Anda di halaman 1dari 15

Petang itu ketika aku sedang leka mengadap computer di bilik Persediaan, tiba2 aku dikejutkan dengan dentuman

petir sehingga ada rasa gegaran ditingkap. Sejurus itu aku memandang keluar tingkap dan nampaklah susana gelap dan cuaca mendung melingkari kaki langit. Dalam hati kecilku berkata hari akan hujan sebentar lagi.

Jangkaan ku benar, beberapa detik kemudian hujan mula turun dan petir masih lagi berdentum. Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.12 ptg. Aku sempat merakamkan suasana di luar melalui camera hp ku. Aku menjangkan hujan akan reda menjelang waktu balik kerja iaitu pada jam 5.00 ptg. Jangkaan aku meleset apabila hujan bertambah lebat dan seperti tidak mahu berhenti.

Ketika orang lain berebut untuk pulang pada waktu itu, aku masih dimeja mengadap komputer kerana hujan terlalu lebat dan petir sabung menyabung. Aku ambil keputusan untuk balik lewat iaitu sehingga hujan berhenti memandangkan kereta aku berada di luar kawasan tempat kerja iaitu di kawasan rumah pangsa Sri Serdang bersebelahan tembok UPM.

Sedang aku leka mengadap komputer, tiba2 hp aku berbunyi pada jam 5.51 ptg. Tertera nama jiran hadapan rumahku. Aku terus menjawab panggilannya. Di dalam talian aku dapat mendengar dengan jelas suara cemas jiranku memberitahu air sudah naik di kawasan rumah kami. Tayar kereta Toyota Avanza ku sudah ditengelami air. Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut, jiranku minta diri untuk menamatkan perbualan kami. Dari nada suaranya aku dapat bayangkan yang jiranku ini dalam keadaan cemas. Dalam keadaan kekalutan begitu, aku teringatkan anak-anak perempuanku yg akan pulang ke rumah pada ketika dan waktu-waktu begini. Tanpa membuang masa, aku terus menghubungi Kak Ton, oang yang bertanggungjawab mengambil dan menghantar anak-anak ku ke sekolah agama. Aku minta kak Ton jangan menghantar anak-anak ku terus ke rumah kerana air semakin naik dan tiada orang di rumahku. Aku rasa lega bila kak Ton beritahu anakku sudah ada di rumahnya sementara dia ada di sekolah

agama untuk mengambil anak-anak sekolah yang lain pula. Menurut Kak Ton anakku Siti Hawa Maisarah pula ada dalam van yg dipandu anaknya bernama Saiful. Kemudian aku menghubungi pula suamiku yg bekerja di Puchong agar pulang segera. Pada awalnya suamiku keberatan untuk pulang kerana hujan terlalu lebat diiringi dentuman petir, tapi aku terus mendasak dan khabarkan padanya yang kereta Avanza sudah ditenggelami air. Mendengar khabar itu, suamiku terus bersetuju untuk pulang segera walaupun dalam hujan lebat.

Kemudian aku cuba hubungi anak lelaki ku, Munajat yg masih berada di sekolahnya. Puas aku hubungi berulang kali namun tiada jawapan. Akhirnya dia sendiri yg menghubungiku. Aku minta dia balik ke rumah untuk alihkan rereta Avanza ke tempat yg lebih selamat kerana aku kira dia sudah pandai memandu kereta auto tersebut memandangkan pada 1 September yg lalu dia ada belajar membawa kereta tersebut dalam kawasan UPM selepas kami menghadiri satu majlis perkahwinan. Munajat beri alasan tidak dapat balik kerana hujan masih lebat dan air sudah berada diparas dada. Kalau di sekolah air sudah paras dada, bermakna air di rumahku sudah paras pinggang. Apa lagi hendak dibuat, nampaknya tiada apa lagi yg boleh aku buat untuk selamatkan Avanza kami. Sementara itu, aku dan seorang rakan mengambil keputusan menunaikan solat Asar dahulu di bilik Persediaan kemudian kami meninggalkan bangunan Fakulti menuju kereta masing-masing. Ketika itu hujan mulai reda tetapi awan hitam masih menyelubungi alam semesta disekitar Serdang. Semasa melalui kawasan Tasik Sri Serdang, aku Nampak air sudah memenuhi ruang jalan bersebelahan kedai makan yg terletak diantara pintu masuk UPM berdekatan Masjid. Kenderaan mula perlahan semasa melalui hadapan sekolah Menengah Seri Serdang. Ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran Balai Polis Taman Sri Serdang, hujan mulai lebat semula. Biasanya jika kawasan perumahan ditenggelami air, pastinya kawasan sekolah dan jalan yang berhampiran akan ditenggelami air juga. Mengenangkan itu, aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas iaitu jalan hadapan Rukun Tetangga. Malangnya ketika membelokkan kereta kearah jalan tersebut, kelihatan semua jalan sudah dinaiki air. Aku nekad untuk

mengharungi air menuju jalan pulang ke rumah. Aku tidak boleh berpatah balik kerana melalui cermin pandang belakang, kelihatan berderet kereta dibelakangku.

Dalam aku tertinjau-tinjau mencari arah jalan yang selamat untuk dilalui, tiba-tiba hp ku berbunyi. Cepat-cepat aku member isyarat lampu untuk berhenti dikiri jalan. Nombor yg tertera tiada nama. Dalam tertanya-tanya sendirian, aku terus menjawab panggilan dan terdengar suara dihujung sana suara anak perempuan bongsuku. Adik kat mana ni? tanyaku cemas. Adik kat rumah Cik Ton Anak yg ku panggil adik itu memberitahu dia berada di rumah kak Ton iaitu tuan punya van yg mengambil dan menghantar pulang anakku dari sekolah agama. Aku pesan pada adik agar duduk diam-diam sahaja di rumah tersebut dan jangan ke mana-mana. Adik setuju untuk terus berada disitu sampai air surut. Bila aku tanyakan tentang kakaknya dimana, adik jawab, tak tahu. Aduh..!!! bertambah panik aku Okeylah, adik duduk diam2 kat situ tau, nanti bila air dah surut mak datang ambik adik kata ku memberikan arahan pada anak bongsuku. Ok jawabnya pendek.

Perlahan-lahan aku meneruskan pemanduan mengharung air. Tiba disatu persimpangan, aku ambil keputusan membelok kekiri kerana jalan tersebut kelihatannya belum dinaiki air lagi. Tiba di satu selekoh, tiba-tiba kereta dihadapan mula perlahan dan berhenti. Ketika itu hari sudah semakin gelap. Aku Nampak paling hadapan sekali sebuah van yg dipandu oleh anak kak Ton. Aku kira anakku Siti Hawa Maisarah ada didalamnya tapi aku terpaksa mengundur kebelakang kerana kereta dihadapanku sedang mengundur. Dalam keadaan hujan dan gelap itu pastinya aku agak sukar untuk mengundurkan kereta

memandangkan dibelakang keretaku juga ada banyak kereta. Dalam hujan lebat itu aku terpaksa turunkan cermin kereta untuk memudahkan aku melihat belakang. Diluar kereta kelihatan, seorang lelaki berjalan menghampiri kereta ku dan mengarahkan aku supaya mengundur dengan menghalakan keretaku ketengah jalan kerana di belakang sebelah kiri ada sebuah kereta yg ditinggalkan disitu. Semasa mengundurkan kereta, aku terasa seperti tayar belakang

melanggar sesuatu. Ya Allah, janganlah aku melanggar orang pulak cemas aku dibuatnya. Alhamdulillah, bukan orang tapi hanya bonggol jalan.

Selepas melepasi bonggol tersebut, aku nampak satu lorong sebelah kananku. Tanpa buang masa, aku putar stering dan beri isyarat masuk kanan. Semasa hendak memberi laluan pada kereta dihadapan yang bertentangan arah, sebelah tayar kanan keretaku terperosok kekawasan rendah. Aku tidak dapat pastikan samada ia adalah longkang atau apa2 kerana air naik sudah semakin tinggi, aku tidak nampak apa-apa lagi melainkan air sahaja. Dengan bertawakal kepada Allah, aku nekad untuk berundur kebelakang dengan menekan minyak sekuatnya agar tayar depan dapat dinaikkan. Alhamdulillah boleh pun. Kemudian aku teruskan lagi dan sampai dihujung simpang tiga, aku belok ke kiri dan jumpa lagi simpang tiga. Disitu, aku temui sebuah van yg sedang berhenti ditengah-tengah simpang. Sepertinya dia dalam kesukaran untuk meneruskan perjalanan. Aku turunkan cermin kereta dan bertanya samada jalan disimpang sebelah kiri boleh dilalui. Tak boleh lalu, saya pun terpaksa pusing balik ni. Nak ambik budak-budak sekolah pun tak dapat katanya. Mendengar katanya itu, aku ambil keputusan berpatah balik ke jalan besar dengan membelok ke kanan kemudian belok ke kiri. Nampaknya jalan tersebut tidak dinaiki air. Aku perhatikan kiri dan kanan jalan kalau-kalau ada ruang kosong untuk aku meletakkan keretaku dengan selamat. Dipendekkan cerita, aku akhirnya berjaya meletakkan keretaku berhampiran pagar rumah orang. Agak tidak selesa, aku kehadapan sedikit supaya kereta tuan rumah tersebut ada ruang untuk masuk kedalam pagar rumahnya. Kemudian aku capai telefon bimbitku dan nampak banyak miscall dari suami. Memang aku ada dengar bunyi telefon berkali-kali semasa mencari jalan pulang tadi namun aku biarkan sahaja.

Aku hubungi suami tapi dia tidak dapat mendengar suaraku sedangkan aku dengan jelas sekali dapat mendengar suaranya. Aku cuba berkali-kali sehingga akhirnya dapat juga aku dan suami berkomunikasi dengan jelas. Suami suruh aku

duduk diam-diam sahaja dalam kereta kerana dia sudah pun sampai kerumah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana air sudah sampai paras pinggang. Mahu tak mahu, aku terpaksa duduk sahaja dalam kereta. Rasanya aku tak boleh gunakan hp terlalu kerap lagi kerana beteri hp sudah menunjukkan paras paling bawah. Tiba2 aku teringat akan anakku Siti Hawa yg entah di mana. Aku hubungi anak Kak Ton yg bernama Saiful tapi tiada jawapan. Kemudian aku hubungi Kak Ton untuk bertanyakan dimana Siti Hawa berada. Kak Ton kata Siti hawa ada dalam van anaknya, Saiful. Aku minta Siti Hawa pun jangan terus dihantar balik, biarkan di rumah kak ton dahulu.

Aku resah sendirian didalam kereta. Sekejap aku keluar, sekejap aku masuk. Aku hubungi anak kak ton tapi tiada jawapan juga. Hujan masih renyai-renyai. Aku keluar dari kereta dan cuba meninjau-ninjau dilorong yang menghubungkan rumah kak ton. Dari situ aku nampak cahaya lampu berkelip-kelip warna biru, mungkin cahaya lampu dari kereta polis dihadapan rumah kak ton yang menempatkan anak-anak sekolah. Aku cuba untuk ke sana tapi bila kakiku menjejak di air, aku merasa agak takut pula kerana hari sudah semakin gelap dan aku nampak air sudah seperti laut di jalan dan di padang hadapan. Aku sudah tidak dapat hendak mengagak yang mana jalan dan yg mana longkang. Akhirnya aku berpatah balik dan masuk semula kedalam kereta.

Dalam aku termenung seorang diri didalam kereta memikirkan anak-anak dan suamiku, tiba-tiba hp ku berbunyi lagi. Aku ingatkan suamiku, tengok2 terpapar gambar emak di skrin hp. Assalamualaikum. Kataku dgn lemah. Waalaikumsalam, emak ni. Kau tengah buat apa tu? tanya emak dengan nada ceria. Idah ada dalam kereta ni mak, tengah dalam kesusahan Bodohnya aku, kenapalah aku pergi cerita kat emak. kau kenapa? Tanya mak dengan cemas. Biasalah seorang ibu, pasti cemas bila dengar anak dalam kesusahan. Aku dah terlepas cakap, terpaksa cerita juga hal sebenar. Kemudian dlm talian ada isyarat

panggilan nak masuk. Mak, kejap mak erk, ada panggilan nak masuk ni, mungkin Saiful yg telefon. Nanti idah call mak balik erk. Suamiku pun Saiful jugak namanya Tepat sekali, memang panggilan dari suamiku. Suami - Ida, Hawa dah ada dengan abang. Budak saiful tu hantar sampai rumah. Aku MasyaAllah, kan ida dah ckp ngan Kak Ton tadi, jangan hantar ke rumah, kenapa dia hantar jugak..? Suami Entah, abg marah jugak kat dia tadi: engkau dah tau kat sini air naik kenapa kau hantar jugak..? Aku Habis tu dia kata apa? Suami Dia tak kata apa2, senyap je. Ok lah, abg nak pegi tengok adik

Selepas bercakap dengan suami, bertalu-talu pulak hp berbunyi, dari uda yang, dari kak long, dari Daud dan dari intan. Semuanya bertanyakan pasal banjir dan keadaan kami anak beranak. Tanda aras beteri sudah semakin berkurangan. Kalau habis terus beteri ni, macam mana pulak aku nak berhubung dengan suami? Menyesal pulak tadi aku tak charge penuh masa kat tempat kerja Uda Yang Engkau macam mana kat sana? Air naik paras mana? Kenapa tak bagitau kat Long, mintak tolong la kat Long, dia kan dekat. Blablablabla Tadi kak long cakap: kenapa idah telefon emak yg jauh tu, kenapa tak bagitau dia yg dekat tu? Aku Ya Allah Uda, idah tak call emak pun, emak yg call idah dulu. Kebetulan masa tu idah dalam kereta, terperangkap tak boleh balik. Idah cakap la kat emak

pasal banjir kat sini. Idah tak terfikir pulak nak bagitau sapa2 lagi. Dalam kepala ni ingat anak2 je Aku Ok la De, ada call nak masuk la De, mungkin Saiful kot. Apa2 nanti ida call Uda balik Aku tak dapat nak cakap lama2 dengan uda tambahan pulak beteri hp dah semakin sikit tanda hijaunya. Peruntukan yg ada Cuma untuk aku berhubung dengan orang2 tersayang.

Selepas menamatkan perbualan dengan Uda, skrin hp terpapar wajah Long dan bila aku jawab, kedengaran suara Kak long menanyakan keadaan aku disini dan bertanya di mana aku berada. Aku tak dapat nak pastikan aku berada di jalan mana. Kak long suruh aku tunggu sahaja di situ kerana dia akan datang menjemput.

Aku binggung dan tertinjau2 mancari tiang lampu yg ada tertulis nama jalan dimana aku berada sekarang. Dimasa yang sama ada seorang perempuan berpayung berjalan melintas dihadapanku. Aku sempat menyapa, Akak nak pergi mana? Sambil terus berjalan, dia menjawab sapaanku, Nak pergi rumah adik kat depan sana tu. Rumah adik teruk kena banjir, air naik dalam. Nak pergi tolong dia

Aku mengikuti dia dengan pandangan mata sehingga dia hilang dari pandangan. Dalam masa yg sama aku terpandang sebuah kereta kancil berwarna putih datang dari arah kiri dan berhenti dihadapan pintu pagar sebuah rumah. Kemudian aku Nampak seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu. Aku kira tentunya dia adalah penghuni rumah tersebut. Baik aku tanya dia nama jalan ini. Ketika aku mula melangkah, kedengaran bunyi azan maghrib yg berkumandang dari masjid yg berdekatan. Serta merta aku teringat yang aku berpuasa dan perlu berbuka. Tapi aku nak berbuka dgn apa, air pun tak ada.

Assalamualaikum. Dik, nak Tanya la, jalan ni nama jalan apa ye? Hmmm, tak pasti la kak, rasanya jalan 18/51 kot. Saya bukan duduk sini. Saya cuma alihkan kereta sebab rumah saya kena banjir jawab wanita itu sambil memerah tuala good morning. Pada masa yang sama wanita berpayung yg ku tegur tadi lalu dihadapan kami dan dia terdengar perbualan kami lalu menyampuk, Sini jalan 18/52. Rumah saya pun kena banjir, suami tak bagi balik sebab air dalam, paras pinggang. Saya pulak puasa ni, belum buka puasa lagi entah kenapa aku boleh bercerita pasal puasa pulak. Ya Allah, kesiannya, kalau macam tu, jom la pergi rumah saya. Nanti saya bagi air. Tak jauh pun rumah saya, depan tu aja. Kata wanita yg berpayung tadi. Aku jadi serba salah dengan pelawaannya. Bimbang pulak kalau2 Long ngan kak Long datang nak ambik aku, mereka tak jumpa cari aku. Kebetulan di hujung jalan sana aku Nampak sebuah kereta Hai Lux membelok ke kanan kearah aku. Takpe la kak, rasanya itu abang saya datang ambik saya

Mendengar itu, wanita berpayung tadi terus meninggalkan aku menuju ke rumahnya. Hai Lux berwarna hitam tadi lalu dihadapanku tapi tidak berhenti. Dalam pada itu baru aku sedar, mana mungkin Long datang menjemputku sedangkan aku belum beritahu yg aku berada di jalan no. berapa. Dan Long pulak dah lama tak pakai Hai Lux. Ya Allah, kenapa aku tak dapat berfikir dengan betul...? Apa aku nak buat ni? Tak kan aku nak berdiri sahaja di tepi jalan ni. Hari pun dah semakin gelap. Air mataku mula turun tak semena2. Tiba2 aku teringatkan wanita tadi. Kelibatnya sudah semakin jauh. Aku nekad, aku perlu buang perasaan malu. Sambil mengesat airmata aku kejar dia. Kak! Kak! Saya nak ikut akak baliksaya nak tumpang kat rumah akak..! mendengar jeritanku memanggil, dia berhenti dan menoleh kebelakang.

Haaa marilah... depan tu je rumah akak.

Aku terus ikut dia dari belakang. Kaki terasa sejuk, rupanya aku sedang melalui jalan yg sudah digenangi air. Terfikir pulak kasut yang aku pakai ini dari jenama Santa Barbara Sayang pulak kalau rosak terrendam air. Inilah kasut branded yg pernah aku pakai. Selalunya aku Cuma beli kasut bernilai sekitar RM20.00 sahaja. Kerana sayangkan kasut itu, aku tanggalkan dan berjalan kaki ayam mengharung air. Aku pakai semula kasut tu bila tapak kaki terasa sakit semasa menapak didalam air bila terpijak batu2 kecil. Hati2 ada lubang kat situ belum habis kakak tu cakap, sebelah kakiku sudah pun termasuk tersungkur. Ni lah rumah akak, jom masuk kedalam lubang yg berada di tenggah2 jalan. Aku hamper

Ketika sampai dipintu pagar rumagnya, kelihatan seorang wanita berkulit cerah, berbaju T dan berseluar pendek sedang menyapu sampah digaraj. Dalam hatiku berkata, Rumah cina ke ni? Agaknya kakak ni orang gajinya kot Kak Long, rumah dia ni kena banjir, dia puasa, belum makan apa2 lagi. Bagi air la kak Long, kesian dia. Dia nak tumpang kat sini panjang lebar dia bercerita pada wanita yg ku sangka cina tadi. La ye ke? Mari lah masuk. Nanti akak buatkan air. Berkali2 dua wanita yg ku kira adik beradik ini mengajak aku masuk kedalam rumah. Kemudian aku Nampak kelibat seorang lelaki dalam lingkungan umur 70an datang menuju ke pintu. Wanita tadi memanggilnya abah dan bersungguh2 betul dia bercerita pasal aku yg baru dikenalinya. Dia ceritakan juga yg aku belum berbuka puasa lagi. Lalu lelaki yg dipanggil abah tadi menyuruh anaknya membancuhkan air panas untukku. Sambil itu, dia menyuruh aku masuk kedalam rumah.

Tak apalah pak cik, kat luar ni pun cukup. Lagipun kain saya basah lagi ni kataku yg agak keberatan untuk masuk. Eh, tak apalah, masuk aje, nanti akak bagi kain batik. Sahut wanita mirip wajah cina tadi. Aku lihat dia sudahpun mengenakan baju kelawar panjang, tidak lagi berseluar pendek. Sambil melangkah kedalam rumah, aku perhatikan rumahnya kemas dan bersih. Semua barang dan perabut tersusun dengan rapi. Rumah ni tak ada budak, Cuma kami bertiga aje yang tinggal kat rumah ni tiba2 wanita yg belum aku tahu namanya itu datang dari arah dapur dengan membawa segelas air kosong. Minum la air ni dulu. Akak tengah masak air tu, nanti akak buatkan air panas Eh, tak apa la kak, tak payah la susah2. Air kosong ni pun dah cukup Mana pulak susahnya, biasa aja. Nama apa ye? Tanya wanita itu dengan ramahnya. Noridah, panggil ida pun tak apa. Akak nama apa? Saya ni main panggil kakak je. Entah2 saya yang kakak giliran aku pulak bertanya. Ida umur berapa? Tanyanya balik.

Aku terus jawab, 46. Oh, akak la kakak. Panggil kak Noor kata kak nor lalu duduk bersila dilantai. Sedang aku leka berbual, tiba2 hp ku berbunyi. Tertera nama adikku Daud. Aku cerita pada Daud apa yg berlaku dan apa yg sedang aku alami..

Jam ditanganku menunjukkan pukul 7.53 malam. Alamak, aku belum menunaikan solat maghrib lagi. Aku kira masih sempat lagi. Aku minta izin untuk solat dahulu. Kak Long bawa aku masuk ke biliknya dan memberikan aku sehelai kain batik. Selepas aku ke bilik sejadah air untuk mengambil wuduk, kak Long katil. sudah Untuk

membentangkan

dan

meletakkan

telekung

dibirai

mengelakkan hp ku berbunyi sepanjang aku solat, aku setkan dalam keadaan mode senyap. Betul seperti jangkaan, selepa selesai solat, aku lihat ada 4 misscall. 1 dari Uda, dan 3 lagi dari suamiku. Biarkanlah, malas aku nak call semula kerana bimbangkan kehabisan kuasa bateri pada hp ku.

8.30 malam Aku terima panggilan dari seseorang yg mengenalkan dirinya sebagai polis. Dia kata anakku selamat dan ditumpangkan dirumah besar. Rumah besar??? Mak ai, rumah mana pulak ni?? Aku Cuma dapat bayangkan rumah yg dimaksudkan adalah Tadika ABIM kerana rumah berkenaan berhampiran dengan rumah kak Ton. Apapun aku pasrah sahaja asalkan anakku selamat. Beberapa detik kemudian, Kak long Azimah pula call dan tanyakan aku di mana dan bagaimana. Cerita yang sama aku ceritakan semula pada Kak Long. Sebelum ni aku sudah bercerita pada emak, Daud dan Uda.

8.47 malam suami call. Nada suaranya macam nak marah: Ida ckp mcm mana ni..? tadi kata adik ada kat rumah Kak Ton. Abg sampai sini ngan Hawa, budak Saiful tu kata adik dah dihantar ke rumah. Mana satu yg betul ni? Aku - Memang tadi kak ton kata adik ada kat rumah dia. Ida pun dah dapat cakap dengan adik jangan pergi mana2, duduk aje kat situ. Mana la ida tau adik dah dihantar balik Suami - kat rumah mana ada orang, abg dah ada kat sini, dekat dengan motor ni. Ida Tanya balik kak ton tu apa cerita dengan adik. Abg kena patah balik ke rumah ni. Cakap berbalik2, kejap kat situ, kejap kat sini suamiku dah naik angin.

8.50 malam Aku hubungi kak Ton dan tanyakan pasal anak bongsuku. Kak Ton kata, anakku si adik sudah dihantar balik ke rumah dan dia tumpangkan pada orang Nigeria. Aduh! Apa cerita ni? Macam mana adik boleh berada di rumah org kulit hitam tu pulak??? Tadi polis tu kata adik dah ditumpangkan di rumah besar Kalau suamiku tahu, haru dibuatnya Kenapa kak Ton hantar dia balik? Kan saya kata tadi kat rumah tak ada org, kak ton tak payah hantar dia balik dulu. Nanti bila air dah surut, saya ambik la dia kat rumah kak ton bergetar suara ku menahan perasaan. Tadi akak tanya dia, Syuhada nak balik tak? Dia jawab nak, jadi akak hantar la dia balik terang kak Ton. Ya Allah kak Ton, budak kalau ditanya nak balik ke tidak, mestilah dia jawab nak (aku kata dalam hati je) Kemudian aku Tanya kak ton, kat mana rumah orang Nigeria tu. Kak ton kata kat simpang tiga. Rumah dia jenis town house tingkat atas, berselang sebuah rumah dengan rumah taukeh ayam. Ya Allah, apa yang kak ton cakap ni. Mana la aku kenal taukeh ayam tu

8.55 malam Aku hubungi suami beritahu apa yg kak Ton beritahu pada aku pasal adik. Sekali lagi suami ku marah2 dan kata aku cakap bolak balik. Aku pun bukanlah tahu sangat keadaan yg sebenar. Semua maklumat yg aku dapat adalah dari suara2 yg ku hubungi dan yg menghubungiku melalui perantaraan telefon Aku cakap pada suami, Tak apalah, nanti kalau air dah surut kita cari la kat mana rumah Nigeria tu. Tidak pun, kita tanyakan pada Kak Ton balik kat mana rumah org kulit hitam tu

9.19 malam Anakku Munajat yang sejak tadi tidak dapat ku hubungi, akhirnya menghubungi aku. Dia memaklumkan yag dia sudah berada di rumah. Dia beritahu keadaan di

rumah sudah lintang pukang macam kapal pecah. Semua barang2 sudah tidak dapat diselamatkan termasuk barang2 elektrik.

Aku

"Habis -

tu,

Najat duduk

duduk atas

kat

mana

tu?

atas

meja ni

ke?" la."

Munajat

"Najat

bumbung

kereta

Avanza

Aku - "Laaa, buat apa duduk kat situ, mak takut nanti air makin lama makin naik. Baik Najat datang sini dekat mak. " kemudian aku berikan alamat rumah kawan baru ku ini pada munajat dan minta dia datang segera.

