Anda di halaman 1dari 8

Contoh Merangka Karangan SPM

Tajuk : Amalan Berjimat-cermat Mendatangkan Pelbagai Manfaat Kepada Sesebuah Negara.


Huraikan Kepentingan-Kepentingan dan Langkah-Langkah Amalan Berjimat-cermat.
Pendahuluan:

Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini.
Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat-cermat? Sebenarnya berjimat-cermat
merupakan istilah keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan
negara.Tanpa amalan tersebut maka tidak mustahilah negara akan terdedah kepada
krisis ekonomi,maka mundurlah ekonomi negara tersebut. Dalam konteks ini, semua
individu dalam sebuah negara memainkan peranan penting dalam mengamalkan
amalan berjimat-cermat.Terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada amalan itu.
Isi 1: Persediaan dan Jaminan Masa Hadapan.
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?
Amalan berjimat-cermat membolehkan individu merancang masa depan mereka.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habiskerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akan
berlakupada masa hadapan.
Bagaimanakah amalan ini perlu dilakukan?
Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat
terutamanya dalam aspek kewangan kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi
bukitdan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Hal ini akan dapat
membantu mereka membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkan
pelajaran ke menara gading. Masyarakat terutamanya generasi muda perlu merancang
perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan masalah apabila menempuh usia

emas kelak. Kebanyakan warga emas menghadapi masalah kerana mereka gagal
merancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak seperti
pepatah sudah terhantuk baru tengadah.
Contoh
Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapa akan
memerlukan kos yang banyak.Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan, mereka
tidak menghadapi apa-apa masalah, sebaliknya jika ibu bapa tidak mempunyai wang
simpanan, mereka akan tertekan dengan kemelut kewangan sekali gus akan
mengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.
Rumusan isi
Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkan bantuan
daripada pihak kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh hal
yang demikian, amalan berjimat-cermat ini dapat melahirkan masyarakat yang harmoni
dan keluarga yang bahagia kerana tidak mengalami sebarang tekanan kewangan
kerana mempunyai wang simpanan mereka sendiri.
Isi 2 : Persediaan Menghadapi Waktu Kecemasan.
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?.
Malang tidak berbau. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia.
Tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa
akan datang.Sejajar dengan itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat
sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan
merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri,
ibu bapa atau kaum keluarga.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu mengemis di
merata-rata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat

ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan jika berlaku sesuatu
kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan.
Bagaimanakah amalan ini penting kepada seseorang?
Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh
pesakit terutamanya apabila melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang
memerlukan perbelanjaan beratus-ratus ribu ringgit. Kos rawatan yang terlalu tinggi ini
tentulah membebankan pesakit tersebut.
Contoh.
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti
kanser, rawatan pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu
ringgit. Kegagalan pesakit menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh
menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir
dengan kematian.
Rumusan isi.
Rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai
satu persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat
menyelamatkan nyawa pesakit.
Isi 3 : Kestabilan Ekonomi Negara.
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?
Salah satu faedah berjimat-cermat ialah ekonomi negara dapat distabilkan.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau
dimajukan. Komitmen seseorang amatlah diharapkan bagi membangunkan ekonomi
Negara.

Bagaimanakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?


Seseorang itu dapat berjimat cermat dengan cara membeli barangan buatan tempatan
atau melancong dalam negara mereka sendiri. Apabila seseorang itu membeli
barangan buatan tempatan, hal ini akan mengelakkan pengaliran wang keluar wang
dan menggalakkan wang beredar dalam negara. Jika kita membeli barangan buatan
tempatan dan bukannya barangan import, wang yang kita bayar atau belanjakan itu
akan diterima oleh pengeluar tempatan dan wang tersebut boleh mengalirdalam
negara.
Contoh
Maka pendapatan yang ada, negara akan dapat membiayai pelbagai projek yang
mendatangkan keuntungan, lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi. Negara juga
tidaklah perlu memuat pinjaman kewangan dari Bank Dunia justeru, maruah negara
dapat diselamatkan. Oleh yang demikian itu, kegiatan ekonomi tempatan dapat
dihidupkan secara lebih aktif dan efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih
mampan.Seseorang individu atau masyarakat turut dapat membantu kestabilan
ekonomi negara dengan mengamalkan pelancongan domestik. Mereka digalakkan
melancong dalam negara mereka sendiri seperti peribahasa hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri Apabila hal ini berlaku,
maka secara tidak langsung mereka telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan
ekonomi. Ekonomi negara akan menjadi lebih teguh dan mantap. Wang yang
dibelanjakan akan diterima oleh pengusaha tempatan dan hal ini bermakna wang itu
seterusnya akan beredar dalam kalangan rakyat tempatan.
Rumusan isi
Oleh itu, jelaslah bahawa sikap berjimat-cermat merupakan salah satu punca yang
menyumbang ke arah kekukuhan ekonomi negara. Sejajar dengan itu, marilah kita
bersama-sama mengamalkan amalan yang terpuji itu.
Langkah-Langkah Amalan Berjimat-cermat

Isi 4: Peranan ibu bapa


Apakah peranan ibu bapa untuk memupuk amalan berjimat -cermat.?
Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengamalkan
tabiat suka berjimat-cermat,sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut bagaimana
acuan begitulah kuihnya.
Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan sikap berhemah ketika berbelanja?
Ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan
contoh yang baik kepada anak-anak sama juga seperti peribahasa bapa borek anak
rintik.
Bagaimanakah ibu bapa boleh memupuk amalan berjimat-cermat?
Antara langkah permulaan yang boleh dilakukan ialah menggalakkan anak-anak
membawa bekal makanan ke sekolah.Dalam hal ini, anak-anak mereka bukan sahaja
ditanam minat suka menabung dan berjimat-cermat tetapi juga membawa bekalan
makanan seimbang yang disediakan oleh ibu dari segi khasiatnya malah terjamin
kebersihannya. Tidak timbul lagi masalah keracunan makanan yang sering dihadapi
oleh pelajar seandainya mereka makan makanan di kantin sekolah atau yang dibeli di
luar.
Contoh
Sebenarnya, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan
untuk membeli barang keperluan yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun
buku-buku rujukan.Hal ini, sebagai serampang dua mata, selain berjimat-cermat, pada
masa yang sama dapat merasai air tangan ibu dan boleh mengeratkan kasih sayang
ibu dan anak.
Rumusan isi.

Kesimpulannya, membawa bekalan makanan dari rumah ini perlu dijadikan satu budaya
yang patut diamalkan oleh setiap pelajar.
Isi 5: Peranan kerajaan dan rakyat
Apakah peranan kerajaan dan rakyat dalam usaha menggalakkan sikap berjimatcermat?
Salah satu langkah untuk menggalakkan sikap berjimat-cermat, kerajaan perlu menyeru
rakyat agar membuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak.
Mengapakah pelaburan pendidikan ini amat berguna kepada ibu bapa dan anak-anak?
Pelaburan pendidikan ini amat berguna kerana para ibu bapa dapat mempersiapkan diri
awal-awal lagi untuk membiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan
dengan masalah kewangan ketika sampai masanya anak-anak memasuki institusi
pendidikan. Janganlah nanti anak-anak terpaksa mengalah untuk tidak menyambung
pelajaran disebabkan masalah kewangan.
Bagaimanakah caranya ibu bapa boleh melabur dalam skim pelaburan pendidikan?
Para ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk
membuat simpanan dalam skim pelaburan pendidikan.
Contoh
Pada hari ini, banyak syarikat insuran, umpamanya Malaysian National Insurance (MNI),
Malayan Alliance Assurance (MAA), Insuran Takaful dan Takaful Nasional serta bankbank perdagangan lain yang menawarkan pelan pendidikan untuk meringankan beban
ibu bapa bagi menampung pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan.
Amalan ini sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung
sebelum hujan.
Rumusan isi.

Sesungguhnya, kita tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata kerana


kita perlu berusaha sendiri untuk menempa kejayaan anak-anak. Pelaburan awal ini
dapat menjamin penerusan kegemilangan generasi cemerlang.
Isi 6: Peranan golongan wanita
Apakah peranan golongan wanita dalam amalan berjimat-cermat?
Kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam
mencorak perbelanjaan keluarga.
Mengapakah wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi?
Bagi golongan wanita yang celik ekonomi,mereka akan sentiasa peka dan mengambil
berat tentang wang yang dibelanjakan.
Bagaimanakah golongan wanita boleh menstabilkan ekonomi rumahtangga?
Oleh itu, untuk memastikan ekonomi dalam rumahtangga mereka sentiasa stabil, wanita
yang bergelar suri rumah harus bertindak dengan bijaksana serta teliti ketika
berbelanja. Suri rumah perlu mengikis sikap terburu-buru semasa membuat pilihan
kerana hal ini akan merugikan diri.
Contoh
Sebagai contoh, mungkin mereka terpaksa membeli barangan yang tidak perlu atau
tidak berkualiti hanya kerana tertarik dengan iklan-iklan jualan murah yang indah
khabar daripada rupa. Selain itu, sekiranya mereka ada masa terluang, suri rumah ini
juga boleh menyahut seruan kerajaan agar berjimat-cermat melalui penanaman sayursayuran atau memelihara ayam itik di belakang rumah. Kebaikannya memang ketara
iaitu di samping dapat menghidangkan sayur-sayuran yang segar untuk keluarga,
mereka juga dapat membantu suami mengurangkan perbelanjaan rumahtangga. Pada
masa yang sama, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan agar membeli barangan
buatan tempatan perlu dimanfaatkan oleh golongan wanita. Jika selama ini mereka
terlalu taksub dengan barang-barang buatan luar negara yang kononnya berkualiti

tinggi,kini mereka boleh beralih arah dengan barang-barang buatan tempatan yang
tidak kurang hebatnya. Selain murah, barang-barang ini juga mempunyai kualiti yang
lebih baik.
Rumusan isi
Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga dapat membantu menjana
ekonomi negara.
Penutup
Konklusinya, amalan berjimat-cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat
agar hasrat murni kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan
tercapai.Sesungguhnya, amalan berjimat-cermat dapat meloloskan diri daripada
belenggu inflasi yang melanda negara. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan
warga negara yang bijak dan berhemah dalam mengurus ekonomi keluarga,masyarakat
dan negara.Maka, sekiranya kita sayang akan keluarga dan negara daripada dibebani
kebejatan ekonomi,kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan budaya
berjimat-cermat. Akhir kalam, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakitsakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Anda mungkin juga menyukai