Anda di halaman 1dari 4

CONTOH KARANGAN SPM: Cara-cara Menangani Kenaikan Harga Barang.

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah
bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut
bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik
kemajuan yang sedang dikecapi, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang
inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di
bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang
dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus ewan
!disi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang
disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. "leh itu, masalah ini tidak boleh
dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai
masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada
lurah yang tak dapat dituruni.
Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan
penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil
inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten
ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Memetik kata#kata a$imat %oot$e, kehidupan memba$ir dan tamak haloba mendorong
manusia ke arah kebinasaan.
%antaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat
cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat
Malaysia. &indakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja
mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah
bersikap membesarkan kerak nasi. 'ara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu
akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut
nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. &ambahan pula, pihak kerajaan juga
harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaaan khalayak seperti
sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha
menyebarluaskan kempen tersebut. (elaslah bahawa penganjuran kempen berhemat
secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkai
masalah kenaikan harga barangan.
)(ika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang
kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. *amun
begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu
tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka.
+egitulah gambaran implikasi daripada kata#kata mutiara ,le-ander .raham +ell,
seorang ahli sains dan matematik +arat yang menunjukkan bahawa setiap masalah
pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea,
tindakan agensi bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna
daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah
konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa. "rganisasi atau agensi yang
menyokong peranan kerajaan ini seperti .abungan /ersatuan /engguna Malaysia atau
0"M', dan /ersatuan /engguna /ulau /inang atau ',/, telah mendukung obligasi
untuk melindungi hak para pengguna. /ihak#pihak ini berperanan untuk menerima
sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah
masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput
tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya 0"M', dan
',/ haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan
pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga#peniaga yang
licik dan tidak bertanggungjawab. "rganisasi#organisasi ini haruslah menjalinkan
hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga
berpegang pada falsafah 'onfusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal
tetapi mimpi kita lain#lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita
tetap sama. eduksinya, melindungi hak#hak pengguna daripada kenaikan harga
barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan
kerajaan atau *.".
&okoh psikologi +arat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh
diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata#kata ini
memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata
kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif.
+ertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat
pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang
menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak
berwajib. /egawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting
untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis#premis perniagaan dari
semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan
juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk
menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang#undang secara
serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana#
mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di
pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak
berulang ibarat pisang berbuah dua kali. "leh itu, usaha pihak berkuasa yang
sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang
tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di
pasaran.
%ampu ,laddin tidak akan bersinar sendiri, tetapi ,laddin akan menggosoknya terlebih
dahulu, persis ungkapan kata ,le- "sborn telah membuktikan bahawa kejayaan
semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh#sungguh
kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. 1akikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk
menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa
bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia
maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih
kurang meluas dan berada di takuk yang lama. "leh itu, tidak hairanlah sekiranya
segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat
menangguk di air keruh, menindas gologan pengguna yang tidak berdosa. "leh hal
yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan
menerapkan pengetahuan berkaitan hak#hak pengguna kepada seluruh strata
masyarakat. engan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui
kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para
peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna
akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya
hak#hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak
dan media elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh
ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam
memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan
di negara ini.
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh,
segenap lapisan masyarakat mesti bersama#sama menggembleng tenaga untuk
mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia
yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan
lampu ajaib ,laddin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak
datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. "leh itu,semua anggota komuniti
haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung
masalah tersebut. "leh itu, Wawasan 2323 yang dicetuskan oleh mantan /erdana
Menteri kita yang keempat, &un Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-
angan Mat Jenin.

Anda mungkin juga menyukai