Selepas bercakap dengan anakku Munajat, aku lihat paras beteri hp ku semakin kritikal. Aku tanyakan kak Noor kalau2 dia ada charger hp yg boleh aku pinjam. Aku hampa bila kak Noor kata dia bertiga tidak menggunakan hp. Mereka hanya gunakan telefon rumah sahaja. Kak Long suruh aku berikan no. telefon rumahnya kepada suami atau siapa2 supaya senang aku dihubungi jika nanti hp ku habis bateri. Dia sebutkan no. telefon rumahnya dan aku hanya simpan di hp ku tanpa berikan pada sesiapa.

9.43 malam Suami call tanyakan alamat rumah orang yg memberikan perlindungan. Selepas puas menerangkan dimana alamat rumah tempat aku berada, akhirnya suami datang dengan anak perempuanku Siti Hawa Maisarah dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan. Kemudian suamiku berlalu pergi dengan motornya

selepas anak perempuanku turun mendapatkan aku. Belum sempat aku bertanya, suamiku sudah hilang dari pandangan.

9.45 malam Kak Noriah call tanyakan pasal banjir yang melanda kawasan rumahku. Aku terpaksa bercerita dari mula sampailah bagaimana aku boleh berada di rumah di jalan 18/52.

9.57 malam

Baru aku nak cuba hubungi suami semula, tiba2 hp dah berbunyi lagi. Tertera wajah adikku Daud sekali lagi. Daud Tanya pasal Proton dan Avanza. Aku cerita kereta proton selamat sebab kereta tu ada bersamaku, tapi kereta Avanza tidak sempat dialihkan. Daud pesan, suruh sampaikan pada suamiku, bila air sudah surut nanti, jangan start engine kereta tu, tunggu sampai kering. Selepas menamatkan perbualan dengan Daud, Intan pulak call tanyakan pasal banjir dan Tanya aku dimana. Aku beritahu intan yg aku selamat dan sedang menumpang di rumah kawan yg baru sahaja aku kenal.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

10.10 malam Sekali lagi kak Noriah menghubungi aku bertanyakan berkenaan alamat rumah tersebut. Beberapa minit kemudian kak Noriah dan suaminya datang dengan membawa beberapa helaian pakaian dan makanan berupa biskut.

10.17 malam Hp ku berbunyi dan tiada nama tertera diskrin hp. Aku terus jawab dan terdengar suara di hujung sana memperkenalkan diri sebagai pegawai bomba. Puan berada dimana sekarang kerana saya nak hantar anak puan pada puan Alhamdulillah, anak aku selamat, tapi aku rasa bimbang kalau2 anak itu bukan anakku dan aku minta untuk bercakap dengan anakku. Boleh saya cakap sekejap dengan anak saya tu? manalah tahu Encik tersalah orang. Tak semena2 aku bercakap begitu pada pegawai bomba berkenaan. saya dapat no telefon puan ni dari dia, tak kan salah orang pulak kata pegawai bomba berkenan. Ye tak ye jugak, masakan dia boleh beri no hp aku kalau dia bukan anakku. Ish, teruk betul aku ni.

11.13 malam

Kak Long Azimah call beritahu yang dia berdua sudah pun mengharung air datang ke rumahku tetapi tiada siapa2 di rumah. Dia minta maaf sebab tidak dapat datang menjemputku kerana keretanya tidak dapat melepasi banjir. Kak long mengajak aku sekeluarga bermalam di rumahnya.

11.16 malam Emak johor call lagi. Aku cakap pada emak yg aku, suami dan anak2 dalam keadaan selamat dan telah pun dapat berkumpul semula dan kini masih berada di rumah orang. Aku minta emak jangan risaukan kami.

Terharu aku pada layanan tuan rumah yang ku kira terlalu baik dan murah hati ini. Mereka tiga beranak sanggup bersengkang mata tidah tidur kerana melayan kami sebagai tetamunya.

12.20 malam Kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana menurut Munajat yg sekejap2 balik ke rumah memantau paras air dengan menggunakan motor suamiku mengatakan air sudah surut. Dalam rumah air sudah paras atas buku lali. AA

Anda mungkin juga menyukai