Anda di halaman 1dari 24

TAJUK KARANGAN : Masyarakat penyayang merupakan salah satu cabaran wawasan 2020.

Jelaskan
kepentingan masyarakat penyayang dan halangan yang mungkin dihadapi untuk
merealisasikannya.

Masyarakat penyayang merupakan sebuah masyarakat yang anggotanya mengamalkan sikap yang
sayang-menyayangi, hormat-menghormati, bantu-membantu, dan nilai murni yang lain. Amalan
tersebut bukan sahaja harus dipraktikan dalam kalangan ahli keluarga, malah dalam masyarakat
yang meliputi pelbagai kaum. Masyarakat seperti ini menjadi impian negara kita untuk
merealisasikan Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, kita selalu dikejutkan dengan pelbagai
berita tentang kes jenayah kejam yang berlaku mengambarkan seolah-olah masyarakat kita tiada
perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain.. Oleh itu, matlamat untuk mencapai
masyarakat penyayang amat sukar tercapai. Masyarakat penyayang amat penting untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni dan penuh dengan kasih sayang. Ibu bapa yang saling
menyayangi merupakan contoh teladan yang baik bagi anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
bertanggungjawab menjaga dan memberi didikan kepada anak dengan baik dan penuh dengan
kasih sayang sejak kecil lagi seperti bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan itu, mereka tidak akan melakukan jenayah yang amat membimbangkan pihak kerajaan
dan rakyat Malaysia. Mereka tidak mudah terpengaruh oleh rakan sebaya mereka yang bersikap
negatif, sebaliknya mereka lebih menyayangi dan menghormati orang lain yang bersekeliling
mereka. Lebih-lebih lagi, mereka juga boleh lebih memahami dan menentukan sesuatu perkara
sama ada baik atau buruk. Jelaslah bahawa masyarakat penyayang amat penting bagi sesebuah
keluarga yang bahagia dan harmoni. Selain itu, masyarakat penyayang juga penting untuk
menjamin keamanan dan kedamaian sesebuah negara dengan kurangnya berlaku kes jenayah.
Dengan adanya didikan agama dan asuhan ibu bapa yang baik dan penuh dengan kasih sayang,
anak mereka tidak akan terlibat dalam jenayah seperti samseng jalanan, kecurian, pembunuhan
dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dengan adanya didikan agama dan asuhan ibu bapa yang
kuat boleh menyebabkan seseorang remaja tidak dapat bertindak secara rasional apabila
berhadapan dengan sesuatu masalah. Pendidikan agama dapat dijadikan benteng yang kukuh
untuk menahan seseorang daripada melakukan perkara yang tidak baik. Hidup dalam sesebuah
keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan harmoni dapat melahirkan anak yang bersikap suka
membantu, menghormati, dan mengambil berat keadaan orang lain yang menghadapi kesusahan.
Jelaslah bahawa masyarakat penyayang dapat menjamin keamanan sesebuah negara dan
keselamatan rakyat Malaysia pada masa hadapan. Usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat
penyayang amat penting kerana masyarakat sedemikian dapat menjamin persefahaman dan
perpaduaan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etniknya. Apabila anggota
sesebuah masyarakat itu mengambil tahu dan mengambil berat akan kehidupan orang lain
khususnya orang yang kurang bernasib baik, akan menimbulkan rasa hormat dan saling
memahami serta saling menyayangi tanpa mengira kaum, budaya dan agama. Keadaan ini dapat
menjamin keharmonian, perpaduan dan kedamaian hidup bersama dalam sesebuah negara seperti
bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita robot. Apatah lagi, keadaan ini juga dapat
merapatkan hubungan antara golongan kaya dan golongan miskin dengan saling bantu-membantu
yang penuh dengan keikhlasan hatinya. Persefahaman dan perpaduan antara kaum menjadi
prasyarat yang paling penting untuk memastikan pencapaian kemajuan dan pembangunan negara.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah negara yang mempunyai
rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, tidak dapat disangkalkan bahawa
usaha mewujudkan masyarakat penyayang menghadapi pelbagai halangan. Pertamanya, sifat
masyarakat majmuk itu sendiri. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum yang mempunyai pelbagai budaya, bahasa dan agama yang berbeza. Oleh itu, mereka sukar
memahami dan menerima agama dan budaya lain. Dengan itu, keadaan ini amat mudah
menimbulkan peselisihan faham dan memburukkan hubungan antara satu sama lain. Lebih buruk
lagi, sesetengah mereka juga cuba bertindak memburukkan dan menjejaskan budaya dan agama
lain yang akan meruntuhkan keakhlakan dan nilai-nilai murni. Masalah ini akan menjejaskan
kedamaian dan keamanan hidup serta keharmonian dan perpaduan juga terjejas di negara kita.
Masalah ini akn menyukarkan usaha untuk memupuk dan mewujudkan masyarakat penyayang.
Halangan seterusnya ialah wujudnya sikap individualistik dan materialistik dalam kalangan
masyarakat. Pada zaman yang semakin moden ini, kebanyakan individu ingin mengejar kekayaan
dan kemewahan sehingga tidak mempunyai masa lapang untuk mempedulikan jirannya. Keadaan
ini berlaku disebabkan sudah menjadi lumrah ibu bapa yang rakus mengejar kemewahan dan
kebendaan untuk memenuhi naluri mereka sanggup mengabaikan jiran yang menghadapi masalah

dan menimbulkan perasaan kecurigaan. Mereka biasanya tidak percaya akan orang lain dan hanya
mementingkan diri sendiri. Ibu bapa yang bersikap sedemikian akan mempengarihi sikap anak
mereka sendiri. Mereka akan bersikap negatif dan selalu merendahkan pelajar yang miskin atau
pelajar yang tidak mempunyai kecemerlangan dalam mata pelajarannya. Tuntasnya, keadaan ini
akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Tambahan pula,
usaha untuk mewujukan masyarakat penyayang juga akan menghadapi halangan daripada
kelonggaran dalam sesebuah keluarga. Dalam kehidupan yang semakin moden ini menyebabkan
ramai pasangan tidak mempunyai hubungan yang baik. Hal ini demikian disebabkan kebanyakan
pasangan yang berusia masih muda dan tidak mempunyai kemampuan untuk menanggung kos
hidup yang semakin tinggi. Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan dan
selalunya bergaduh. Masalah ini akan menyebabkan keluarganya longgar dan anak mereka akan
menjadi mangsa. Dalam sesebuah keluarga yang longgar, anak mereka tidak menerima kasih
sayang yang mencukupi dan mereka akan hidup dalam kehidupan yang mengejutkan mereka.
Kesannya, psikologi mereka tercemar dan terjejas serta mereka juga mudah terpengaruh rakan
sebaya terlibat dalam jenayah. Dengan itu, usaha masyarakat penyayang tidak dapat tercapai dan
sebaliknya akan menjejaskan keamanan dan keselamatan negara. Kesimpulannya, usaha
mewujudkan masyarakat penyayang dan seterusnya mengeratkan perpaduan amat penting di
negara kita. Dengan itu, semua pihak harus berganting bahu dan bertanggungjawab untuk
menjayakan matlamat ini. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda
yang bermoral, berakhlak baik dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia,
kita harus bekerjasama dan saling bantu-membantu serta saling menyayangi seperti peribahasa
dalam Bahasa Malaysia bagai aur dengan tebing. Kita juga harus mematuhi peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Keadaan ini dapat mewujudkan sebuah negara
yang aman dan damai serta penuh dengan kasih sayang.

Tajuk: punca punca jerebu


Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini
sering berhadapan dengan masalah jerebu yang makin meruncing. Fenomena jerebu ini seolaholah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah seringkali melanda negara
kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu
yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diisytiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU)
di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu
turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya
disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua, jikalau tiada angin, masakan
pokok bergoyang.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara
besar-besaran. Realitinya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas
sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu
meningkat. Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di
muka bumi ini.
Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin
membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini
mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke
Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara
kita semakin tercemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras
berbahaya ibarat di hujung tanduk. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan
debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi semakin
serius. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti
sampah sarap. Mereka terlalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan
singkat dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran
terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu.

Saban tahun, jumlah kenderaan di jalan raya semakin meningkat seumpama cendawan tumbuh
selepas hujan. Fenomena ini menyebabkan kuantiti gas pencemar seperti karbon monoksida dan
sodium dioksida meningkat. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera
dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai
selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan
jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di
atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini
menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Kegiatan industri yang tidak terkawal juga turut menjadi punca kepada masalah jerebu. Hal ini
berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang
mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malah, kebanyakan pengusaha lebih
bersikap seperti enau melepaskan pucuk masing-masing kerana tidak menitik beratkan
aspek alam sekitar dengan melepaskan asap-asap kilang ke udara. Mereka tidak sanggup
membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap
yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi
sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini
bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu

rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal
dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Kesimpulannya, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada
manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan
jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak
wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil
sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat
perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar.
Oleh itu, semua orang haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di
Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak
gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak
dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah Melayu ada berbunyi, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Contoh Karangan Lengkap Punca-punca Pencemaran Udara


Pencemaran udara merupakan perbuatan mengotorkan kebersihan udara sehingga menyebabkan
kualitinya merosot (T). Indeks Pencemaran Udara Malaysia (IPUM) telah menunjukkan bahawa
kualiti udara di negeri Selangor pada tahun 2000 bukan sahaja berada pada tahap tidak sihat

tetapi juga sangat tidak sihat sepanjang tahun tersebut (I). Justeru, punca-punca pencemaran
udara ini harus dikenal pasti bagi memudahkan kita untuk menanganinya agar tidak berleluasa (K).
Salah satu punca yang menyebabkan udara tercemar ialah bencana alam (AT). Bencana alam
merupakan fenomena semulajadi yang mengakibatkan kemusnahan alam seperti letusan gunung
berapi dan kebakaran hutan akibat kemarau yang berpanjangan (AH1). Contohnya, letusan
Gunung Berapi Pinatubo, Filifina telah membebaskan debu yang berlebihan ke angkasa sehingga
menyebabkan jerebu yang sangat teruk di negara-negara yang berhampiran (AH2). Dengan itu,
bencana alam juga merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di negara
kita (AP).
Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara ini
(AT). Pertambahan kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap yang
dilepaskan ke udara melalui ekzos kereta juga turut bertambah (AH1). Sekiranya kenderaan yang
digunakan tidak diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut akan mengeluarkan asap yang
berlebihan (AH2). Justeru, asap yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon monoksida
telah mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya (AP)
Selain itu, udara juga tercemar kerana aktiviti penerokaan hutan yang dilakukan oleh penduduk
yang tinggal di kawasan pedalaman (AT). Lazimnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini
meneroka hutan untuk tujuan petempatan dan pertanian (AH1). Mereka menebang hutan
kemudian membakarnya untuk mempercepat urusan pembersihan di samping menyuburkan tanah
tersebut untuk bercucuk tanam (AH2). Oleh hal yang demikian, aktiviti pembakaran hutan yang
dilakukan dengan tidak terkawal akhirnya akan mencemarkan udara di kawasan yang berhampiran
(AP).
Faktor seterusnya ialah pembakaran sampah secara besar-besaran di kawasan terbuka
(AT). Sampah-sarap yang dibuang oleh masyarakat di negara ini sangat banyak sehingga berjutajuta tan sehari apabila dikumpulkan di loji pelupusan sampah (AH1). Sampah ini terpaksa
dilupuskan menerusi aktiviti pembakaran pada setiap hari bagi mengelakkannya daripada
bertambah banyak (AH2). Justeru, udara akan semakin tercemar kerana tidak ada alternatif lain
untuk melupuskan sampah-sarap yang bertimbun selain membakarnya (AP).
Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya di sebabkan oleh kealpaan
masyarakat di negara ini dalam mengejar arus pemodenan (R). Semua pihak haruslah berganding
bahu bagi menyelesaikan permasalahan ini agar kesan buruk tidak berlaku (C). Sebelum nasi
menjadi bubur, langkah-langkah pencegahan perlulah diambil dengan segera kerana sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (H).
Usaha Memupuk Semangat Kejiranan
Sedarkah anda semangat kejiranan semakin kurang diamalkan oleh masyarakat kini. Kita dapat
melihat ini berlaku terutamanya penduduk di bandar. Masyarakat bersikap "Seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing" kerana mereka lebih mementingkan diri sendiri
berbanding semangat kejiranan. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat
ini dalam kalangan masyarakat Malaysia harus dilaksanakan dengan segera.
Amalan bergotong-royong antara langkah yang dapat diambil bagi menyemarakkan semangat
kejiranan ini. Penduduk setempat perlu bekerjasama dalam membersihkan kawasan kediaman.
Pepatah Melayu ada menyebutkan bahawa "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Segala

pekerjaan yang dilakukan tidak kira yang sukar dan yang ringan akan lebih mudah dilakukan dan
cepat diselesaikan. Ini secara tidak lansung dapat memupuk semangat perpaduan di samping
mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang bersih dan mendamaikan.
Selain itu, amalan ziarahmenziarahi juga dapat dijadikan alat untuk menjalin semangat
kejiranan. Sekiranya jiran kita mengadakan kenduri atau majlis perkahwinan, penduduk di
sesebuah kawasan perumahan boleh datang berkunjung dan meramaikannya. Ini dapat memberi
peluang kepada penduduk setempat untuk bertanyakan khabar dan berbual-bual mesra serta
bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Seandainya keadaan ini berlaku, semangat
kejiranan akan lebih mudah untuk disemai kerana mereka saling mengenali dan memahami bak
kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Amalan rumah terbuka juga mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat. Rumah terbuka lazimnya diadakan pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, dan Hari Krismas. Jiran-jiran yang berhampiran boleh membantu
dalam membuat persediaan. Dengan ini, permuafakatan dapat dibentuk kerana penduduk
kampung itu beramah-mesra dengan makan bersama-sama tidak kira bangsa atau pun agama
kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Kesimpulannya, semangat kejiranan dapat dipupuk sekiranya masyarakat menyedari
kepentingannya. Slogan Jiran Sepakat Membawa Berkat haruslah dipraktikkan dalam diri masingmasing. Seandainya diamalkan, barulah masyarakat setempat dapat hidup dengan aman dan
harmoni.

Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga
dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini
terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara
memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria
setelah penat bekerja memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh
kerajaan, swasta dan masyarakat untuk menceriakan warga emas.
Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan
yang boleh meringankan beban kewangan seperti pucuk diminta ulam dicinta. Antaranya,
pemberian diskaun tambang pengangkutan awam, kos hospital dan juga pembelian barangan yang
sering diperlukan oleh mereka. Langkah kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban
kewangan mereka terutama kos rawatan yang begitu mahal. Pengumuman dasar ini sudah pasti

akan menjadikan warga tua lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus menghargai mereka
walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja. Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu dasar
yang boleh menceriakan lagi kehidupan warga emas ini.
Selain itu, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka.
Penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan
kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya. Aktiviti seperti ini mampu menjadikan
kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan mereka serta dalam masa yang sama
mampu untuk meningkatkan semangat mereka untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana
mereka bergaul dengan rakan-rakan seusia. Sebenarnya, usaha melakukan lawatan ini menjadikan
kehidupan mereka lebih berharga dan mampu memberikan satu matlamat untuk mereka
meneruskan kehidupan kerana yang tua sentiasa didahulukan.
Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar kerana sudah ada
peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini. Keadaan kehidupan bandar yang
penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga emas sasaran mudah tersisih.
Kesannya, segelintir anak menggunakan alasan terlalu sibuk lalu menghantar orang tua mereka ke
rumah bantuan kerajaan ini bagai kacang lupakan kulit. Kemudahan yang disediakan di rumah
orang tua ini juga perlulah lengkap dan bersesuaian dengan keadaan fizikal dan kemampuan
kewangan warga tua supaya kehidupan mereka lebih ceria. Sesungguhnya, semakin banyak rumah
orang tua didirikan semakin bermaknalah kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat
untuk berlindung pada masa akan datang.
Sesungguhnya, langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini bermakna
ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi lebih positif
dan murah hati. Kita sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan muda yang
menganggap orang tua sebagai penyibuk, tidak memahami perasaan orang muda, lambat
bergerak dan sebagainya. Pandangan yang sebegini menyebabkan sering berlaku perbezaan
pendapat antara golongan muda dengan tua yang membawa renggangnya hubungan antara
mereka. Jelaslah, masyarakat terutama warga belia harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup
akan menyaksikan yang tua menjadi muda lalu belajar memahami golongan tua ini.
Kesimpulannya, warga tua bukanlah seperti surat khabar lama yang harus dibuang setelah
penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan masyarakat ini
berhak menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang
alasan. Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah
warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan anda pula yang disisihkan.

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN


Dalam menempuh milenium yang sarat dengan cabaran reformasi ini ciri-ciri remaja yang kamil
dan mempunyai nilai keinsanan yang syumul amat penting untuk membangunkan negara.
Malahan, darah setampuk pinang inilah yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara.
Berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan. Hal ini demikian kerana
akhlak yang luhur, datang dari hati yang bersih. Remaja yang berakhlak mulia akan suka
didampingi malah akan meraih rasa hormat daripada orang sekeliling. Remaja yang berakhlak

mulia pasti tidak akan terjebak dengan kemelut sosial yang mementingkan dunia hedonistik
semata-mata serta berusaha untuk menghindarkan diri daripada bergaul dengan remaja-remaja
yang bermasalah. Taat pada agama sudah pasti dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia
kerana semua agama di dunia menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran.
Secara tidak langsung, remaja yang mempunyai sikap mahmudah dapat dilahirkan seterusnya
dapat menjadi seorang insane yang kamil. Remaja yang berakhlak mulia juga sudah pasti dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk, yang mana kaca, yang mana permata, bak kata
peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Jelaslah bahawa
berakhlak mulia merupakan salah satu ciri remaja berwawasan.
Selain itu, remaja berwawasan sudah pasti mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan
tinggi. Remaja yang berwawasan pasti akan berusaha untuk mencari ilmu dan sentiasa dahagakan
ilmu. Pepatah ada juga mengatakan carilah ilmu sehingga ke negeri China kerana ilmu yang ada
hanya setitik daripada selautan. Malahan, Albert Einstein juga pernah berkata semakin banyak
yang dipelajari, semakin banyak yang tidak diketahui. Dengan melahirkan remaja yang berilmu
pengetahuan, anak muda ini tidak akan mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
serta akan sentiasa dihormati dan disanjung oleh masyarakat sekeliling. Jelaslah bahawa, remaja
yang berilmu pengetahuan juga merupakan ciri yang vital dalam melahirkan remaja yang
berwawasan.
Di samping itu, remaja yang berwawasan juga akan sentiasa gigih untuk menggapai
gamitan menara impian. Sudah tentulah budaya pesimistik dan culas dikikis serta dibuang jauh
untuk mencapai kejayaan walau seruwet manapun yang diamalkan oleh remaja berwawasan ini.
Secara langsung, remaja berwawasan akan gigih berusaha menggunakan setiap detik dan waktu
agar diisi dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah kerana masa itu emas. Selain itu, masa
yang pergi tidak mungkin akan kembali. Oleh itu, remaja yang berwawasan akan memastikan
setiap masa yang terluang diisi dengan perkara yang mendatangkan maslahat seperti menelaah
buku, beriadah atau melakukan ibadah kerana cendekiawan ada mengatakan masa ibarat
pedang,sekiranya kita leka mata pedang itu akan memenggal kita. Jelaslah bahawa, gigih
berusaha merupakan ciri yang signifikan dalam melahirkan remaja yang berwawasan.
Sementelahan itu, bersemangat patriotik juga merupakan ciri remaja berwawasan. Remaja
yang berwawasan akan berusaha menjaga nama baik negara serta memerah keringat untuk
menaikkan nama negara. Remaja yang berwawasan juga akan mengekalkan perpaduan negara
yang sudah sedia terjalin ukhuwah sesama manusia mahupun berlainan bangsa dan agama demi
menyahut seruan Satu Malaysia yang diuar-uarkan oleh Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak.
Terbuktilah bahawa, remaja yang berwawasan akan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
Tuntasnya, semua pihak haruslah bergabung tenaga melahirkan remaja yang berwawasan
agar Malaysia akan terus maju dan terkenal di seluruh pojok dunia pada masa hadapan.

MEMUPUK MINAT MEMBACA SASTERA


Sedarsawasa yang lalu,karya sastera amat di minati oleh semua bangsa di Tanah
Melayu.Karya sastera juga boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan dunia
masyarakat dan zamannya.Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli
dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang.Saban
hari, karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden.Pemuda dan
pemudi pada zaman canggih ini,kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada masa untuk
membaca sesuatu karya sastera seperti cerpen,drama,sajak puisi dan sebagainya.Justeru,kerajaan
perlu mengambil usaha-usaha yang drastik untuk memupuk minat membaca karya sastera di
kalangan masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman yang serba moden.
Antara usaha yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memupuk minat membaca
karya sastera di kalangan masyarakat.Bagaimana?Dengan meganjurkan kursus penulisan karya
sastera terutamanya di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Dengan ini,pelajar-pelajar akan dapat
mengetahui apa yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk
membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka akan
dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan

mempunyai idea yang tersendiri.Contohnya menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi


pelajar sekolah dan juga masyarakat.Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat terhadap
anak mereka yang meminati karya sastera.Bagaimana?Membenarkan anak mereka mengikuti
program yang dianjurkan oleh kerajaan.Seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi dan pelbagai
karya sastera yang lain.
Usaha yang kedua adalah mengadakan kempen membaca secara besar-besaran bagi
memupuk minat membaca di kalangan pelajar mahupun masyarakat.Justeru,untuk menghasilkan
sebuah karya yang baik memupuk minat membaca di dalam diri seseorang merupakan satu
intensif yang bijak.Dengan wujudnya minat membaca para pelajar mahupun masyarakat dapat
memperolehi perkataan yang baru dan indah sebutannya untuk menghasilkan karya sastera yang
baik.Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi,agar minat membaca dan minat
terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja.Melalui kempen seperti ini,para pelajar dan
juga masyarakat akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh
pengarang mahupun sasterawan Negara.Contohnya,kempen ini perlu dianjurkan sebulan sekali
atau dua bulan sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat
dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi.
Usaha yang seterusnya adalah menerapkan minat membaca karya sastera semasa
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Sekiranya cara ini dijalankan,kemungkinan
besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan di dalam diri para pelajar dan juga guruguru.Terdapat juga guru yang tidak tahu apa itu karya sastera,Walaupun tugasnya sebagai
seorang guru, belum pasti guru itu tahu apa yang dimaksudkan dengan karya
sastera.Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah,secara automatiknya para pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang
karya sastera.Pihak sekolah atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini
agar minat terhadap karya sastera tidak akan hilang dari jiwa para pelajar mahupun guruguru.Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran bahasa melayu agar guru dapat
menerangkan dengan lebih terperinci,memberi perhatian semasa guru mengajar.Guru juga
perlulah memberi komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya
sastera.
Selain itu,kementrian pelajaran perlulah mengadakan minggu sastera seperti minggu
yang diadakan sekarang.Seperti,minggu bahasa melayu,minggu bahasa inggeris dan
sebagainya.Dengan adanya minggu sastera ini,karya sastera tidak akan lupus ditelan zaman dan
para pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera.Minggu sastera ini juga dapat
memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk membaca karya
sastera.Melalui minggu sastera ini,pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk
menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karya sastera.Secara tidak
langsung,minggu sastera ini dapat memberi input yang positif terhadap usaha kerajaan untuk
memupuk minat membaca karya sastera di kalangan para pelajar,guru-guru dan juga
masyarakat.Dengan wujudnya minggu sastera di semua sekolah di Malaysia,minat membaca
karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman.
Usaha seterusnya adalah memperluaskan perpustakaan di sekolah dan
memperbanyakkan buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan
awam.Setiap sekolah mempunyai perpustakaan sendiri,namun kadar kemasukan para pelajar
sangat mengecewakan.Untuk memupuk minat membaca karya sastera dn juga minat membaca
buku,kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di
sekolah.Contohnya,sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan juga
karya sastera,menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.
Dengan wujudnya usaha-usaha yang drastik dan konkrit,masalah memupuk minat
membaca karya sastera dapat diatasi dengan begitu mudah sekali.Pihak kerajaan dan pihak
sekolah juga perlu berusaha untuk memupuk minat membaca karya sastera dikalangan para
pelajar mahupun masyarakat.PUPUKLAH MINAT MEMBACA KARYA SASTERA DARI KECIL

CARA-CARA MENGATASI TEKANAN


Pelajar-pelajar sering berhadapan dengan tekanan untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran.
Kemukakan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengatasi tekanan.

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini
bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana
yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan
yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan
atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan
pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi
sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan,
manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan
sehingga tekanan yang dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar,
saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor
terutamanya faktor pelajaraan. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa
langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.
Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat
berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah, iaitu
aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara
kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain
badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain futsal dan
badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat
dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan
akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas
melakukan riadah, saya akan tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar segala masalah yang
membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran menjadi lapang. Ada waktunya
saya melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan
sepenuhnya dengan melakukan perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi,
mahupun masalah pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya
menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu meningkatkan
kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk mengurangkan tekanan.
Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri,
terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya memiliki kesihatan yang baik
tanpa menghadapi tekanan, saya sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi
yang kritikal dan sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian
tersebut, sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau
diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan
secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan.
Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran
pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan
minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan
saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai
kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang
diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar
saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat
menerima kritikan tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya
akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi
tekanan dengan fikiran yang positif.
Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun
muzik antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di
dalam jiwa saya yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan
keceriaan, walaupun sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan
dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang
efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan
dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang
lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula
akan menjadikan diri dibuai perasaan. Seni katanya yang melankolik akan menyumbang ke arah
penghayatan yang tinggi seolah-olah saya turut merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh
pelantun lagu tersebut. Jika tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan
sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata-kata pujangga
yang menukil bahawa muzik tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa
muzik juga kehidupan akan menjadi sepi. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati,
malah muzik seperti memiliki kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya
hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.

Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang
dihadapi. Setiap hari saya akan mendirikan sembahyang, sekurang-kurangnya lima kali sehari
kerana sembahyang merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini
bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, sembahyang memberikan ketenangan yang
tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Sembahyang yang khusyuk akan menjadikan saya
melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan betapa dekatnya diri
saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih.
Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik
Norhisham Mustaffa bahawa sembahyang merupakan senaman yang paling ampuh untuk
memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud, darah akan
mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua
sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk
senaman yang begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu
membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan
menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya
menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan
yang dihadapi.
Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap tahun ayah
dan ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah
melawat Indonesia, China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap
kali melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya
melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang
mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau
setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika melancong itu, saya dapat menikmati
keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping menambahkan pengetahuan tentang
budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud peribahasa jauh berjalan luas
pandangan. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat
menyaksikan keunikan budaya mereka walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu
Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan
tubuh mereka dengan iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan
untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di republik
tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang amat halus.
Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli-belah cukup membantu saya
melupakan segala tekanan yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan
dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi
segala tekanan yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan
masalah dan tekanan juga merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang
berseri umpama pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih
matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya masih memerlukan
insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam hal ini, kedua-dua ibu bapa akan
menjadi sumber rujukan saya di samping rakan-rakan sebaya yang rapat hubungannya dengan
saya. Saya juga tidak melupakan guru yang mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu.
Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu saya
menghadapi semua tekanan dengan tenang.

KEPENTINGAN KEJIRANAN
Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan
hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak serai. Sehubungan
dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di
kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain.
Namun ada lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan
bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan
semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan
oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat
kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota
masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan
komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan .
Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna
kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk
dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk
ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan
dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969
menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan
musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat
yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling
menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu
padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat.
Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat
sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan
secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana
yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok
tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya,
kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman
perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat
komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota
masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi
membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan
awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu
padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan
yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan
salah satu elemen penting dan vitalyang membantu melahirkan anggota masyarakat yang
harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan,
pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai
contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan

negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan
contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran
solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas
menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu
hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara
ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni
budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya,
perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika
musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah
Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum
di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar,
produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat
menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa
pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi
budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di
luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting
dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya
cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing
pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak
jagat.

Tajuk : Amalan Berjimat-cermat Mendatangkan Pelbagai Manfaat


Kepada Sesebuah Negara. Huraikan Kepentingan-Kepentingan dan Langkah-Langkah Amalan
Berjimat-cermat.
Pendahuluan :
Istilah berjimat-cermat sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan pada zaman muasir ini. Adakah
masyarakat Malaysia tidak tahu berjimat-cermat? Sebenarnya berjimat-cermat merupakan istilah
keramat yang memacu kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara.Tanpa amalan tersebut

maka tidak mustahilah negara akan terdedah kepada krisis ekonomi,maka mundurlah ekonomi
negara tersebut. Dalam konteks ini, semua individu dalam sebuah negara memainkan peranan
penting dalam mengamalkan amalan berjimat-cermat.Terdapat banyak faedah yang diperoleh
daripada amalan itu.
Isi 1: Persediaan dan Jaminan Masa Hadapan.
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?
Amalan berjimat-cermat membolehkan individu merancang masa depan mereka.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Hal ini perlu dilakukan oleh semua orang bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat
sebelum habiskerana kita tidak menduga sesuatu perkara yang akan berlakupada masa hadapan.
Bagaimanakah amalan ini perlu dilakukan?
Golongan masyarakat terutamanya ibu bapa perlu mengamalkan sikap berjimat-cermat
terutamanya dalam aspek kewangan kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukitdan sehari
selembar benang lama-lama menjadi kain. Hal ini akan dapat membantu mereka membiayai
perbelanjaan pendidikan anak-anak apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading. Masyarakat
terutamanya generasi muda perlu merancang perbelanjaan mereka agar tidak berdepan dengan
masalah apabila menempuh usia emas kelak. Kebanyakan warga emas menghadapi masalah
kerana mereka gagal merancang kewangan ketika usia muda. Hal ini perlu dielakkan supaya tidak
seperti pepatah sudah terhantuk baru tengadah.
Contoh
Sebagai contoh, apabila anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran, ibu bapa akan memerlukan kos
yang banyak.Sekiranya ibu bapa mempunyai wang simpanan, mereka tidak menghadapi apa-apa
masalah, sebaliknya jika ibu bapa tidak mempunyai wang simpanan, mereka akan tertekan dengan
kemelut kewangan sekali gus akan mengharapkan biasiswa dan pinjaman daripada pihak kerajaan.

Rumusan isi
Oleh itu, kita janganlah menjadi masyarakat yangn sentiasa mengharapkan bantuan daripada
pihak kerajaan dan melahirkan bangsa yang sentiasa bertongkat. Oleh hal yang demikian, amalan
berjimat-cermat ini dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang bahagia kerana
tidak mengalami sebarang tekanan kewangan kerana mempunyai wang simpanan mereka sendiri.

Isi 2 : Persediaan Menghadapi Waktu Kecemasan.


Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?.
Malang tidak berbau. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada
sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.Sejajar
dengan itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan
apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan
dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu mengemis di meratarata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat ini sangat penting
kepada masyarakat sebagai satu persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia
hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan.
Bagaimanakah amalan ini penting kepada seseorang?
Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh pesakit
terutamanya apabila melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan
beratus-ratus ribu ringgit. Kos rawatan yang terlalu tinggi ini tentulah membebankan pesakit
tersebut.

Contoh.
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti kanser,
rawatan pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu ringgit. Kegagalan
pesakit menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat
rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir dengan kematian.
Rumusan isi.
Rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu
persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa
pesakit.

Isi 3 : Kestabilan Ekonomi Negara.


Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?
Salah satu faedah berjimat-cermat ialah ekonomi negara dapat distabilkan.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Tanpa kestabilan ekonomi negara, sesebuah negara tidak dapat dibangunkan atau dimajukan.
Komitmen seseorang amatlah diharapkan bagi membangunkan ekonomi Negara.
Bagaimanakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Seseorang itu dapat berjimat cermat dengan cara membeli barangan buatan tempatan atau
melancong dalam negara mereka sendiri. Apabila seseorang itu membeli barangan buatan
tempatan, hal ini akan mengelakkan pengaliran wang keluar wang dan menggalakkan wang
beredar dalam negara. Jika kita membeli barangan buatan tempatan dan bukannya barangan
import, wang yang kita bayar atau belanjakan itu akan diterima oleh pengeluar tempatan dan
wang tersebut boleh mengalirdalam negara.
Contoh
Maka pendapatan yang ada, negara akan dapat membiayai pelbagai projek yang mendatangkan
keuntungan, lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi. Negara juga tidaklah perlu memuat
pinjaman kewangan dari Bank Dunia justeru, maruah negara dapat diselamatkan. Oleh yang
demikian itu, kegiatan ekonomi tempatan dapat dihidupkan secara lebih aktif dan
efektif. Impaknya, ekonomi menjadi lebih mampan.Seseorang individu atau masyarakat turut dapat
membantu kestabilan ekonomi negara dengan mengamalkan pelancongan domestik. Mereka
digalakkan melancong dalam negara mereka sendiri seperti peribahasa hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri Apabila hal ini berlaku, maka secara
tidak langsung mereka telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi. Ekonomi negara
akan menjadi lebih teguh dan mantap. Wang yang dibelanjakan akan diterima oleh pengusaha
tempatan dan hal ini bermakna wang itu seterusnya akan beredar dalam kalangan rakyat
tempatan.
Rumusan isi
Oleh itu, jelaslah bahawa sikap berjimat-cermat merupakan salah satu punca yang menyumbang
ke arah kekukuhan ekonomi negara. Sejajar dengan itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan
amalan yang terpuji itu.

Langkah-Langkah Amalan Berjimat-cermat


Isi 4: Peranan ibu bapa
Apakah peranan ibu bapa untuk memupuk amalan berjimat -cermat.

Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mengamalkan tabiat suka
berjimat-cermat,sebagaimana pepatah Melayu ada menyebut bagaimana acuan begitulah
kuihnya.

Mengapakah ibu bapa perlu menunjukkan sikap berhemah ketika berbelanja?


Ibu bapa menunjukkan sikap bijak dan berhemah apabila berbelanja dan menunjukkan contoh
yang baik kepada anak-anak sama juga seperti peribahasa bapa borek anak rintik.

Bagaimanakah ibu bapa boleh memupuk amalan berjimat-cermat?


Antara langkah permulaan yang boleh dilakukan ialah menggalakkan anak-anak membawa bekal
makanan ke sekolah.Dalam hal ini, anak-anak mereka bukan sahaja ditanam minat suka menabung
dan berjimat-cermat tetapi juga membawa bekalan makanan seimbang yang disediakan oleh ibu
dari segi khasiatnya malah terjamin kebersihannya. Tidak timbul lagi masalah keracunan makanan
yang sering dihadapi oleh pelajar seandainya mereka makan makanan di kantin sekolah atau yang
dibeli di luar.

Contoh
Sebenarnya, penabungan wang belanja yang diberi oleh ibu bapa dapat digunakan untuk membeli
barang keperluan yang berfaedah seperti barangan peribadi ataupun buku-buku rujukan.Hal ini,
sebagai serampang dua mata, selain berjimat-cermat, pada masa yang sama dapat merasai air
tangan ibu dan boleh mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.

Rumusan isi.
Kesimpulannya, membawa bekalan makanan dari rumah ini perlu dijadikan satu budaya yang patut
diamalkan oleh setiap pelajar.

Isi 5: Peranan kerajaan dan rakyat

Apakah peranan kerajaan dan rakyat dalam usaha menggalakkan sikap berjimat-cermat?
Salah satu langkah untuk menggalakkan sikap berjimat-cermat, kerajaan perlu menyeru rakyat
agar membuat pelaburan pendidikan untuk anak-anak.

Mengapakah pelaburan pendidikan ini amat berguna kepada ibu bapa dan anak-anak?
Pelaburan pendidikan ini amat berguna kerana para ibu bapa dapat mempersiapkan diri awal-awal
lagi untuk membiayai pendidikan anak-anak agar tidak perlu berhadapan dengan masalah
kewangan ketika sampai masanya anak-anak memasuki institusi pendidikan. Janganlah nanti anakanak terpaksa mengalah untuk tidak menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan.

Bagaimanakah caranya ibu bapa boleh melabur dalam skim pelaburan pendidikan?
Para ibu bapa boleh memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membuat
simpanan dalam skim pelaburan pendidikan.

Contoh

Pada hari ini, banyak syarikat insuran, umpamanya Malaysian National Insurance (MNI), Malayan
Alliance Assurance (MAA), Insuran Takaful dan Takaful Nasional serta bank-bank perdagangan lain
yang menawarkan pelan pendidikan untuk meringankan beban ibu bapa bagi menampung
pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa depan. Amalan ini sesuai dengan peribahasa
Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan.

Rumusan isi.
Sesungguhnya, kita tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata kerana kita perlu
berusaha sendiri untuk menempa kejayaan anak-anak. Pelaburan awal ini dapat menjamin
penerusan kegemilangan generasi cemerlang.

Isi 6: Peranan golongan wanita

Apakah peranan golongan wanita dalam amalan berjimat-cermat?


Kajian menunjukkan bahawa golongan wanita memainkan peranan penting dalam mencorak
perbelanjaan keluarga.

Mengapakah wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi?


Bagi golongan wanita yang celik ekonomi,mereka akan sentiasa peka dan mengambil berat
tentang wang yang dibelanjakan.

Bagaimanakah golongan wanita boleh menstabilkan ekonomi rumahtangga?


Oleh itu, untuk memastikan ekonomi dalam rumahtangga mereka sentiasa stabil, wanita yang
bergelar suri rumah harus bertindak dengan bijaksana serta teliti ketika berbelanja. Suri rumah
perlu mengikis sikap terburu-buru semasa membuat pilihan kerana hal ini akan merugikan diri.

Contoh
Sebagai contoh, mungkin mereka terpaksa membeli barangan yang tidak perlu atau tidak
berkualiti hanya kerana tertarik dengan iklan-iklan jualan murah yang indah khabar daripada
rupa. Selain itu, sekiranya mereka ada masa terluang, suri rumah ini juga boleh menyahut seruan
kerajaan agar berjimat-cermat melalui penanaman sayur-sayuran atau memelihara ayam itik di
belakang rumah. Kebaikannya memang ketara iaitu di samping dapat menghidangkan sayursayuran yang segar untuk keluarga, mereka juga dapat membantu suami mengurangkan
perbelanjaan rumahtangga. Pada masa yang sama, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan agar
membeli barangan buatan tempatan perlu dimanfaatkan oleh golongan wanita. Jika selama ini
mereka terlalu taksub dengan barang-barang buatan luar negara yang kononnya berkualiti
tinggi,kini mereka boleh beralih arah dengan barang-barang buatan tempatan yang tidak kurang
hebatnya. Selain murah, barang-barang ini juga mempunyai kualiti yang lebih baik.

Rumusan isi
Oleh itu, di samping berjimat cermat, suri rumah juga dapat membantu menjana ekonomi negara.

Penutup
Konklusinya, amalan berjimat-cermat perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar hasrat
murni kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai.Sesungguhnya, amalan

berjimat-cermat dapat meloloskan diri daripada belenggu inflasi yang melanda negara. Secara
tidak langsung, hal ini akan melahirkan warga negara yang bijak dan berhemah dalam mengurus
ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.Maka, sekiranya kita sayang akan keluarga dan negara
daripada dibebani kebejatan ekonomi,kita perlu menggembleng tenaga dalam mengamalkan
budaya berjimat-cermat. Akhir kalam, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakitsakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

PERPADUAN

Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk meningkatkan
perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan
perpaduan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke
semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa
terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan
perpaduan rakyat? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,
perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan
sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah
yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?
Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai
murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya
sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia.
Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita haruslah
mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah
meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu atau bekerjasama serta
mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan
perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.
Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan
mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah
menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti Perpaduan Teras Kejayaan. Aktiviti sebegini
haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal
ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan
kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan
negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. Puncanya ialah
ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, sesebuah negara
yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat, kini, mereka hidup
porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya
tentulah tidak!
Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami
budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya,
mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari perayaan supaya
dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan
kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan tersebut dan
seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun pertelagahan yang tidak diingini.
Mereka juga harus memahami bahawa bersatu teguh bercerai roboh.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat
dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka
dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam keluarga
merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai murni daripada
ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan kepada anak-anak
mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni.
Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anakanak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan
yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke
lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan.
Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus
bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang. Ingatlah bahawa
sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya kerana telur sesanggkak,
pecah sebiji pecah semuanya.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM


Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya
terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh
yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat
hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan
sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap
anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan
telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap
rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini
memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan
politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia.
Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar
yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara
Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi
arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelaburpelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi
pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam mendatang
kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa
Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa
Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima
dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock,
Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur
untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab
kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui
perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan
yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh
seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia
sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan
keharmonian negara,
Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan
ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun
Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat
Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa
berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam

kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila
pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses
memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum
amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas
rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar
belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan
kata bersatu teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri
penting hidup bersatu-padu.

USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA


Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati
lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni Bersekutu Bertambah
Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya
menjadi kebanggaan Negara kita.
Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk
memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk
bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka
dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal
maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh
sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.
Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang
berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan
lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling
menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum
rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh
, ambil yang jernihternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.
Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan
kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan.
Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya,
sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan
kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat
mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen
perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini
kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan
mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.
Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anakanak ke sekolah kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang
tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan
mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk
membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk
memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan
kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi
dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.
Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk
perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju

dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman
prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat
perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati
sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

LAMAN SOSIAL
Karangan : Kebaikan & Keburukan Laman Sosial
Pendahuluan
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman
sosial seperti Facebook, My Space, Frienster, Twitter dan sebagainya mendapat perhatian
masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial
tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah
menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan
waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat
menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini
telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja.
Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru
di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu
telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan
antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari
kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh
rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil
juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat
seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan
rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara
menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman sesawang
sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya
laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook.
Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan
membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat
menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan
bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan
tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli barangan
tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh
penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat
membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.
Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan
kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak
penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku
terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru
dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta
oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan
dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan
menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat
yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang
dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi
mangsa rogol.

Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan
sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam
laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan
pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.

Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran
dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada
masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu
peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka
tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi
tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan
masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir masa.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan
kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh
pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang
tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap
perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik daripada
mengubati".

Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah.


Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui
jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah
manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali
silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya
khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman
dan petua.

2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.


Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial.
Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak
dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit
dapat dibincangkan.

3. Mudah menyebarkan maklumat.


Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari
alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh
di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan
cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan.
Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat.
Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai
contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan
mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini
dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat
disebarkan.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja
sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini

dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan
kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.

1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat


Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan
perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh
berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang
dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang
perniagaan.

2. Sekadar untuk mengisi masa lapang


Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial
seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka
yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat
promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.

3. Untuk mencari pasangan hidup


Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk
mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita.
Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu,
silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial.

4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap.


Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial
terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba
mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body
masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu.

5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat


Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info
terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan
mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.

6. Aplikasi menarik dan ketagih game


Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada
penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium
terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat
menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan
menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada
waktu malam.

Keburukan laman sosial


1. Melalaikan/melekakan.
Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan
tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya
mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai games, group provokasi/gossip
dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan
pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti
melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.

2. Obses/ketagihan.
Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga
menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil
ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam
bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.

3. Terhakis pergaulan secara realiti.


Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit
sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin
renggang.

4. Gangguan kesihatan.
Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana
terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada
radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam
laman web sosial.

5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali.


Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati
dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan
sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan
mangsanya.

6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat.


Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca
daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki
menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks
maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes
perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman
web social

Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah
kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang
menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap
aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat
dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak
membawa padah kepada diri dan orang lain

Anda mungkin juga menyukai