Anda di halaman 1dari 4

Punca-punca keruntuhan akhlak remaja (Isi)

Antara punca keruntuhan akhlak remaja termasuklah masalah institusi keluarga.


Keluarga merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari
segi fizikal. Kita dilindungi daripada masalah dan pancaroba di dunia luar. Namun,
sekiranya remaja kehausan kasih sayang daripada ibu bapa, mereka mungkin
melakukan gejala sosial untuk menarik perhatian mereka. Misalnya, gengsterisme,
vandelisme dan lain-lain. Tidak mustahilah banyak remaja yang terjebak dengan gejala
sosial datang daripada keluarga yang kurang sempurna.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyumbang ke arah gejala sosial . Rakan
sebaya mengambil alih tanggungjawab ibu bapa kita semasa di luar. Rakan yang
berpengaruh baik mampu membentuk sahsiah yang positif dalam diri remaja. Namun,
rakan yang bersikap negatif akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan
mereka seperti "api yang mampu membinasakan kehidupan". Rakan sebegini
mencabar remaja untuk melanggar peraturan sekolah dan menyebabkan mereka
terjerumus ke dalam lembah kejahatan. Lantas, remaja itu akan mempunyai masa
hadapan yang gelap kerana telah diracuni dengan niat yang salah.

Seterusnya, pengaruh media massa turut mengundang isu sosial dalam kalangan
remaja. Dalam menempuh era globalisasi yang sarat dengan alat teknologi yang
semakin dengan pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan, remaja telah dipengaruhi
oleh media massa cetak dan elektronik. Terdapat segelintir remaja yang kurang
berfikiran matang menyalahgunakan internet dan dipengaruhi oleh paparan laman
web yang kurang sihat. Contohnya, aksi-aksi keganasan, kelucahan dan sebagainya.
Melalui media massa cetak yang penuh dengan hegemoni barat yang semakin menular
dalam masyarakat kita, remaja suka meniru tabiat idola mereka yang kadang-kala
menonjolkan gaya yang membinasakan nilai murni yang dipupuk dalam sanubari
mereka sejak bangku sekolah. Akhirnya, remaja akan melakukan aktiviti yang
menimbulkan ketidaktenteraman dalam masyarakat seperti pergaulan seks bebas, lari
dari rumah, menagih dadah dan lain-lain. Bak kata pepatah, nila setitik rosak susu
sebelanga. Masyarakat kita turut dianggap berminda kelas ketiga dan negara tidak
aman.

Akhir sekali, tekanan di sekolah juga merupakan punca dominan masalah sosial dalam
kalangan remaja. Tatkala remaja diberikan terlalu banyak kerja rumah atau tekanan
untuk berjaya dalam peperiksaan, mereka mudah mencari kaedah untuk melepaskan
kemarahan dan tekanan mereka. Misalnya, menghisap dadah, ponteng sekolah,
melakukan vandelisme dan lain-lain. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka
sebagai seorang pelajar dan asyik menggunakan jalan belakang untuk menyelesaikan
masalah di sekolah. Terdapat remaja juga yang membuli pelajar lain kerana tertekan.
Jelaslah bahawa tekanan emosi yang dialami remaja mendorong mereka untuk
terjebak dalam kancah negatif.

Konflik atau krisis yang melanda sesebuah rumah tangga turut meninggalkan pelbagaiimplikasi negatif
ke atas remaja.Konflik rumah tangga yang berlaku antara ibu bapasering kali berakhir dengan tragedi
penceraian. Rentetan itu, anak-anak atau remaja yangtidak berdosa acap kali menjadi mangsa. Ibu
bapa era tamadun saintifik hari ini telahmelupakan akan kepentingan cogan kata yang berbunyi
Rumahku Syurgaku
,
keluargabahagia dan Masyarakat penyayang
sehingga merintis kesempatan kepada remajauntuk terperosok dalam pelbagai
delinkuen sosial
. Ibu bapa yang sudah tidak sehatisejia dan tidak menjadi
uswah hasanah
untuk diteladani.Keadaan keluarga yang porak- peranda boleh mengakibatkan remaja memilih jalan
yang kurang sihat untuk mencariketenangan. Keadaan sebegini sudah semestinya akan
membangkitkan perasaan benci,marah dan malu di dalam jia remaja sehingga mendorong mereka
mencari sertamemilih jalan penyelesaian negatif dengan terjebak
dalam.................................................................................................Isi :
Sikap ibu bapa yang terlalu mempercayai dan memberi kebebasan mutlak kepada remaja.
-Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu mempercayai dan memberi kebebasanmutlak kepada remaja
turut mengakibatkan pelbagai
keboprokan
akhlak.
Lahirnya seorang insan yang kamil,kreatif,inoatif,progresif dan agresif adalah tersandar sepenuhnya
pada bahu ibu bapa
. !amun begitu,tindakansegelintir ibu bapa pada "aman digital ini yang sering kali
mempertahankansegala kesalahan dan keterlanjuran anak-anak sudah jelas akan merintis
peluangserta ruang kepada remaja untuk bertindak lebih liar melampaui batas-bataskemanusiaan dan
keagamaan. Selain itu, kesanggupan dan kesediaan ibu bapauntuk memenuhi segala aspirasi dan
permintaan anak-anak sudah pasti akanmemberi laluan mudah kepada segelintir remaja untuk
bertindak mengikut naluriserta emosi.Ironinya,anak-anak menjadi terlalu manja dan tidak
lagimengendahkan teguran ibu bapa serta mula terjerumus dalam pelbagai
kebejatansosial...............................…

Ibu bapa sibuk menghambat kekayaan dan kemewahan


- #arcapada ibu bapa terlalu rakus mengejar kekayaan dan kemeahan di dunia yang penuh dengan
pancaroba ini. Keghairahan ini mengakibatkan mereka mengabaikantanggungjaab untuk mentarbiah
dan meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa menjadi terlalu sibuk sehingga
anak-anak di rumah terabai danterbiar.$nak-anak yang umpama sehelai kain putih tidak dicorak oleh
ibu bapa. !atijahnya ,anak-anak mengalami kekosongan jia dan
dimomokkan
dengan pengaruhluaran seperti pengaruh negatif rakan sebaya.Rentetan itu,pemirkiran remaja
diracuni danakhirnya mereka terjebak dalam pelabagai masalah sosial yang boleh meranapkan
masadepan remaja.%leh itu,sikap ibu bapa yang materialistik dan indi&idualistik menyebabkananak-
anak terlibat dalam........................................…

'eribahasa :
!ak nyiru bak tampian,bak guru bak anak sasian
#aksud :
anak murid akan mencontohi sikap guru yang tidak baik
Institusi keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah masyarakat madani yang
harmonis. Sebuah keluarga yang bahagia dan aman akan melahirkan individu-individu yang menjadi
penjana atau penggerak utama kepada kemajuan negara. Sesebuah negara hanya akan melonjakkan
namanya di persada antarabngsa jika setiap ahli dalam institusi kekeluargaan itu bertanggungjawab,
berdaya saing dan intelektual. Namun begitu, pada alaf baru ini, isu kekeluargaan sering dipandang
enteng dan hanya menjadi sesuatu yang remeh bagi kebanyakkan ahli masyarakat. Dunia tidak lagi
mengambil berat tentang isu kekeluargaan, walaupun pada hakikatnya, institusi keluarga amat
penting bagi kehidupan manusia sejagat. Natijahnya, keluarga menjadi goyah, porak- peranda dan
seolah-olah diibaratkan hanyut dan tenggela dalam arus kemodenan dunia. Gaya hidup masyarakat
yang sudah berubah ke arah yang tidak mementingkan kasih sayang menjadi salah satu faktor utama
kepada kebobrokan institusi kekeluargaan pada hari ini.

Wang dan harta kekayaan menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan
seseorang. Walaupun begitu, wang tidak boleh dianggap sebagai pengganti kasih sayang dalam
sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, rata-rata manusia berfikiran materialistik dan
menjadikan kehidupan mereka bertuhankan wang. Inilah yang menjadi faktor utama kepada
kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa tidak lagi ‘bagai menatang minyak yang penuh’
terhadap anak-anak mereka. Sebaliknya sibuk mengejar kemewahan dunia yang sementara. Mereka
rerlalu leka mencari wang untuk kepuasan diri sehingga mengabaikan tanggungjwab mereka yang
paling penting iaitu sebagai peneraju utama keluarga. Peraana sebagai ibu bapa hanya dilaksanakan
bak ‘melepaskan batuk di tangga’ seolah-olah sebagai kerja sampingan yang tidak berfaedah.
Keghairahan ibu bapa mencari kekayaan material menghalang mereka untuk memberi kasih sayang
dan didikan yang sempurna kepada anak-anak. Anak-anak menjadi seperi hamba yang kehausan kasih
sayang dan diabaikan begitu sahaja. Kebanyakan mas ibu bapa dihabiskan ditempat kerja dan lebih
menyedikan, ada ibu bapa yang sanggup mengorbankan masa cutinya di rumah untuk pergi bekerja.
Jika diimbas kembali pada masa silam, hubungan kekeluargaan menjadi kukuh kerana ibu bapa
banyak meluangkan mas bersama anak-anak, contohnya makan bersama, bekerjasma membersihkan
rumah dan beriadah bersama. Namun kini, semua gaya hidup ini semakain pudar dan ditinggalkan
walaupun masih ada segelintir manusia yang masih sedar kepentingan hubungan kekeluargaan. Oleh
itu, jelaslah bahawa cara hidup ibu bapa yang terlalu mementingkan material telah menyebabkan
kemerosotan dalam hubungan kekeluargaan.
Selain itu, institusi keluarga pada hari ini mengamalkan cara hidup yang tidak mementingkan
pendidikan agama dan kerohanian. Ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan bercorak duniawi tanpa
menitikberatkan oengetahuan agama yang menjadi cara hidup yang sepatutnya diamalkan. Anak-
anak lebih didedahkan kepada dunia terknologi berbanding kepada ajaran agama. Akhirnya, anak-
anak menjadi tidak bermoral, bersikap liar dan tidak lagi menghormati ibu bapa. Sikap hormat kepada
orang yang lebih tua kurang diamalkan oleh anak-anak kerana anak-anak tidak diajar dan diberi
didikan agama yang sempurna. Sesebuah keluarga hanya dapat hidup sejahtera dan bahagia
sekiranya setiap anggota keluarga memahami prinsip agama yang sebenar. Ibu bapa yang cetek dalam
pengetahuan agama juga akan kurang bertanggungjawab kerana mereka tidak berasa bahwa amanah
yang dipikul itu adalah sesuatu yang berat dan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka,
keluarga yang dibentuk tidak sempurna dan ikatan kekeluargaan yang dijalin menjadi tidak kukuh dan
renggang. Oleh itu, oendidikan agama yang kurang sempurna akan menyebabkan sesebuah keluarga
itu kucar-kacir dan tidak aman.

Pada hari ini, ibu bapa dilihat terlalu sibuk dengan aktivit kemasyarakatan ataupun sosila.
Cara hidup sebegini banyak berlaku terutamnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.
Kebanyakan ibu bapa gemar melibatkan diri secara aktf dalam kegiatan sosial, contohnya kelab-kelab,
persatuan atau badan-badan sukarela. Usaha melibatkan diri dalam kegiatan sosial sememangnya
suatu amalan yang baik dan digalakkan namun, ibu bapa tidak sepatutnya mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan ini
menyebabakan masa bersama anak-anak menjadi kurang. Mereka sewajarnya mengimbangkan masa
mereka antara keluarga dan ativiti luaran. Sekiranya masa banyak dihabiskan luar rumah, maka
mereka tidak berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak agar hubungan kasih sayang dapat
diwujudkan. Akibatnya, anak-anak kekurangan kasih sayang dan didikan yang menjadi aset utama
kepada anak-anak yang membesar. Mereka akan berasa terasing dan kesunyian makah lebih malang
lagi jika mereka terlibat dalam gejala sosial. Terbuktilah bahawa gaya hidup ibu bapa pada hari ini
yang terlalu aktif dalam kegiatan sosial boleh meruntuhkan institusi keluarga.

Selain itu, anak-anak kini lebih suka tinggal secara berasingan dengan ibu bapa untuk
membina kehidupan sendiri. Kebanyakan anak-anak yang sudah bekerja atau telah berumah tangga
menetap di kawasan yang jauh daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka sukar untuk menemui ibu
bapa mereka dan hanya berpeluang untuk pulang ke rumah ibu bapa pada hari-hari cuti khususnya
hari perayaan. Ada juga anak-anak yang terus menghilangkan diri setelah berpindah ke tempat lain.
Mereka terus leka dan lalai dengan kehidupan sendiri hingga melupakan jerih lelah ibu bapa mereka
yang telah membesarkan mereka hingga berjaya. Ikatan kekeluargaan yang terjalin menjadi linggar
akibat kurangnya hubungan mesara dan komunikasi bersama ibu bapa. Sikap anak bak ‘kacang
lupakan kulit’ semakin berleluasa di kalangan masyarakat dan menjadikan institusi keluarga tidak lagi
bahagia. Oleh itu, kurangnya komunikasi atau interaksi antara ibu bapa dan anak yang tinggal
berjauhan menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.

Anda mungkin juga menyukai