Anda di halaman 1dari 2

Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan

masyarakat moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan
kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang yang cukup pasti akan
menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yang kais pagi makan pagi kais petang
makan petang. Lantaran itu, ada berbagai tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap
menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat.

Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen
kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai
tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang,
faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka,
kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu
kesedaran dalam naluri masyarakat kami terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran
sejati itu.

Selain itu, ibubapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan
memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak
mereka bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam bank yang akan meninggalkan
kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan
dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang suka menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan
terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan
ibu bapa yang mampu mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu.

Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang menarik dan
memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanan sebegini
mampu menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk membuat simpanan ketika usia
mereka masih muda kerana menyedari simpanan itu akan membawa pulangan yang lumayan kelak.
Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi sedikit keistimewaan yang memberikan faedah
tambahan seperti pemberian perlindungan insuran selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya.
Jelaslah, pihak bank turut mempunyai peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan
merangka pakej simpanan yang mampu menarik minat masyarakat.

Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan mewujudkan Kelab
Menabung di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah mempunyai banyak pelajar yang
mampu untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan untuk menjadi satu jumlah
yang besar lalu boleh dilaburkan oleh pihak sekolah dalam pakej kewangan yang membawa keuntungan
pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan
asas kepada simpanan secara sedikit demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu
memberi kefahaman kepada pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di
sekolah.

Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap suka
menyimpan dalam diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak terutama pihak
sekolah dan ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana remaja menghabiskan masa
mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk sudah pasti negara kita akan mempunyai
satu aset simpanan wang yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun.
Sememangnya menyimpan wang itu satu amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi
bukit.

Anda mungkin juga menyukai