Anda di halaman 1dari 1

Punca pengabaian anak terhadap ibu bapa

Punca utama pengabaian ibu bapa berlaku disebabkan masyarakat zaman ini tidak dididik atau diasuh
dengan baik oleh ibu bapa mereka. Ada ibu bapa yang tidak mengasuh anak dengan baik atau memberi
teladan yang tidak betul kepada anak terutamanya dalam aspek penjagaan orang tua. Apabila anak
melihat kelakuan ibu bapa yang tidak menghormati orang tua mereka itu sudah pasti anak tersebut akan
memahami sesuatu lalu mengambil jalan yang serupa pula. Ringkasnya, pengabaian ibu bapa bolehlah
dituding kepada kegagalan mendidik anak oleh golongan tua pada suatu ketika itu.

Selain itu, kos kehidupan yang tinggi terutama di kota telah mendesak beberapa ahli masyarakat untuk
membiarkan ibu bapa mereka begitu sahaja. Golongan yang berpendapatan rendah sudah pasti akan
mengalami masalah kewangan kerana kos hidup sudah terlalu tinggi untuk menyara keluarga sendiri
apatah lagi menyara ibu bapa mereka itu. Masyarakat berada dalam dilema sama ada mahu
menyelamatkan keluarga sendiri atau membantu menjaga ibu bapa yang sudah tua tersebut. Jelaslah,
isu pengabaian ibu bapa banyak dikaitkan dengan aspek kewangan terutamanya golongan yang
berpendapatan rendah kerana kos menjaga orang tua begitu mahal.

Pengabaian warga emas juga berpunca daripada sikap golongan muda dewasa ini yang terlalu taksub
dengan dunia kebendaan dan mementingkan diri. Kesibukan mengejar duniawi menyebabkan mereka
sanggup menetap diluar Negara untuk tempoh yang tertentu bagi memastikan pencapaian cemerlang
mereka dalam dunia kerjaya. Bagi mereka, tugas mengejar kekayaan , kemewahan dan kesenangan
adalah segala-galanya . sama ada kebajikan ibu bapa mereka terbela atau tidak , bukanlah persoalan
yang harus difirkan serta diabil tindakan yang sewajarnya.

Tambahan pula, kajian membuktikan bahawa pengabaian ibu bapa banyak disebabkan oleh sikap ibu
bapa yang terlalu bergantung harap kepada anak mereka. Pada pandangan ibu bapa, anak menjadi
jaminan untuk mereka meneruskan kehidupan setelah hari tua kelak. Sikap bergantung harap ini mudah
mencetuskan konflik sesama anak sehingga menjadikan hubungan ibu bapa dengan anak mereka akan
terjejas pada masa hadapan. Sesungguhnya, ibu bapa yang berdikari boleh membantu anak mereka
dalam usaha menjalani kehidupan yang lebih bererti pada masa depan.

Kesimpulannya, masalah pengabaian ibu bapa yang sudah tua telah menjadi duri dalam daging dalam
kalangan masyarakat kita. Sikap menuding jari dengan menyalahkan satu sama lain bukanlah satu
kaedah yang tepat dalam mengekang isu ini. Sudah sampai masanya semua pihak duduk semeja untuk
mencari jalan tengah menyelesaikan kemelut yang bakal menghantuai masa depan negara tersebut.
Peribahasa tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain harus menjadi penringatan kepada
anak supaya terus menghargai ibu bapa yang sudah banyak kali menjaga mereka ketika kecil itu.

Anda mungkin juga menyukai