Anda di halaman 1dari 2

Nama: Choi Kai Rou Kelas: S1C3 Nombor : 08

DSKP 3.4.5 (ms 150-151)


Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.

DOMAIN PENDIDIKAN

Tidak dinafikan bahawa wang merupakan medium yang sangat penting dalam
kehidupan harian kita. Namun demikian, kesilapan ketika mengurus wang akan
mengundang padah kepada diri, terutama remaja. Golongan remaja seharusnya bijak
ketika mengurus kewangan mereka untuk kesenangan pada kemudian hari. Aktiviti
menyimpan wang bukan sahaja dilakukan dalam bentuk simpanan wang ringgit
semata-mata malahan boleh juga dalam bentuk pelaburan jangka panjang seperti
saham amanah dan hartanah.

Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa,


Bil 3/ 2017

SOALAN

Petikan rencana di atas menyatakan bentuk-bentuk simpanan yang boleh dilakukan


bagi menguruskan kewangan dengan baik terutamanya kepada remaja kerana dapat
memberikan kesenangan pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, banyak
langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan remaja menabung. Ulas
pernyataan ini.

Tema: Amalan menabung


KKS:Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan remaja
mengamalkan amalan menabung.
Langkah-mengapakah- Tindakan - Hasil Tindakan- Ayat AP

Amalan menabung merupakan satu amalan yang amat penting dalam


kehidupan kita. Bak kata pepatah: “ Sediakan payung sebelum hujan” , amalan ini
dapat memberikan kesenangan dan sebagai persediaan masa hadapan . Oleh itu, setiap
individu seharusnya mengamalkan amalan ini terutamanya remaja. Sememangnya,
terdapat pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menggalakkan remaja mengamalkan
remaja menabung.
Antara langkah untuk menggalakkan remaja mengamalkan amalan menabuy
ialah ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini demikian kerana, ibu
bapa merupakan orang yang paling repat dengan anak-anak mereka yang
sememangnya menjadi teladan anak-anak. Ibu bapa haruslah menyediakan tabung
untuk anak-anak. Bak kata pepatah : “ Melentuh biarlah dari rebungnya” , ibu bapa
juga haruslah mendidik anak-anak menyimpan lebihan wang belanja sejak kecil-kecil
lagi. Dengan ini, anak-anak dapat membiasakan diri mereka dengan amalan ini.
Selain itu, langkah juga merupakan pihak bank haruslah mewujudkan pakej-
pakej simpanan yang menarik untuk menggalakkan remaja menabung. Hal ini dapat
menarik ramai remaja untuk membuat simpanan ketika usia mereka masih muda
.Oleh itu, pihak bank boleh memberikan dividen atau faedah tambahan yang tinggi
kadarnya kepada remaja yang menabung dengan pakej yang ditawarkan. Kesannya,
remaja akan lebih berminat untuk membuat simpanan di bank.
Di samping itu, pihak sekolah boleh mewujudkan kelab menabung kepada
murid di sekolah. Kelab ini dapat membantu murid untuk menyimpan wang dengan
mudah. Oleh itu, pihak sekolah bolehlah membuka akaun simpanan setiap bulan
kepada murid yang ingin membuat simpanannya. Dengan in, murid akan dapat
kesadaran betapa pentingnya amalan menabung , walaupun dengan jumlah yang
sedikit lama-lama akan menjadi banyak seperti peribahasa sedikit-sedikit ,lama-lama
jadi bukit.
Kesimpulannya, terdapat kebanyakan langkah untuk memupuk amalan
menabung dalam kalangan remaja. Amalan ini dapat mendatangkan pelbagai
kebaikan. Contohnya, wang simpanan boleh digunakan semasa kecemasan dan boleh
digunakan untuk menanggung kos-kos pendidikan masa hadapan. Oleh itu, semua
pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan amalan
menabung dalam kalangan remaja.

(289 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai