Anda di halaman 1dari 4

Usaha Meningkatkan Tahap Profesionalime Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Pendahuluan

Warga pendidik pada masa kini bukan sahaja perlu menyiapkan diri dengan ilmu dalam bidang pengkhususannya sahaja malah perlu menambah kemahiran bersesuaian dengan hambatan dan cabaran semasa. Oleh kerana bidang saya adalah Pendidikan Islam, maka cabaran yang sedang dan akan mendatangi saya tentulah amat merungsingkan. Rungutan seperti pelajar kurang minat belajar subjek pendidikan Islam, susah untuk difahami dan membosankan sudah menjadi lumrah. Ditambah pula laporan Jemaah Nazir Sekolah bahawa kaedah dan strategi pengajaran bagi mata pelajaran ini lebih cenderung kepada cara tradisional. Walaupun dari satu sudut, gambaran ini agak negatif namun hal ini merupakan peluang saya untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme keguruan bagi melonjak pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan peperiksaan mereka.

Profesionalisme menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah; sifat-sifat seperti kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional1. Maka, frasa meningkatkan tahap profesional merujuk kepada usaha berterusan untuk meningkatkan kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, beberapa langkah dan usaha ke arah mencapai hasrat tersebut perlu dilakukan segera. Elemen pertama Persediaan mengajar

Bagi mengelakkan pengajaran secara semberono, guru perlu membuat persediaan mengajar yang baik agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Langkah ini akan membantu guru untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan di dalam kelas melalui aktiviti yang lebih spesifik2. Inilah langkah paling penting kerana melalui persediaan rapi, guru akan dapat menentukan sukatan pelajaran yang berkaitan, menentukan objektif pengajaran, merancang pengajaran berkesan dalam tempoh masa yang ditetapkan, memilih bahan bantu mengajar yang bersesuaian, menyediakan

latihan pengukuhan dan tentunya boleh mengawal persekitaran bilik darjah. Walaupun memenatkan, namun langkah ini adalah penentu kejayaan saya pada hari itu. Elemen kedua P&P berasaskan teori pembelajaran yang bersesuaian

Sebagai guru, kaedah pengajaran perlu bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Setiap tajuk yang diajar adalah berbeza tahap pendekatan dan teori pengajaran yang digunakan seperti kaedah Talaqqi Musyafahah ( ,) pembelajaran kontekstual, kaedah latih tubi hafazan dan pendekatan konstruktif. Sebagai contoh, tajuk solat ketika sakit3.

Induksi set Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penutup

: Soal jawab tentang sakit dan kesukaran melakukan aktiviti semasa sakit. : Sumbang saran cara menunaikan solat yang diketahui. : Tujuk cara solat ketika sakit perbincangan. : Praktikal ibadah solat ketika sakit bimbingan. : Pengukuhan melalui tayangan cd solat ketika sakit dan latihan bertulis.

Elemen ketiga : Bahan bantu mengajar (BBM)

Pada masa kini, bahan bantu mengajar terutamanya yang berasaskan teknologi amat efektif untuk menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran di dalam kelas. Untuk menghasilkan BBM yang dapat memberi kesan optimum dalam P&P saya ialah BBM itu boleh perlulah memenuhi ciri-ciri berikut; mencerahkan idea yang kabur, menjelaskan bahagian yang sukar difahami, besar dan jelas, warna yang menarik dan saiz yang tepat, tahan lama dan tentunya sesuatu yang murah! Penggunaan carta untuk menerangkan perjalanan ibadat haji misalnya, akan menambah kefahaman pelajar terhadap ibadat tersebut. Selain itu, cd interaktif, cd bacaan al-Quran, laman sesawang, set latih tubi dan seumpamanya akan membuatkan pelajar lebih ceria mempelajari subjek Pendidikan Islam ini. Tambahan pula sekarang para pelajar sudah dibekalkan dengan komputer 1Malaysia, maka pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah.

Elemen keempat : Komputer dan internet

Lanjutan daripada penggunaan BBM berasaskan teknologi, elemen yang menjadi pilihan saya untuk pengajaran adalah melalui komputer dan internet. Laman-laman sesawang berkaitan pendidikan Islam, carta, gambar, berita dan sebagainya boleh diperolehi dengan mudah melalui internet. Oleh itu memberikan tugasan kepada pelajar untuk diselesaikan menggunakan komputer dan carian dalam internet akan menjimatkan masa, kos dan tenaga di samping mereka juga dengan mudah menghantar kerja rumah yang diberikan melalui email. Malah, jika ada masalah mereka boleh terus berhubung dengan guru melalui email, facebook atau twitter. Mudah bukan?

Elemen kelima - Budaya ilmu

Menurut Robert J. Marzano, perubahan pendidikan yang berkesan bermula dengan pelajar dan guru-guru di dalam kelas mereka, dengan pencapaian pelajar melalui matlamat tertinggi yang disokong oleh tingkah laku yang seragam tetapi fleksibel dalam bilik darjah4. Oleh itu, kaedah pembentangan tugasan yang diberikan adalah sesuai kerana mereka akan mencari bahan dari pelbagai sumber, memindahkan hasil carian ke bentuk tulisan dan perlu berkeyakinan untuk membentang di hadapan rakan-rakan mereka. Di pihak saya pula tentulah budaya ilmu itu hadir melalui kursus berkala, latihan dalam perkhidmatan, in-house training dan persediaan seharian untuk mengajar. Selain itu perkongsian ilmu dan pengalaman bersama rakan setugas serta perbincangan dua hala bersama dengan pentadbiran sekolah sentiasa dilakukan secara berterusan.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada 5 elemen yang dibentangkan ini, maka amatlah diharapkan agar profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan dapat menyumbang kepada kejayaan para pelajar dalam peperiksaan serta memberikan kepuasan kepada saya sebagai seorang guru.

Rujukan
1

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesionalisme. http://edutechwiki.unige.ch/en/Lesson_planning. 3.2.13 - Rujuk sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSM. http://www.districtadministration.com/article/education-reformer-robert-j-marzano

Anda mungkin juga menyukai