Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS SAMBUTAN

MAULIDUR RASUL
1436H
PERINGKAT SMK DATUK ONN
BUTTERWORTH
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 5/2011

Tarikh :
2 Rabiul Akhir 1436H

bersamaan
23 Januari 2015
(Jumaat)
Tempat :
Dataran Kristal
Tema :
"Perpaduan Nadi Transformasi Negara"

PENDAHULUAN
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat
Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat
terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.
Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran. Sehubungan ini Allah mengutus
seorang Rasul kepada umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini
dan membawa kepada cahaya kebenaran.
Kedatangan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita samasama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan
para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan
dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Maka, Panitia
Pendidikan Islam mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis ini bagi
merealisasikan kecintaan seluruh warga sekolah kepada Rasulullah SAW.

OBJEKTIF PROGRAM
1.
2.
3.
4.

Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang Maulidur Rasul;


Mengedarkan risalah selawat kepada warga sekolah agar menjadi amalan;
Membuka minda seluruh warga berkenaan sambutan hari kebesaran Islam;
Merapatkan ukhuwah dan silaturahim sesama Islam;
5. Semua warga sekolah dapat mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dalam
kehidupan seharian

Ya Rasulallah
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Tiada kata yang dapat aku ucapkan


Hanya tuhan saja yang tahu

Alangkah indahnya hidup ini


Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Kutahu cintamu kepada umat


Umati kutahu bimbangnya kau tentang
kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2x)

Kan pasti mengalir air mataku


Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Alangkah indahnya hidup ini


Andai dapat kudakap dirimu

RAIHAN

Aturcara Majlis Maulidul Rasul 1436H


7.30 pg
7.40 pg
7.45 pg
8.00 pg
8.40 pg

: Pelajar berkumpul di Dataran Kristal


: Ucapan Pengerusi Majlis
: Persembahan Qasidah/Selawat
: Ceramah Maulidul Rasul
: Bersurai

Info ringkas tentang Maulidur Rasul


Maulid atau kelahiran Rasulullah SAW merupakan berita gembira yang telah
disampaikan oleh Nabi Isa AS. Kelahirannya dengan berkat doa Nabi Ibrahim. Ahli
sejarah telah khilaf berkenaan dengan tarikh kelahiran dan maulid Rasulullah SAW
kepada lima pendapat:
Pertama

: 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 531 M. Inilah pendapat Ibn


Ishak, al-Zahabi dan al-Tabari.

Kedua

: 9 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 571 M.

Ketiga

: 2 Rabiul Awal. Inilah pendapat al-Waqidi.

Keempat

: 10 Rabiul Awal.

Kelima

: 8 Rabiul Awal. Ini berdasarkan pendapat dalam Sifat alSafwah. Ini juga pendapat Ibn Abdi al-Bar, Imam al-Nawawi
dan al-Baihaqi.

Iktibar dan Hikmah


Berdasarkan kenyataan di atas, dibahagikan kepada beberapa masa:
Pertama: Tahun kelahiran
Tahun yang disepakati ialah Tahun Gajah. Mereka khilaf berapa hari selepas
serangan bergajah. Ada yang menyatakan 40 hari dan ada yang mengatakan 50 hari.
Kedua: Bulan Kelahiran
Tarikh yang disepakati ialah pada bulan Rabiul Awal. Ada juga pendapat pada bulan
Safar tetapi amat lemah.
Ketiga: Hari kelahiran
Hari yang disepakati ialah pada hari Isnin.
3

Keempat: Bulan Kelahiran


Berkenaan dengan tarikh 9 Rabiul Awal, bersamaan 20 April 571 M yang juga tahun
pertama serangan tentera bergajah. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Muhammad
Sulaiman al-Mansurfuri dan Ahli Falak terkenal, Mahmud Basha. Begitu juga yang
dinyatakan dalam Nur al-Yaqin.
Kelima: Masa kelahiran
Terdapat dua pandangan berkenaan dengan masa kelahiran Baginda SAW:
- Ketika fajar hampir menyinsing.
- Pada waktu pagi.
Peristiwa yang berlaku selepas kelahiran:
Mengikut riwayat al-Baihaqi, terdapat keluarbiasaan berlaku atau disebut irhas.
Antaranya:
Empat belas lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur.
Api sembahan orang Majusi terpadam.
Gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh.
Walaupun begitu, Syeikh Muhammad al-Ghazali, pengarang kitab Fiqh al-Sirah, tidak
bersetuju dengan pendapat di atas. Namun, kelahiran Rasulullah SAW diambil
prihatin dan cakna oleh Rahib dan Rabai (Pendeta) Yahudi.
Sumber info : Buku Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah - Terbitan JAKIM
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Anda mungkin juga menyukai