Anda di halaman 1dari 2

DSKP 3.4.

5 (ms 150-151)
Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.

DOMAIN PENDIDIKAN

Tidak dinafikan bahawa wang merupakan medium yang sangat penting dalam
kehidupan harian kita. Namun demikian, kesilapan ketika mengurus wang akan
mengundang padah kepada diri, terutama remaja. Golongan remaja seharusnya bijak
ketika mengurus kewangan mereka untuk kesenangan pada kemudian hari. Aktiviti
menyimpan wang bukan sahaja dilakukan dalam bentuk simpanan wang ringgit
semata-mata malahan boleh juga dalam bentuk pelaburan jangka panjang seperti
saham amanah dan hartanah.

Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa,


Bil 3/ 2017

SOALAN

Petikan rencana di atas menyatakan bentuk-bentuk simpanan yang boleh dilakukan


bagi menguruskan kewangan dengan baik terutamanya kepada remaja kerana dapat
memberikan kesenangan pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, banyak
langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan remaja menabung. Ulas
pernyataan ini.

Tema:Menabung
KKS:Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan remaja
mengamalkan amalan menabung.

Jawapan:

Amalan menabung ialah amalan yang sangat penting kepada kita.Bak kata,
“sediakan payung sebelum hujan”, menabung dapat digunakan sebagai persediaan
masa hadapan.Setiap individu sememangnya mengamalkan amalan yang baik ini
terutamanya remaja.Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan
untuk menggalakkan remaja mengamalkan amalan menabung?

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan remaja mengamalkan


amalan menabung ialah peranan ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa ialah
orang yang paling rapat terhadap remaja. Ibu bapa perlu menjadi teladan remaja-
remaja. Ibu bapa dapat menyediakan tabung untuk anak-anak sejak kecil.Selain itu,
ibu bapa dapat mendidik anak-anak menyimpan lebihan wang belanja. Dengan ini,
anak-anak akan dapat membiasakan diri mereka dengan amalan ini. Tegasnya, ibu
bapa patut bertanggungjawab untuk memupuk amalan menabung anak-anak.

Seterusnya, pihak bank juga dapat bekerjasama untuk menggalakkan remaja


mengamalkan amalan menabung. Hal ini demikian, bank adalah tempat menabung
yang utama untuk rakyat termasuklah remaja. Bank mesti mencari jalan untuk
menggalakkan remaja untuk menabung di dalam bank. Salah satu jalan adalah
menyediakan hadiah untuk sesiapa yang menabung di dalam bank. Bank boleh
memberi minat yang sedikit lebih tinggi untuk remaja yang menabung di dalam bank.
Melalui ini, bank dapat menarik lebih banyak remaja untuk menabung di dalam bank.
Oleh itu, bank juga peranan yang sangat penting untuk menggalakkan amalan
menabung remaja.

Di samping itu, guru perlu mengajar ilmu untuk menabung kepada remaja. Hal ini
demikian kerana remaja dapat mengenali cara untuk menabung dan manfaat
menabung. Guru dapat menerangkan manfaat seperti menabung untuk kesenangan
kemudian hari atau situasi kecemasan. Wang yang ditabung memang boleh membantu
sesiapa yang menabung. Dengan mengenali cara dan manfaat menabung, remaja
dapat beraktif dalam menjaga sikap ini yang baik dan berfaedah.Oleh sebab itu, guru
boleh mengajar ilmu pengetahuan untuk menabung kepada remaja.

Kesimpulannya, seseorang dapat menjaga dan memupuk amalan menabung yang


baik dan mulia ini. Jika kemalangan berlaku di masa depan, seseorang dapat beruang.
Semua pihak termasuklah remaja dapat mementingkan amalan menabung yang
membawa banyak faedah kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai