Anda di halaman 1dari 4

1

, _.., .i. t:rc a


SMK DATO' ONN, 13000 BUTTERWORTH, PULAU PINANG keluaran 1
,,..,..._...,...._..-__.
.. .,-,,,....-,,,-. .,:,....,
,.... [
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila masuk Bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu
rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah
syaitan-syaitan (daripada mengganggu manusia)". Riwayat Muslim


KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA

` ` ` ` `` `` , , ` `
`` ` ``` `` ``` `` ` ` ``` ` `` `
`` ``` ``` . ` `` `` ` ``` .
D iriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat satu pintu yang
dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu
tersebut pada Hari Kiamat kelak. Manusia lain tidak boleh memasuki pintu
tersebut kecuali orang yang berpuasa. Kelak akan diseru : Di manakah
orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun melalui pintu
tersebut. Setelah orang yang terakhir daripada mereka masuk lalu ditutup
kembali pintu tersebut. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya
selepas itu.

2
PANTANG LARANG ORANG BERPUASA

`` `` ` `
`` , , `' ` ` ` `
` ` `
` ` .



Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang tidak
meninggalkan cakap dusta (batil)
dan perbuatannya, maka Allah
tidak berhajat padanya dalam
meninggalkan makan minumnya.
(Hadis Riwayat Muslim)


Perkara-perkara yang
membatalkan puasa:

1. Keluar haid atau nifas
2. Melahirkan anak
3. Bersetubuh pada siang hari
4. Mengeluarkan mani dengan
sengaja
5. Muntah dengan sengaja
6. Memasukkan sesuatu ke
dalam rongga (melalui
rongga mulut, hidung,
telinga, dubur, kemaluan)
hingga sampai ke halkum
atau perut
7. Gila
8. Murtad
Bagaimana mencapai tahap
puasa orang bertakwa ?

Gandingkan niat yang ikhlas
dengan tekad dan kemahuan
yang kuat agar amalan yang
dilakukan menjadi istiqamah.
Sentiasa bertaubat kerana
taubat dapat menjernihkan
hati dan minda.
Berpuasa dengan pimpinan
ilmu bukan dengan cara ikut-
ikutan semata-mata.
Riadah jiwa melawan
kehendak nafsu dan
membuang sifat-sifat
mazmumah.
Mengawal makan dapat
menjernihkan hati dan jiwa.
Berzikir dan bertafakur
sebagai jalan untuk mengikis
karat mazmumah.
Tanamkan rasa sabar dan
syukur
Beroleh sokongan daripada
rakan dan keluarga dalam
melakukan ibadah puasa,
bertadarus, bersedekah dan
amal ibadah yang lain secara
bersama.

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:
Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum,
tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari
percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji.
(Hadis Riwayat Muslim)

3

Sunat-sunat Puasa:

Menyegerakan berbuka puasa
apabila telah yakin waktu berbuka.
` ` ` ` `` ``
, , `` ` `` .
Dari Sahl bin Saad bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: Manusia akan tetap
berada dalam kebaikan selagi mereka
menyegerakan berbuka puasa.

` `` `` , , ``' ``` .
Dari Anas r.a berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersahurlah,
sesungguhnya bersahur itu (ada) keberkatan.

Melambatkan makan sahur iaitu lepas
daripada tengah malam hinggalah waktu
imsak.

Berbuka dengan buah kurma atau
makanan yang manis.

Memperbanyakkan membaca Al-
Quran.

Memperbanyakkan sedekah.

Beriktikaf dalam masjid.

Menghadiri majlis-majlis
ilmu.

Menyediakan makanan
untuk berbuka untuk orang-
orang berpuasa.


4














Contoh Terbaik Oleh Rasulullah SAW Di Bulan Ramadan
Baginda Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik kepada
kita umatnya mengenai berbuat baik dan murah hati, lebih-lebih lagi bila
hadirnya Ramadhan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Imam Muslim, Ibnu Abbas r.anhuma berkata,
Adalah Nabi s.a.w seorang yang sangat pemurah. Baginda akan lebih-lebih
lagi pemurah apabila berada dalam bulan Ramadhan ketika Jibril bertemu
dengannya. Jibril sering bertemu dengan Rasulullah s.a.w pada setiap
malam Ramadhan, lalu keduanya saling bertadarus al-Quran. Maka benar-
benarlah Baginda s.a.w itu lebih pemurah daripada angin yang bertiup.
Berkata Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah,
Adalah kemurahan hati Rasulullah SAW merangkumi semua disiplinnya,
daripada mencurahkan ilmu dan memberikan harta, mengorbankan diri
Baginda sendiri di jalan Allah demi untuk menegakkan syiar agama dan
agar umat mendapat hidayah. Baginda juga sentiasa berusaha untuk
memberi manfaat kepada manusia lain dengan apa jua cara. Dengan
memberi makan kepada yang lapar, memberi nasihat kepada mereka yang
tidak tahu, menunaikan hajat mereka yang memerlukannya, dan berkongsi
bebanan dengan mereka. Lathoiful Maarif.

Anda mungkin juga menyukai