Anda di halaman 1dari 7

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia

Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.

Berjimat-cermat Amalan Mulia

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau
menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara
yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum
membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu
barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu
merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang
yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka
sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan
diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai
contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini
dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah
kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan
rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka
sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa
menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas
digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi
budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa
pelbagai masalah
Latihan 7 - Langkah-langkah Memupuk Amalan Berjimat cermat dalam Kalangan Masyarakat
Tajuk 7
Amalan berjimat-cermat mendatangkan pelbagai manfaat. Huraikan langkah-langkah untuk
memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada
cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun
kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih
lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan
dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah
yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh
bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula
penyelesaian harus diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa, tak
ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang
berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen
berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya
sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan membazir dan
tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah
menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan
dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru
supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah
bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa
padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut
rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat
menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan
sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen
berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan
masalah kenaikan harga barangan.

Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang
berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu, kita tetap melihat dan
kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat
melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara
Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap
masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan
badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan
tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa.
Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna
Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi
untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan
dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan
keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan

sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniagapeniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan
hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada
falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih
baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hakhak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan
efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh
diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada
kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut
yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi
ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas
terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh
kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan
yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari
semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan
tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan
seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi
peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan
atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini
tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa
membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak
bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu,
persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan
terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada
menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga
menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan
prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum
bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada
di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang
mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan
pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang
tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada
seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui
kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang
durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan
kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan.

Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri
rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana
benar dalam memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan
di negara ini.

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan
masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan
dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah
tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada
menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.Oleh itu,semua
anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung
masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang
keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin.
Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.Kombinasi ampuh pihak
kehakiman dan seterusnya sidang intelektual sekalian.Assalamualaikum dan salam
sejahtera.Tampilnya saya pada pagi yang mulia ini untuk menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk 'Berjimat Cermat Amalan Mulia'.
Warga dewan yang harmoni,
Kita sebagai manusia memang patutlah untuk berjimat-cermat.Kita berjimat-cermat adalah untuk
kebaikan dan kesejahteraan kita.Berjimat-cermat bukan sahaja dengan wang, malah boleh
menjimatkan tenaga air dan tenaga elektrik.Tidak mustahil kerana kita pasti membazir wang, air dan
tenaga elektrik yang digunakan.Sepatutnya kita harus menggunakannya dengan sebaik-baik mungkin
demi menjalani kehidupan dengan lebih teratur.
Sekarang, mari kita bincang tentang cara-cara bagaimana untuk berjimat-cermat.Pertama cara-cara
menjimatkan wang.Setiap orang mempunyai wang masing-masing untuk keperluan seharian.Namun,
mereka tidak tahu untuk menggunakan wang masing-masing.Wang itu kita gunakan hanyalah untuk
membeli keperluan sesuatu yang tidak cukup atau yang kita inginkan.Malah, ramai yang
menggunakan wang itu habis-habisan semata-mata untuk berhibur di pusat hiburan.Misalnya,
mereka pergi ke cyber cafe, pusat membeli-belah mahupun untuk berhibur di disko.Bukankah itu
membazir?
Seterusnya, cara-cara menjimatkan air.Langkah-langkah ini sangat mudah dan senang diikut, tetapi
rami yang tidak mengendahkan langkah-langkah ini.Jika kita menggosok gigi, pastikan pili air ditutup
sementara sedang menggosok gigi.Ini akan menyebabkan kita membazir air dan sentiasa membayar
bil dengan mengeluarkan wang yang banyak.Tidak perlulah kita mandi dengan masa yang lama
semasa di dalam bilik air.Kurangkan menyiram pokok bunga di halaman rumah tetapi untuk sekalisekala sahaja.Dan akhiur sekali, cara-cara menjimatkan tenaga elektrik.Sebelum kita keluar rumah,
pastikan semua suis kipas, lampu, pendingin hawa, seterika dan sebagainya di dalam rumah yang
telah kita gunakan.Ini dapat membantu untuk menjimatkan tenaga elektrik untuk masa lain.
Sidang intelektual sekalian,

Jika kita berjimat-cermat, kita akan dapat menjalani kehidupan dengan baik dan teratur.Selain itu, ini
dapat membantu kita supaya tidak mengeluarkan kos mebayar bil-bil yang banyak.Kesimpulannya,
jelaslah bahawa berjimat-cermat merupakan satu amalan mulia dan banyak faedahnya.Oleh itu,
berjimat-cermatlah dari sekarang demi kesejahteraan hidup kita kelak.
Sekian, terima kasih.
AMALAN BERJIMAT CERMAT DAN MENABUNG
Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya
oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat
kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah
ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya
perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia
mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah
mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan
masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung
sebelum hujan.
...Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan
perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan
keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan
seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang
selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih
gemilang.
............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk
kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang
yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap
tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang
bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.
...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan
bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut
keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan
kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami
masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum
terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak
dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan

masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok,
namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar
amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat
umur.
aedah Berjimat Cermat
Kebanyakan daripada kita telah disarankan agar berjimat cermat sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat
cermat sama ada dalam perbelanjaan seharian, ketika menggunakan air dan elektrik, dan
sebagainya. Berjimat membawa maksud berhemat atau berhati-hati ketika menggunakan sesuatu.
Sebenarnya, konsep jimat tidak hanya berkaitan dengan wang. Jimat merangkumi aspek masa dan
tenaga. Misalnya, untuk menjimatkan masa dan tenaga, kita memilih untuk berbasikal ke sekolah.
Contoh lain ialah kita menelefon kawan lebih dahulu untuk memastikan dia ada di rumah apabila
kita berkunjung ke rumahnya.
Tujuan berjimat adalah supaya kita tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia. Misalnya,kita
perlu berjimat menggunakan wang. Caranya, adalah dengan membeli barangan yang perlu saja. Hal
ini untuk mengelakkan kita membazirkan wang begitu saja. Berjimat ketika berbelanja membolehkan
kita menyimpan wang. Wang tersebut dapat digunakan pada saat-saat kecemasan. Malah, sesebuah
keluarga dapat merancang masa depan anak-anak mereka dalam pelajaran dengan mengamalkan
tabiat berjimat cermat dari awal. Selain itu, sikap berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada
tabiat suka berhutang.
Amalan berjimat juga dapat menjadikan kita lebih berdisiplin dalam melakukan sesuatu.
Orang yang berjimat dalam menggunakan masa, tidak akan membiarkan diri mereka lalai tanpa
membuat sesuatu yang berfaedah. Peribahasa masa itu emas akan menjadi pendorong kepada
golongan ini agar menggunakan masa dengan sebaik-baik mungkin. Bagi pelajar, mereka perlu
mengisi masa terluang dengan mengulang kaji pelajaran.
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat bukanlah sesuatu yang mustahiluntuk dilakukan.
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah membuat perancangan sebelum memulakan sesuatu.
Dalam hal ini, kita perlu menanamkan dalam minda bahawa amalan berjimat cermat pasti akan
membawa kebaikan kepada diri sendiri.
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedah daripada amalan berjimat-cermat antaranya ialah membolehkan kita menabung.
Oleh itu, kita mestilah berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian, ketika menggunakan
kemudahan seperti air, elektrik, dan telefon dan sebagainya. Dengan cara ini, wang itu boleh kita
simpan bagi tujuan yang lebih berfaedah pada masa hadapan.
Selain itu, orang yang berjimat-cermat tidak akan membeli sesuatu tanpa perancangan teliti. Mereka
menyelidiki dahulu sebelum membeli sesuatu barang supaya pembelian mereka itu berbaloi dengan
wang yang telah mereka keluarkan. Pembelian yang tidak cermat boleh menyebabkan kita terbeli
sesuatu yang membawa kerugian dan penyesalan.

Berjimat-cermat juga menggelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang
yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka
sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan
diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermaksud kita menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Elakkan daripada
menangguh-nangguh sesuatu tugas dan sebagai pelajar, buatlah jadual harian agar kita dapat
mengisi masa dengan sebaik-baiknya seperti mengulang kaji pelajaran dan sebagainya.
Di samping itu amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka
sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan seperti sentiasa menutup kembali
kipas selepas digunakan.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan amalan berjimat-cermat sebagai
budaya kita. Oleh itu, yakinlah bahawa amalan ini pasti akan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai