Anda di halaman 1dari 3

No.

10, Jalan Batu Gajah


Taman Kenangan,
21300 Kuala Terangganu,
Terengganu Darul Iman.

Pengarah,
Kesihatan Negeri Terangganu,
Pejabat Kesihatan Negeri,
Kuala Terangganu. 14 JUN 2020

Tuan,

Aduan tentang Wabak Demam Denggi di Taman Kenangan


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sejak bulan yang lalu, kani penduduk
Taman Kenangan berada dalam kebimbangan ekoran menularnya wabak demam
denggi di taman ini. Wabak tersebut mula dikesankan apabila seorang pemuda di
taman ini yang berusia dalamlingkungan 22 tahun mengelami demam secara
berterusan selama dua minggu. Apabila dimasukan ke hospital, pemuda tersebut
disahkan menghidapi demam denggi. Beberapa hari kemudian, tiga orang lagi
dimasukkan ke hospital. Sehingga kini, lelaki yang menjadi mangsa pertamdemam
denggi itu masih dirawat di Hospital Kuala Terangganu. Walau bagaimanapun,
keadaannya stabil.
2. Sudah termaklum bahawa demam denggi berpunca daripada nyamuk aedes.
Ekoran hujan lebat beberapa hari pada akhir bulan lalu, kawasan berpaya yabg
terletak tidak jauh dari taman ini te;lah ditakungi air. Selain itu, terdapat juga botol
kosong, tayar buruk, dan tin0tin kosong di merata-rata tempat. Kedaan ini
mengakibatkan nyamuk aedes membiak dengan banyaknya. Longkang besar yang
terdapat di hujung tamann tempat tinggal kami ini pula telah lama tersumbat
menyebabkan airnya tidak dapat mengalir dengan baik. Di tepi longkang pula, banyak
terdapat lallang dan rumput liar. Selain mencacatkan pandangan, keadaan ini
memudahkan nyamuk membiak.
3. Untuk makluman tuan, wabak berkenaan semakin serius dari sehari ke sehari.
Sehimgga hari ini, sebanyak 15 orang penduduuk taman ini dan kawasan yang
berdekataan telah dirawat di hospital kerana demam denggi. Seorang daripada mangsa
tersebut telah meninggal dunia pada minggu lalu akibat demam denggi. Sehingga
semalam, sepuluh orang daripada mereka yang dimasukkan ke hospital telah
dibenarkan pulang, manakalah yang lain masih dirawat. Pada awal minggu lapas pula,
saya menerima berita bahawa sesorang penduduk kampung murni yang terletak
bersebelahan dengan taman ini telah menghidap demam denggi dan dimasukkan ke
hospital. Berita tersebut menunjukkan bahawa wabak tersebut telah menular ke
kampung yang berdekatan.
4. Memandangkan demam denggi boleh mengancam kesejeteraan dan nyawa orang
ramai, usaha pencegahannya perlu dilakasanakan. Dalam hal ini, saya memohon jasa
baik tuan agar menghantar beberapa orang kakitangan jabatan tuan untuk menyembur
kawasan rumah dan persekitaran taman ini dengan ubat penghapus aedes selain itu
saya memohon pihak tuan agar menghantar pagawai untuk memberikann khimat
nasihant atau carama kepada penduduk kampung di sini tentang kaedah
pencegahannya kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
5. Selaini itu, saya.mencadangkan agar kempen Membenteras Aedis dilakasanakan
khususnya di kawasan ini dan di negeri terangganu, amnya. Saya berharap agar pihak
tuan menyediakan kain rentang dan mengedarkan risalkah tentang bahaya aedis.
Kami, penduduk taman ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada usaha
untuk membanteras wabak yang berbahaya ini. Bersemperna dengan kempen tersebut,
pihak tuan juga boleh mengadakan ceramah kepada orang tentang demam denggi.
Akhbar dan radio tempatan harus dimaafkan bagi menghebahkan wabak tersebut
kepada penduduknegeri ini. Saya berharap agar kempen ini dapat membuka mata
orang ramai tantang bahaya demam denggi dan perlunya pencegahan awal.
6. Di samping itu, saya mencadangkan pemantauan dilakukan di taman kenangan
dan kawasan di sekitarnya untuk mengenal pasti tempat yang berkemungkinan
menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedis. Pihak tan boleh menghantar pegawai
penguat kuasa untuk melawat ke rumah di kawasan ini dan mengenakan denda kepada
sesiapa sahaja yang masih menyimpan tin kosong, botol kosong, atau pasu bunga
yang berkemungkinan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sekiranya langkah
ini diambil, saya yakin bahawa penduduk akan lebih prihatin tentang perkara ini.
Semoga usaha yang kita lakukan dapat mengawal wabak demam denggi daripda terus
menular.
7. Akhir kata, saya selaku wakil penduduk Taman Kenangan benar-benar berharap
agar surat ini mendapat perhatin yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama
tuan dalam perkara ini, terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Shari
(MOHD BIN SABIN)
Wakil Penduduk Taman Kenangan,
Jalan Kamarudin,
Kuala Terangganu.

Anda mungkin juga menyukai