Anda di halaman 1dari 3

Cara – cara menguruskan kewangan dengan bijak

Mendapatkan wang seperi mengorek tanah menggunakan jarum manakala berbelanja wang
ibarat mencurah air ke dalam tanah. Mutiara kata ini menggambarkan keperitan yang
ditanggung oleh seseorang itu untuk mendapatkan wang manakala membelanjakan wang
yang diperolehi boleh dilakukan dengan singkat dan mudah. Memetik kata – kata Yang Amat
Berhormat (Y.A.B) Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia ada
menyatakan bahawa pengurusan wang yang baik menjadi tunjang kepada kestabilan ekonomi
negara. Sejak kebelakangan ini, sejenak masyarakat boros membelanjakan wang dengan
mengutamakan kehendak daripada keperluan. Rentetan senario itu, taraf hidup masyarakat
akan menurun dan kemiskinan akan menjadi duri dalam daging dan seterusnya menjejaskan
kesejahteraan hidup. Orang tua – tua seringkali berpesan bahawa sehari selembar benang
lama – lama jadi kain. Begitu juga dengan wang ringgit, apabila dikumpul dengan konsisten
dan istiqamah wang tersebut akan menjadi banyak dan cukup untuk menampung kos
kehidupan pada masa yang akan datang. Persoalannya di sini, apakah cara – cara yang
pragmatik, efektif dan proaktif untuk menguruskan wang dengan bijak? Tepuk dada, tanya
selera.

Bagi membuka tirai perbincangan, membuka akaun simpanan bank merupakan inisiatif
yang bernas bagi menguruskan wang dengan bijak. Akaun simpanan bank ialah akaun yang
membenarkan pengeluaran dan penyimpanan wang ringgit dengan cara yang mudah. Oleh
itu, remaja boleh menyimpan semua wang simpanan yang dimiliki di saluran yang betul.
Apabila wang disimpin di akaun bank, penggunaan wang ringgit yang tidak terkawal dapat
dielakkan. Sebelum wang simpanan dikeluarkan, sudah tentu baki wang yang diperoleh akan
ditunjukkan menerusi akaun bank. Sekiranya remaja dapat melihat baki wang yang
dimilikinya, remaja akan lebih berhati – hati untuk membelanjakan wang kerana semakin
bertambah penggunaan wang, semakin berkurang jumlah penyata yang ditunjukkan dan ini
akan menimbulkan perasaan resah sekiranya jumlah simpanan wang ini semakin berkurang.
Akaun simpanan bank juga dapat membuka mata remaja untuk mengumpul wang dengan
istiqamah kerana sikit – sikit, lama – lama jadi bukit. Tambahan pula, remaja dapat
menganggar pembahagian wang untuk perbelanjaan ataupun kepentingan peribadi. Sudah
terang lagi bersuluh, membuka akaun bank merupakan salah satu inisiatif yang seyogia
dilaksanakan oleh seseorang remaja untuk menguruskan wang dengan bijak.

Indikator seterusnya, cara – cara menguruskan wang dengan bijak adalah dengan merubah
corak perbelanjaan harian pengguna dan merancang perbelanjaan demi masa depan yang
baik. Perancangan kewangan yang baik dan pengurusan kewangan yang sistematik akan
membantu remaja berbelanja mengikut keperluan dan tidak membebankan. Sehubungan
dengan hal itu, remaja seyogia menetapkan sasaran dalam menentukan belanjawan bagi
mengelakkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. Remaja perlu sentiasa menyediakan senarai
barangan keperluan sebelum keluar untuk berbelanja bagi mengelakkan remaja membeli
barangan yang tidak diperlukan. Remaja perlu mendisiplinkan diri dengan mematuhi setiap
perancangan yang telah ditetapkan sebelum berbelanja. Oleh hal yang demikian, pembaziran
wang dapat dielakkan sepanjang membelanjakan wang. Landasan berfikir mengenai
pengurusan wang dapat memberi impak dominan kepada realiti kehidupan yang lebih
terancang. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai jika takut
berhadapan dengan penderitaan masalah kewangan rancanglah perbelanjaan dengan baik.
Jelaslah bahawa, merubah corak perbelanjaan dan merancang perbelanjaan merupakan
langkah yang signifikan bagi menguruskan wang dengan bijak.

Di samping itu, menggalakkan kegiatan amalan menabung merupakan cara yang efektif
bagi menguruskan wang dengan bijak. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja sayugia
membiasakan diri dengan menjadikan amalan menabung sebagai budaya utama dalam hidup
kerana amalan menabung merupakan amalan yang mulia untuk terus dikekalkan secara
istiqamah dalam menerajui realiti kehidupan. Salah satu tips yang boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian remaja ialah jangan mudah untuk terpengaruh dengan iklan mewah yang
dipaparkan oleh media massa dan melatih diri agar membeli barang mengikut keperluan
sahaja dan tidak berbelanja mengikut hawa nafsu. Sehubungan dengan itu, wang tabungan
yang dikumpul dapat menjadi bekalan untuk melanjutkan pembelajaran ke menera gading
pada masa yang akan datang. Amalan menabung ini dapat memberikan sinar kejayaan
sekiranya amalan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan kemajuan era
globalisasi yang penuh dengan pancaroba yang seluas samudera. Tidak dapat dinafikan lagi,
amalan menabung memberikan impak yang signifikan dalam menguruskan wang dengan
bijak.

Indikator selanjutnya ialah mendapatkan ilmu pendidikan kewangan merupakan cara bagi
menguruskan wang dengan bijak. Pendidikan kewangan bukanlah suatu subjek ditawarkan di
sekolah tetapi ianya merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan diamalkan. Remaja
boleh mempelajari tentang pengendalian kewangan dari blog, laman sesawang, buku-buku,
dan rakan-rakan atau keluarga yang lebih arif. Lebih banyak Remaja pelajari, lebih banyak
akan anda ketahui tentang topik kewangan. Melalui ilmu yang diperoleh daripada pendidikan
kewangan remaja akan lebih berhati – hati membelanjakan wang kerana air yang digenggam,
tiada tiris. Remaja akan menyedari bertapa pentingnya pengurusan wang dengan bijak kerana
hampir semua aktiviti yang dilakukan memerlukan pengeluaran wang. kebijaksanaan dalam
membahgikan wang dapat menentukan kesejahteraan hidup seseorang itu. Pendidikan
kewangan dapat memberi sedkit sebanyak idea yang bernas bagi membahagikan duit dengan
kadar yang betul. Oleh itu, pengetahuan ini dapat meningkatkan kemahiran remaja mengatur
strategi menguruskan wang ringgit dengaan penuh beridisiplin. Terbuktilah, cara untuk
menguruskan wang dengan bijak adalah dengan mendapatkan ilmu Pendidikan Kewangan
dengan gigih.
Bagi melabuhkan lagi tirai perbincangan, mendapatkan nasihat daripada Pakar Kewangan
merupakan prakarsa yang proaktif dalam menguruskan wang dengan bijak. Pakar kewangan
ini merupakan institusi yang sudah bulat dengan pengurusan wang dan penyelesaian konflik
yang timbul berkaitan masalah kewangan. Oleh itu dengan mendapatkan nasihat daripada
pakar kewangan, remaja dapat meluaskan horizon pemikiran untuk membelanjakan wang
kadar yang dengan betul. Pakar kewangan selalunya akan menunjukkan demonstrasi bagi
menyimpan wang dan membahagikan wang untuk kepentingan – kepentingan utama.
Penerangan ini dapat meningkatkan kefahaman yang lebih baik kerana Pakar Kewangan
sudah arif tentang pengurusan kewangan. Apabila pelbagai kemahiran dapat dipelajari, sudah
tentu semua konflik pengurusan kewangan dapat ditempuhi dengan penuh yakin.
Pengetahuan dan kesedaran merupakan simbiosis dalam menguruskan wang dengan
cemerlang. Remaja yang bijak menguruskan wang dapat menjamin kecemerlangan hidup
kerana aspek pengurusan kewangan merupakan kunci kejayaan hidup bagi seseorang
individu. Oleh hal yang demikian, informasi yang diperolehi daripada Pakar Kewangan dapat
merubah cara pengurusan kewangan remaja kepada cara yang lebih sistematik. Tidak dapat
dinafikan lagi, mendapatkan nasihat daripada Pakar Kewangan merupakan alpukah bagi
mkenguruskan wang dengan bijak.

Berdasarkan huraian – huraian mengenai cara – cara menguruskan wang dengan bijak,
jelaslah bahawa terdapat 1001 kemaslahatan yang diperolehi sekiranya perkara ini menjadi
tunjang dalam menerajui badai kehidupan realiti kini. Marilah kita bersama – sama
mengahayati dan mengaplikasikan cara – cara menguruskan wang yang telah dibincangkan
agar peruntuksn kehidupan kelak akan menjadi lebih terancang. Kita disarankan berjimat
cermat kerana pengurusan wang merupakan obligasi dominan yang digalas oleh setiap
individu di dunia. Diharapkan pembaziran wang ini dapat dielakkan oleh masyarakat
konvensional kerana hal tersebut akan mengundang penyesalan yang tidak terhingga
sekiranya tidak dapat dikawal dari awal lagi. Oleh hal yang demikian, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya. Sudah pasti hidup akan menjadi lebih mudah
sekiranya kita mengamalkan pengurusan wang yang baik. Kesimpulannya, biarlah matahari
terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah negara Malaysia terus gemilang
dengan rakyat yang bijak menguruskan wang bagi memacu ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai