Anda di halaman 1dari 8

PEMABAHAS PERT AMA ( KERAJAAN )

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat sejahtera dan selamat petang

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan


Pegawai-pegawai Persidangan
Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat Pembangkang

Selaku Perdana Menteri, izinkan saya membentangkan usul Peningkatan kos sara
hidup melahirkan budaya berhemah. Saya percaya bahawa selepas perbahasan
sidang dewan yang mulia ini, usul ini bakal diluluskan.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Kos sara hidup bermaksud pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh
seseorang atau sesebuah keluarga untuk memenuhi keperluan asas. Melahirkan
pula bermaksud mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dan lain- lain,manakala
budaya pula membawa maksud suatu cara hidup yang terdapat pada sekelompok
manusia, yang berkembang dan diwariskan secara turun-temurun dari generasi ke
generasi berikutnya berhemah pula didifinisikan sebagai berbudi pekerti yang mulia.
Pendek kata, usul kerajaan kali ini secara mudah bererti bahawa. Peningkatan kos
sara hidup melahirkan budaya berhemah

Saya, ___________________________________________ telah menjelaskan


definisi konsep usul persidangan sebentar tadi. Pihak kerajaan akan tampil dengan
hujah-hujah sekukuh Gunung Everest yang teramat sukar digugat oleh pihak
pembangkang. Seribu langkah bermula dengan satu langkah. Strategi kerajaan yang
pertama bakal dimulai dengan hujah utama Perdana Menteri. Menteri Kedua, Yang
Berhormat Dato’ Seri _________________________________________ akan
meneguhkan kes kerajaan dengan menolak definisi Yang Berhormat Ketua
Pembangkang yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu kebaikan, sebaliknya
mengukuhkan definisi usul kerajaan. Beliau seterusnya akan membidas hujah Ketua
Pembangkang, dan kemudian menampilkan dua hujah bagi memperteguh kes
kerajaan. Saya tidak nafikan bahawa pembangkang kedua akan menolak dan
menyembunyikan kebenaran kes kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifat
gelas separuh kosong itu mudah diruntuhkan, dan kes pembangkang berantakan
dan punah ranah bagaikan puing-puing debu yang dibawa taufan Nargis oleh Yang
Berhormat Menteri Ketiga. Dalam sesi penggulungan, kerajaan akan memastikan
hujah pembangkang hancur luluh sama sekali, manakala kebenaran usul kerajaan
mendapat sokongan padu sidang dewan yang mulia.

Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Hujah utama kerajaan ialah membentuk amalan berjimat. .


Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau
penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Pada hari ini, negara kita menghadapi
krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang rakyat tentu sekali akan
menjadi lebih berhemah dalam berbelanja. Bagi mengatasi senario ini, maka sikap
berjimat cermat tentu sekali diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan
bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari.
"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian". Begitulah kata-kata pujangga nenek moyang yang mengajar kita
betapa signifikannya sifat berjimat cermat dalam kamus kehidupan seseorang.
Wang belanja harian boleh ditabung. Ini menyebabakan mereka akan
berjimat . Menjaga buku, pensel, pewarna, dan barang-barang yang digunakan
adalah sebahagian daripada contoh sikap berjimat cermat yang boleh ditanamkan
dalam sanubari kanak-kanak kerana kanak-kanak umpama kain putih, ibu bapa
yang mencorakkannya

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Masyarakat madani yang serba sejahtera bertunjangkan jati diri. Sebab itu, saya
ingin menegaskan buat kesekian kalinya bahawa peningkatan kos sara hidup
menyebabakan perbelanjaan berhemah.
Saya, Perdana Menteri Malaysia mohon mengusulkan.
PEMBAHAS KEDUA (KERAJAAN )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan,
rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan
seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda
oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “ kenaikan kos sara hidup tidak
membentuk budaya berhemah”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda
semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “kenaikan kos sara
hidup membentuk budaya berhemah ”.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang


dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang
mengatakan bahawa kenaikan kos sara hidup tidak membentuk budaya berhemah .

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya,kenaikan kos sara hidup membuatkan masyarakat lebih terdidik dengan


amalan –amalan murni iaitu mereka akan berbelanja dengan bijaksana.

