Anda di halaman 1dari 1

Nama Fong Sze Kay Kelas S1C3 (13) tarikh 22/9

Amalan menabung ialah satu amalan yang baik kerana amalan ini adalah untuk
persediaan masa hadapan seperti kata peribahasa sediakan paying sebelum hujan.Setiap orang
perlu mengamalkan amalan ini terutamanya remaja. Sesungguhnya, terdapat pelbagai
langkah yang boleh dilakukan untuk mengalakkan remaja mengamalkan amalan menabung.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengalakkan amalan menabung di


kalangan anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini demikian kerana ibu bapa ialah orang yang
paling rapat dengan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa boleh menyediakan tabung untuk anak-
anak serta mendidik anak-anak menyimpan lebihan wang belanja ke dalam tabung. Dengan
ini, anak-anak dapat membiasakan diri mereka dengan amalan menabung.

Selain itu, pihak bank mewujudkan pakej-pakej simpanan yang menarik kerana pakej-
pakej ini dapat menarik minat remaja untuk membuat simpanan ketika usia mereka masih
muda. Oleh itu, pihak bank boleh menawarkan faedah tambahan yang tinggi kadarnya
kepada orang yang membuat simpanan melalui pakej yang telah ditawarkan ini. Melalui
pakej ini, remaja akan lebih berminat untuk menyimpan wang di dalam bank.

Seterusnya, pihak sekolah boleh mewujudkan kelab menabung untuk mengalakkan


murid-murid menabung. Kelab ini dapat membantu murid untuk menyimpan wang simpanan
mereka. Oleh itu, pihak sekolah boleh membuka akaun simpanan setiap bulan kepada murid
yang ingin menyimpan wang. Dengan ini, murid-murid dapat mengetahui pentingnya amalan
menabung walaupun dalam jumlah yang kecil kerana lama-lama akan menjadi banyak seperti
kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Kesimpulannya, semua langkah yang dijelaskan itu adalah untuk mengalakkan remaja
mengamalkan amalan menabung.  Jika remaja mengamalkan amalan menabung,remaja  dapat
menjimatkan wang untuk masa depan mereka seperti kata peribahasa sediakan payung
sebelum hujan.

Anda mungkin juga menyukai