Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS SAMBUTAN

MAULIDUL RASUL 1435H


PERINGKAT SMK DATO' ONN
BUTTERWORTH
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Tarikh :
27 Rabiul Awal 1435H
bersamaan
29 Januari 2014
(Rabu)
Tema :

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

PENDAHULUAN
Setiap kali tibanya bulan Rabiul Awal maka umat Islam seluruh pelusuk
dunia sama-sama mengadakan majlis memperingati kelahiran
junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Kelahiran baginda telah
mengubah tamadun manusia daripada kegelapan jahiliah kepada
suluhan sinar cahaya Islam dan daripada penindasan berasaskan
hukuman manusia yang sesat kepada keadilan Islam yang mampu
menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Mempelajari sirah dan sunnah Nabi SAW untuk memahami segala
selok belok yang berkaitan dengan Baginda adalah penting agar dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, menjadikan
Rasulullah SAW sebagai qudwah dan uswah hasanah sudah pasti
membawa kebahagiaan yang hakiki sama ada di dunia mahupun hingga
ke akhirat. Berbekalkan semangat inilah, Panitia Pendidikan Islam
SMKDOB menyusun Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1435H sebagai
wadah memperkasakan sahsiah pelajar sesuai dengan misi dan visi
sekolah.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Mengukuhkan kefahaman warga SMKDOB tentang sirah
Rasulullah SAW.
2. Menanam rasa tanggungjawab untuk memelihara kesucian Islam.
3. Mengaplikasikan sirah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian
demi mencapai kecemerlangan.

Dia Kekasih Allah


Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Malu rasanya mengatakan cinta


Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Kerana peribadinya aku terpesona


Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Ku pujuk jua hati dan jiwa


Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Sesungguhnya apa yang ku


dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Selagi upaya ku turuti ajarannya


Apa terdaya ku amalkan
sunnahnya

Aturcara Majlis Maulidul


Rasul 1435H
7.40 pg

: Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan

7.45 pg

: Ucapan Pengerusi Majlis dan Penerangan

7.50 pg

: Selawat dan perarakan


(guru dan kumpulan pelajar membawa sepanduk)

8.30 pg

: Perarakan tamat Rehat

8.40 pg

: Ceramah Maulidul Rasul


(selang-seli dengan Qasidah oleh pelajar SMK
Dato Onn)

9.00 pg

: Bersurai

Info ringkas tentang Maulidur Rasul


Maulid atau kelahiran Rasulullah SAW merupakan berita gembira
yang telah disampaikan oleh Nabi Isa AS. Kelahirannya dengan
berkat doa Nabi Ibrahim. Ahli sejarah telah khilaf berkenaan
dengan tarikh kelahiran dan maulid Rasulullah SAW kepada lima
pendapat:
Pertama

: 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 531 M. Inilah

pendapat Ibn
Ishak, al-Zahabi dan al-Tabari.
Kedua : 9 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 571 M.
Ketiga : 2 Rabiul Awal. Inilah pendapat al-Waqidi.
Keempat

: 10 Rabiul Awal.

Kelima : 8 Rabiul Awal. Ini berdasarkan pendapat dalam Sifat alSafwah. Ini juga pendapat Ibn Abdi al-Bar, Imam alNawawi
3

dan al-Baihaqi.

Iktibar dan Hikmah


Berdasarkan kenyataan di atas, dibahagikan kepada beberapa
masa:
Pertama: Tahun kelahiran
Tahun yang disepakati ialah Tahun Gajah. Mereka khilaf berapa hari
selepas serangan bergajah. Ada yang menyatakan 40 hari dan ada
yang mengatakan 50 hari.
Kedua: Bulan Kelahiran
Tarikh yang disepakati ialah pada bulan Rabiul Awal. Ada juga
pendapat pada bulan Safar tetapi amat lemah.
Ketiga: Hari kelahiran
Hari yang disepakati ialah pada hari Isnin.
Keempat: Bulan Kelahiran
Berkenaan dengan tarikh 9 Rabiul Awal, bersamaan 20 April 571 M
yang juga tahun pertama serangan tentera bergajah. Pendapat ini
disokong oleh Syeikh Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan Ahli
Falak terkenal, Mahmud Basha. Begitu juga yang dinyatakan dalam
Nur al-Yaqin.
Kelima: Masa kelahiran
Terdapat dua pandangan berkenaan dengan masa kelahiran
Baginda SAW:
- Ketika fajar hampir menyingsing.
- Pada waktu pagi.
Peristiwa yang berlaku selepas kelahiran:
Mengikut riwayat al-Baihaqi, terdapat keluarbiasaan berlaku atau
disebut irhas. Antaranya:
Empat belas lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur.
Api sembahan orang Majusi terpadam.
Gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh.
Walaupun begitu, Syeikh Muhammad al-Ghazali, pengarang kitab
Fiqh al-Sirah, tidak bersetuju dengan pendapat di atas. Namun,
kelahiran Rasulullah SAW diambil prihatin dan cakna oleh Rahib dan
Rabai (Pendeta) Yahudi.
Sumber info : Buku Wasatiyyah Tonggak
Kesatuan Ummah - Terbitan JAKIM
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

5
1435

Anda mungkin juga menyukai