Anda di halaman 1dari 13

Amalan Berjimat-cermat Mendatangkan Pelbagai Manfaat Kepada Sesebuah Negara

Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini. Sebenarnya berjimat-cermat merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara.Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahilah negara akan terdedah kepada krisis ekonomi,maka mundurlah ekonomi negara tersebut. Dalam konteks ini, semua individu dalam sebuah negara memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimatcermat.Terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada amalan itu.

Amalan berjimat-cermat membolehkan individu merancang masa depan mereka. Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habiskerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akan berlakupada masa hadapan.

Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat terutamanya dalam aspek kewangan kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukitdan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Hal ini akan dapat membantu mereka membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu merancang perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia emas kelak. Kebanyakan warga emas menghadapi masalah kerana mereka gagal merancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak seperti pepatah sudah terhantuk baru tengadah. Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapa akan memerlukan kos yang banyak.Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan, mereka tidak menghadapi apa-apa masalah, sebaliknya jika ibu bapa tidak mempunyai wang simpanan, mereka akan tertekan dengan kemelut kewangan sekali gus akan mengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.

Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat-cermat ini dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang bahagia kerana tidak mengalami sebarang tekanan kewangan kerana mempunyai wang simpanan mereka sendiri.

Malang tidak berbau. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.Sejajar dengan itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga. Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu mengemis di meratarata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan.

Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh pesakit terutamanya apabila melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan beratus-ratus ribu ringgit. Kos rawatan yang terlalu tinggi ini tentulah membebankan pesakit tersebut. Sebagai contoh apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti kanser, rawatan pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu ringgit. Kegagalan pesakit menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir dengan kematian.

Kemudian rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa pesakit. Salah satu faedah berjimat-cermat ialah ekonomi negara dapat distabilkan. Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau dimajukan. Komitmen seseorang amatlah diharapkan bagi membangunkan ekonomi Negara. Seseorang itu dapat berjimat cermat dengan cara membeli barangan buatan tempatan atau melancong dalam negara mereka sendiri. Apabila seseorang itu membeli barangan buatan tempatan, hal ini akan mengelakkan pengaliran wang keluar wang dan menggalakkan wang beredar dalam negara. Jika kita membeli barangan buatan tempatan dan bukannya barangan import, wang yang kita bayar atau belanjakan itu akan diterima oleh pengeluar tempatan dan wang tersebut boleh mengalirdalam negara. Sebagai contoh : Maka pendapatan yang ada, negara

akan dapat membiayai pelbagai projek yang mendatangkan keuntungan, lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi. Negara juga tidaklah perlu memuat pinjaman kewangan dari Bank Dunia justeru, maruah negara dapat diselamatkan. Oleh yang demikian itu, kegiatan ekonomi tempatan dapat dihidupkan secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih mampan.Seseorang individu atau masyarakat turut dapat membantu kestabilan ekonomi negara dengan mengamalkan pelancongan domestik. Mereka digalakkan melancong dalam negara mereka sendiri seperti peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri Apabila hal ini berlaku, maka secara tidak langsung mereka telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi. Ekonomi negara akan menjadi lebih teguh dan mantap. Wang yang dibelanjakan akan diterima oleh pengusaha tempatan dan hal ini bermakna wang itu seterusnya akan beredar dalam kalangan rakyat tempatan.

Oleh itu, jelaslah bahawa sikap berjimat-cermat merupakan salah satu punca yang menyumbang ke arah kekukuhan ekonomi negara. Sejajar dengan itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan yang terpuji itu. Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengamalkan tabiat suka berjimat-cermat,sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak sama juga seperti peribahasa bapa borek anak rintik. Antara langkah permulaan yang boleh dilakukan ialah menggalakkan anak-anak membawa bekal makanan ke sekolah.Dalam hal ini, anak-anak mereka bukan sahaja ditanam minat suka menabung dan berjimat-cermat tetapi juga membawa bekalan makanan seimbang yang disediakan oleh ibu dari segi khasiatnya malah terjamin kebersihannya. Tidak timbul lagi masalah keracunan makanan yang sering dihadapi oleh pelajar seandainya mereka makan makanan di kantin sekolah atau yang dibeli di luar. Sebagai contoh sebenarnya, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan untuk membeli barang keperluan yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun buku-buku rujukan.Hal ini, sebagai serampang dua mata, selain berjimat-cermat, pada masa yang sama dapat merasai air tangan ibu dan boleh mengeratkan kasih sayang ibu dan anak. Kesimpulannya, membawa bekalan makanan dari rumah ini perlu dijadikan satu budaya yang patut diamalkan oleh setiap pelajar.

Salah satu langkah untuk menggalakkan sikap berjimat-cermat, kerajaan perlu menyeru rakyat agar membuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak. Pelaburan pendidikan ini amat berguna kerana para ibu bapa dapat mempersiapkan diri awal-awal lagi untuk membiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan dengan masalah kewangan ketika sampai masanya anakanak memasuki institusi pendidikan. Janganlah nanti anak-anak terpaksa mengalah untuk tidak menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan. Para ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membuat simpanan dalam skim pelaburan pendidikan. Sebagai Contoh Pada hari ini, banyak syarikat insuran, umpamanya Malaysian National Insurance (MNI), Malayan Alliance Assurance (MAA), Insuran Takaful dan Takaful Nasional serta bank-bank perdagangan lain yang menawarkan pelan pendidikan untuk meringankan beban ibu bapa bagi menampung pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan. Amalan ini sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan.

Konklusinya, amalan berjimat-cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai.Sesungguhnya, amalan berjimat-cermat dapat meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang melanda negara. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan warga negara yang bijak dan berhemah dalam mengurus ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.Maka, sekiranya kita sayang akan keluarga dan negara daripada dibebani kebejatan ekonomi,kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan budaya berjimat-cermat. Akhir kalam, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke

tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Amalan berjimat cermat dan menabung.

Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita. Seperti pepatah , malang tidak berbau, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehariharian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, Sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang. Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkahlangkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanamkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang

lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bankbank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang. Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin. Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena. Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Peranan Institusi Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial Pernyataan keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebabsebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing. Ibu bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri daripada kerjaya. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung mendampakkan kesan negatif terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak. Selain itu, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anakanak di rumah, oleh hal yang demikian, mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting. Di samping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka keranabapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakinah turut merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara. Intinya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anakanak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian mantan Perdana Menteri kita iaitu Pak Lah untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gusmenjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia. Para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja. Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain. Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.

Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anakanak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini. Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja. Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka. Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anakanaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Peranan Institusi Keluarga dalam Mengurangkan Gejala Sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranap kan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial. Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anakanak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna . Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga. Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anakanak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu

bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit. Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka. Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan.

PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lainlain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang. Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kami amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka

bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif. Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga. Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan Keluargaku, syurgaku, dan Semakin hari semakin sayang patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

Anda mungkin juga menyukai