Kesedaran yang wujud dalam kalangan masyarakat dalam hal berjimat cermat,
ketika berlakunya kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia yang mempunyai
kesedaran untuk berbelanja secara berhemah. Sebaliknya, ketika ekonomi
melonjak, orang ramai lebih berminat mengatur agenda perbelanjaan dari satu pasar
raya ke pasar raya yang lain. Membeli belah dan berjoli menjadi lambang
kemewahan hidup. Namun apabila berlakunya kenaikan kos sara hidup.masyarakat
akan berbelanja secara berjimat cermat dan teratur serta berhemah.

Tuan Yang Dipertua,

Hujah saya yang pertama ialah mengekang inflasi. Sikap rakyat yang suka berjimat
cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan apabila
permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran
barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. Oleh itu,
amalan berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang
sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang
belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang.
“Kempen Beli Barangan Malaysia”. Langkah ini amat mustahak untuk memulihkan
masalah inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan asas
yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import. Walhal, harga
barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos pengangkutan lebih
murah. Contoh, rakyat kita biasanya makan buah-buahan dan sayur-mayur
tempatan yang lebih segar dan berkhasiat daripada barangan import. Seperti
peribahasa, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Jika semua rakyat
dapat bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan
bersemangat patriotik, kempen tersebut berupaya meningkatkan peniagaan dalam
negara. Senarionya, petani, peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana
kita turut memperoleh manfaatnya. Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan
negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang
asing. Inflasi turut diredakan.

Tuan Yang Dipertua,

Hujah saya yang kedua ialah kemampuan pengguna mengadaptasi gaya hidup
mereka dengan perubahan kos sara hidup semasa. Hasil pengamatan saya dan
perbualan lisan dengan rakan-rakan mendapati kita boleh membina budaya
mampan dalam mengimbangi gaya hidup dengan kos sara hidup semasa.
Masyarakat kita jangan terlalu bergantung kepada peranan kerajaan menyelesaikan
isu-isu semasa sekalipun yang sepatutnya mereka sendiri mengambil langkah
proaktif bagi menanganinya.

Samalah juga dalam kes atau usaha membanteras penyalahgunaan dadah. Maka,
jika dalam menangani isu kos sara hidup ini rakyat juga perlu tampil mengambil
langkah-langkah positif atau proaktif, masalah ini akan terus menghantui kerajaan.

Bagi Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi, rakyat wajib dari
sekarang membina budaya kepenggunaan. Rakyat perlu didedahkan kepada betapa
pentingnya: (i) mempertingkatkan pengetahuan mengenai kepenggunaan, (ii)
gerakan kepenggunaan yang boleh membantu atau bersama kerajaan mengajak
rakyat membina budaya berbelanja secara berhemat, atau berperanan sebagai
watchdog kepada kerajaan dalam memantau kenaikan harga barang. Malah mereka
ini juga boleh berperanan sebagai golongan pendesak, bagi kerajaan mengawal
harga sesuatu barang atau perkhidmatan yang ada kepentingan rakyat.

Pada hemat saya, jika kita hendak menjadikan negara ini makmur seperti New
Zealand, rakyat wajib berganding bahu dengan kerajaan bagi memupuk dan
membentuk budaya kepenggunaan.
Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus
dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara
majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.


PEMBAHAS KETIGA ( KERAJAAN )

Manuel Nueur gah di hadapan gawang,


Hebat menepis jutaaan sepakan,
Usah gentar pihak pembangkang;
Bedilan afidavit beta lancarkan.

Sekalung apresiasi buat Tuan Yang Di-Pertua Dewan, angkatan delegasi kehakiman
yang bermahkotakan keadilan, barisan pembangkang yang dihormati tetapi tidak
sekali-kali kami geruni, seterusnya pejuang-pejuang delegasi kerajaan intelektif,
serta kulawangsa dewan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t serta salam
persidangan.

Sudah terang lagi bersuluh, "peningkatan kos sara hidup membenuk budaya
berhemah". Maka, kami kami selaku angkatan delegasi kerajaan tetap utuh, seia
dan sekata menyokong, menegakkan serta mempertahankan usul yang menjadi
tajuk perdebatan kita pada hari ini. Kami akan tetap berdiri teguh dan tidak akan
sesekali berganjak walau sebesar zarah sekalipun daripada pendirian kami iaitu
kenaikan kos sara hidup membentuk budaya berhemah.

Sebelum kaki menongkah arus gelombang perbahasan yang lebih mendalam serta
menampilkan bukti-bukti baru, molek kiranya saya ranapkan hujah pihak
pembangkang yang telah diutarakan sebentar tadi. Yang Berhormat Ketua
Pembangkang Sebentar tadi telah mengatakan bahawa
USUL PERTAMA PIHAK PEMBANGKAN
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Seterusnya, Yang Berhormat pembangkang kedua telah mengutarakan dua usul


iaitu
USUL PERTAMA PEMBANGKANG KEDUA

USUL KEDUA PEMBANGKAN KEDUA


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Tuan Yang-Dipertua,
Setelah menjalankan bedah siasat secara imperedikal, nampak gayanya pihak
pembangkang langsung tidak memahami usul yang kami kemukakan. Mereka juga
langsung tidak memahami konsep peningkatan kos sara hidup membentuk budaya
berhemah'. Ini jelas menunjukkan bahawa barisan pembangkang terpesong jauh
daripada landasan perdebatan. Segala afidavit yang telah kami lancarkan terus
memuncak meranapkan jentera pertahanan pasukan pembangkang. Kedudukan
sekarang ini Kerajaan 8, Pembangkang 0.

Segala persoalan demi persoalan kami lemparkan, satupun tidak terjawab. Detik
demi detik telah berlalu, segala bukti yang kami inginkan juga tidak menemui
jawapan daripada mereka. Sebaliknya, hujah mereka yang menemui ajal setelah
kami ranapkan. Begitu cepat dan pantas mereka mengalah. Gawang pasukan
pembangkang yang kononnya utuh telah berjaya kami tembusi dengan wasilah
hujah dan bukti yang sahih, releva, holistik, komprehensif serta kukuh dan teguh.

Sidang perwakilan sekalian,


Apabila kos sara hidup meningkat, Orang ramai membeli barangan buatan
tempatan
masyarakat membeli barangan keluaran tempatan di samping mengurangkan
belanja serta melancong ke luar negara ketika ringgit mengalami
kejatuhan. Sebagai pengguna dan rakyat yang mencintai negara, eloklah kita
membeli barangan tempatan dan berjimatlah dalam perbelanjaan sebagai usaha
mengurangkan pengaliran keluar mata wang ringgit.
Ini adalah sebab, jika kita tidak bersedia, kita pasti akan terkial-kial dan terkapai-
kapai untuk mencari jalan memulihkan semula kegawatan tersebut.
Biarlah kita buktikan bahawa kita tidak akur dengan arus yang sonsang ini iaitu
ketika membeli barangan dengan mengambil sikap sesat di hujung jalan, balik ke
pangkal jalan untuk mengatasi kemelut yang melanda negara kita.

Tuan Yang Di-Pertua,


Simptom kepincangan indikator pihak pembangkang seterusnya, kami dapati
bahawa mereka juga tidak jelas dengan indikator kedua kami menyebabkan mereka
terumbang-ambing di laman sendiri.

Sidang perwakilan sekalian,


Kesimpulannya, kita hendaklah berjimat cermat dan janganlah boros iaitu
mengamalkan sikap cicir dipungut, hilang dicari. Sikap boros akan menyebabkan
wujudnya jelmaan sifat buruk yang merugikan bukan sahaja diri sendiri dan
keluarga, bahkan negara.
Kita hendaklah membuang sikap gali lubang, tutup lubang dan sikap besar periuk,
besarlah keraknya kerana kedua-dua sikap ini hanya merugikan diri sendiri. Hidup
ini bagai putaran roda, adakalanya kita di atas. adakalanya kita di bawah,
adakalanya pasang dan adakalanya surut.
- Sesungguhnya, peribahasa "cermat masa banyak. jimat masa sedikit" dapat
dijadikan penawar yang paling mujarab untuk melegakan segala konflik yang
dihadapi.

Tuan Yang Di-Pertua,


Panjang lebar hujah pihak pembangkan tetapi pada hakikat isinya kosong. Ibarat
besar sesendal daripda gelegar. Satu demi satu tembok pertahanan mereka telah
kami ranapkan.

Ahli-ahli dewan sekalian,


Indikator telah kami utarakan, bukti telah kami tampilkan. Sekali lagi ingin saya
tegaskan bahawa kami di delegasi kerajaan seia dan sekata akan tetap berdiri teguh
dengan pendirian pasukan kami iaitu "kenaikan kos sara hidup membentuk budaya
berhemah".

Sekian, adiwangsa kerajaan mohon terus menyokong.

Anda mungkin juga menyukai