN Variasi Kek Lapis Sarawak oleh Noraini Zakaria. sumber iaitu pekerja Mira Cake House. Orang Majalah

sesawang Mira Cake House. akhbar yang berkaitan.

Laman

Keratan

SENARAI SUMBER SEJARAH

Bil.

Sumber Tajuk : Majalah. Judul : Variasi Kek Lapis. Penerbit : Alaf 21.

Catatan

Penulis : Noraini Zakaria. Tajuk : Pemerhatian/Lawatan. Tarikh : 20. Mac. 2012.

Lokasi : Kiosk 15, tebingan BGS, Kampung Gersik. Tajuk : Laman Sesawang. Alamat : http://www.google.com/search Tajuk : Lain-lain. Keratan khabar yang berkaitan. Brosur.

Belilah Barangan Malaysia Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat

kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan. Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara. Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.