Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PROGRAM PENETAPAN TARGET PT3, SPM DAN STPM

TAHUN 2018

Cue Teks
Pengumuman/
arahan Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-
puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam
dewan.

Ketibaan
tetamu dan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’
vip _________________________________________________,
Yang Dipertua Pibg SMK ………………………………… dengan diiringi oleh
………………….., Pengetua SMK ………………………… serta barisan pentadbir.
Kata selamat
datang (1)
Indah berbalam si awan petang,
berarak di celah pepohon ara;
pemanis kalam selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.

(2)
Ke pekan kuala membeli bingka,
sayang pesanan terlupa sudah;
majlis bermula tirai dibuka,
dengan alunan madah yang indah.

Bismillah hirohman nirahim.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat


sejahtera.
Yang Berbahagia,
Dato’ _____________________________________
Yang Dipertua Pibg SMK ……………………………………………..

Yang Berusaha,
…………………………………………..,
Pengetua ………………………………………………………

Yang Dihormati,
………………………………………………….,
Penolong Kanan SMK ……………………………..

…………………………………………………………………..,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK …………………………………………..

……………………………………………….,
Penolong Kanan Kokurikulum SMK …………………………………………………..
…………………………………………,
Penolong Kanan Petang SMK …………………………………………………….

……………………………………………….
Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK

Barisan Guru Kanan Matapelajaran, Ahli Jawatankuasa Pibg, guru-


guru, para ibu bapa serta hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmatnya kita diberikan kesempatan untuk berhimpun
dalam program Penetapan Target SPM bagi tahun 2018.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
hadirin sekalian kerana sudi hadir pada pagi yang indah ini.
Selamat datang diucapkan.

Bacaan doa (1)


Lebat kemiri pohonnya rendah,
dahan terikat tali perkasa;
sepuluh jari kami menadah,
mohon berkat yang maha esa.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh: _______________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Amin.. Amin… ya rabbal alamin

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih


kepada ________________________ di atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan
pengetua (1)
Duduk sekawan gadis jelita,
bersimpuh malu sungguh menawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

(2)
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan ………………., Pengetua


SMK ……………………………. untuk menyampaikan ucapan kata aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada ……………….. di atas ucapan itu tadi.

Taklimat PT3 Seterusnya,


dan SPM
Majlis ingin menjemput ………………………….., Penolong Kanan SMK
………………………., untuk menyampaikan taklimat berkaitan penetapan
target PT3 dan SPM kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada……………………. di atas taklimat itu
tadi.

Taklimat Seterusnya,
STPM
Majlis ingin menjemput ………………………….., Penolong Kanan Tingkatan
6 SMK ………………………., untuk menyampaikan taklimat berkaitan
penetapan target STPM kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada……………………. di atas taklimat itu


tadi.

Penamat Dengan berakhirnya taklimat sebentar tadi, maka tibalah masanya


untuk saya mengundurkan diri. Saya mewakili pihak majlis ingin
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara sepanjang majlis ini berlangsung.
Wabillahitaufiq wal hidayah, wassalam mualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai