Anda di halaman 1dari 8

REUNION SMK SERI KURAU

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke


MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI 85 - 89.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula
sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan tetamu-tetamu jemputan, guru-guru Sekolah


Menengah Kebangsaan Seri Kurau sesi 85 - 89.

Semua hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berhormat,
Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali
Ahli Parlimen Bagan Serai

1
Yang Berhormat,
En.Abdul Yunus Bin Jamhari
Adun Kuala Kurau

Yang berusaha,
En.Khairul Anuar bin Md Salim
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Seri Kurau

Yang Dimuliakan
Barisan bekas guru-guru pelajar SMK Seri Kurau 85-89

i. En Abdul Wahab bin Hashim


ii. En.Tarmizi bin Yahya
iii. Pn.Jamilah bt Din

Yang dihormati,
Saudara Atan Bin Samat
Pengerusi Program MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI
85 - 89.

Yang dihormati,
Ahli Jawatankuasa Program MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR DAN SMK SERI
KURAU SESI 85 - 89.

Yang Dikasihi
Rakan-rakan seperjuangan yang hadir pada hari ini.

Serta hadirin dan hadirat sekalian.

Selamat datang ke MAJLIS MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI


KURAU SESI 85 - 89 buat kali pertama sejak menamatkan persekolahan pada tahun
1989. Lebih kurang 28 lamanya. Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan ke majlis ini.

2
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Hari ini memugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran


tetamu terhormat dan guru-guru atas kesudian meluangkan masa menghadiri ke
majlis kami buat kali pertama diadakan.

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan
kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis ini.

Awal bismillah menepek inai,


Inai ditepek terasa nyaman,
Mari berdoa beramai-ramai,
Supaya majlis di dalam aman.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini dengan segala hormatnya di persilakan Encik
Hishamuddin b hashim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
############################

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.

Sidang Hadirin Yang dimuliakan,

Kalau dilipat sebesar kuku,


Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh diimbau,
Yang dekat digamit,
Seuntai salam, sejambak kata,
Degup bicara merisik kata.

3
Embun menitik hamparan rumput,
Kekwa merimbun tepian melati
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

1.Sebagai pembuka persada ucapan , pihak majlis dengan hormat dan sukacitanya
mempersilakan Saudara Atan Bin Samat
Pengerusi MAJLIS MAJLIS REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI
85 - 89 untuk memberikan ucapan alu-aluannya.
Majlis mempersilakan.............................

.......UCAPAN PENYELARAS PROGRAM......

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan saudara Atan Bin
Samat sebentar tadi.

2.Seterusnya majlis menjemput Yang berusaha,


En.Khairul Anuar bin Md Salim
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Seri Kurau
selaku wakil pentadbir / tuan rumah untuk menyampaikan sedikit ucapan .
Dipersilakan

......UCAPAN Pentadbir (WAKIL SMKSK).........

Terima kasih kepada En.Khairul Anuar


Di atas ucapan yang telah disampaikan.

3. Kini tibalah saat yang amat dinantikan oleh kita semua. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
Yang Berhormat Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali
Ahli Parlimen Bg Serai
untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan MAJLIS REUNION ALUMNI
PELAJAR SMK SERI KURAU SESI 85 - 89 yang bertemakan merah kelabu dan
berslogankan MENGAMIT KENANGAN.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

4
......UCAPAN WAKIL GURU / PERASMIAN......

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih pada . YB Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj
Ghazali .diatas kesudian beliau memberikan ucapan dan merasmikan MAJLIS
REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI KURAU SESI 85 - 89

Bagi pihak majlis, di sini ada sedikit cenderahati daripada pihak penganjur sebagai
tanda ingatan daripada kami.

Dijemput En.Khairul Anuar bin Md Salim


Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Seri Kurau
Diiringi oleh saudara Atan untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Dato Hj Dr
Noor Azmi bin Hj Ghazali

Terima kasih diucapkan kepada pemberi dan penerima cenderahati.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hadirin semua dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Selamat Menjamu
Selera.
5
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan puan juadah petang ini dibiayai @ ditaja oleh
1. YB Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali
-Juadah mkn petang
2. Saudari Lela
-Nasi beriani dan daging kambing masak kurma
3. Rakan-rakan reunion sendiri yang turut menyediakan juadah kita petang ini
Terima kasih kepada.

Sambil menikmati juadah, majlis kita akan diserikan dengan alunan lagu-lagu retro
mengamit kenangan untuk menghiburkan kita semua.

@@@@@Boleh panggil bekas2 guru kita memberi sepatah kata..rindu nak


dengar celoteh dan suara yg pernah mewarnai kehidupan kami semua pada
suatu masa dahulu.
1. .
2
3.

@@@@ Sesi berkenalan ahli-ahli REUNION ALUMNI PELAJAR SMK SERI


KURAU SESI 85 - 89

Kata pepatah Tak kenal maka tak cinta.Masa berlalu terlalu pantas beredar..hidup
kita seperti roda, mungkin kita dah terlupa sesama kitadulu lain sekarang
laindulu bujang sekarang dah kahwin..dulu slim sekarang dah bulat.dulu rambut
hitam sekarang dah beruban
Kita letak fahaman @ perbezaan politik kita ditepi sat demi memeriahkan majlis kita
hari ini.Kita jemput sahabat kita ke depan untuk memperkenalkan diri. (48 ORANG)

################################################

Seterusnya, majlis ada menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada tetamu yang
hadir pada hari ini. Hadiah telah ditaja oleh

1. YB Dato Hj Dr Noor Azmi bin Hj Ghazali

6
2. YB Abdul Yunus YB Yunus Bin Jamhari

Bagi cabutan bertuah yang pertama, majlis menjemput


Encik______________________________

Terima kasih diucapkankepada


Encik/Puan _________________________

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pemberi dan penerima cenderahati.

Hadirin sekalian,
Majlis akan mengadakan game suka2 ....siapa bertuah dia boleh bawa balik hadiah...
Acara terbuka ..siapa cepat dia dapat.
1.
2.
3.
4.
5.

Terima kasih diucapkan kepada semua.

Majlis diteruskan semula dengan cabutan bertuah yang berikutnya. Dijemput (guru)
___________________

Seterusnya, majlis menjemput Tetamu-tetamu terhormat, guru-guru dan rakan-rakan


untuk mengambil tempat di ____________________
bagi sesi fotografi sbagai tanda kenang-kenangan.

Majlis mempersilakan.

.....................SESI FOTOGRAFI...............................................

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah MAJLIS REUNION
ALUMNI PELAJAR DAN GURU GURU SMK SERI KURAU SESI 85 - 89
7
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu terhormat , guru-guru, bekas
pelajar serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama-sama
menjayakan majlis pertemuan semula ini.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Diri kami ini dilupa jangan.

Hari ini bertanam jagung,


Hari esok bertanam serai,
Hari ini kita berkampong,
Hari esok kita bercerai.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian majlis


pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati memohon ribuan
ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang
buruk itu datangnya dari kami.
#####################################################################
Majlis Bersurai

Anda mungkin juga menyukai