Anda di halaman 1dari 3

SAMPEL KARANGAN 2

BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA


ulaskan pernyataan tersebut

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita


yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu,
peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak
boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap,
negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin
rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir
masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang
dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga
barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu,
masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus
diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa,tak
ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.
Persoalannya, mengapakan Berjimat Cermat Amalan Mulia?

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada


jalan penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya
mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara
istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya
sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze,
kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah
kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan
amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam
kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat
sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat
mengukur baju di badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak
nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah
yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut
hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus
mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti
sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam
usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jikalau usaha seperti ini tidak
dilakukan sudah pasti masyarakat akan menghadapi masalah kewangan
terutama untuk mengharungi keadaan inflasi serta peningkatan kos sara
hidup sekarang. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara
berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan
masalah kenaikan harga barangan.

1
“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan
sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga
barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana
pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat
pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata
mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang
menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk
mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan badan bukan
kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan
harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang
patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong
peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau
FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung
obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan
untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang
dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan
barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan
sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan
tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak
bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan
ukhuwahibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga
berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur
sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan,
tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna
daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan
tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah


yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah
adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di
negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi
mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada
manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat
pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak
yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan
daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah
memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara
mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk
memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak
bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah
melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk
menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang
secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan
peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan

2
atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah
agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh
itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab
dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan


menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah
membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa
curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada
menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk
menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan
prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana
yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan
masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang
mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh,
menindas golongan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian,
media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan
menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata
masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan
mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada
dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku
kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada
pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat
dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media
elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu
kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam
memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga
barangan di negara ini.

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi


bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng
tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar
umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah
tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa
Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak
datang melayang. Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung
semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah
tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana
Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi
menjadi angan-angan Mat Jenin

Anda mungkin juga menyukai