Anda di halaman 1dari 1

NAMA : Khairuneza Nur Alia Bt. Mohamad Kasim NO.

IC : 950218-13-5346 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERJIMAT CERMAT

Sediakan payung sebelum hujan, itulah peribahasa yang sesuai untuk mengingatkan masyarakat agar mengamalkan sikap berjimat cermat dalam apa jua keadaan. Pada umumnya, amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah. Hal ini demikian kerana rata-rata daripada mereka memegang prinsip biar papa asal bergaya tetapi tidak mengukur baju di badan sendiri yang akhirnya memakan diri sehingga hutang keliling pinggang. Oleh hal yang demikian, adalah wajar bagi pihak-pihak tertentu menjalankan pelbagai kaedah bagi mengingatkan masyarakat yang sentiasa alpa agar menghayati amalan berjimat cermat. Pada hakikatnya, anak-anak membesar bersama-sama ibu dan bapa. Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menanamkan amalan berjimat cermat sejak kecil. Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak-anak menabung sebagai langkah awal dalam menanam sikap berjimat cermat dalam jiwa mereka. Ibu bapa perlu memberitahu faedah-faedah dan sebab-sebab menabung kepada anak-anak agar minat menabung itu datang dengan sendirinya dalam jiwa mereka dan bukannya kerana terpaksa. Selain keluarga, sekolah merupakan tempat penyemai budaya berjimat cermat yang penting. Sebagai sebuah institusi penyebar ilmu, sekolah juga memainkan peranan untuk menyuburkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dan salah satunya ialah amalan berjimat cermat. Di sinilah para guru memainkan peranan untuk menyedarkan para pelajar agar menyimpan sebahagian duit belanja ke dalam bank untuk membiayai kos pelajaran mereka kelak. Justeru, apabila para pelajar telah terdidik dengan sikap berjimat cermat sejak di bangku sekolah, sudah pastilah nilai positif ini akan dibawa bersama apabila mereka dewasa nanti. Amalan berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh semua agama di dunia. Dalam hal ini, pihak kerajaan perlu memperbanyak kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang amalan berjimat cermat. Sebagai contoh, Kempen Membeli Barangan Tempatan merupakan salah satu kempen ke arah amalan positif ini. Sebagai rakyat Malaysia, sewajarnya kita menyokong industri tempatan. Begitu juga pada setiap kali musim perayaan, menjadi peranan pihak kerajaan untuk mengingatkan masyarakat agar berhemah semasa berbelanja. Tindakan ini perlu untuk mengelakkan masyarakat berhutang sehingga terpaksa meminjam daripada institusi kewangan berlesen ataupun yang lebih teruk meminjam daripada along. Kesimpulannya, masyarakat wajar berjimat cermat dan meninggalkan sikap boros ketika berbelanja. Kita hendaklah meninggalkan tabiat besar periuk, besarlah keraknya kerana sikap ini hanya akan merugikan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai