Anda di halaman 1dari 5

SOALAN : Cetak rompak merupakan suatu kegiatan yang sangat berleluasa pada masa ini.

Huraikan faktorfaktor yang menyebabkan kegiatan ini sukar untuk dibendung serta langkah-langkah mengelakkan gejala ini daripada terus berleluasa. (Bilangan patah perkataan : 300 hingga 350, boleh ditulis sehingga 400 patah kata) KEHENDAK SOALAN : i. ii. Faktor-faktor yang menyebabkan kegiatan cetak rompak sukar dibendung. Langkah-langkah mengatasi gejala cetak rompak.

SKEMA JAWAPAN : 2 + 3 atau 3 + 2

CADANGAN RANGKA JAWAPAN PENDAHULUAN : Dewasa ini kegiatan cetak rompak terutama cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) semakin berleluasa. Tidak kurang juga cetak rompak barangan lain seperti cetak rompak buku, hak cipta dan sebagainya. Jika senario ini diteliti, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kegiatan ini berleluasa. Oleh itu, langkah mengawal perlu dilaksanakan supaya gejala ini dapat dibendung. FAKTOR-FAKTOR : 1. Sikap tamak dan undang-undang yang longgar Sikap tamak dan hanya mementingkan keuntungan yang diperolehi Mereka mengetahui kelemahan penguatkuasaan dalam membanteras masalah ini Hukuman yang dikenakan adalah terlalu ringan seperti di bawah Akta Hak Cipta 1987, seseorang pesalah boleh dikenakan denda minimum RM2 000 dan maksimum RM20 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan Biasanya mereka tahu bahawa mereka hanya akan didenda Sikap mencari keuntungan yang pantas tanpa mengambil kira perkara-perkara lain

Perbezaan harga yang tinggi Perbezaan harga antara barang asli dan barang cetak rompak adalah lebih kurang 800% Sekiranya diberi pilihan untuk membeli CD tiruan atau CD asli dengan harga yang hamper sama, sudah tentu ramai yang akan memilih CD asli tetapi realitinya tidak begitu CD tiruan boleh didapati di mana-mana sahaja

LANGKAH-LANGKAH:

Membina pusat percetakan di dalam negara Menurunkan harga barangan asli Menggalakkan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan Dalam jangka waktu panjang, langkah ini tetap tidak merugikan Jumlah penjualan akan meningkat dan keuntungan akan meningkat juga

Melaksanakan hukuman penjara mandatori Langkah yang tegas perlu untuk membanteras masalah ini Mereka tidak terasa takut kepada pihak penguat kuasa atau undang-undang Hukuman yang terlalu ringan menjadi faktor utama kegiatan menjual produk haram itu berleluasa di negara ini Mengenakan hukuman penjara mandatory kemungkinan akan lebih berkesan jika berbanding dengan hanya mengenakan hukuman denda

Penguatkuasaan dijalankan dengan lebih efektif Penghapusan barangan rampasan Mengelakkan mesin pencetak disalah guna Pihak berkuasa mengetatkan kawalan agar mesin pencetak untuk kegiatan cetak rompak tidak dapat dibawa masuk ke Negara ini

PENUTUP : Gejala cetak rompak bukan senario baru dan bukan pula mudah untuk dibanteras. Kerjasama yang utuh dari semua pihak terutama pihak yang melaksanakan undang-undang harus bertindak tegas bukan teragak-agak. Kesejahteraan semua pihak perlulah menjadi agenda utama dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai